Thursday, November 13, 2014

Mahfuz patut nasihat Abdul Hadi, bukan tegur balas DAP

TEGUR MALAM                                                                                              

Ketua Penerangan Pas Mahfuz Omar tidak senang dengan pemimnpin DAP yang meminta agar Presiden Pas Abdul Hadi Awang tidak ponteng mesyuarat Majlis Presiden PR. Mahfuz meminta agar pemimpin DAP berhati-hati bercakap mengenai presiden kesayangannya itu.

Walaupun Mahfuz ada hak dan berhak untuk mempertahankan bosnya, tetapi Ahli Parlimen Pokok Senan itu perlu menyedari masalah yang timbul di sekitar diri Abdul Hadi ialah sikapnya yang tidak mengambil berat terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai ketua parti dalam Pakatan. Pemimpin DAP bukan saja-saja hendak merendah dan memburukkan pemimpin Pas.

Abdul Hadi boleh tidak hadir mesyuarat tetapi perlu memaklumkan secara lisan kalau pun beliau sakit seperti kata Mahfuz. Rasanya apa yang menjadi kekesalan pemimpin DAP terhadap Abdul Hadi bukan saja masalah tidak hadir, tetapi paling rewelnya tidak menghormati keputusan dicapai dalam mesyuarat dan merubah keputusan mesyuarat menerusi kuasa beliau sebagai presiden Pas yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama (MSU).


Daripada menegur atau memberi peringatan kepada pemimpin DAP atau sesiapa yang mempertikaikan sikap dan feel Abdul Hadi itu, elok kalau Mahfuz sendiri dengan cara baik menegur atau menasihat Abdul Hadi. Mengajar Abdul Hadi mengenai peraturan dan rukun-rukun berorganisasi dan berkawan.

Mahfuz boleh mengatasi masalah Abdul Hadi itu yang turut memberi implikasi buruk kepada Pas. Apakah Mahfuz tidak dapat mengesan tindakan Abdul Hadi akhir-akhirnya menjadi liabiliti kepada Pas sebagai sebuah badan siasah.

Kita pun tidak mahu kalau pemimpin DAP menegur presiden parti agama seperti Abdul Hadi itu. Nampak sangat kontradiknya. Sebagai pemimpin parti agama, Abdul Hadi sepatutnya menjadi penegur dan bukannya ditegur. Apa lagi yang menegurnya bukan Islam yang dianggap sebagai jahil dari konteks Islam.

Mahfuz dalam soal ini usahlah kerana hendak menjaga hati dan hubungan baik atau rasa hormat yang tinggi (wala') kepada pemimpin sehingga menampakkan kejanggalan diri sendiri. Tindakan Mahfuz itu dilihat berani, tetapi ia tidak kena pada tempatnya. [wm.kl.10:06 pm 13/11/14]

8 comments:

MNA said...

Setuju tuan MSO, masalah sebenar bukan pemimpin Dap tetapi Presiden PAs itulah. Kerana tindak tanduknya yang dolak-dalik, menyebabkan kredabilti pemimpin pas jatuh di mata rakyat. Pemimpin Pas kebanyakan nya ahli agama dan mereka sepatutnya dipercayai. Mereka sepatutnya menjadi contoh tetapi tidak dalam kes Hadi Awang. Dialah yang menyebabkan rakyat biasa macam kami ini hilang kepercayaan terhadap pemimpin agama Pas apatah lagi kebanyakan mereka mempertahankan Hadi Awang secara membuta tuli.

Salleh - Putrajaya said...

Memang sepatutnya mahfuz menegur Presiden PAS nie..., pemimpin2 PAS pun memang sepatutnya menegur kesalahan dan kesilapan Presiden mereka.., kalau secara terbuka lagi afdhal... Inilah cara dan adab berorganisasi yang tepat lagi menurut sunnah...,

Ketepikanlah semangat parti2 agama nie..., dgn agama kita takkan kemana2..., rakyat dan negara perlu diutamakan...., bila berkuasa baru boleh kita bantu rakyat dari kezaliman UBN.

Alang2 kita berdemokrasi cara barat..., lupakanlah agama dalam cara berpolitik...,

Kita gunakan sepenuhnya ruang yg wujud dalam demokrasi untuk mendapat kuasa.., boleh sahaja kalau fitnah sikit2.., suruh/paksa YB tertentu letak jawatan dan adakan pilihanraya semula. Pedulikanlah mengenai kos dan amanah yg diberikan sebelum ini..., ia kan dibenarkan dalam demokrasi...

Sebagai ahli politik juga.., tak usahla nak tunjuk baik dalam agama..., ini bukan tempatnya. Apabila anda menceburi politik, maka gunakanlah ruang dan ruang yang ada sepenuhnya..., tiada halal dan haram lagi sebab ini bukan agama.

Seperkara lagi.., yakin dan pertahankanlah rakan politik kita walaupun dia salah..., manakala setiap yang dibuat musuh politik adalah salah lagi zalim, sekalipun dia membaca alQuran.

Sorry Tuan MSO..., banyak yg saya sependapat dgn tuan.., tapi banyak juga yg saya tidak... :-)

Kalau tuan tak siarkan komen ini pun tak mengapa.

Anonymous said...

belajarlah adab sopan..

4G said...

Btui kta anta tuu mso hujjah mahfuz tuu nmpk sght na pertahan hj hadi walhal point yg LGE bngkitkan jika ta hadir meetg jgn persenda or sabotaj kptusan yg telah dibuat..yg mahfuz tak ketahuan pasai pa..nmpak sght mentaliti wala buta tuli lain kali rasional la dlm bercakap ni memalukn diri sendiri balik..

Unknown said...

Nampaknya semakin ramai orang PAS bersifat assabiyah dengan membela orangnya walaupun melakukan perkara yang tak betul.

Anonymous said...

sepatutnya hadi ajar Islam kpd lim, tp sebaliknya terjadi. lim pula ajar Islam pd hadi.

mssod said...

Contohnya buku politik mso karang...ada fakta tak betul tapi tidak di perbetulkan fakta. Tapi penulis berlepas tangan kononya serah kpd prmbaca Menilai. Baiklah jika pembaca mempercayai fitnah dan menyebar fitnah..agak2 tuan mso dapat saham dosa tak ?

mohd sayuti omar said...

Menuduh seseorang melakukan fitnah sangat mudah, tanpa mengetahui apakah maksud dan pengertian fitnah sebenarnya. Fitnah adalah satu perbuatan yang dimulakan dengan niat. Salah fakta adalah sesuatu yang tidak sengaja. Dalam konteks tanggapan sdr terhadap saya, bukan termasuk dalam salah fakta itu dengan ada niat untuk berbuat demikian. Apakah sdr dapat membaca apa yang ada dalam hati saya? Cubalah memahami dengan baik bukan mendengar pernyataan dan kesimpulan orang yang dibuat dengan tujuan buruk. Saya rasa, saya juga tahu akan dosa dan pahala. Wassalam.