Sunday, November 16, 2014

Ahli Pas perlu beretika menggunakan media baru

MELAKARI MENTARI                                                                                   

Pandangan dan peringatan yang dicurahkan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama Nik Zawawi Nik Salleh supaya ahli Pas terus istiqamah menggunakan media baru sebagai saluran dakwah kepada Pas sekaligus mengejapkan Pas sebagai sebuah gerakan Islam harus diberi perhatian oleh semua pihak dalam parti agama berkenaan.

Husam Musa
Nik Zawawi Nik Salleh
Pandangan dan peringatan itu sesuatu yang baik dan perlu diterima sebagai satu saranan sejahtra. Kesediaan ahli dan pendokong Pas terhadap saranan itu penting untuk tidak memecah dan memisahkan Pas dengan catatan-catan liar dan tulisan yang bersifat permusuhan dan meretakan ukhwah sesama sendiri.

Nik Zawawi dalam kertas kerjanya yang dibentang pada munaqasyah ucapan dasar presiden peringkat negeri Pahang di Temerloh Pahang berkata, media baru kini menjadi ancaman kepada Pas kerana ia bukan lagi memainkan peranan sebagai saluran dakwah, tetapi mengancam Pas. Apakah bentuk ancaman itu tidak dihuraikan melainkan setakat memberi tahu ia menjadi ancam kepada Pas.



Beliau dipetik sebagai berkata sepatutnya saluran media baru itu dimanfaatkan untuk tujuan dakwah dan terbiyah bagi mendidik manusia ke jalan yang benar, tetapi dunia langit terbuka ini diambil kesempatan di sebaliknya. Sudah tentulah hal-hal begitu sangat menyesal dan merugikan parti agama itu.

Pandangan dan saranan Nik Zawawi itu tepat pada masanya kerana akhir-akhir ini media baru yang diharap melonjak dan mengembangkan pengaruh Pas telah menjadi bukan sahaja ancaman kepada Pas tetapi juga bersifat sebagai alat memecahkan sesama Pas. Peranan dimainkan media baru yang digerakan oleh ahli Pas sendiri telah memperluaskan lagi peranan dimainkan akhbar arus perdana sebelum ini. Inilah juga peralihan dan peredaran zaman dihadapi Pas.

Betapa tidak catatan atau pun ulasan di dalam media baru menjadi medan untuk memaki hamu sesama sendiri dan menuyebarkan fintah buta dan mentah. Segala sindir dan kritikan bukan lagi dibuat dengan penuh berhemat sebaliknya dibungai dengan cemuhan bahasa dan gelaran huduh seperti "Jebon" dan sebagainya.

Kewujudan ribuan kumpulan WhatsApp misalnya menjadi medan untuk membentuk kumpulan dan puak tertentu bagi menyuburkan kebencian kepada kumpulan atau puak yang lain. Pengisian sesetengah kumpulan WhatsApp ini tidak lagi untuk menyebarkan maklumat semasa tetapi melakukan fitnah dan adu domba semasa.

Mungkin media baru seperti blog, Facebook atau twiter masih boleh diterima dengan baik, kerana ia bersifat terbuka, tetapi kewujudahan media baru yang beroperasi secara senyap seperti WhatsApp sangat membahayakan.

Kenapa dikata begitu kerana cacian, kritikan dan cemuhan yang dihembur kepada seseorang atau puak menerusi kumpulan WhatsApp ini tidak didengar oleh mereka berkenaan dan hanya berlegar sesama ahli sahaja. Cemuhan dan kritikan sebegini sesuatu yang kejam dan zalim yang tidak seharusnya dipraktikkan dalam Pas sebagai parti yang ditepek dengan dasar dan prinsip agama.

Ini terjadi seperti mana dijelaskan oleh Naib Presiden Pas, Husam Musa pada majlis berkenaan, di mana beliau dituduh telah mengupah seorang penulis untuk memburuk pemimpin Pas menerusi satu kumpulan WhatsApp. Tuduhan itu meluas tersebar dalam kumpulan WhatsApp tanpa dapat dijawab oleh Husam Musa tetapi dinikmati dan ditelan bulat-bulat oleh ahli kumpulan WhasApp atau "buat jahat" berkenaan.

Jelas Husam tuduhan yang dilemparkan kepadanya menerusi kumpulan BuatJahat berkenaan beliau telah mengupah seorang penulis untuk memburuk-burukkan pemimpin Pas. Tuduhan itu kata Husam sesuatu yang anih dan ganjil kerana jelasnya penulis itu selama empat tahun menyerannya.

Contoh yang disebutkan Husam itu menunjukkan betapa kemunculan media baru kini gagal diuruskan dengan baik oleh ahli Pas sehinggakan akhirnya ia menjadi ancaman kepada Pas sendiri. Peliknya lagi mereka terlibat bukan kelas ahli peringat "kayu getah mati" tetapi ada yang bertaraf Dr PhD.

Husam yang juga merupakan seorang pembentang kertas kerja berjudul, "Terus Beristiqamah" pada muqasyah ucapan dasar presiden itu, mengingatkan agar Pas perbetulkan hubungan baik sesama dalam Pas dan perlu sedar permainan musuh serta tidak membesarkan isu-isu dalaman parti dalam media sosial. Gesaan itu sudah tentulah kerana ke belakangan ini apa lagi menjelang muktamar pemilihan Pas tahun dengan pemain-pemain media baru menjadi makin hilang akal.

Menghayati kedua saranan dan peringatan Nik Zawawi dan Husam itu menunjukkan mereka sependapat dan concern berat untuk membenteraskan bahanan fitanh dan ancaman baru kepada Pas itu. Kesedaran ini seharusnya dipuji dan disusuli dengan tindakan proaktif meluas.

Bertolak daripada itu elok kalau Pas terutamanya Majlis Syura Ulama (MSU), mengadakan kursus ataupun menyelitkan dalam usrah-usrah yang diadakan mengenai bahaya media baru yang disalah gunakan. Sejajar itu juga MSU boleh menganjurkan kursus atau mengadakan seminar cara-cara mengggunakan media baru dengan bijaksana dan menghindarkan unsur-unsur fitnah.

Mungkin untuk tujuan itu juga, MSU boleh menyediakan garisan panduan atau pun rukun-rukun penulisan media baru dan dipaparkan secara terbuka. Kerana sesetengah ahli Pas begitu menyakini ataupun meletakkan kepercayaan tinggi kepada MSU, molek kalau majlis ini mengambil inisiatif itu. Sudah pasti sekiranya MSU yang menerbitkan perkara ini ia dipatuh atas kapastiti dan keyakinan yang diberikan kepada MSU sangat tinggi dewasa ini.

Mungkin juga MSU boleh membuat arahan atau nasihat agar ahli-ahli Pas dan pendokongnya yang telah mewujudkan kumpulan WhatsApp atau kumpulan "BuatJahat" yang sering disalah gunakan dan berunsur fitnah buta dan mentah itu dimansuh atau dibubarkan. Perlu difahami secara tidak sedar aplikasi WhatsApp ini telah menjadi alat menghancurkan Pas. WhatsApp atau aplikasi "BuatJahat" seumpamanya telah mengambil alih tugas menghancurkan Pas daripada musuh Pas.

Tidak terlampau kalau MSU boleh membuat satu fatwa berhubung kewujudan media baru seperti WhasApp ini. Dengan cara itu juga ahli Pas yang menganggotai mana-mana kumpulan WhatsApp dapat menjaga syariat mereka dan tidak berani untuk menyebarkan sesuatu maklumat palsu, ulasan berunsur fitnah, adu domba ataupun mengemukakan kajian dan teori yang boleh memecahkan Pas walaupun sesama anggota "BuatJahat".  [wm.kl.9:08 am 16/11/14]

2 comments:

Maaf Sebut said...

dalam islam oyak dah..kalau terima sesuatu berita buruk ttg sedara kite...siasat dulu..bkn terus telan bulat2. Tapi apa yang terkilannya itu tidak berlaku dikalangan muslim kita nih. terima berita, terus telan bulat2..dah tu lagi siap disebarkan lagi berita buruk itu. saya kalau baca kat laman fb nih memang sedih dan geleng kepala. bila kita komen nak tegur..kita pula dikritik balik

Wafa Cw said...

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbk.
Subhanallah... Berat sungguh cabaran dan ujian yang ditempuh oleh pergerakan PAS ini... Sayang sekali kalau penggunaan media baru ini menjadi medan fitnah. Saya tertarik dengan kata-kata salah seorang peserta Pencetus Ummah yang mengatakan bahawa tegakkan Islam dalam diri InsyaALlah Islam akan tertegak dengan sendirinya... Kepada mereka yang mengakui sebagai ahli PAS mungkin perlu menjadikan sebagai dasar terlebih dahulu sebelum berjuang mengangkat parti PAS sebagai sebuah gerakan Islam di Malaysia ni... Allahualam bissawab