Kelmarin saya ke Selatan Thailand memasuki wilayah Yala, Narathiwat dan Pettani. Memasuki wilayah yang pernah berdaulat dengan kekuasaan Islam di bawah kerajaan Melayu Petani. Di zaman kemegahan kerajaan Petani pada abad ke-17 dan 18, kampung kelahiran saya, Gual Nibong, Rantau Panjang termasuk dalam wilayah atau negara Petani. Jadi hubungan bumi kelahiran saya dengan bumi empat wilayah sangat mesra.
Pemandangan di kawasan "Pelestin" di Yala. |
Disebabkan hubungan geografi itu sangat mesra, maka di Petani, khasnya di wilayah Yala dan Narathiwat, ramai sanak saudara saya di sana, baik dari belah ayah maupun ibu. Ayah kepada ibu saya Haji Salleh Awang berkerutunan Petani malahan bermukim di sana untuk beberapa dekad sebelum berhijrah ke Tok Uban, Kelantan kemudian bermukim di sana sehingga ke akhir hayat.
Kelmarin untuk kesekian kalinya saya ke sana. Menziarahi waris waras sempena bulan Muharam yang disebut juga bulan as-syura. Kebetulan saya mengadakan kenduri as-ayura dan arwah mengingati orang tua; datuk, ayah dan nenek dan lain-lain, saya mengundang sama waris waras dari Petani untuk sama-sama hadir bagi meraikan majlis berkenaan disamping mengeratkan tali silarurahim.
Jalan besar menuju ke "Isreal" Yala. |
Gerai makan pagi milik orang Islam di Yala. |
Di Yala saya sempat menijau dan merasai kesunyian ini. Paling jelas selepas jam 6:00 petang semua gudang-gudang perniagaan milik bukan Islam sudah ditutup rapat. Yang ada hanya gerai-gedai jualan pelbagai barangan semacam pasar malam dan juga kedai-kedai makan Islam. Itu pun keadaanya tidak bermaya, persis pelita minyak di tenagh padang, cahayanya malap liuk meliuk tetapi tidak padam. Pengembangan ekonomi di badar itu langsung tidak berlaku.
Yala juga dikenali sebagai bandar dakwah yang digerakkan oleh Jemaah Tabligh. Sebanyak 66.1% penduduknya beragama Islam. Di sini terletak markaz tabligh. Setiap tahun ratusan ribu anggota jemaah tabligh yang datang dari seantero dunia akan berhimpun di sini.
Masjid tabligh yang boleh memuat belasan ribu jemaah dalam satu-satu masa menjadi ikon gerakan dakwan di sini. Markaz tabligh inilah boleh dianggap penerus atau penghidup api Islam di wilayah Petani yang terkenal satu masa dahulu.
Pintu besar untuk masuk ke markaz Tabligh di Yala. |
Sudah acap kali saya melalui bandar ini dan bermalam di sini. Tetapi baru kali ini saya mengetahui yang Yala terbahagi kepada dua kawasan atau zon. Satu dikenali dengan bandar lama dan satu lagi dikenali dengan bandar baru. Bandar lama Yala agak tersisih dari segi urbanisasinya berbanding dengan bandar baru.
Di sini tidak ada bangunan dan juga hotel penginapan, seperti di bandar baru. Lebih menarik lagi bandar lama dikenali dengan Palestin manakala bandar baru dikenali dengan Isreal. Dinamakan Palestin kerana kapasiti penduduk di bandar lama ini adalah orang Islam sementara di bandar baru dikenali dengan Israel kerana ia sudah bercampur antara Islam dan bukan Islam.
Dua ikon atau mercu tanda di kawasan Palestin ini ialah terletaknya markaz Tablig yang disebut tadi dan juga kawasan sekolah (Jami') di era zaman Sheikh Daud al Fatani, iaini ulama besar Petani. Pusat pengajian dibangunkan Sheikh Daud bagaimana sudah lama terbiar tanpa dibangunkan sesuai gah nama pembangunnya. Kini ia dirawat ala kadar sahaja oleh penduduk Islam tanpa menerima apa-apa bantuan daripada pihak termasuk Bangkok.
Kedua kawasan ini (Palestin dan Israel) dipisahkan oleh jalan keretapi, di sebelah selatan kawasan Pelestin sementara di sebelah utara kawasan Israel. Cukup dulu letih. [wm.kl.7:54 pm 11/11/14]
No comments:
Post a Comment