Nik Aziz Mengerjakan Umrah
TOK GURU Nik Abdul Aziz Nik Mat berangkat ke Makkah hari ini untuk menuaikan umrah. Menurut anaknya, Nik Abduh, Nik Aziz berlepas jam 9:00 pagi tadi dari lapangan terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa dan dijangka berlepas ke Makkah petang ini.
Turut sama bersama Tok Guru ialah isterinya, Tuan Sabariah Ishak serta dua orang pegawainya.
Nik Aziz akan berada di sana selama dua minggu dan dijangka kembali pada 21 April. Beliau tidak hadir pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 17 April nanti. Bagaimana pun dipercaya Menteri Besar Kelantan itu akan turun sehari atau dua hari menjelang hari mengundi.
Kepada Tok Guru diucapkan selamat mengerjakan umrah semoga diberikan Allah kesihatan dan kesenangan sepanjang berada di Tanah Haram. Salam. [wm.kl. 1:020 pm 05/04/10]
Showing posts with label Makkah - Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Makkah - Nik Aziz. Show all posts
Monday, April 5, 2010
Friday, November 13, 2009
Terkini Dari Kelantan
Tok Guru Batal Ke Makkah
TERKINI Tok Guru Nik Aziz telah membatalkan hasratnya untuk mengerjakan haji tahun ini. Beliau bersama isteri dan keluarganya, mulanya di jangka akan ke Makkah pada Rabu ini.
Perkara ini di maklumkan sumber terdekat MB itu sekejap tadi. Katanyan Tok Guru mengumumkan pembatalan itu hari ini. Ulasan lanjut akan menyusul selepas ini. (***kl. 12:13am 13/11/09)

Labels:
Makkah - Nik Aziz
Subscribe to:
Posts (Atom)