Umno bercadang untuk meminda fasal 3.3 Perlembagaan parti nasional itu bagi memberi pengikhtirafan kepada agama Islam sebagai agama Persekutuan. Perkara ini dinyatakan oleh ahli Majlis Tertinggi nya Jamil Khir Bahrum. Cadangan fasal 3.3 itu akan dikemuka dan dibincangkan terlebih dahulu dengan Naib Presiden Hishamuddin Hussein selaku Pengerusi Jawatankuasa Usul dan Jurucakap Perhimpunan Agung Umno 2004.
Jamil Khir perlu berani. |
Tepat dan benarlah dakwaan seterunya Pas yang menganggap Umno adalah parti sekular. Keaplaan dan ketidakpedulian Umno terhadap keutamaan agama ini menjelaskan sejauh mana komitmen Umno kepada agama.
Dalam era orang banyak bercakap soal agama dan excited menjadi agama sebagai modal untuk hidup dan perjuangan, langkah Umno itu kena pada masa dan ketikanya.
Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata antara sebab kenapa beliau menentang atau sukar untuk bekerjasama dengan Umno ialah kerana parti itu tidak mengambil Islam sebagai dasar perjuangan. Objektif meminda fasal 3.3 itu sebahagian proses untuk mensyariatkan Umno.
Ahmad Yaakub bawa politik baru. |
Sementara itu menurut Jamil Khir pindaan itu juga bagi menegaskan bahawa pegangan umat Islam di negara ini adalah berfahama Ahli Sunnah Wal Jemaah (ASWJ).
Ertinya mana-mana penganut Islam yang berpergang kepada aliran bukan ASWJ tidak diikhtiraf atau pun termasuk dalam agama Islam Umno. Rasanya penegasan begini kurang elok kerana Umno akan dituduh bergaduh dengan fahaman-fahaman atau aliran lain yang juga tidak bercanggahan dengan akidah.
Bagaimana pun cadangan itu menurut Jamil Khir belum tentu apakah ia akan dibawa dalam perhimpunan agung Umno hujung bulan ini. Setakat hari ini ianya hanya akan dibincang bersama Hishamuddin atau diangkat untuk diperbincangkan sahaja. Cadangan pindaan itu juga bertitik tolak kepada cadangan Mohd Najib Razak yang menyarankan agar pindaan fasal 3.3 Perlembagaan Umno dilakukan. Tampaknya Najib juga sudah ada kesedaran kepada agama yang selama ini diabaikan berdekad oleh bekas presidennya Dr Mahathir Mohamad.
Molek kalau Umno membuat pindaan itu atas semangat dan tujuan memantapkan iltizam dan "jiha" agama. Seharusnya kelompongan ini diperhatikan sejak lama dulu. Ini juga mungkin termasuk sebahagian daripada perubahan atau tranformasi dalam Umno yang dilakukan Najib. Memantap dan memnperluaskan perjuangan agama dalam Umno sesuatu yang didambakan.
Sejajar dengan maksud itu barangkali elok kalau dalam usul agama nanti turut sama memasukan perkara Hudud yang selama ini dilihat sebagai satu aspek (perundangan Islam) yang diabaikan bahkan ditakuti oleh Umno. Dengan adanya perubahan dan keyakinan baru Umno, maka elok hukum syariat itu dibincang panjang lebar dalam Perhimpunan Agung Umno.
Masalah hudud harus diputus atau diambil kira pandangan akar umbi dan ia bukan hak eksklusif pimpinan teratas sahaja. Kesuburan parti itu adalah apabila ia mendapat timba balas daripada bawah dan bukan sahaja menerima pandangan atau laksanakan resolusi dari atas ke bawah. Umno perlu mengamalkan sikap demokratik dalam menenerima suara dan cadangan ahli.
Masa kini sesuai untuk Umno membebaskan parti berkenaan dari kongkongan pemikiran imperialis dan mengikis tuduhan ia sebuah parti sekular. Apa lagi berkebetulan pula dengan Umno kini sedang bekerjasama dengan kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu. Penubuhan jawatan kuasa teknikal mengenai hudud dianggotai bersama pakar-pakar atau ahli profesional Pas dan Umno membuka era baru dalam "jerumun" politik negara ini.
Hukum hudud tidak lagi menjadi isu buat masa ini apabila Umno mengatakan sokongan mereka kepada Pas yang sudah sekian lama berhajat dan berhajat untuk melaksankannya, tetapi belum mampu merealisasikan. Menerusi pendekatan politik baru di Kelantan diperkenalkan MB, Ahmad Yaakub itu, seharusnya diambil kesempatan oleh Umno untuk membawa hal hudud dalam "muktamar" parti tersebut pada hujung bulan ini.
Umno tidak perlu takut untuk membahas mengenai hukum hudud dan mendapat timba balas daripada ahlinya peringkat akar umbi. Umno perlu menerima hakikat yang hudud adalah suatu kewajiban dan "fardu ain" bagi sebuah kerajaan. Sekrianya Umno obses mengenai perkara ini sudah tentu parti itu akan mendapat sokongan dan keyakinan umat Islam. Kalau Umno membincangkan soal hudud orang ramai khas umat Islam akan lebih yakin kepadanya berbanding dengan Pas kerana Umno kini adalah tunggak kerajaan UBN.
Beranikah Jamil Khir untuk membawa agenda hudud ini untuk dibahas dalam perhimpunan agung Umno? Jamil boleh menjadikan pembentukkan jawatankuasa teknikal sebagai titik mula untuk Umno berfikir soal hudud secara bersama tanpa dibumbui sentimen politik. [wm.kl. 11:02 am 03/11/14]
No comments:
Post a Comment