Anwar Ibrahim yakin dia akan menang. |
Rayuannya kes liwatnya dijangka akan berakhir esok bermakna keputusan dan penentuan sama ada Ketua Pembangkang itu bebas atau tidak akan boleh ditentukan bila-bila masa sahaja. Amalan munajak, berdoa dan solat hajat diadakan oleh keluarga dan rakan-rakan Anwar sejak 15 tahun lalu.
Azmin turut hadir. |
Malam tadi, penyokong Anwar bukan sahaja datang dari sekitar lembah Kelang, tetapi dari Utara, Pantai Timur dan juga Selatan. Kebanyakan mereka adalah wajah-wajah sama di tahun 1999 lalu. Kehadiran yang agak ramai daripada biasa, memberi gambaran seolah-olah masing-masing ingin bersama Anwar untuk terakhir sebelum bapa reformasi itu digiring ke penjara. Doa dan munajak yang dilafazkan juga persis tembok untuk menghalang Anwar dibawa ke penjara.
Selepas Isyak Anwar seperti biasa memberi ucapan merumuskan perbicaraan yang berlangsung. Menurutnya dia yakin akan menang berdasarkan kepada ketidakupayaan pihak pendakwa mengemukakan bukti berhubung tuduhan liwat terhadapnya.
Anwar menyifatkan perbicaraan itu dalam bingkai politik. "DNA adalah perkara sais tetapi diulas secara politik. Hujah pihak pendakwa seperti ucapan politik ketua cawangan," begitu kira-kira Anwar menempelak pihak pendakwa terutamanya Muhammad Shafei Abdullah yang dianggap desperate dalam penghujahan untuk memenjarakannya.
Beliau juga rasa pelik dengan sikap pendakwa yang meminta tertuduh (dia) mengemukakan bukti apa yang disabitkan ke atas dirinya. Ini perkara pelik dimana tanggungjawab membuktikan tuduhan diminta kepada orang kena tuduhan. Apa yang sepatut berlaku pendakwa yang kena membuktikan tuduhan mereka.
Anwar juga menceritakan ramai orang bersimpati dan mengambil berat terhadap nasib yang bakal dihadapinya dan keputusan ditetapkan mahkamah. Rakan-rakan rapatnya menghubunginya bertanya khabar dan perkembangan perbicaraan. Rakannya, Tayyib Erdogan sangat mengambil berat dan bimbang dengan nasibnya.
Betapa beratnya perhatian Erdogan sehinggakan Anwar merasakan dia akan dihalang pulang ke Malaysia kalau dia singgah ke Tukri. "Saya sengaja tidak singgah di Turki dalam perjalanan dari London ke Kuala Lumpur. Kerana kalau saya singgah mungkin passport saya akan dirampas untuk tidak membenarkan saya pulang," kata Anwar.
Penyokong Anwar dari Kelantan. |
Muhamad Taib hadir bersama isteri. |
Sebahagian rakan dan penyokong Anwar. |
Tetapi beliau tidak menghiraukan peringatan dan tegahan kawan-kawan itu kerana tanggungjawabnya kepada rakyat dan negara lebih penting dan diutamakan. Di sinilah kelebihan dan kehebatan yang ada kepada Anwar, dia seorang pemberani demi rakyat.
Mengulas mengenai perbicaraan itu Anwar memberi tahu kali ini agak ada kelainan sedikit apabila hakim yang mendengar rayuan itu mendengar dengan baik dan mencatat apa yang diperkatakan. Hakim tidak mendiamkan diri dan sering bertanya dan menyoal pihak pendakwa.
"Kali ini Hakim tidak diam, tetapi menyoal dan bertanya pendakwa. Saya berpuas hati dengan keadaan ini dan berharap keputusannya juga nanti baik," kata Anwar disambut dengan lafaz InsyaAllah oleh yang hadir.
Sebelum itu Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang turut sama-sama bersolat hajat, munajak dan berdoa, ketika memberi tazkirah mengambil kesempatan menyeru ahli parti memperkukuhkan dan memandukan kerjasama.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telah memberi dokongan dan kepercayaan kepadanya untuk mentadbir Selangor.
Katanya hari ini sudah 45 hari dia menjadi MB dan telah menyusun pentadbiran di Selangor dengan mengambil pendekatan mengutamakan rakyat. "Terima kasih kpada Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Wan Azizah atas kepercayaan diberikan kepada saya," ujarnya Azmin.
Selain Azmin beberapa pemimpin kanan PKR juga turut hadir. Ada sama Lajim Akim dari Sabah, Azan Ismail dari Terengganu, Abdul Aziz Kadir dari Kelantan dan lain-lain. Merujakan juga bekas MB Selangor Muhammad Mohd Taib juga ada sama. Saya percaya kehadiran Muhammad bukan mewakili Pas tetapi atas kapasitinya sebagai kawan dan rakan politik Anwar Ibrahim khususnya semasa dalam Umno. [wm.kl.7:55 am 05/11/14]
2 comments:
Dari satu sudut saya melihat fitnah ini amat tidak baik untuk rakyat secara keseluruhannya. DSAI menjadi mangsa kepada "kehendak" politik musuhnya.
Saya juga melihat DSAI ini terlalu "berpolitik" sehingga asas dan prinsip pegangannya tidak begitu jelas. Saya tidak jelas samada beliau seorang tokoh Islam, demokrat, prulasim atau liberalism.
Apakah seorang yang benar-benar Islamis tidak mampu memimpin semua manusia dan fahamannya?
Adakah seorang politician yg Islamis perlu bertukar wajah kepada pluralism bagi mendapat sokongan golongan plurasim..., kemudian perlu bertukar Islamis semula bagi mendapat sokongan muslim...?
salleh,
tidak salah politiking jika utk kepentingan rakyat dan perjuangan. yg salah merompak menyeleweng kepentingan rakyat walaupun tidak byk politiking.
label2 liberal prulism dll adalah label barat utk menjuzuk2 kan islam. semua nilai itu ada dalam islam tetapi mesti betul pada tempatnya.
tidak wajar kita melabel org dgn label2 itu kerana ianya berkaitan fahaman dan ideologi yg tidak dapat dibuktikan.
selagi seseorg pemimpin itu bertindak mengikut syarak demi kebaikan rakyat dan umat, niatnya ikhlas, maka ia sedang melaksanakan perintah agama, walaupun tidak sentiasa dilabel islam dlm tindakannya.
begitu jg jika buat sesuatu yg menyeleweng tp dillabel dgn agama, ia tetap ditolak selagi tidak menepati syarak.
contoh: adakah salah dn tidak islamik jika saya menyertai persatuan sukan semata2 kerana tidak berlabel islam?
selagi anda menyertai dgn niat suci dan mengikut syarak dn niat utk kebaikan diri dan kesihatan, kerana Allah, maka ia adalah ibadah.
tidak perlu keliru mengatakan anwar tak jelas pegangannya. jgnlah kerana PKR tiada perkataan islam maka semua kerja baik dianggap tidak ada nilai.
kejayaaan memimpin seramai manusia bukan ukuran islamis atau tidak. Dalam Quran Allah mengelar umat kpd Nabi2 yg berdakwah tapi sedikit pengikutnya. ada Nabi saw yg langsung tiada pengikut (seolah2 gagal) tp tetap Allah iktiraf sebagai 'umat'.
memimpin manusia bukan semudah memimpin kambing ke kandang. telah ditakdirkan Allah bahawa Nabi2 pun diberikan musuh. Hakikat perjuangan adalah ujian, tidak tiada ujian, maka syurga la tempat kita ni.
anwar tidak menukar apa2 wajah, tp memusuhi manusia dgn sebab ideologi dan pegangan bukan islamik. sebb ideologi dan kefahaman mesti diserang secara ilmiah dan didekati, bukan dgn slogan kata2 nista dan tindakan undang2 semata2.
tekanan fizikal tidak sentiasa berjaya menyekat ideologi. ia perlukan senjata ideologi juga utk mengatasinya.
akhirnya sebelum melabel seseorg itu tidak islamis atau bermuka2 bertukar2 pluralism liberalism dll, kita kena pastikan apakah kerja buat mereka yg didorong oleh ideologi itu. samada hasil tindakan itu salah atau tidak.
yg penting fahami dulu intipati ideologi2 itu, dan jgn terikut2 dgn media.
sudahkah anda kaji mendalam ism ism itu?
sebagai contoh, org melayu faham komunis itu adalah ideologi politik yg ganas dan tidak mengaku tuhan sedangkan ianya adalah ideologi ekonomi asalnya.
contoh ; ideologi kebangsaan. selagi mana ia tidak bersifat 'membela sesama ideologi atas dasar kezaliman', kalau setakat sygkan bangsa, maka itu adalah lumrah manusia yg tidak menyalahi islam.
anwar bukan insan munafik yg bertukar wajah mengikut sasarannya, beliau adalah pemikir islam yg menunjukkan keluasan islam itu yg ada ciri2 setiap ideologi itu tapi dlm had dan falsafah yg tertentu.
beliau juga menunjukkan bahawa penganut islam yg dalam kefahaman agama dan kemanusiaan tidak takut utk berdepan dgn perbezaan fahaman.... tidak hanya membawa sepanduk provokasi mereka yg dilihat menyimpang.
islam agama rahmat tetapi diizinkan kamu berperang apabila kamu dizalimi.
sekian harap ada sikit manafaat lah.
Post a Comment