Showing posts with label Mahfuz Omar. Show all posts
Showing posts with label Mahfuz Omar. Show all posts

Wednesday, May 3, 2017

Keikhlasan dan ketulusan seorang Mahfuz

PENGAMATAN

Mahfuz tegur pemimpin kerana dia sayangkan Pas.
Saya mengangkat kedua belah tangan, tabik hormat kepada Mahfuz Omar bagi menyatakan kekaguman dan penghormatan kepada ahli Parlimen Pokok Sena itu atas sikap berani, ikhlas dan jujur yang ada kepadanya selaku pejuang politik.

Mengikuti ucapannya dalam ceramah di Kota Bharu malam tadi, bagi saya Mahfuz bukan sahaja berjiwa besar tetapi telah memperhambakan dirinya 100 peratus untuk merealisasikan cita-cita perjuangan yang ditarbiahkan kepadanya selama ini menerusi parti agama itu.

Thursday, November 13, 2014

Mahfuz patut nasihat Abdul Hadi, bukan tegur balas DAP

TEGUR MALAM                                                                                              

Ketua Penerangan Pas Mahfuz Omar tidak senang dengan pemimnpin DAP yang meminta agar Presiden Pas Abdul Hadi Awang tidak ponteng mesyuarat Majlis Presiden PR. Mahfuz meminta agar pemimpin DAP berhati-hati bercakap mengenai presiden kesayangannya itu.

Walaupun Mahfuz ada hak dan berhak untuk mempertahankan bosnya, tetapi Ahli Parlimen Pokok Senan itu perlu menyedari masalah yang timbul di sekitar diri Abdul Hadi ialah sikapnya yang tidak mengambil berat terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai ketua parti dalam Pakatan. Pemimpin DAP bukan saja-saja hendak merendah dan memburukkan pemimpin Pas.

Abdul Hadi boleh tidak hadir mesyuarat tetapi perlu memaklumkan secara lisan kalau pun beliau sakit seperti kata Mahfuz. Rasanya apa yang menjadi kekesalan pemimpin DAP terhadap Abdul Hadi bukan saja masalah tidak hadir, tetapi paling rewelnya tidak menghormati keputusan dicapai dalam mesyuarat dan merubah keputusan mesyuarat menerusi kuasa beliau sebagai presiden Pas yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama (MSU).