Thursday, January 14, 2010

Informasi Dari Kota Bharu

Himpunan Menyambut Keberangkatan Pulang Pemangku Raja Di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa

JAM 2:00 petang ini dijangka ribuan rakyat Kelantan dari segenap lapisan akan membajir lapangan terbang Sultan Islam Petra di Pengkalan Chepa untuk menyambut keberangkatan pulang Pemangku Raja, Tengku Mohamad Faris Petra dari Kuala Lumpur.

Himpunan yang dianjurkan oleh satu jawatankuasa khas itu bagi menyatakan taat setia kepada Tengku Mohammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja. Acara itu difahamkan diadakan untuk menafikan mengenai usaha oleh pihak tertentu yang cuba menganggu tugas dan fungsi Tengku Faris Petra sebagai Pemangku Raja Kelantan yang sah.

Tengku Faris dilantik menjadi Pemangku Raja bagi menjalankan tugas-tugas raja atau sultan apabila ayahanda baginda Tengku Ismail Petra yang juga Sultan Kelantan kini dalam keadaan gering dan sedang dirawat di Singapura.

Turut sama akan membanjiri lapangan terbang itu petang ini ialah para pegawai kerajaan, Menteri Besar, ahli Exco dan wakil rakyat. Inilah himpunan seumpama itu pertama diadakan sejak meletusnya pergeseran antara pihak tertentu yang cuba mempersoalkan kedudukan Tengku Mohamad Faris Putera sebagai Pemangku Raja.

Semalam di Balai Islam telah berlangsung majlis penerangan berhubung perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan dan juga peranan serta fungsi Pemangku Raja. Lebih 3,000 terdiri dari pegawai kerajaan, pegawai lantikan politik, imam, pengawa dan penghulu hadir.

Sementara itu Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru orang ramai supaya memberi ketaatan tidak berbelah bagi kepada Tengku Mohammad Faris Putra sebagai Pemangku Raja.

Majlis semalam dan himpunan sambutan keberangkatan Tengku Faris petang ini adalah simbolik kepada sokongan dan taat setia kepada baginda untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pemangku Raja.

Pada sebelah mamnya juga akan diadakan solat hajat perdana di stadium Sultan Mohamad ke-IV untuk memohon kesejahtraan Sultan Kelantan dan juga keamanan negeri Kelantan. Solat hajat itu dijangka akan diimamkan sendiri oleh Tengku Mohamad Faris.

Sambutan hangat dan sokongan rakyat dengan menghadiri kedua-dua majlis itu menjelaskan bahawa rakyat Kelantan sepadu dan seiya dan sekata dalam memberi ketaatan kepada Pemangku Raja. Apa juga yang menjadi rahsia rakyat Kelantan menyanyangi dan sedia mentaati Pemangku Raja ialah kerana syakisah dan juga sifat baginda yang mengambil berat terhadap rakyat dan suka merendah diri.

Baginda juga seorang raja yang prihatin dan tidak mementingkan protokol di mana rakyat boleh berjumpa dengan baginda pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. [wm.kl. 10:30 am 14/01/10]

4 comments:

jeansLusuh said...

Salam Bapak .. sejuk sungguh apabila melihat Tengku Mohammad Faris Petra bersama sama rakyat duduk di saf solat tanpa karpet kuning atau merah .. jika tidak silap semasa Raya Korban lepas Baginda juga telah mencemar Duli untuk sama sama melakukan korban dengan menyembelih seekor lembu .. ternyata Bagindalah yang sepatutnya ditambalkan menjadi Sultan di Kota Serambi Mekah ini dan rakyat Kelantan harus memberikan sokongan sepenuhnya kepada Baginda di samping berdoa semoga Ayahandanya sihat sejahtera ..

Dimensi said...

5,000 Sambut Kepulangan Pemangku Raja Kelantan

KOTA BAHARU: Seramai 5,000 orang termasuk pemimpin politik diketuai Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat menyambut keberangkatan pulang Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra hari ini.

Tengku Muhammad Faris Petra, yang menaiki pesawat khas dari Kuala Lumpur, tiba pada 3.45 petang.

Antara pemimpin Barisan Nasional yang hadir ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Balah Datuk Abdul Aziz Derashid dan Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Nik Sapeia Nik Yusof.

Berpuluh-puluh sepanduk yang menyatakan sokongan kepada baginda dikibar di hadapan terminal lapangan terbang itu.Majlis sambutan yang berlangsung selama 20 minit itu didahului bacaan doa.

Satu memorandum turut diserahkan oleh wakil Jawatankuasa Bertindak Rakyat Kelantan bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Pemangku Raja berikutan isu melibatkan Istana Kelantan sejak akhir-akhir ini apabila Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry mengeluarkan surat bertajuk 'Penyampaian Titah KDYMM Al-Sultan Kelantan' untuk melucutkan gelaran datuk terhadap beberapa tokoh yang menerima anugerah itu daripada Sultan Kelantan.

Ekoran itu, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamad, dilaporkan sebagai berkata, hanya Tengku Muhammad Faris Petra selaku Pemangku Raja berhak sepenuhnya menyampaikan titah sepanjang ketiadaan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra yang sedang dirawat di Singapura sejak Mei tahun lepas.

Abdul Halim berkata surat bertajuk 'Penyampaian Titah KDYMM Al-Sultan Kelantan' yang ditandatangani oleh Tengku Muhammad Fakhry adalah tidak sah manakala Tengku Muhammad Faris kemudiannya mengambil beberapa tindakan termasuk melakukan rombakan dan menggugurkan Tengku Muhammad Fakhry sebagai anggota Majlis Perajaan Negeri. -BERNAMA

abufawwaz albakri said...

Tg. haji Hashim pasir tumboh pun ada kat dalam gambar ni yer...

KerisKontot said...

Alhamdulillah..akhirnya Kelantan dianugerahkan pemimpin Islam yang sebenar2nya.

Daulat Tuanku. Gabungan Raja dan MB InsyaAllah akan memartabatkan Islam dengan sebenar2nya di Kelantan.