Sunday, November 2, 2014

Pemimpin Pas perlu jelaskan dakwaan Teuku Adnan

UKIR SENJA                                                                                                     

Wah.. berat juga Teuku Adnan Mansor godam Pas kali ini dan kita harap kalangan ulama dan ustaz dalam Pas menjawab atau membalas godaman Menteri Wilayah Persekutuan itu. Teuku Adnan telah menuduh Pas sebagai parti ajaran sesat bila mana parti berkenaan telah memesongkan akidah orang ramai.

Katanya, kalau Pas adalah parti Islam, ia adalah parti yang memesongkan pemikiran ummah. Kenyataan Teuku Adnan itu garang dan mengingatkan saya kepada kenyataan yang senada dan seirama dengan apa diucapkan bekas MB Terengganu Ahmad Said.

Disebabkan kelancangan Ahmad Said, kalau tak salah ingatan pihak Pas menyaman Ahmad Said.

Mengenai kenyataan dan dakwaan Adnan itu, apakah kali ini Pas tidak bercadang mengambil tindakan sekeras itu terhadap Teuku Adnan? Alasan kenapa beliau berpendapat begitu kerana Pas antara lain didakwa telah mengajar bahawa sembelihan orang Umno tidak boleh dimakan dan nikah oleh imam Umno tidak sah.

Teuku Adnan juga berhujah dan bertanya berapa banyak Pas membina masjid sebagai menunjukkan parti itu Islam. Pemikiran Adnan sangat dangkal mengenai Islam apabila hanya meletakkan kepada keupayaan Pas membina masjid sebagai ukuran kekuatan Islam. Beliau barang kali terlupa masjid yang gah dan hebat itu tidak bererti kalau ia tidak diimarakkan.

Apakah beliau tidak sedar yang mengimarahkan masjid adalah orang Pas? Di Selangor atau Wilayah Persekutuan cuba buat kajian dan penyenaraian berapa buah masjid yang imam dan khatibnya terdiri orang Kelantan dan Kedah?

Isu dibangitkan Adnan itu sudah lama berlaku dan rasanta ia sudah tidak lagi terjadi kini? Ia adalah anutan sesetengah orang Pas yang ortordoks dan menerima doktrin oleh sesetengah pemimpin yang tidak ada kekuatan minda untuk mempengaruhi orang ramai agar undi Pas dan menggunakan doktrin agama untuk mencari populariti. Tidak sepatut Adnan mengikhtiraf isu sebagai isu Pas kerana ia dibawa oleh individu Pas bukan satu fatwa Pas.

Bagaimana pun para pemimpin Pas perlu menjelas kenyataan Adnan itu. Ia adalah satu fitnah besar terhadap parti Pas dan juga agama Islam. Perkara perlu dilakukan Teuku Adnan perlu diberi pencerahan mengenai isu berkenaan. Golongan yang merasakan mereka fakeh agama dalam Pas kini patut mengambil peranan menjawab kekeliruan dan fitnah dibuat Adnan itu.

Prihatin kepada perkara seperti inilah yang ditimbulkan musuh Pas lebih penting diberikan penekanan daripada bergaduh sesama sendiri dengan lebel melebelkan antara sama lain yang secara tidak langsung telah memberi persepsi kepada umum yang Pas mempunyai berbagai alirah atau pun mazhab.

Tindakan ke atas Adnan itu nanti mungkin bukan saja setakat membalas kenyataan tetapi kalau perlu membawa Adnan ke dalam apa-apa majlis untuk berdebat atau menjawab dakwaan berkenaan yang masih diuungkit oleh para pemumpin Umno agar orang ramai tidak terus terkeliru.

Semua pihak sama ada Pas atau Umno perlu mengelakkan menjadikan isu agama sebagai modal politik yang boleh menimbulkan fitnah kepada Islam kerana ia tidak memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak. [wm.kl.5:23 pm 02/11/14]

No comments: