Showing posts with label Sungai Limau. Show all posts
Showing posts with label Sungai Limau. Show all posts

Sunday, November 3, 2013

Keadaan di Sungai Limau tidak sehangat stadium Shah Alam

TINJAU SG LIMAU                                                                               

Memasuki ke Sungai Limau dari simpang Gurun menerusi Guar Chempedak kita akan dihadangi dek satu pemandangan indah gunung Jerai (yang setinggi 968 meter daripada paras laut) yang terlentang tenang dikelilingi lautan sawah menghijau di sekitirannya. Setiap sudut pemandangannya akan menarik perhatian kita dan mengembalikan nostalgia di zaman kanak-kanak bagi kita anak kampung. Mungkin anak orang bandar atau bangsawan keindahan itu tidak memberi apa-apa nilai dan erti buat mereka.

Kelihatan banjaran gunung Jerai dari kejauhan.
Ketibaan saya menjelang senja ke Sungai Limau itu menambahkan lagi keindahan di persekitarannya. Saat senja ingin memberi ruang kepada malam menjadikan bajaran itu kesayuan. Keadaan ini membawa satu pentafsiran yang mengesankan jiwa saya.

Hijauan anak-anak padi memberi satu kedamaian semula jadi. Pemandangan bak dalam sebuah lukisan kanvas besar itu seakan meletakkan saya menjadi salah satu objek dalam lukisan. Indah, cantik dan damai. Terasanya ingin saya kekal bersama kedamaian itu tanpa diganggu apa-apa elemen kemanusiaan lain.

Wednesday, October 23, 2013

PRK Sg Limau bakal memaniskan siapa?

ULASAN PRU SG LIMAU                                                                             

Calon PRK Sg Limau, Sohami dan Azam angkat tangan. 
11 hari lagi penduduk di kawasan Dun Sungai Limau akan mendapat wakil rakyat baru bagi menggantikan Azizan Abdul Razak yang telah kembali ke Rahmatullah 26 September lepas. Pada hari itu (4 November) seramai 27,287 pengundi berdaftar di Dun Sungai Limau akan membuat pilihan di antara dua calon pengganti Azizan; Mohd Azam Abdul Samat, 37 dari Pas dan Ahmad Sohaimi Lazim 52 dari UBN.

Kedua nama itu telah diumumkan layak bertanding oleh SPR pagi ini. Hanya mereka berdua sahaja menyerahkan borang penamaan calon. Dua calon bebas yang pernah bertanding dalam pilihan raya lalu tidak berbuat demikian, mungkin kerana tidak cukup wang deposit.