Showing posts with label Mohamed Azmin Ali. Show all posts
Showing posts with label Mohamed Azmin Ali. Show all posts

Friday, July 10, 2015

Azmin lulus hadapi ujian air di Selangor

SUSUPAN PETANG                                                                                     

Penstrukturan semula industeri air di Lembah Kelang yang dimuktamadkan hari ini sekaligus memberi gambaran kemampuan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dalam menyelesaikan kemelut yang bertele-tele itu yang selama ini mencengkam perasaan rakyat.

Azmin lulus.
Dengan termeterainya perjanjian persefahaman (MoU) di antara kerjaaan Selangor dengan keerajaan Persekutuan itu membolehkan kerajaan Selangor menangani sepenuhnya masalah air di Selangor.

Perjanjian persefahaman itu ditanda tangani hari ini di Putra di antara kerajaan Selangor dan kerajaan Persekutuan yang mana ianya diketuai oleh Ketua Setiausaha KeTTHA, Loo Took Gee dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohammad Khusrin Munawi.

Azmin bersama barisan Exco dan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menyaksikan perjanjian bersejarah itu.

Thursday, December 18, 2014

Bukan Azmin untuk khianati Anwar

JIWA SENJA                                                                                     

Pendirian dan sikap yang diambil MB Selangor Mohamed Azmin Ali (Minali) melihat peranan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi dan sumbangan yang dimainkan khasnya dalam menggerakkan politik Pakatan Rakyat sebagai relevan adalah tepat dan satu pandangan ikhlas yang terbit dari dhamir seorang bertanda tokoh.

Anwar dan Azmin: Saling mengerti hati masing-masing.
Azmin jelas tidak berpandangan sempit seperti sesetengah orang yang melihat Anwar sudah lapok dan usang serta tidak berkemampuan untuk mengayuh politik di negara ini. Pendirian Azmin itu juga menyerlahkan akan kesetiaan beliau dalam berkolobrasi politik sejak zaman remaja hingga ke hari ini bersama bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu.

Lebih jauh dari itu penerimaan Azmin terhahap Anwar dan tidak pernah terpengaruh dengan sebarang elemen memburuk-burukkan idolanya itu menunjukkan keintiman dan kepercayaan Azmin kepada seorang yang dianggap ketua, dan sahabat bersifat sebagai abang.

Monday, November 24, 2014

Bajet peduli rakyat Minali pamer keupayaanya jadi MB

ULLASAN                                                                                        

Setelah 63 hari memegang jawatan Menteri Besar Selangor, hari ini Jokowi Malaysia (Mohamed Azmin Ali) yang kini saya tukar nama menjadi Minali, telah membentangkan anggaran belanjaan Selangor untuk tahun 2015. Belanjaan Minali memang dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu oleh segenap pemerhati politik. Kenapa yang ditunggu umum untuk mengetahui bagaimanakah bentu dan rupanya perbelanjaan sulung beliau.
Azmin menunjukkan teks pelanjaannya.

Kehebatan bekas MB Selangor sebelum ini membayangi atau pun dijadikan perbandingkan, al maklumlah MB sebelm ini dikenali sebagai seorang pakar dalam bidang korporat dan pernah mencatat nama sebagai ahli korporat unggul.

Berbeza dengan Minali bukan seorang ahli perniagaan, tetapi lebih serasi dikenali sebagai ahli politik berjiwa rakyat yang berprinsip dan tegas dengan pendiriannya. Minali mempunyai perwatakan atau sosok pemimpin yang menarik dan bergaya wiba.

Tuesday, May 14, 2013

Azmin Perlu Dilantik Exco

SARANAN MALAM                                                                                                         

Persoalan siapa MB Selangor sudah selesai apabila Khalid Ibrahim hari ini mengangkpat sumpah sebagai MB Selangor di hadapan Sultan Selangor untuk penggal kedua. Kejutan kecil dibuat Azmin Ali yang cuba memprotes keputusan parti mahukan Khalid terus memimpin kerajaan Selangor tidak menjadi. Kekuatan yang ada kepada Khalid ialah apabila namanya juga disokong oleh PAS dan DAP.

Konsensus itu menyebabkan Azmin terpaksa menarik brek dan menukar haluan. Baguslah.

Azmin harus mengakui akan perkara ini. Beliau kena insaf dan cuba menyelami apakah sebab musabab namanya tidak dihantar sebagai nama kedua untuk jawatan MB. Beliau juga mesti tahu kenapa presiden melupainya walhal beliau adalah antara penjasa utama kepada survival suami presiden.

Semua orang tahu Azmin bukan kemaruk sangat untuk jadi MB. Dia akui perkara ini. Tetapi apa yang hendak diperjuangkan ialah kepentingan parti kerana Khalid dikatakan kurang memberi perhatian kepada aktivis parti. Masalah Khalid tidak mesra parti dan lebih mesra rakyat sudah lama menjadi sebutan.