Wednesday, November 5, 2014

PasMa Terengganu selamat ditubuh

BERITA MALAM                                                                                             

Negeri Terengganu mencatat negeri kedua selepas Pahang yang mempunyai jawatankuasa pimpinan Persatuan Ummah Sejahtra Malaysia (PasMa) apabila ianya dibentuk dalam satu himpunan NGO berkenaan di Batu Buruk, Kuala Terengganu hari ini.
Kepimpinan PasMa Terengganu.

Menurut jurucakap PasMa perlancaran rasmi penubuhan PasMa Terengganu akan dibuat di Dungun dalam tempoh terdekat secara besar-besaran.

PasMa Terengganu diterajui oleh bekas Wakil Rakyat Kota Putra Besut Abdul Aziz Abbas selaku Pengerusi. Manakala tiga orang Timbalan Pengerusi pula terdiri daripada Omar Abu Bakar, Daud Hassan dan Mokhsin.


Setiausaha disandang oleh Wan Aimin Wan Ismail, Penolong Setiuasaha Aminuddin dan Bendahari Zakaria Ali yang juga merupakan adik kepada bekas Setiausaha Badan Perhubungan Pas Terengganu.

Selain itu beberapa orang dilantik menjadi ahli jawatankuasa.

Penubuhan PasMa Terengganu ini sudah tentu memberi pukulan hebat kepada kepimpinan Pas Terengganu yang sebelum ini telah melarang ahli Pas negeri menyertai NGO berkenaan. Kejayaan penubuhan PasMa Terengganu itu menggambarkan ahli Pas tidak menghirau larangan dikeluarkan Pas Terengganu.

Pesuruhjaya Pas Terengganu Satiful Bahri Mamat baru-baru ini telah memberi amran kepada ahli Pas Terengganu agar tidak menyertai NGO berkenaan dan menyarankan kalau mereka menyertai PasMa hendaklah keluar dari Pas. Sementara itu Presiden Pas Abdul Awang menyifatkan perjuangan PasMa kabur.

Sementara itu menurut jurucakap PasMa Malaysia ramai yang berminat untuk menyertai NGO berkenaan dimana pihaknya tidak habis-habis ditanya mengenai Pas. Dalam pada itu tambah jurucakap itu negeri Kelantan juga akan mempunyai jawatankuasa peringkat negeri sendiri dimana ia bakal diketuai oleh seorang pimpinan Pas peringkat kawasan.

Beliau juga membayangkan penubuhan PasMa di negeri-negeri lain dijangka akan dapat dilaksanakan menjelang awal tahun depan. "Kita meletakkan sasaran menjelang awal tahun depan semua negeri akan membentuk PasMa sendiri," ujarnya.  [wm.kl.8:19 pm 05/11/14]

5 comments:

Salleh - Putrajaya said...

Penubuhan PASMA nie amat menggembirakan, kerana ia melemahkan PAS sebagai Parti Melayu Islam kedua selepas UMNO. Pihak yang paling untung dalam keadaan ini tentulah UMNO.

Perpecahan (disifatkan sebagai ribut dalam cawan) dalaman PAS semakin sukar dikawal apabila wujudnya PASMA.

Melihat kepada situasi semasa...,

1) peningkatan sokongan kaum Cina kpd BN,
2) perpecahan dalaman PAS serta kewujudan PASMA, dan
3) perpecahan dalaman PKR...,

Maka dominasi UMNO dan BN akan bertahan sekurang-kurangnya 20 tahun lagi..

Situasi ini juga menyebabkan UMNO tidak "memerlukan" Anwar ke penjara semula.

Unknown said...

sekiranya begitu yang menyebabkan anuar tak dipenjara adalah baik penubuhan ini diteruskan sebagai serampang dua mata untuk memperbodohkan pimpinan umno dalam masa yang sama melakukan strategi semula untuk menyusun PAS sebagai parti islam dan melayu di malaysia. permainan wayang ini adalah baik demi menghancurkan UBN....semoga lakonan ini berhasil dan BN hancur berkecai

Dulukelateloniteganu said...

Nak tubuh Pasma Trg? Tiada siapa yang boleh halang, it's a free country. Tubuh la. Nak bukak di Dungun, Kemaman, Besut, kuala Berang dll? Buat la, tiada siapa yg boleh halang.

Tapi satu saja yg saya minta, bila becakap bagi pihak Pasma tu tolong perjelaskan dahulu seperti ini ; " Bagi pihak Pasma saya mengumumkan .........". Supaya menggambarkan perdirian Pasma dan tidak pasal2 PAS yang kena tibai. Buat lah apa2 kenyataan yg berkenan di hati. Kalau nak cakap atas tiket PAS maka kena lah ikut peraturan parti.

Rimo said...

Maaflah kalau apa.yg sy katakan ini ada pihak yg terasa nanti. Bg saya Pasma langsung xde faedah utk kebaikan Pas. Kalau Pasma kata dia perjuangkan Pas so...apa maknanya Pas yg ada sekarang ni. Dengan adanya PAsma ni akan lahirnya bibit perpecahan, kebencian sesama ahli. Jika ini yg diinginkan Pasma maknanya jelaslah Pasma adalah jarum yg sedang mencucuk Pas dari dalam. Sememangnya inilah yg dirancangkan Umno selama ini. Pasma akan menghasut dan buat 'onar' dari dalam dan Umno akan hentam dari luar /secara terbuka. So.... Apa beza PAsma dgn Umno???

ABU RABBANI said...

PAS & PasMa ada bezanya ... bila hati pecah ... wujud perbezaan pandangan yang ketara, apatah lagi melibatkan prinsip maka ia adalah suatu perpecahan dan kelemahan ... musuh yang untung walaupun mereka tidak kuat