Terima Kasih Utusan
PAGI ini saya ingin ucap terima kasih kepada akhbar Utusan Malaysia kerana tidak memanipulasikan kenyataan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung dengan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian.
Dalam laporan hari ini Utusan telah melaporkan degan tepat (dari segi semangat dan kepentingan) pandangan Nik Aziz berhubung perkara itu dan konteks berita untuk kepentingan bersama.
Utusan telah menghiglightskan mengenai ketidaksetujuan Nik Aziz terhadap penggunaan kalimah itu oleh Kristian kerana ia bimbang menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam.
Terima kasih Utusan.
Saya yakin kalaulah begini sikap media massa perdana negara, kekeliruan mengenai kepentingan bersama tidak akan berlaku. Semua orang aman bila membaca laporan berkenaan. Nampaklah umat Islam tidak kira apa bangsa politik sepakat dalam menangani masalah bersama. Laporan yang tepat dan meletakkan kepentingan bersama sebagai intipatinya dapat menyatukan ummah dan membangun negara.
Jika semua media massa khasnya yang dimodalkan oleh ornag Melayu dan Islam memahami akan peranan dan tanggungjawab ini saya kira banyak masalah yang berkepentingan Islam dan Melayu boleh diselesaikan. Media harus faham mereka menjadi bahan rujukkan dan kepercayaan umum. Persepsi, tindakan dan ulasan umum bergantung kepada laporan yang disediakan.
Malam tadi apabila mendengar laporan mengenai pandangan Nik Aziz terhadap hal itu menerusi TV3 dan membaca laporan portal berita lain saya mulai bimbang. Dalam laporan TV3 semalam ada sikit negatif apabila ianya menghiglightskan kononnya Nik Aziz setuju dengan penggunaan kalimah itu oleh Kristian.
Walaupun di hujungnya ada disebut Nik Aziz minta diadakan penyelesiaan dengan pihak Kristian, tetapi ditekanan ialah maksud Nik Aziz bersetuju dengan penggunaan kalimah itu dan tidak cuba menekan soal kebimbangan Nik Aziz.
Sebaik mendengar laporan tv itu saya teringat kepada Utusan. Saya kira Utusan akan memanipulasikan dan akan mengutamakan mengenai persetujuan Nik Aziz itu dan menenggelamkan rasa bimbang Nik Aziz terhadap kebenaran menggunakan kalimah berkenaan. Maklumlah Utusan! Kerana sebelum ini Nik Aziz pernah mengatakan penggunaan kalimah Allah itu tidak salah dipakai oleh sesiapapun termasuk Kristian kerana ia bersifat sejagat.
Alhamdulilah kebimbangan saya tidak menjadi dan Utusan agak positif terhadap Nik Aziz dalam perkara ini. Walaupun Utusan masih flashback mengenai pandangan awal Nik Aziz, tetapi Utusan meletakkan kesedaran baru Nik Aziz diawal beritanya kali ini sangat memberi makna.
Untuk melihat dengan tepat kenyataan Nik Aziz seperti mana dilaporkan Utusan itu saya turunkan sebahagiannya di sini:
KOTA BHARU 3 Jan. – Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain tidak boleh dibenarkan sama sekali kerana ia akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, biar pun dari segi hukum membenarkan agama ‘samawi’ seperti Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah itu tetapi dibimbangi ia disalah gunakan pihak tertentu.
Beliau berkata, masalah penggunaan kalimah Allah timbul kerana tiada badan perunding antara pihak Islam dan Kristian yang menyelesaikan kemelut itu dengan baik menyebabkan ia kini menjadi isu sensitif.
“Kita bimbang dan takut orang ini salah guna perkataan Allah iaitu salah guna dalam pengertian, sebab itu dalam fiqah kita boleh sekat orang bukan Islam guna perkataan Allah walaupun benda itu harus.
“Saya juga bimbang kalimah ini disalah guna sehingga menyebabkan orang Melayu beragama Islam keliru... dia kata sana Allah, sini pun Allah sehingga akhir-akhir ini dia minta gereja pun dipanggil masjid Kristian.
“Pengunaan Allah boleh tetapi dibimbang disalah guna, jadi lebih baik kita berhenti daripada membenarkan agama lain guna perkataan Allah,” katanya.
Mudah-mudahan Nik Aziz tidak akan meralatkan laporan Utusan ini dan terimalah ianya sebagai benar. Walaupun pandangan itu mungkin boleh menyebabkan setengah pihak dalam Pas dan rakan kongsi Pas dalam Pakatan Rakyat tidak senang namun ia perlu dipertahankan kerana itu hak dan itulah juga kemahuan ramai umat Islam negara ini yang sayangkan agama mereka.
Walaupun pandangan itu orang akan menuduh Nik Aziz tidak konsisten tidak mengapa kerana MB itu bercakap atas yang haq dan demi agamanya sendiri. [wm.kl.9:00 pm 04/01/10]