Wednesday, November 26, 2014

Fahami maksud Muhyiddin, Pas bukan lagi musuh Umno

MINDA PAGI                                                                                                     

Spekulasi bahawa Pas sedang menjalini hubungan dengan Umno sehingga memungkinkan wujud kerjasama politik tidak dapat disusuk selindungkan lagi. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin secara simbolik tetapi gampang untuk difahami.

Myhyiddin Yassin
Semasa berucap merasmi persidangan serentak Pemuda, Wanita dan Puteri Umno malam tadi, Muhyiddin mengakui musuh Umno kini bukan lagi Pas tetapi liberalisme.

"Kalau dahulu kita cuma berhadapan dengan asakan Pas yang membuktikan siapa lebih Islam," katanya. Bagaimana pun menurutnya dalam realiti hari ini semakin ramai pihak yang cuba membuktikan siapa lebih liberal, bukan siapa lebih Islam.



Walaupun Muhyiddin tidak menjelaskan siapakah atau parti mana yang memperjuangkan liberalisme tetapi ia jelas ditundingkan kepada Pakatan Rakyat tanpa Pas iaitu DAP dan PKR.

Apa yang boleh difahami dengan pernyataan Muhyiddin itu, Umno tidak lagi takut dengan Pas yang menjadi saingannya selama ini tetapi apa yang digerumi ialah Pakatan Rakatan (tanpa Pas) yang cuba membawa konsep liberalisme dalam beberapa aspek kehidupan yang boleh menjejaskan Melayu dan agama Islam.

Mungkin Pas bagi Umno dan Muhyiddin sudah boleh dijinakkan dan tiada masalah lagi untuk diheret duduk bersama.

Pengakuan Muhyiddin itu membenarkan kebimbangan sesetengah orang dalam parti agama itu yang Umno kini sedang giat memasang jerat untuk menjerut leher Pas atas nama agama dan bangsa.

Perubahan dalam Pas sehinggakan Muhyiddin Yassin tidak perlu takut kepada Pas itu menunjukkan Pas menerima konsep Islam dibawa oleh Umno selama ini. Umno tidak mudah untuk akur kepada Pas berhubung kepercasyaan dan komitmennya kepada Islam, sebaliknya boleh berlaku kepada Pas.

Kewujudan kerjasama Umno - Pas sekurang-kurangnya peringkat asas dan permulaannya tertunjuk dengan apa yang berlaku di Kelantan. Penubuhan jawatankuasa teknikal mengenai Hukum Hudud memberi petanda wujud persefahaman Islam antara kedua buah parti. Bertolak dari itu, kelembutan Pas menerima konsep "wassatiyah" Umno membolehkan Muhyddin dan Umno tidak lagi menganggap Pas sebagai musuh. Pas kini sudah membuka pintu bilik utama rumahnya.

Selain daripada itu kekerapan beberapa pemimpin Pas berjumpa dengan pemimpin Umno baik secara rasmi atau tidak menjadikan hubungan mereka rapat. Bagaimana pun apa yang menjadikan pemimpin terpancing dan terpesona dengan Umno apabila Umno menjadikan soal bangsa dan agama sebagai umpan. Hubungan Muhyiddin dengan pemimpinan kanan Pas berlangsung sejak lama dulu, beliau juga diketahui ikut meraikan sebuah majlis pemimpin Pas.

Umno menerusi beberapa buah Ngo dan instrument tertentu telah menuba pemikiran sesetengah pemimpin Pas kononnya kedudukan Melayu kini terancam yang mana dengan keadaan itu menyebabkan agama Islam yang menjadi pegangan dan perjuangan Pas juga akan tercabar.

Tubaan itu mudah diterima oleh sesetengah pemimpin Pas yang kini berkedudukan seperti wakil rakyat dan sebagainya dengan harapan kalau berlaku kerjasama politik antara Pas dengan Umno mereka akan kekal dengan apa yang ada bahkan mungkin mendapat ganjaran lebih daripada sekarang.

Menterjemah segala inilah maka ada kebenarannya kalau Ngo bernama PasMa diwujudkan untuk menjadi benteng dan wadah bagai mempertahankan Pas agar tidak terjerut dalam jerat bingkas dipasang Umno. [wm.kl.8:19 am 26/11/14]

5 comments:

Unknown said...

UMNO yakin jika PAS bersamanya kekuatan Melayu akan lebih kukuh dan akan lebih mudah elit UMNO meneruskan projek menjarah kekayaan negara sementara majoriti orang Melayu diistiqamahkan atau dicemaskan dengan bayangan yang mereka akan dimamah dek antara lainnya kemaraan anasir/gejala liberalisme, walhal gaya hidup elit UMNO adalah sarat dengan liberalisme.Orang Melayu memang mudah diklentong dek media massa PB milik UMNO.
Gabungan PAS-UMNO tak mungkin menjejas projek DAP/PKR menawan Putrajaya kerana majoriti orang Melayu semakin celik dan majoriti orang buka Melayu dah menyampah dengan UMNO sehingga UMNO dah sedar yang ia terpaksa menawan hati orang bukan Melayu meskipun agak terlambat sikit.
Rakyat semakin sedar bahawa urus tadbir negara itu penting, makna kena hapus rasuah, mereka harus dapat hidup selesa dari segi kesihatan, perumahan, pengangkutan dan pendidikan. UMNO gagal memberi satu urus tadbir negara yang baik lagi cemerlang.UMNO akan mainan sentimen agama, aqidah, institusi raja, keistimewaan bumiputra dan ketuanan Melayu oleh UMNO dan PAS dah semakin menjadi dinasor dan amat membosankan.
Lebih cepat PAS dari kalangan konservatif dan jumud tinggalkan PR adalah lebih baik kerana mereka tak sedar yang UMNO dah kira hampir berjaya menipu mereka.

Unknown said...

pada saya secara peribadi pas dan umno boleh bekerjasama dgn syarat pas adalah 'imam'bukannya 'makmum'..

Unknown said...

Hrp2 tkada pemimpin 2 Pas yg bermain mata w UMNO klo benar ini bermakna satu pengkhianatan keatas Jemaah Pas n klo di bincang dlm Muktamar akan mendapt tntangan besar besaran2 klo benar nadub mereka akan jd spt Dato Mohd Asri n kumpulan dia.UMNO akan setia w APCO n sudah tentu umno akan membunuh pengaruh Pas w apa cara sekalipun

Unknown said...

macamana ahli umno 3 juta dan ahli pas tak sampai 1 juta nak jadi kepala, biar manasabah lah sikit

Unknown said...

pemimpin dok gila talak,pengikut pun menyampah dah.