Friday, November 7, 2014

Keputusan Anwar bebas atau dipenjara diketahui masa ditetapkan kemudian

TERKINI                                                                                                       

Bebas atau dipenjara masih jadi tandatanya.
Proses pendengaran rayuan Anwar Ibrahim terhadap hukuman penjara lima tahun ke atasnya diputus Mahkamah Rayuan bersabit dakwaan meliwat telah selesai lewat petang ini. Bagaimana pun keputusan rayuan berkenaan akan diputuskan pada tarikh yang akan diberi tahu kelak, demikian menurut Ketua Hakim Negara, Ariffin Zakaria yang mengetuai lima hakim mendengar rayuan berkenaan.

Penetapan semula tarikh keputusan itu diumumkan sudah tentu mengecewakan orang ramai terutamanya para penyokong Anwar yang "berderet-deret" ke Istana Keadilan sejak hari pertama proses itu didengar. Proses pendengtaran rayuan itu berjalan selama tujuh hari yang disifatkan satu proses yang lama.

Mereka berharap pemimpin agung mereka itu dibebaskan. Ia menjadi semakin ghairah apabila proses rayuan itu seolah-olah memberi kelebihan kepada mereka apabila pihak pendakwa dilihat kurang mantap dalam hujah-hujah dikemukakan.

Ketua pendakwa swasta Muhammad Shafei Abdullah dikatakan berhujah secara politik sengaja untuk memalukan Anwar sehinggakan ketua pembangkang itu minta agar Shafei memasuki sekolah undang-undang semula.

Dalam pada itu Anwar yang tidak menunjukkan keresahan melalui rayuan itu, yakin dia akan dibebaskan. Kesenggangan mahkamah membuat keputusan itu memberi ruang untuk orang ramai terus berteka teki dengan nasib akan diterima Anwar.

Kaki judi yang mengambil kesempatan menjadikan kes rayuan itu sebagai makenisme judi juga tentu kecewa dengan tindakan mahkamah Persekutuan itu. [wm.kl.4:40 pm 07/11/14]
Post a Comment