PERSPEKTIF
Ada "petik-petik" dan "roma" yang jelas dalam Pas Kelantan dan Terengganu yang mahukan berijabkabul dengan Umno. Elok sangatlah sebab situasi kini mereka dianggap sudah bermukah. Perubahan pendekatan diambil oleh pengganti Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan, terhadap Umno membina persepsi baru daripada kalangan rakyat terhadap Umno dan pendekatan itu sebagai persiapan awal ke arah persepakatan politik.
Boleh dianggap bahawa politik berdamai sudah menelor lama dalam kepada Pesuruhjaya Pas Kelantan yang baru Ahmad Yaakob itu dan ia tetas sebaik beliau memegang tali kuasa Pas di Kelantan. Kewujudan telor perpaduan ini dalam diri Ahmad tidak disedari banyak pihak.
Di Kelantan kini, sudah tumbuh dalam benak sesetengah ahli Pas yang parti itu akan bekerjasama dengan Umno atas kepentingan bersama demi agama dan bangsa. Agak anih sedikit bekas MB Nik Abdul Aziz Nik Mat yang selama ini berpatah arang dan berkerat rotan dengan Umno juga menunjukkan cula lain dengan Umno. Apakah kerana beliau keuzuran ataupun beliau baru diberikan ilham-ilham baru?
Keadaan terdesak dan terancam yang direyasakan begitu rupa membolehkan keduanya membuat genjatan senjata. Ketegangan politik antara Umno dan Pas di Kelantan kini sudah tidak wujud lagi. Tanpa diuar-uarkan kesukaran Ahmad untuk mentadbir Kelantan dan keadaan ekonomi dan kewangan yang menipis menjadi pendorong kepada kerjasama itu. Pas Kelantan dibawah pimpinan Ahmad seakan terdesak untuk survive.
Sudah ada dalam pandangan mata sesetengah pemimpin Pas Kelantan mereka melihat telaga duit Umno akan mengalir ke dalam sakut mereka kalau Pas - Umno bekerjasama.
Semua tindakan dan perubahan itu bukan kerana perjuangan, misalnya untuk menyatukan Melayu seperti yang didongeng-dongengkankan, sebab di Kelantan Melayu tidak perlu bersatu kerana tiada perpecahan Melayu di Kelantan. Apakah selama 23 tahun Nik Aziz memerintah Kelantan, Melayu Kelantan berpecah dan mengalami kerugian kerana kontradik politik? Tidak. Melayu di Kelantan tidak pernah dipisah dengan doktrin ideologi politik separah di Terengganu sampai berlaku sembahyang dua imam.
Kesungguhan Ahmad Yaakob dan pimpinan Pas lain untuk menyatukan diri dengan Umno kini serius cuma ia dilindungi dengan berbagai kata-kata kerana takut untuk berterus terang. Bagi saya Ahmad Yaakub atau Pas Kelantan tidak perlu berselindung dan takut untuk berterus terang dalam perkara yang kita yakin membawa kebaikan. Rakyat Kelantan akan bersama Pas sekiranya aspirasi mereka diperjuangkan. Bukankah hari ini orang Kelantan inginkan lebuh raya, stadium dan royalti minyak? Dan ketiga perkara itu itu tidak akan terlaksana tanpa ada bantuan dan kerjasama dengan Umno.
Keserisuan ini terserlah apabila seorang pemimpin kanan Umno Kelantan pernah memberi formula bagaimana seorang tokoh muda Pas Kelantan boleh menjadi MB Kelantan dengan mudah sekiranya Pas bersedia bergabung dengan Umno. Menurut pemimpin Umno itu, perwatakan dan sikap politik terbuka tokoh muda Pas itu disenangi Umno. "Saya rasa dia (tokoh muda berkenaan) akan jadi MB Kelantan, sebab Umno suka dengan stailnya," demikian kata pemimpin Umno sewaktu berjumpa saya di Makkah baru-baru ini. Pemimpin Umno itu juga membayangkan tokoh itu akan mendahului Mohd Amar Nik Abdullah untuk menjadi MB.
Demikian juga di Terengganu, ada tanda-tanda dan "bibit-bibit" ke arah itu. Kerancakan penubuhan PasMa di negeri penyu itu bertitik tolak dari timbulnya rasa kurang senang ahli Pas kepada pendekatan parti Pas terhadap Umno. Apa lagi sikap tokoh keramatnya Abdul Hadi Awang yang tidak begitu nggam dengan Anwar memberi petanda yang Pas Terengganu juga ingin "berkawang" dengan Umno. PasMa wujud di Terengganu kerana menyedari akan rancangan itu.
Arahan agar ahli Pas tidak menyertai atau terlibat dengan PasMa di Terengganu memberi gambaran Pas Terengganu tidak suka kalau ada mana-mana entiti yang cuba memperkukuhkan hubungan Pas dengan PKR dan DAP menerusi Pakatan Rakyat. Perkukuhan hubungan Pas dengan Pakatan Rakyat bermakna agenda bersama dengan Umno akan gagal. Usaha itu tidak disanjungi.
Demikian juga serangan dilakukan ke atas pemimpin DAP yang menegur Abdul Hadi tidak hadir mesyuarat Majlis Presiden sehari dua ini dilihat satu kempen untuk menanggalkan Pas daripada Pakatan Rakyat. Secara tidak langsung kempen untuk memisahkan Pas daripada Pakatan Rakyat sedang berjalan penuh sistemetik.
Sekali lagi dinyatakan kalau Pas yakin dengan pendekatan politik yang diambilnya dan mempercayai Umno adalah rakan yang ideal buatnya, khasnya Pas Kelantan dan Terengganu tidak perlu ragu harus mempercepatkan proses ijabkabul dengan Umno. Politik pernuh dengan percubaan dan perjudian.
Perkembangan dan bitik-bitik yang wujud dalam Pas Kelantan dan Terengganu itu juga sekata dengan kehendak atau aspirasi beberapa pemimpin tertinggi Pas lain di Kuala Lumpur khasnya dalam Majlis Syura Ulamak (MSU). Mereka juga dikatakan sedang mencari mekanisme untuk membawa Pas bergabung dengan Umno. Mereka kini memasuki ke perpustakaan untuk membelek kitab-kitab lama bagi menghalalkan tindakan dan angan-angan mereka. Tunggulah lagi malu-malu kucing untuk mengumumkan secara terang. Niat dan nawaitu sudah jelas bagaikan disuluh.
Menurut seorang rakan wartawan daripada Pas, seorang pemimpin spritual Pas menegaskan kepadanya, bahawa Pas kini dari segi rohnya sudah tidak ada lagi dengan Pakatan Rakyat. Pemimpin itu juga berpendapat sekiranya Pas ingin berkerjasama dengan Umno ia hendaklah dilakukan dengan segera dan tidak perlu menunggu saat menjelang pilihan raya. Kalau ia diatur atau dimeteraikan menjelang pilihan raya penggabungan itu mendatangkan masalah kepada Pas, sukar untuk memobiliskan ahli dan penyokong menyebabkan Pas akan mengalami kekalahan teruk.
Jadi langkah atau usaha penggabungan perlu dilakukan segera. Lakukan...
Melihat kepada gerak geri dan membacar apa yang tersurat dan tersirap dilaku Pas Kelantan dan Terengganu keinginan untuk bergabung dengan Umno sudah amat tinggi. Jika diibaratkan mereka sebagai pasangan yang berkasih tahap gila kasihnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Kalau pun ibu bapa menghalang, mereka akan tetap mencri helah untuk berkahwin juga secara berwali hakim.
Begitu juga dengan lagak Pas dan Umno kini. Ahli Pas atas prinsip wala' tidak mampu hendak mengingkari kehendak pucuk pimpinan mereka. Mereka akan ikut sahaja apa yang disuarakan oleh pemimpin mereka dan sedia menerima alasan yang diberikan.
Justeru, adalah elok kalau Pas Malaysia memberi keinginan kepada Pas Kelantan dan Terengganu bergabung dan bekerjasama dengan Umno. Dalam erti kata lain Pas Malaysia perlu memberi kuasa otonomi kepada Pas Kelantan dan Terengganu menentukan nasibnya sendiri.
Ada kewajaran dan kemunasabahan di sini saya lihat untuk Pas berbuat demikian. Kedua negeri itu dikuasai oleh orang Melayu. Peratus Melayu di Kelantan dan Terengganu melebihi 90% dimana ia berbeza dengan kedudukan di negeri-negeri lain seperti Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka atau Johor di mana peratus Melayunya dibawah 60 peratus.
Molek kalau Pas Kelantan dan Terengganu bersama Umno, sementara Pas di negeri-negeri lain dibiarkan terus kekal bersama Pakatan Rakyat. Buatlah percubaan sekali. Pilihan raya umum akan datang akan memberi jawaban manakah kerjasama atau pelan politik yang lebih praktikal dan menguntungkan Pas, apakah bekerjasama dengan Umno di Kelantan dan Terengganu, ataupun bekerjasama dengan DAP dan PKR di negeri-negeri lain.
Seperti saya katakan tadi tidak guna bagi Pas menghalang kehendak Pas Kelantan dan Terengganu itu kerana tahap kegilaan dan luapan nafsu untuk bernikah dengan Umno sudah sampai ke tahap gila. Mungkin cadangan ini pelik sedikit, tetapi tidak perlu dihairankan kerana dunia politik itu penuh dengan keganjilan dan sering diadakan aksprimen. Sebelum ini berbagai-bagai eksprimen dilakukan termasuk tahaluf siasyi untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan itu juga sebahagian daripada eksprimen, tetapi ia gagal. [wm.kl.10:55 am 24/11/14]
4 comments:
Tuan MSO
Ambo tak nampak kegilaan Dato Ahmad Yaakob, Nik Amar untuk bekerjasama dengan UMNO akan membawa kebaikan kepada PAS dalam keadaan UMNO yang lemah tidak bermaya sekarang.
Nampak sangat tahap politik mereka begitu rendah. Mereka tidak berupaya untuk kenal UMNO dibawah Najib.
Dalam keadaan UMNO yang semakin lemah dan dijangka akan bertambah lemah terutsma sekarang ini pelbagai kelemahan Najib mentadbir negara sedang dibongkar satu persatu ( semuanya berpotensi menjahanamkan negara dengan terok seperti 1MDB dll) - kesungguhan Najib dan UMNO hanya topeng untuk menyelamatkan UMNO dan dalam masa yang sama mengecilkan pengaruh PAS untuk mengantikan UMNO di persada politik negara.
Kalau Ahmad Yaakob, Nik Amar, Haji Hadi dan anggota MSU yang tuan MSO sebutkan masih tidak mengenal cula politik Najib yang akan menghancurkan PAS. Sebenarnya Najib lebih ganas dari Mahathir. Najib sanggup buat apa sahaja termasuk yang Mahathir xsanggup buat untuk menyelamatkan tengkok dia.
Tuan MSO sudah memberi cadangan diatas. Ambo juga ada cadangan untuk dilertimbangkan oleh Ahmad Yaakob, Nik Amar dan ulamak-ulamak yang satu selera dengan mereka.
Mengapa tidak Haji Hadi, Ahmad Yaakob, Nik Amar dan geng mereka masuk sahaja UMNO? Golongan mereka beberapa kerat sahaja berbanding yang mahu kekal di dalam PR.
Apa salah mereka masuk UMNO? UMNO juga mengaku berjuang untuk melayu dan Islam. Kemasukan mereka kedalam UMNO pasti akan memberi tambah nilai yang hebat. Lagipun platform dan reach UMNO serta stranglehold UMNO keatas orang melayu jauh lebih hebat dari PAS.
Cadangan ini lebih baik dan praktikal berbanding dengan cadangan tuan MSO.
Encik bat8, bak kata MSO... malu-malu kucing. Pengkhianat yang nak berjumpa umno dalam gelap mahupun terang ni eloklah dibenam dalam pasir jerlus.
Cepat MSO hidu apa yang berlaku di Kelantan dan Terengganu, mana boleh PAS di bahagi dua, Kelantan dan Terengganu bersama UMNO manakala di negeri lain bersama PR. Rasanya pengaruh Kelantan dan Terengganu akan menyatukan PAS dan bakal membawa keluar PAS daripada PR. Kongsep wala pada pemimpin pasti dipatuhi oleh sebahagian besar ahli PAS, selebihnya akan menyertai PKR atau PASMA sekiranya PASMA menjadi entiti politik. Betul kata YB Husam, UMNO akan mendapat talian hayat 20 tahun lagi. Begitulah politik, kawan boleh menjadi lawan, lawan tidak kekal selamanya.
CikMat Ibrahim
Puak yang mahu bergabung dengan UMNO didalam PAS hanya beberapa kerat sahaja. Majoriti dari geng PAS Terengganu. Sekarang ini dasar PAS adalah kekal bersama Pakatan. Dasar ini diputuskan oleh Muktamar di Ipoh tahun 2008 dan diperkukuhkan oleh muktamar-muktamar selepasnya termasuk yang baru berlangsung baru-baru ini.
Puak beberapa kerat ini dikenali sebagai puak UG. Jika kita lihat pada dasar PAS sekarang, agenda puak UG ini bertentangan secara berdepan dasar PAS masa ini. Jika kita lihat siapa juara-juara UG ini kita akan terkejut kerana mereka memegang jawatan agak penting didalam PAS. Kedudukan jawatan mereka itu melambangkan ketinggian dan kehebatan ilmu ugama yang mereka mileki. Ironis bukan...ilmu tinggi tetapi buat kerja berlawanan dengan dasar parti yang berjuang atas nama ugama!
Buat masa ini mereka tidak akan berjaya untuk menrealisasikan impian mereka kerana mereka tidak mempunyai sokongan majoriti untuk mengubah dasar yang telah diputuskan oleh Muktamar Ipoh 2008. Tuan MSO ada menulis, tokoh-tokoh UG didalam MSU sedang tekun membelek kitab2 muktabar untuk mencari alasan untuk menghalalkan usaha mereka bergabung dengan UMNO.
Jangan ambil Kelantan sebagai contoh. Jika kita kaji dari aspek dasar PAS hari ini, apa yang dilakukan oleh kerajaan PAS Kelantan adalah menentang keputusan dasar ters3but. Dalam kes Kelantan, tindakan yang diambil lebih kepada tindakan membuta tuli menyerahkan t3ngkok kepada UMNO kerana ketidakmampuan pemimpin utama kerajaan negeri mentadbir negeri. Iadi mereka ambil jangan mudah cuba subkontrak tanggungjawab mereka kepada UMNO. Ini kes pak kaduk naik junjung. Orang yang tidak layak dan tidak mempunyai kebol3han diberi amanah diluar kemampuan diri.
Mengapa saya berkata begitu? Sebabnya masaalah yang dihadapi sekarang tidak ada bezanya dengan masaalah yang dihadapi oleh kerajaan TGNA selama 23 tahun juga. Masaalahnya hasil negeri begitu kecil dan terlalu bergantung kepada balak. Geran-geran hak negeri yang sepatut diberi oleh kerajaan pusat dibawah perlembagaan dil3ngah-lengahkan. Tetapi kerajaan TGNA boleh survive selama 23 tahun!Mengapa mereka yang memerintah tak sampai sepenggal pun sudah tak mampu menangani masaalah yang sama? Soal k3bolehan dan kemampuan melaksanakan tanggungjawab kan?
Kalau kita renung mengapa ada puak ulamak dan ustaz didalam PAS hendak bergabung dengan UMNO yang dalam keadaan b3gitu tenat sekarang pun kita akan mengeleng kepala. Kita tak nampak apa advantages bagi PAS dan Islam. Tak masuk akal langsung. Dan mereka-mereka ini mempunyai ilmu ugama yang tinggi. Mereka tidak pe4nah menjelaskan dengan terang apa nas dan alasan logik hendak bawa PAS bergabung dengan UMNO. Kalau mereka ada nak dan alasan, tidaklah mereka masih lagi membelek-belek kitab kuning untuk mencari nas dan hujah, bak kata Tuan MSO.
Setakat ini je dulu. Wallahualam
Post a Comment