Showing posts with label Udin anak Yassin. Show all posts
Showing posts with label Udin anak Yassin. Show all posts

Saturday, June 9, 2012

Ulasan Isu


 Gara-Gara Cepelat Mulut
Udin Anak Yassin Kini Diserang Tebuan

Kata orang tua-tua jangan usik sarang tebuan kalau tidak mahu menerima bahananya. Tindakan Udin anak Yassin yang cuba menambah dosa dan menyusahkan Anwar memburukkan bekas TPM Anwar Ibrahim nampaknya telah terbalik terkena ke batang hidungnya hari ini apabila Anwar menyatakan kesediaannya untuk mendedahkan butiran akaun bagi menjawab persoalan ditimbulkan Udin anak Yassin.

Udin anak Yassin
Udin anak Yassin meminta Anwar mengulas mengenai dakwaan yang dilemparkan ke atas Anwar 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai sebanyak RM3 billion. Tindakan Udin membangkitkan perkara yang sudah selesai dan berlalu 13 tahun itu dilihat sebagai orang tidak ada modal untuk membaja lobak sanggup mengguna tahi sendiri sebagai pupuk. 

Tindakan itu juga menunjukkan Udin anak Yassin terdesak seperti mana Ha Najib Razak yang sudah hilang akal dan ketandusan idea untuk menguburkan Anwar. Hakikat Najib dan Udin hilang akal jelas apabila mereka sudah pening memikirkan macam mana untuk berdepan dengan rakyat. Kekaburan tarikh atau tempoh membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan menunjukkan akan kepeningan mereka berdua ini.

Anwar Ibrahim: Ketawa.
Makanya untuk menghadirkan satu keadaan yang agak selesa kepada mereka (UBN), jadi terpaksa dibangkitkan perkara itu kandati pun ia sudah lama dilupakan dunia dan berbau hanyir macam kudis malam. Rakyat dan orang ramai sudah pun hadam dengan isu berkenaan. Cara ketandusan dan kehilangan akal politik itu menyebabkan situasi Udin anak Yassin kini seolah orang yang jatuh menjadi papakedana tetapi terpaksa memakai semula baju dan seluar lama yang sudah dicampak ke dinding sebelum ini.

Rakyat sudah bijak di dalam hal ini. Perkara lama yang sudah selesai atau dianggap selesai tidak wajar ditimbulkan lagi. Cara Udin anak Yassin juga tidak gentleman. Kalau gentleman dia tidak akan tergamak untuk membangkitkan isu berkenaan. Di pihak PKR juga banyak menyimpan isu-isu lama yang masih relevan untuk dibangkitkan bagi memburukkan seseorang. Tetapi politik PKR gentleman tidak mahu membawa keluar sesuatu yang sudah dikafan dan dimasukkan ke dalam kubur.

Apa yang menimpa Mahathir, Najib malahan Udin sendiri misalnya boleh diungkitkan dan tetap relevan. Skandal BMF yang menelan dan melenyapkan wang sebanyak RM52 billion  (tolong betulkan kalau tak betul), boleh dibangkitkan. Skandal ini menyebabkan kehilangan nyawa dibiarkan begitu saja. Mahathir tidak boleh melepas tangan begitu saja kerana dia adalah PM. Tetapi kenapa tidak ditimbulkan? Kenapa dalam skandal ini seolah ia tidak terpias sedikitpun kepada Mahathir? Licik.

Begitu juga mengenai kelemahan Najib semasa menjadi MB Pahang tahun 80-an dulu. Gara-gara kelemahan, rasuah dan amalan kronisme kerajaan Pahang rugi berbillion ringgit. Beberapa buah anak  syarikat SEDC Pahang terpaksa ditutup dan lingkup. Tetapi Pakatan Rakyat tidak mengungkitkan kerana melihat itu semua isu lama. Kerugian negeri Pahang itu tidak ada kena mengena dengan status Najib sebagai PM hari ini.

Demikian juga Udin anak Yassin sendiri semasa menjadi MB Johor dulu telah menyebabkan banyak hartanah Johor melayang ke tangan Cina Singapura. Beribu hektar tanah rezab Melayu menjadi milik konglomerat Singapura. Kalau hendak dibangkit berlori isu yang boleh menceritakan kelemahan dan kegagalan serta penyelewengan Udin anak Yassin. Begitu juga cerita seorang rombongan belia semasa Udin menjadi Menteri Belia dulu... mengenai ada perbuatan menjolok mata Udin anak Yassin di atas kapal dengan seorang beliawanis? Kalau isu-isu cemar dan jijik ini hendak diungkitkan ia boleh diungkitkan.

Tetapi pihak Pakatan Rakyat tidak sebusuk dan seburuk Udin sanggp mendedahkan apa saja demi survive politik.

Apabila Udin membangkitkan isu itu - meminta Anwar membuat penjelasan saya dapat rasakan dari mana idea yang dikutip dan dipungut Udin itu. Fitnah kononnya Anwar memiliki aset dan wang tunai sebanyak RM3 billion itu adalah isu didalangi oleh Mahathir Mohamad. Mahathir semasa berdepan dengan serangan Anwar 13 tahun lalu (pemecatan Anwar dari Umno atas motif politik) kehilangan punca sehingga menggunakan apa saja isu untuk mematikan Anwar termasuk mengaitkan Anwar memiliki wang.

Apabila tiba-tiba Udin anak Yassin respon kepada isu itu, yang baru diungkitkan oleh betina sundal dalam tv baru-baru ini, saya cukup percaya apa yang Udin anak Yassin luahkan itu atas nasihat Mahathir. Atau Udin sendiri sekongkol dengan betina sundal itu? Isu kononnya Anwar memiliki aset sebanyak itu adalah idea Mahathir dan dipertikaikan oleh betina sundal. Sepatutnya perkara ini sudah pun selesai apabila orang yang membuat kenyataan memburuk Anwar itu sendiri sudah mengaku apa sebenarnya yang berlaku.
Apa yang saya diberi tahu orang yang membuat kenyataan akhbar mengaitkan Anwar itu telah diarah oleh Mahathir berbuat demikian. Orang ini katanya telah menceritakan segala-galanya kepada Anwar Ibrahim dan beliau meminta maaf kepada Anwar atas apa yang berlaku. Jadi bagi Anwar seorang pemaaf jauh sekali berdendam mendiamkan saja apabila orang berkenaan telah memohon maaf.

Menurut orang mendengar cerita itu menuturkan kepada saya, macam mana orang itu diperangkap atau menjadi hamba kepada Mahathir. Semasa Mahathir hilang akal untuk mendapatkan senjata bagi 'membunuh' Anwar selapas Anwar bangkit menjadi Jebat Derhaka bersama rakyat, Mahathir memanggil orang itu ke dalam biliknya. Dia tidak bercakap apa-apa dan hanya menulis di atas sekeping kertas kira-kira berbunyi begini; selesaikan perkara RM3 billion. Kertas nota itu katanya masih dalam simpanan orang itu dan tidak diklasifikasikan sebagai bahan OSA.

Selepas keluar dari bilik PM orang berkenaan terus membuat kenyataan akhbar yang mengaitkan wang RM3 billion dengan Anwar Ibrahim. Anwar dan semua para hulubangnya ketika itu yang kini menjadi babi perut labuh dan kerbau rabit hidung membela Anwar, menjelaskan bagaimana pembohongan fitnah berkenaan. Hasilnya semua orang faham isu RM3 billion itu. Entahlah mungkin babi dan lembu itu akan mengubah fikiran pula bila tersepak sen dan ringgit.

Apabila hari ini Udin anak Yassin, seperti terkena sentakan ekor biawak mengulas semula, ia menampakkan Udin, Najib dan Mahathir terdesak dan kehilangan akal sehinggakan sanggup menggunakan isu yang sudah lapuk itu. Mudah saja kalau isu ini hidup dan ada kebenaran kenapa dalam tempoh 13 tahun lalu tidak didakwa Anwar. Kenapa? Rasanya lembu gemuk laki Sharizat juga faham mengenai perkara ini. Adalah mustahil pula kalau Udin anak Yassin lebih dungu dari lembu.

Berbalik kepada persoalan pokok tadi mengenai cabaran Anwar kepada Udin anak Yassin. Udin kena dedahkan akaun peribadinya terlebih dahulu sebelum Anwar berbuat demikian. Atau apakah Udin berani memikul risiko menyahut cabaran itu? Bolehkah Udin mengemukakan penyataan kewangan milik peribadinya? Udin tidak boleh mengelak dan jauh untuk menyesal. Kerana mulut 'cepelat' akhirnya akan merosakan badan.

Saya dan orang ramai tunggu apa yang akan dilakukan Udin anak Yassin selepas ini. Kalau dia berdolak dalik dan terus bungkam dengan cabaran Anwar itu maka jelas Udin tidak lebih daripada tenggiling selsema yang akan menyorot bawah batang buruk bila terkejutkan anak harimau terbatuk. [wm.kl.8:59 09/06/12]

Monday, June 4, 2012

Rencana Khas

Beringat Sebelum Terkena
Udin Anak Yassin Tidak Perlu Terlalu Mempercayai Mahathir

Udin anak Yassin menyokong teori dikemukakan bapa angkat dan juga mentor politiknya Mahathir Mohamad yang mengatakan pembangkang akan membuat kekacauan dengan mengadakan tunjuk perasaan jika mereka (oposisi) kalah dalam pilihan raya nanti.

Penerimaan idea dan psywar Mahathir oleh Udin anak Yassin ini menunjukkan pemikiran politik beliau kini dikuasai atau diseluputi 'politikal haiwan' tidak berhati perut Mahathir. Nampaknya untuk melonjak naik dan menjatuhkan Najib, Udin anak Yassin sedia bermain kotor seperti Mahathir amalkan selama ini dalam menjatuhkan satu persatu lawan-lawan dan pesaing politiknya baik dari dalam Umno atau di luar Umno.

Udin anak Yassin harus waspada dengan Mahathir.
Perkembangan ini perlu dibimbangi oleh Ha Najib Razak. Wajar kalau Najib merasai cuak dengan gerak geri dan 'kuntai' pemikiran siasah Udin anak Yassin. Kenyataan dan praktikal politik Udin anak Yassin perlu diawasi kalau Najib mahu selamat. Ada tanda-tanda makrifat menunjukkan Udin anak Yassin sedang giat mengasah senjata untuk melakukan pembajakan (rampas kuasa) dari belakang ke atas Najib paling lewat selepas pilihan raya umum ke-13 kelak.

Najib harus faham dan senantiasa beringat di dalam politik tidak ada apa yang mustahil dan realitinya akan datang bila-bila masa saja tidak kira malam atau siang, dalam tangis atau tawa. Berdasarkan apa diamalkan Mahathir - yang mengamalkan politik mulut manis jubur masam, Udin anak Yassin juga tidak berbeza jauh dari itu apa lagi kalau Udin merasakan Umno tidak selamat untuk membolehkan beliau menjadi PM. Udin sanggup melakukan 'harakiri' dalam politiknya.

Umum sudah tahu hubungan Udin anak Yassin dengan Mahathir dan apakah ikrar dan persefahaman Udin dengan bekas PM itu. Mahathir menjadi guru kepada Udin dalam proses untuk naik. Mereka sedia melaksanakan barter trade dalam politik. Ada pertukaran jasa dan budi di antara Udin dengan Mahathir. Mahathir akan memastikan Udin naik ke atas menjadi presiden Umno kemudian PM, selepas itu Udin hendaklah membalas budi dan jasa Mahathir dengan mengambil anaknya Mukhriz sebagai  timbalannya. Bayaran ke atas konsultasi politik Mahathir untuk Udin sangat mahal.

Siapa boleh menafikan kalau di dalam 'puad' Mahathir, (puad itu hati nubarilah..) tidak ada keinginan untuk mengangkat atau melihat anaknya Mukhriz naik ke atas kemudian mengambil tempatnya yang pernah didudukinya. Apa yang berlaku dalam keluarga Tun Razak itulah juga diingini Mahathir. Semua mahu mencipta sejarah dan menjadi lagenda. Mahathir sebagai seorang bernafsu besar dan suka mencipta sejarah dirinya tidak akan melupai perkara itu.

Makanya serangan Mahathir kepada Najib untuk mencapai cita-cita ini bukan rahsia lagi. Dengan jelas Mahathir menunjukkan sikap tidak sebulu dan senokhtah dengan Najib apabila beliau menolak pendekatan dan stail politik Najib. Ejekan Mahathir kepada konsep 1Malaysia diperkenalkan Najib menjelaskan apa yang ada didalam hati dan pemikiran Mahathir. Walaupun penolakan itu secara humour tetapi itu adalah hakikatnya, bahawa Mahathir tidak senang dengan transformasi politik Najib terutamanya berhubung bangsa Malaysia sehinggakan menggadai kepentingan Melayu.

Mahathir tidak gemar cara politik Najib bukan saja kerana membawa gagasan baru 1 Malaysia saja tetapi sikap lunak Najib kepada Cina dan India sehingga sanggup melayani apa sahaja permintaan Cina dan India (BN) benar-benar merimaskan Mahathir. Mahathir tidak suka dengan cara Najib kerana ia seakan melepaskan ikatan dan pagar yang dibina sebelum ini. Mahathir mahu Najib kekalkan apa yang dilakukan sebelum ini iaitu bersikap 'rasis' kepada Cina dan jangan terlampau memberi muka.

Bagi Mahathir, Najib terlalu murah dan jinak. Terlalu lembik dan kehilangan keberanian dalam berdepan dengan orang Cina dan kaum-kaum lain. Ini tidak disukai Mahathir dan apa dilakukan Najib satu ;pengkhianatan' Najib kepada benteng dan keampuan politik Melayu dibina Mahathir.

Ada kuliha juga bagi Mahathir dengan apa dilakukan Najib itu. Tetapi seperkara Mahathir lupa Najib terpaksa melunakkan keadaan Umno kerana waktu ini Umno bukan sekukuh dan sekuat zaman Mahathir. Apabila Umno kini sudah hilang kuasa majoriti dua pertiga dan bukan menjadi "orang keramat dan berkuasa" lagi kepada BN... maka Najib terpaksa merombak segala ikatan itu. Najib juga terpaksa buat kerana demi mempertahankan sisa-sisa kekuatan Umno kalau ia masih ada. Keanjalan politik Najib demi mempertahankan kuasa Umno sekaligus menjaga maruahnya.

Selain itu Najib juga perlu berkerja kuat mengubah pendekatan, cara berkawan dan juga penerimaan konsep BN secara meyeluruh kerana kekuatannya kini telah terombak. Dirombak oleh Anwar Ibrahim dan juga Pas. Hari ini Najib atau Umno tidak boleh berbohong lagi dengan 'mengecung' Cina dan India dan masyarakat lain kerana pembohongan dan 'pengecungan' itu didedahkan Anwar.

Anwar pula akan melakukan apa saja untuk membalas atas segala dendam kekecewaanya atas segala perbuatan kejam Mahathir selama ini. Situasi ini tidak difahami oleh Mahathir mengenai Najib yang terpaksa berlunak dan bersikap toleransi melampau itu. Keadaan atau pun dosa-dosa menimpa Umno hari ini yang ditinggalkan Mahathir menjadikan Najib resah gelisah dan dalam keadaan dilema.


Keadaan-keadaan atau realiti politik itulah menggambarkan akan konflik di antara syaksiah politik Mahathir dengan Najib. Dalam konflik dan suasana inilah Udin anak Yassin mengambil kesempatan dengan berpihak kepada Mahathir dengan harapan dia mendapat keuntungan besar.  Ada unsur khianati oleh Udin anak Yassin kini dengan mereputkan jambatan bakal dilalui Najib.  Bagi Udin kebergantungan kepada Mahathir atau menjadi Mahathir sebagai penasihat dan master mind politik penting kerana jawatan TPM bila-bila masa boleh hangus dan Udin akan tergolek kalau tidak kena cara.

Kebergantungan orang politik yang lemah dan tidak ada kekuatan diri kepada orang lain seperti Udin anak Yassin kepada Mahathir adalah biasa. Udin yang tahu dirinya lemah tanpa memiliki wisdom dan kehebatan peribadi terpaksa mengadakan junjung untuk naik. Dalam soal ini Mahathir si kayu reput itulah dijadikan junjung oleh Udin anak Yassin.

Jadi apabila Udin cepat menangkap dan memakan idea Mahathir tidak menghairankan. Udin anak Yassin bukan saja akan menyambut teori mengenai kemungkinan berlaku tunjuk perasaan itu saja tetapi lebih jauh dari itu. Udin akan terus menjaja sambil memberi gambaran buruk untuk persaingnya di luar Umno iaitu Anwar Ibrahim.

Tidak bermakna jabatan salam kemas, paduan hati juga kemas?
Dalam pada itu Udin boleh membaca apa yang dilemparkan Mahathir itu atau beliau sudah pun mendapat terjemahan mantik-mantik dan mesej politik Mahathir. Ada kemungkinan Mahathir melemparkan teori itu sebagai persiapan bahawa yang akan melakukan kekacauan nanti bukan pembangkang (Pakatan Rakyat) tetapi UBN sendiri. Jika dilihat kepada latihan-latihan amali politik UBN kini sudah menampakkan ada tanda-tanda akan berlaku kekacauan dalam pilihan raya akan datang.

Hari ini ahli Umno sudah diajar bersikap biadab, kurang ajar ataupun jahat. Beberapa peristiwa yang berlaku iaini gangguan ke atas ceramah pembangkang memberi tanda akan kejahatan itu akan berlaku. Jadi bila sudah sampai masanya untuk bertindak orang-orang Umno tidak kekok-kekok lagi untuk melakukannya.

Secara peribadi saya setuju dengan apa digambarkan Mahathir itu. Tetapi saya tidak setuju kalau kekacauan itu bakal dilakukan oleh pembangkang tanpa turut sama meletakkan kekacauan itu di bahu UBN. Yang begitu ghairah dan membuat persiapan untuk melancarkan kejahatan kini, bukan PR tetapi UBN.

Di sini saya ingin mengingatkan kepada Udin anak Yassin beliau tidak terikut dan termakan sangat dengan teori Mahathir. Saya bimbang kalau beliau sudah memerut kepada Mahthir sehingga menjadi murid menyebarkan bayangan politik jahat bekas PM itu lama kelamaan Udin sendiri akan jadi jahat juga dan berpotensi menjadi lebih jahat. Hari ini walaupun Udin sudah berubah dari memiliki keperibadian Muhyuddin Mohd Yassin, tetapi ia masih boleh diperbaiki.

Menjadi tanggungjawab Udin yang dulunya sebagai Muhyuddin untuk membaik pulih Umno secara baik kemudian menjadi pemimpin yang akan menyemarakkan agama. Muhyuddin bererti, 'pembawa' atau 'penghidup' agama, maka jangan jadi sebagai orang membunuh agama kerana menjadi murid kepada Machiavelli bernama Mahathir. [wm.kl.7:30 pm 05/06/12]

Sunday, June 3, 2012

Susupan Malam

Wajar Kalau Umno Malu Dengan Himpunan Hijau

Timbalan Presiden Umno Udin anak Yassin sekata dan seracun dengan pemimpin Umno lain tentang kejayaan himpunan hijau ke Putrajaya anjuran Pas yang diadakan di Alor Setar, Kedah Jumaat lalu. Sewajarnya kalau Umno jelaous dan merasa sakit hati atas kejayaan itu. Dengan jumlah kehadiran lebih 100,000 ahli dan penyokng Pas meletakkan Umno Kedah dalam tertekan kini.

Ahli dan penyokong Umno Kedah jadi trauma dengan himpunan berkenaan. Trauma ini akan berterusan sehingga tiba pilihan raya.
Kepaduan dan semangat ahli dan penyokong Pas ini dicemburui Umno.

Gambaran himpunan itu telah memberi isyarat awal yang Umno Kedah bakal dikafankan dalam pilhan raya akan datang. Kepaduan ahli dan penyokong Pas Kedah yang diharapkan terburai ekoran berlaku krisis dalaman tidak lama lalu mengecewakan Umno. Himpunan itu disamping Pas berjaya meruapkan semangat berpilihan raya sekali gus ia menyerlahkan kekuatan sebenar Pas Kedah.

Lebih istimewa himpunan menyatakan hakikat sebenar Pas bahawa parti itu terus mendapat keyakinan dan kepercayaan orang Melayu.

Benar, yang hadir berhimpun dan memenuhi stadium Darul Aman itu bukan saja rakyat Kedah. Ia datang dari seluruh negara. Namun tidak dapat dinafikan seluruh rakyat Kedah hadir dan angkanya mencecah 40 hingga 50 ribu.

Lantaran itu Umno cuba mencari akal dan helah mempedayakna rakyat kononnya himpunan itu tidak asli dan tulen. Kononnya ia diupah? Cara Umno itu membunuh dirinya sendiri kerana ia cuba menipu diri sendiri dengan sesuatu yang diketahui umum.

Jumlah itu tidak mungkin dapat diatasi ataupun disamai oleh Umno Kedah. Kalau sekalipun Umno Kedah mengeluarkan belaja besar, memberi wang sakut RM30 hingga RM100 seorang belum tentu angka seramai itu dapat dikumpulkan di stadium Darul Aman. Usahkan untuk Kedah yang kini Umno berpecah kepada tiga atau empat puak, himpunan sempena ulang tahun Umno ke 66 di stadium Bukit Jalil pun gagal mencapai sasaran untuk mengumpul 100,000 orang. Kalau himpunan peringkat kebangsaan Umno gagal mengumpul jumlah besar apa lagi himpunan peringkat negeri.

Kegagalan Umno membuat kejutan dalam mengumpul orang ramai semasa himpunan  jutaan belia juga yang telah menghabiskan wang ratusan juta menjadi Umno dua kali ditimpa perasaan malu pada awal tahun ini. Himpunan jutaan belia itu gagal untuk menghimpun belia serentak dengan angka sebesar 100,000. Tetapi Umno terus membohongi rakyat menerusi medianya kononnya 2 juta turut berhimpun dan himpunan itu sejarah terbesar dunia.

Apabila Udin anak Yassin menuduh Pas mengumpah orang ramai agar hadir ke himpunan hijau itu, saya tidak rasa pelik bahkan hendak tergelak. Pas sendiri tidak perlu merasa malu dengan tuduhan itu. Kalau pun ia benar tidak ada masalah kerana sebelum Pas berbuat begitu ia sudah menjadi amalan Umno secara tradisi dan bayaran dan beli manusia budaya Umno.

Kalau benar begitu masih ada orang terhingin dengan wang ringgit Pas. Berbeza dengan Umno yang mengupah dengan nilai tinggi pun tidak menjamin orang ramai sedia menerima dan sanggup melakukan apa yang Umno suruh.Umno tuinggu masa akan jadi hina dina sajalah bila wangnya tidak ada nilai lagi.

Di sini menunjukkan Pas masih ada maruah dan ada nilai diri. Wang yang Pas berikan masih diambil orang. Ini berbeza dengan Umno, walaupun memberi upahan besar tetapi ada orang menolaknya. Di sini kita mencabar Udin anak Yassin dan Umno agar membuat himpunan sama di Alor Setar dalam masa terdekat. Upahlah dengan seberapa banyak, dan angkutlah orang ramai dengan kapal ternag sekali pun. Kita mahu tenguk berapa kerat yang sanggup datang berhimpun menyokong Umno di negeri itu.

Cubalah lakukan.[wm.kl.8:21 pm 03/06/12]

Friday, March 9, 2012

Sebelum Tutup Mata

Merit Apa Din, Merit Mata Dacing Ke?

Pemberian projek Lebuhraya Kinrara-Damansara bernilai RM2.2 bilion kepada seorang peguam Umno kata Udin anak Yassin ianya berdasarkan merit. Projek berkenaan diberikan kepada Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd di mana ahli lembaga pengarah kepada kedua-dua syarikat berkenaan ialah orang bernama Mohd Hafarizam Harun yang dikenali sebagai peguam Umno.

Kata Udin anak Yassin ia diberikan berdasarkan penilaian wajar berdasarkan kertas kerja yang dibuat oleh syarikat itu kepada kerajaan.

Bolehkah kita percaya apa yang Udin anak Yassin katakan itu. Berdasarkan merit, merit apa Din, apakah merit mata dacing?

Mudah sahaja kalau benar kata-kata timbalan perdana menteri itu, dedahkan nama-nama syarikat lain yang ikut sama mengemukakan tander untuk projek berkenaan. Biar semua orang tengok dan rakyat juga tengok.

Rasanya ada dikalangan rakyat yang tahu menilai sejauh mana kebolehana dan kemampuan syarikat-syarikat yang membuat tander (kertas kerja) untuk projek berkenaan?

Kalau setakat ucap saja ia tidak boleh dipercayai. Tetapi kalau ia berdasarkan merit dacing mungkin boleh. Soalnya apakah syarikat lain yang ikut tander atau buat kertas kerja itu bukan bermerit dacing? Yang pastinya syarikat bermerit bulan, mata dan roket awal-awal lagi tidak mengemukakan cadangan kerana mereka sudah tahu keputusannya.

Yang menjadi tanda tanda selain daripada peguam Umno itu menjadi ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan isteri bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi juga adalah ahli lembaga pengarahnya. Kerana kewujudan nama isteri bekas Ketua Hakim itu menyebabkan ada tanggapan pemberian projek itu sebagai mengenang budi.

Isteri itu pula yang mana adakah yang dikahwinkan di sebelah Siam itu?

Selagi Udin anak Yassin tidak menampalkan nama-nama syarikat yang ikut sama tander projek berkenaan untuk tatapan umum maka selama itu pemberian projek itu boleh dianggap sebagai pemberian untuk mengenang budi atau membalas jasa. [wm.kl. 2:09 am 09/03/12]

Sunday, January 29, 2012

Syarahan Ahad

Udin Anak Yassin Pun Otak Kemetot

Saya tidak tahu apakah TV3 malam tadi sengaja ataupun setesen berkenaan juga ada niat hendak merendahkan pemikiran Udin anak Yassin. Setesen tv itu telah menyiarkan sedutan ucapan timbalan perdana menteri itu di satu program memberi wang kerajaan RM500 kepada orang miskin. Tidak sempat pula saya mendengar di mana program berkenaan diadakan.

Cuma apa yang tersambar oleh telinga saya mendengar Udin anak Yassin berkata lebih kurang begini; pembangkan kata kita beri wang RM500, lepas itu diambil pula menerusi cukai. Mana kita ada ambil cukai kepada penerima wang ini. Ada ke? Tolong angkat tangan siapa yang kena bayar cukai? Dalam Malaysia ini ada 27 juta orang, yang bayar cukai hanya 1 juta sahaja. Dalam dewan ini siapa yang bayar cukai? Angkat tangan!"

Tujuan Udin berkata begitu ialah hendak menjelaskan kepada rakyat yang kerajaan baik hati dan tinggi budi kepada rakyat miskin. Kerajaan tidak mengenakan apa-apa cukai. Itu maksudnya dan sekaligus menempelak kata-kata pembangkang yang beliau reka tadi, kononnya pembangkang ada memberi tahu rakyat kerajaan bagi RM500 kemudian dikutip semula menerusi cukai.

Saya tidak dengar pula kalau ada pemimpin pembangkang (Pakatan Rakyat) berkata sebodoh itu. Bagi RM500 dan dikenakan cukai pendapatan. Tidak ada. Jelas ayat itu Udin anak Yassin reka sendiri. Saya tidak fikir pemimpin Pakatan Rakyat bangan dan sepandir Udin anak Yassin.

Tetapi kalau yang berkata, berapalah sangat wang RM500 kalau hendak dikira dengan pelbagai cukai dan potongan yang kerajaan kenakan. Mungkin ada. Mereka membandingkan wang itu hanya sedikit saja berbanding dengan cukai-cukai dan potong ke atas barangan keperluan.

Saya lepaskan kata-kata Udin itu dalam 'muka buku' saya. Ramai kawan yang sendakwah mendengar kata-kata Udin itu. Betapa dangkal dan ceteknya politik Udin anak Yassin. Beliau kira dengan kata-kata itu boleh menyihirkan orang ramai, nggeh dan bersetuju dengannya. Malangnya orang ramai lebih arif daripada apa yang Udin sangkakan.

Memang diakui kerajaan tidak mengenakan cukai kepada penerima wang BR1M itu. Berpandukan syarat layak menerima jelas menunjukkan mereka bukan pembayar cukai pendapatan kerana mereka berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Pendapatan itu juga tidak tetap.

Semua orang tahu hakikat itu. Jadi apabila Udin menerangkan lagi apa yang sudah tersuluh nampak sangatlah dia gelap otak dan cuba memperdayakan orang ramai. Tetapi hakikatnya penerima wang RM500 itu tetap juga kena membayar cukai yang diwujudkan menerusi dengan pelbagai cara.

Kalau disenaraikan mungkin lebih 60 cukai yang dikenakan oleh berbagai pihak untuk kepentingan kerajaan. Apakah itu semua bukan boleh dianggap cukai? Cukai-cukai itulah yang disebut oleh pembangkang ia tidak sepadan dengan memberi hanya RM500. Ertinya rakyat tidak boleh memiliki kesemua hakikat RM500 itu kerana mereka kena membayar cukai atau nilai yang lebih.

Kalau kerajaan ikhlas untuk membantu rakyat, kerajaan tidak perlu memberi wang tunai RM500 untuk lima tahun sekali. Kerajaan boleh menurunkan segala macam cukai dan potongan hingga RM500 perkepala yang layak menerima wang berkenaan.

Misalnya kalau yang layak menerima BR1M sebanyak 5 juta, maka turunkan kadar cukai sebanyak itu. Dengan cara itu baru boleh dikatakan hendak tolong rakyat.

Tetapi kalau beri RM500 lima tahun sekali ia adalah tipuhelah di siang hari nak memancing rakyat untuk menyokong mereka. Berdasarkan perkiraan itulah maka pembangkang mengatakan RM500 itu tidak seberapa dan ia hanya lekat dicelah gigi saja.

Tetapi bagi orang kampung yang tidak tahu mengira untung dan laba, (prinsip ekonomi) mungkin merasa ia besar kerana wang itu diberi secara tunai kepada mereka sekaligus, walhal kalau kerajaan buat cara yang disebut tadi rakyat akan mendapat keuntungan di sepanjang tahun. Kerajaan bagi RM500 tetapi kerajaan sapu RM5 billion?

Beginilah cara kerajaan UBN memperbodohkan rakyat dan menggunakan tenaga rakyat untuk kepentingannya. Atas ketidakadilan inilah maka wajar kalau rakyat menurun dan menyembamkan pemimpin-pemimpin oportunis seperti Udin anak Yassin itu. [wm.kl.11:09 am 29/02/12]

Friday, January 27, 2012

Susupan Tengah Malam

Kenapa Udin anak Yassin Takut Suruhanjaya DiRaja?

Baru-baru ini Ha Najib Razak meminta supaya Udin anak Yassin menyelesaikan isu projek lembu gemuk (NFC) yang membabitkan Sharizat Jalil. Ramai orang tunggu apakah penyelesaian bakal dibuat Udin. Orang mengira dia akan menasihat Shahrizat Jalil supaya berhenti, meletakkan jawatan menteri dan ketua wanita Umno untuk menyelamatkan maruah dan air muka Umno.

Tetapi rupa-rupa tidak, apa yang berlaku Shahrizat hanya mengambil cuti tiga minggu. Selepas itu senyap sendu. Mungkin Udin anak Yassin mengira bila Sharizat bercuti pihak Pakatan Rakyat akan tutup mulut. Dia kira isu itu tidak akan diungkitkan lagi. Rupa-rupanya tidak, selepas itu ada pula pendedahan baru dibuat mengenai kerakusan anak-anak Sharizat berbelanja menggunakan kad hutang bernilai hampir setengah juta.

Najib juga meminta Noh Omar menyelesaikan isu membabitkan Sharizat itu. Semalam Noh Omar bercakap sikit itu pun tersekat-sekat untuk memberi penjelasan mengenai status isu NFC. Dia cuba membela Sharizat tetapi tidak menjadi sebaliknya makin kusut bila mana Noh cerita pula ada syarikat luar negara yang tarik diri dari menyertai projek itu secara tiba-tiba. Beliau tidak jelas nama syarikat itu dan siapa yang membawanya masuk ke Malaysia. Apakah Khairy Jamaluddin?

Memandangkan isu NFC belum selesai dan ia menjadi hantu kepada rakyat, pihak musuh Umno mencadangkan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Dengan adanya suruhanjaya bebas itu isu yang menyelubungi NFC akan terjawab dengan tuntas. Ramai yang bersetuju dengan suruhanjaya itu walaupun ia menghabiskan wang negara.

Tetapi hari ini Udin anak Yassin tiba-tiba membantah, katanya suruhanjaya di raja itu tidak perlu. Siasatan kerajaan terhadap perkara itu sudah mencukupi. Apakah cukupnya kalau polis yang diharap menjaga keselamatan negara siang-siang lagi menjelaskan tidak ada penipuan dalam projek itu? Cukupkah begitu? Belum siasat dah ada keputusan?

Kata Udin sudah cukup SPRM dan polis membuat siasatan. Polis bukan tidak boleh dipercayai tetapi apa yang berlaku sebelum ini membuktikan akan kelemahan. Misalnya dalam kes Anwar yang ditumbuk oleh bekas KP Rahim Nor. Dalam siasatan polis tidak ada apa-apa yang berlaku kepada Anwar. Kata polis Anwar dalam keadaan selamat. Tetapi selepas tubuh Suruhanjaya Di Raja baru dapat tahu bahawa yang tumbuk Anwar ialah Ketua Polis sendiri. Kes ini diingati dan menyebabkan rakyat kurang yakin dengan integriti polis.

Menurut Udin anak Yassin pembangkang mahu melihat projek itu gagal sebab untuk membenarkan apa yang didakwa. Apakah kena mengenai kegagalan projek itu dengan siasatan diraja. Bukankah siasatan itu untuk mengetahui status projek itu dan menyelamatkan kalau ia ada penyelewengan. Hujah Udin anak Yassin nampaknya tidak menempati isu.

Apakah Udin sebenarnya yang takut dan sudah mula mengigil? Bila ada suruhanjaya bebas itu menyebabkan dia juga akan dibabitkan? Perlu ingat semasa projek itu diluluskan yang menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ialah Udin anak Yassin. Udin lah juga yang memperkenalkan Pertanian Adalah Perniagaan. Mustahil sebagai menteri kalau Udin tidak tahu?

Bila Udin nampak takut dengan suruhanjaya bebas itu kini sudah terserlah sesuatu yang sebelum ini hanya berada di benak umum. Kalau Udin tidak terlibat kenapa dia cuba nak stok cadangan penubuhan siasatan di raja itu? Sebagai perdana menteri yang diberikan tanggungjawab menyelesaikan isu itu sepatutnya beliau sokong.

Isu NFC adalah isu besar yuang bakal menumbangkan UBN. Kenapa perlu sayangkan duit rakyat demi menyelamatkan UBN. Bukankah sebelum ini UBN guna duit rakyat untuk mengekalkan kuasa? Biarlah duit rakyat dan kerajaan habis asalkan ia dapat menjelaskan dan UBN tidak tertimpa isu berkenaan. Sikap Udin agak anih kali ini.

Udin anak Yassin harus ralat balik. Dia perlu menyokong penubuhan suruhanjaya bebas itu. Kalau tidak dengan dia sekali akan terbelit oleh tali lembu suami Sharizat itu. Dalam pada itu saya dapat maklumat ada satu lagi perkara yang akan didedah oleh Pakatan Rakyat berhubung projek lembu gemuk itu. Apakah ia akan menarik Udin anak Yassin sekali, tunggulah... Rafizi sedsang menyiapkan laporannya. [wm.kl.11:36 pm 27/01/12]

Tuesday, January 10, 2012

Selepas Maghrib

Udin Jangan Melihat Pas Dalam Cermin Retak

[kemaskini] Udin anak Yassin mempertikai tindakan Pas memecat Hasan Akidah sebagai tidak bertimbang rasa kerana tidak meminta Hasan memberi tunjuk sebab. Udin anak Yassin tidak tahu apa yang berlaku dalam Pas. Kalau setakat berpadukan kepada media PB selamanya Pas dilihat huduh dan tidak adil. Udin janganlah melihat Pas dalam cermin yang retak.

Soal tunjuk sebab kepada Hasan Akidah tidak timbul sebenarnya. Peluang untuk merayu kepada Majlis Syura Ulamak itu adalah keadilan dalam Pas. Itulah timbang rasa paling tinggi dan 'constitution'. Kalau Pas zalim dan kejam, peluang itu tidak diberikan. Hak Hasan Akidah itu ada dalam perlembagaan.

Sesiapa jahil mengenai organisasi Pas boleh beli perlembagaan Pas, tenguk dan fikir sendiri. Atau kalau sudi hantarkan alamat saya boleh tolong bantu kirimkan.

Pertemuan mahabbah di antara Hasan Akidah bersama Haron Din, Abdul Hadi Awang dengan Mursyidul Am Nik Abdul Aziz di JKR 10 di Kota Bharu adalah 'tunjuk sebab' yang tulen diberikan kepada Hasan. Pertemuan itu dibuat untuk menyelesaikan pertelagahan sebelum ini. Pertemuan itu mengandungi berbagai maksud dan tujuan antaranya ialah memberi peringatan kepada semua pihak agar henti bergaduh.

Dalam pertemuan itu semua khasnya Hasan Akidah berjanji untuk berdamai. Tetapi Hasan Akidah melanggar 'janji' itu. Beliau mempertikaikan apakah dia tidak boleh sentuh Anwar. Iya dalam keadaan dan suasana hari ini tidak elok dia menyentuh Anwar. Apa disifatkan Nik Aziz, Hasan tidak senonoh itu benar. Apa kata Abdul Hadi Awang Hasan tidak arif mengenai feqah politik betul. Anwar sebagai rakan dalam PKR suka atau tidak suka dia kena diamkan saja sebagai menghormati persepakatan.

Hasan Akidah cuba menunjukkan dia hebat dan kuat. Saya kira dia tidak fikir pun yang Pas akan memecatnya. Dia merasakan kalau Pas memecatnya dia boleh melemahkan Pas di Selangor. Pemecatannya difikir akan menjadi penganggu kepada Pas. Pas tidak berfikiran seperti Hasan Akidah.

Dalam parti, Pas ia akan mengutamakan soal pokok dari soal cabang. Bagi Pas untuk menang di Selangor soal cabang manakala soal Hasan - tindak tanduknya adalah soal pokok. Sebab cara Hasan itu boleh melemah dan menganggu kosentrasi Pakatan untuk merampas Putrajaya. Mungkin Hasan tidak bersetuju dengan Pas, tindakan baik ialah beliau keluar sebelum diberikan dua kad kuning.

Bagi Pas menerima Anwar dalam konteks polis harus, manakala membiarkan Hasan yang memalu kawan dalam deram sendiri adalah haram. Sebagai parti Pas akan memilih harus dari haram.

Pas tidak tamak kepada kuasa. Jadi kalau Hasan mengatakan Pas melebihi Anwar darinya adalah tidak betul.

Berbalik kepada dakwaan Udin anak Yassin tadi yang Pas tidak adil sepatutnya Udin tenguk ke dalam dirinya sendiri dulu. Apakah parti itu adil dan lebih bertimbang rasa berbanding dengan Pas. Pastikah? Udin kena kencing dalam tempurung dan renung lama-lama.

Di sini saya nak ambil dua contoh saja bagaimana Umno zalim dan kejam ke atas ahlinya. Pertama ialah apa yang berlaku ke atas Inchek Ibrahim Ali. Ibrahim Ali dibuang sebagai ketua bahagian Umno 2004 tanpa ada sebab-sebab munasabah. Dia juga dinafikan bertanding dalam pilihan raya yang akhirnya menyebabkan dia bertanding atas tikit bebas.

Ibrahim mengamuk sakan. Bukankah itu disebabkan ketidakadilan Umno kepada ahlinya. Ibrahim dikatakan meghabiskan RM6 juta untuk membangun dan membina Umno Pasir Mas. Alih-alih beliau dinafikan haknya. Apakah itu tidak dinamakan zalim?

Satu kes lagi melibatkan bekas setiausaha Umno Tanah Merah sdr Amran. Amran dipecat sebagai setiausaha secara tektikal. Beliau telah mengadu kepada ibu pejabat Umno tetapi tidak dilayan. Alkhirnya beliau ambil tindakan mahkamah menyebabkan dia dipecat. Anih dalam kes di Tanah Merah pencuri dan penyamun bebas yang mengadu ditangkap dan dihukum. Apakah itu bertimbang rasa? Jawab Udin?

Apakah Umno sebelum menghukum Amran itu Umno minta tunjuk sebab. Atau telah Umno layan sewajarnya laporan beliau yang disertakan dengan bukti-bukti menunjukan dakwaanya benar. Kenapa terjadi terbalik kod di Tanah Merah kerana Umno hanya melayan dan memberi keistimewaan kepada ahli yang kaya manakala ahli yang marhain terus dihaprakkan.

Sepatutnya sebelum Udin mengatakan Pas tidak timbang rasa dia buka dulu fail melibatkan Amran ini. Apakah Udin terlupa kerana terperanjat dengan pembebasan Anwar?

Pemimpin Umno janganlah hendak menuduhkan Pas zalim, kejam kepada ahlinya kalau kita sendiri juga bertindak jauh lebih kejam. Kata gemula datuk saya, jangan sesekali nak buka syarikat ubat kurap kalau ditubuh kita penuh dengan panau dan kurap. [wm.kl.8:15 pm 10/01/12]

Thursday, November 24, 2011

Susupan Pagi

Udin Anak Yassin Tidak Perlu Berdolak Dalih

KALAU tidak mahu beri katakan tidak, jangan pula berdolak dalih. Itulah pesanan atau pun kata dua yang boleh diberikan kepada Udin anak Yassin berhubung royaliti petroleum untuk Kelantan yang dinafikan itu. Kata Udin anak Yassin isu royaliti petroleum menjadi 'kekok' sebab ianya ada bersangkutan dengan perundangan dan perlembagaan.

Apa susahnya, bukankah di dalam perundangan jelas mengenai hak rakyat Kelantan itu. Kalau pemberian royaliti untuk negeri-negeri minyak lain seperti Terengganu, Sabah, Sarawak dan lain-lain boleh dilaksanakan dengan baik kenapa tidak dengan Kelantan. Bukankah pemberian royaliti 5% kepada negeri-negeri itu juga menggunakan akta dan perundangan sama.

Masalah perkara itu kini dalam proses penyelesaian mahkamah ia boleh diselesaikan tidak sampai sekerat hari. Mahkamah boleh memanggil kedua-dua pihak dan selesaikan atas kehendak kerajaan. Penarikan balik atau pengguguran kes petroleum yang dibawa oleh kerajaan Kelantan tidak seperti kes jenayah yang boleh dimaafkan. Kes itu adalah untuk kepentingan bersama.

Soal Pas kena duduk sekali dengan Umno baru isu dapat diselesaikan, itu jelas berunsur politik berat sebelah dan dangkal. Tidak seharusnya isu royaliti minyak itu diselesaikan dengan cagaran politik di mana Pas perlu duduk bersama dengan Umno.

Memang hakikatnya begitu, isu royaliti itu akan jadi lebih mudah kalau Pas dan Umno duduk sekali. Tetapi tidak ada peruntukan atau pun pernyataan dalam akta petroleum menyebut demikian; bahawa royaliti akan diberikan kepada rakyat Kelantan sekiranya Umno dan Pas duduk sekali. Umno amnya dan Udin anak Yassin khasnya perlu bersikap profesional.

Jadi Udin anak Yassin tidak usahlah mengeliru rakyat Kelantan dengan kata-kata berbelit dan berputar begitu. Kalau tidak mahu berikan, katakan saja dan jangan berdolak dalih. Biar terang! Buruk sangat kita sebagai seorang timbalan perdana menteri untuk berdolak dalik. Tentang sorong tarik, tarik sorot ini serahkan sahaja kepada Ha(ji) Najib Razak.

Makin banyak Udin anak Yassin dan pemimpin Umno bercakap fasal royaliti minyak makin kusut masai dan menyerlahkan kebejatan parti berkenaan. Dunia semua sudah tahu apa yang berlaku di Kelantan sekarang ini adalah diskriminasi kejam kerajaan UBN bukan saja hari ini tetapi sejak di dulu lagi, sejak Umno di dalam perut sudah kejam dan zalim kepada Pas. Pemimpin yang bercakap untuk bangsa dan negara sepatutnya tidak ikut sama bersubahat melakukan tindakan politik terkutuk.

Pada saya tindakan atau idea menghukum rakyat Kelantan menafikan hak mereka kerana mereka tidak memberi sokongan padu kepada Umno bukan cara dan kaedah terbaik. Cara itu juga Umno tidak menghormati kepada sebahagian rakyat Kelantan yang menyokong parti tersebut. Apakah kerana sebahagian lain menolak, maka sokongan mereka dinafikan?

Kalau tindakan ini berterusan maka dendam rakyat Kelantan kepada UBN akan berterusan. Kalau Umno benar-benar mengharap orang Kelantan menyokongnya ubahlah pendekatan dan buang sikap diskriminasi dan niat hendak menghukum kerana rakyat tidak memilih Umno. Umno dan Udin anak Yassin kena memahami kenapa rakyat Kelantan tolak Umno, bukan mereka tidak percaya kepada keupayaan Umno sebagai parti membawa pembangunan dan dapat memenuhi kehendak sebahagian rakyat, tetapi ada kalanya mereka tidak boleh menerima sikap hipokrit para pemimpinnya yang melampau-lampau.

Pemimpin yang rasuah, yang memakan projek untuk rakyat seperti PPRT, pemimpin yang 'main' dengan bini orang dan sebagainya tidak disenangi oleh rakyat. Menambahkan peruntukan untuk projek bagi diagihkan kepada kaum kerabat sehinggakan projek itu lewat bertahun-tahun dibenci dan dimurahi oleh rakyat. Ini Umno kena kaji dan memperbaiki keadaan ini.

Tindakan dan sikap sebeginilah menyebabkan sebahagian rakyat Kelantan yang menyokong dan mengundi Umno menjadi keliru dan membenci Umno kerana sikap diskriminasi melampau. Malang bagi Umno sebagai sebuah parti yang berusia lebih 60 tahun tetapi masih meneruskan tindakan-tindakan pasif dan tidak bertamadun. [wm.kl.8:30 am 24/11/11]

Monday, November 21, 2011

Ulasan Isu

Najib Razak
Mahathir Lambung, Udin Anak Yassin Libas


UDIN anak Yassin bersependapat dengan Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno ada masalah dalaman bagaimana pun masalah itu sedang diatasi. Menurut Udin, Umno bermasalah apabila ia dipimpin oleh Abdullah Badawi. Kata Udin juga masalah dalaman Umno itu sedang diatasi tetapi masih belum mencukupi.

Perlu apa Udin anak Yassin berterusan begitu kepada media?

Apa yang boleh difahami dengan kenyataan Udin anak Yassin itu, 'dia sependapat dengan Mahathir' yang masalah dalaman berlaku dalam Umno kini disebabkan kelemahan Abdullah Badawi. Dalam pada itu Udin anak Yassin juga bersetuju dengan kritikan pedas Mahathir kepada Umno. Kenapa beliau mengharap Mahathir terus mengkritik Umno (Najib)?

Selama lebih empat tahun Abdullah memimpin Umno, tidak ada satu perkara pun yang Dr Mahathir berkenaan. Siang malam beliau mengkritik Abdullah. Kemuncaknya ialah mengkritik penglibatan menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin dalam pentadbiran Abdullah. Sampai sekarang ini saya hairan dengan telatah dan perangai Mahathir dalam hal ini - membenci Abdullah.

Umum faham kenapa kalau Udin anak Yassin bersetuju dengan Mahathir yang mengkritik Abdullah. Udin anak Yassin tidak begitu mersa dengan Abdullah. Pertukaran potfolio Muhyuddin dari menteri MITI kepada menteri pertanian salah satu sebab kenapa Udin anak Yassin terkilan.

Walaupun Abdullah mahu menjadikan menteri pertanian sebagai menteri kanan, tetapi ia tidak dapat diterima oleh Udin anak Yassin. MITI dilihat lebih kanan dan penuh glamour oleh Udin. Bermula dari situlah Udin anak Yassin terus menyerang Abdullah Badawi. Serangan pula secara terbuka sehinggakan meminta Abdullah berundur dari kerusi PM dan Presiden Umno.

Abdullah terasa hati dengan tindakan Udin anak Yassin itu yang dilihat dimonitor oleh Mahathir. Kerterkilanan Abdullah itu dizahirkan pada ucapan penggulungan beliau untuk terakhir kali di perhimpunan agung Umno. Kata Abdullah; saya maafkan Muhyuddin Yassin. Perwakilan memahami dengan kerendahan diri Abdullah itu.

Permainan sambung menyambung antara Udin anak Yassin dengan Mahathir ini berterusan. Kalau dulu untuk menjatuhkan Abdullah kini nampaknya ia berubah kepada Haji Mohd Najib Razak juga. Mungkin disebabkan sikap begitulah menyebabkan ada sesetengah ahli Umno cuak dengan Mahathir.

Apa ertinya apabila Mahathir mengatakan Umno masih bercakaran? Dan apa pula ertinya bila kenyataan itu disetujui oleh Udin anak Yassin. Najib sudah memimpin Umno selama dua tahun. Apabila Mahathir dan Udin anak Yassin tetap mengatakan Umno masih belum lendik dan bercakaran, ia membawa maksud Najib gagal untuk memimpin dan memulihkan Umno.

Maksud di sebalik pandangan itu bagi menggambarkan Najib juga tidak berwibawa untuk memulihkan Umno. Najib lemah dan tidak ada kekuatan (karismatik) bagaimana hendak menghentikan percakaran dalaman Umno. Mesej yang hendak disampaikan bahawa sudah sampai kalau Najib juga berundur seperti mana Abdullah berundur bagi menjamin keutuhan Umno. Pandangan ini seakan sengaja diprediction awal untuk meletakkan kesalahan kepada Najib kalau Umno menghadapi musibah.

Sebab itu Mahathir memberi peringatan supaya UBN tidak mengadakan pilihan raya dalam waktu terdekat. Mahathir mungkin sudah dapat menghidu akan nasib UBN kalau diadakan pilihan raya dalam sebulan dua ini. Apa di namakan percakaran dalaman itu mungkin jelas dan dirasai oleh Mahathir. Selain itu Mahathir juga sudah dapat membayangkan bahawa orang Cina, India dan sebagaian anak-anak muda tidak akan menyokong UBN lagi. Pergolakan di Timur Tengah mempengaruhi pengundi muda. Masalah dihadapi anak muda gagal diselesaikan oleh Haji Najib.

Dari sudah lain Mahathir ada agenda sendiri kenapa beliau mula mengkritik Najib dan cuba mengangkat Udin anak Yassin. Mahathir tidak akan melakukan sesuatu kalau bukan untuk kepentingannya. Politik Mahathir politik yang bervariasi dalam keputusan dan maksudnya - semua untuk kepentingan dirinya. Tindakan politik Mahathir berlapis-lapis macam kueh lapis. Dalam perhatian saya motif utama dia menyokong Udin anak Yassin bukan kerana Udin dilihat lebih tegas dan komited dengan Melayu. Sebalinya rahsia daripada itu ialah kerana Mahathir mahu mengirimkan anaknya, Mukhriz berganjak ke atas.

Mahathir sudah membaca peta politik di masa depan. Perjalanan anaknya Mukhriz untuk naik ke atas mungkin agar sukar kalau Mukhriz melalui denai dan jalan biasa. Maka ia perlu dijemput agar melompat dari jalan biasa. Mahathir mungkin sudah membayangkan jalan atau pun liku untuk naik ke atas dalam Umno semakin runcing dan sukar untuk masa akan datang. Juteru ia perlu diangkat segera. Anaknya itu memerlukan junjung untuk 'mendolornya' ke atas.

Orang-orang seperti Hishamuddin, Zaid Hamidi akan menjadi penghalang kepada Mukhriz. Sementara orang ini berada ditakah hari ini maka Mukhriz perlu diganjakkan segera. Untuk naik mesti ada junjung. Junjung terbaik ialah Udin anak Yassin. Dalam hal ini Mahathir kena meneguhkan jujung dan memberi markah tinggi kepada Udin anak Yassin. Dalam masa sama kerja Mahathir itu ialah untuk menanam budi bagi dia menunai bakti apabila Udin anak Yassin naik menjadi PM kelak.

Salah satu pasukan yang akan menegakkan Udin anak Yassin dan menggoncangkan Najib ialah para veteran Umno yang bersemangat nasionalis. Apa dinamakan pertubuhan bekas wakil rakyat Umno (Penawar) adalah salah satu instrument untuk menyalurkan racun ke bumi politik Najib.

Sikap atau pun kegiatan Udin anak Yassin yang bersahutan dengan Mahathir hari ini tidak ubah seperti tekung dengan apik di dalam takraw. Tekung tukang lambung, apik tukang smash. Begitu juga dalam kerja untuk mendamagekan Najib ini, Mahathir lambung, Udin anak Yassin libas.

Eloka kalau para pak pacat Najih mengikuti perkembangan ini dan mengintip apakah kerja sulit seterusnya yang dilakukan Udin anak Yassin dan Mahathir. Kalau ia dibiarkan tidak mustahil Najib akhirnya akan sampai ke dinding dan ketika itu dia juga kena mengaku kalah seperti Abdullah. Apa lagi Najib lebih kurang sama saja dengan Abdullah tidak mahu melawan, lebih banyak menyerah.

Perhimpunan agung Umno hujung bulan ini akan cuba memberi gambaran bahawa Najib ditekan dari dalam. [wm.kl.5:30 21/11/11]

Friday, September 23, 2011

Simpulan Malam

Hukum Hudud
Udin Anak Yassin Terperangkap

APABILA Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi kewajibannya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan, UBN meloncat gembira kerana kenyataan itu sekali lagi akan diratah sebagai isu politik dalam usaha menjempitkan Pas.

Para tukang bodek dan taukeh media penjilat buntut Umno telah mula berangan-angan akan menjadi kenyataan Nik Aziz itu sebagai umpan lemak bagi mempengaruhi orang ramai agar membenci Pas.

Mereka mengira kenyataan itu bakal menjadi isu unuk melumpuhkan Pas di saat menjelang pilihan raya. Harap-harap orang Cina – DAP akan berlaga angin dengan Pas sampai tercabut ekor. Itulah impian para pembodek dan penjilat buntut.

Lantaran itu mereka cepat dan pantas mengulas isu itu dan mengheret ke tengah masyarakat dengan pelbagai ulasan dan juga sorotan mengenainya. Bagi UBN mereka tidak mengira apakah isu berkenaan relevan atau sebaliknya. Asal ianya boleh dijadikan isu dan boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian orang ramai kepada Pas dan Pakatan Rakyat, bangkai pun kalau boleh diheret akan diheret. Politik UBN kepalang kotornya.

Tengok saja kenyataan atau tafsiran Mat Sabu mengenai peristiwa Bukit Kepong, UBN berjaya mengheret isu itu ke tengah masyarakat menjadi isu politik yang ampuh, dan melebelkan Mat Sabu sebagai penyokong komunis. Padahal apa sangat Mat Sabu lakukan, sekadar memberi pendapatnya mengenai kejadian di Bukit Kepong itu secara politik dan lelucon. Dia memberi tafsiran baru yang tidak pun berniat jahat seperti mana disangka dan dimainkan UBN.

Tetapi apa jadi kepada Mat Sabu terpaksa naik turun mahkamah bila tafsir sejarahnya itu dibawa ke mahkamh.

Begitu juga dengan kejadian Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memasuki gereja tanpa ketuk pintu di Damansara Utama. Media penjilat buntut dan pembodek Umno mengambilnya sebagai isu. Apa yang mahu ditimbul di sebalik kejadian itu kononnya Pas membiarkan kejadian murtad dan tidak obses lagi kepada agama! Padahal apa yang sebenarnya berlaku Pas sama sekali tidak ada kena mengena dengan kejadian itu. Tetapi ia diputar, dibelit dan disimpulkan oleh UBN sebagai satu kelalain Pas?

Memerhatikan itu semua menunjukkan betapa jahatnya UBN dalam mengutip apa saja isu untuk kepentingan politiknya. Dalam hal ini UBN tidak pernah menilai atau pun mengkaji apakah isu-isu yang dipegangnya itu halal, makruh, mubah atau haram. Semuanya dirembak asalkan dikira memberi untung politik.

Begitu juga dengan kenyataan Nik Aziz sempena melancar Hari Hudud beberapa hari lalu mereka cuba mahu eksploitkannya untuk kepentingan politik murahan mereka. Umno cuba memainkan sentimen kalangan pengundi bukan Melayu agar memarahi Pas dengan menimbulkan cerita Pas hendak laksanakan hudud.

Kalau mereka sedar dan insaf dengan kedudukan mereka sebagai orang Islam mereka tidak patut politikkan kenyataan Nik Aziz itu, sebaliknya menyokong atau setidak-tidaknya mendiamkan saja diri kalau pun tidak setuju. Tetapi kerana telah terdesak, segala kenyataan, lintasan-lintasan fikiran, cakap-cakap kedai kopi pihak Pas dan Pakatan Rakyat akan dikutip sebagai isu. Umno sudah tidak tahu menilai dan menghitung mana isu yang wajib dan mana isu yang bersifat fitnah, kelas kaki lima atau sebagainya semua diraut dan dimainkannya.

Malangnya isu hudud ini UBN terperangkap sendiri. UBN tersumbat gol sendiri sewaktu cuba mengawal tendangan sudut dari Pas. Belum sempat para pembodek menarik isu itu ke atas kertas, ia telah 'termati' dengan sendiri. Tuhan tidak mengizinkan Umno membolak balikkan sesuatu yang baik mengenai agama.

Isu hudud telah memakan diri UBN sendiri apabila timbalan Najib Razak, Udin anak Yassin tersalah cakap, katanya Umno juga pada prinsipnya menyokong hudud, cuma masa saja yang belum sampai menyebabkan Umno tidak akan melaksanakannya. Dalam kata lain di hujung hati Umno mereka juga menerima hudud sebagai satu kewajiban sebagai seorang muslim.

Gara-gara kenyataan Udin anak Yassin itu yang lebih untuk menarik perhatian orang Melayu, UBN berbalah sesama sendiri. Belum habis Udin anak Yassin menjelaskan apa dimaksudkan dengan kenyataan itu, Presiden MCA, Chua Soi Lek bangkit dan bangun membantah hasrat Udin anak Yassin itu. Kata Soi Lek kalau hudud dilaksanakan beliau akan membawa MCA keluar dari Barisan Nasional.

Amaran Soi Lek itu benar-benar mengelabahkan Udin anak Yassin. Cepat-cepat pula beliau menghubungi Soi Lai memberi tahu apa yang sebenarnya yang dimaksudkan. Udin anak Yassin menjelaskan bahawa Umno menerima pada prinsip saja, tetapi tidak berniat untuk melaksanakannya. Dari sisi lain cuba fahamilah dengan kejadian itu bukankah dalam konteks hudud ini Umno telah jadi kerbau untuk ditarik oleh MCA?

Nah di sini nampak sekali Udin anak Yassin begitu takut kepada Soi Lek. Tindakan segera menjelaskan isu itu juga menunjukkan Udin anak Yassin tidak ikhlas dalam menerima hukum hudud itu. Hukum hudud diterima hanya untuk mengambil hati orang Melayu saja. Kenapa tidak, kerana kalau Umno sudah ikhlas sudah lama mereka akan bercakap mengenai hudud atau berusaha memberi kefahaman mengenai hukum berkenaan kepada kaum kerabatnya.

Apakah selama ini Umno melakukan itu? Usahkan untuk memberi penjelasan kepada MCA, MIC atau kaum Dayak, Kadazan lain-lain sesama Umno sendiri juga masih ada yang 'bole' mengenai hukum hudud. Hatta bekas PM sendiri yang dianggap terhebat pun masih buta rengga mengenai hukum hudud. Mahathir bukan ada niat untuk melaksanakan hudud, usaha Pas untuk menegakkannya dihalang dan disindir sepanjang masa.

Sudah jelas bagaikan dibaris, atau yang terang sudah bersuluh bahawa Umno tidak ada niat pun untuk melaksanakan hudud dan syariat Islam. Apapun kenapa Udin anak Yassin bercakap demikian hanya kenyataan politik untuk menggambarkan kepada orang Melayu (dan Islam) kononnya Umno lebih baik dan Islamik dari Pas. Itu saja.

Namun apa terjadi sebaliknya dan ini memeranjatkan Udin anak Yassin; dalam usaha nak memainkan sentimen Melayu orang Cina pula bingkas bangun menghentam balik Umno. Jadi isu hudud ini nampaknya tidak kesampaian bagi UBN untuk dipalu sebagai isu baru meriuhkan halaman politik Malaysia. Di sinilah kalau sesuatu yang dibuat itu tanpa niat kudus ia akan kandas di tengah jalan dan kejahatan kita itu akan terdedah.

Semoga dengan apa yang berlaku ia menginsafkan orang-orang hipokrasi seperti Udin anak Yassin agar tidak mudah memerangkapkan pihak lawan dengan isu-isu agama yang tidak seharusnya dipolitikkan. Betul tak Mat? Mat mana, Mat Maslah lah. [wm.kl.8:00 am 24/09/11]

Monday, September 19, 2011

Ulasan Pagi

Pemansuhan ISA Udin anak Yassin Tidak Diberitahu?

SEMALAM semasa menghadiri satu majlis rumah terbuka seorang penyiasat politik telah membisikkan kepada Tengku Razaleigh Hamzah, katanya pemansuhan akta Isa oleh Najib Razak itu tidak diketahui oleh Muhyiddin Yassin - Udin anak Yassin. Najib katanya tidak sedikit pun memaklumkan kepada Muhyiddin mengenai pemansuhan itu.

Jadi Udin anak Yassin tidak dapat memberi apa-apa pandangan dan juga pendapatnya mengenai relevansi tindakan itu. Dalam kata lain keputusan itu bukan keputusan bersama perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Memang sebagai PM Najib boleh melakukan apa saja tanpa memberi tahu mana-mana MT Umno dan juga jemaah kabinetnya. Perdana Menteri berkuasa penuh dan apa yang beliau lakukan tidak perlu teguran dan pandangan anak buahnya. Apa lagi kalau anak buah itu hidupnya hanya 'menahan perut' untuk membuncitkan perutnya saja. Mereka tidak berani memberi pandangan dan menegur Najib. Kalau Najib kencing tengah jalan pun mereka tidak boleh berkata apa, sebaliknya akan dipuji itulah transformasi politik ala Najib.

Saya dengar saja apa yang dibisik oleh penyiasat politik itu kepada Tengku Razaleigh. Tengku Razaleig pula hanya 'mengisingkan' wajahnya saja tatkala mendengarnya.

Selepas dengar itu baru saya faham kenapa Udin anak Yassin kali ini macam ikan lapam bawah jamban terus memuji Najib atas tindakan itu. Sambil menyifatkan langkah Najib itu bijak kata Udin anak Yassin jangan ada prejudis buruk di atas tindakan Najib itu.

Kata Udin lagi, perkara itu sudah lama dibincangkan dan bukan benda baru. Kita faham kalau Udin anak Yassin berkata demikian bagi menggambarkan kononya Najib ada runding dengan beliau. Bahawa dia masih digunapakai oleh Najib dalam membuat sesutau keputusan besar untuk negara dan Umno.

Selalunya Udin anak Yassin lambat untuk memberi respon kepada sesuatu yang Najib buat. Peralihan dan transformasi Najib tidak 'semakan' dan secocok dengan Undin anak Yassin. Misalnya slogan 1 Malaysia yang diperkenalkan Najib disanggah secara halus oleh Udin anak Yassin. Najib mengutamakan 1 Malaysia, Undin anak Yaasin pula kata Melayu first Malaysia kemudian.

Apakah pujian Udin anak Yassin itu pujian membawa rebah atau pengejekkan kepada Najib? Nampaknya tindakan memansuhkan ISA itu tidak disenangi oleh Umno. Beberapa pemimpin Umno tidak mahu pemansuhan itu dibuat secara bersendirian oleh Najib hanya kerana tekanan dan desakan. Ini boleh diperhatinkan tidak ramai ketua-ketua bahagian Umno dan ahli MT yang memberi kupasan positif atas tindakan Najib itu. Menteri Pertahanan Zahid Hamid yang selalunya akan bersuara sebelum pun Najih menghabiskan kata-kata nampaknya masih membisu?

Pemimpin Umno termasuk Udin anak Yassin juga berpendapat kalau pun ISA mahu dihapuskan biarlah ianya datang dari Umno. Maksudnya biar Umno desak dalam persidangannya dulu kemudian dibuat pengumuman. Dengan cara barulah nampak pemansuhan itu datang dari akar umbi Umno dan ketika itulah baru Umno boleh menuntut pemansuhan itu atas kesedaran politik mereka. Kali ini Najib bertindak bersendiri tanpa ada endorsement dari parti.

Kalau ianya dibuat secara ad hoc oleh Najib tanpa pun berunding dengan Undin anak Yassin, ia menunjukkan akan ketakutan dan kegeruhan Najib terhadap pendesak agar ISA dihapuskan. Di sini menampakkan akan kelemahan Najib sebagai perdana menteri yang akur kepada suara mionoriti dari pembangkang.

Apakah pujian Udin anak Yassin itu untuk menyinis Najib? Kalau benar begitu ini menunjukkan bahawa pemansuhan ISA itu juga kurang disenangi oleh Mahathir Mohamd, seorang PM yang suka menggunakan akat dan kekerasan untuk mempertahankan kuasanya. Kita tunggu pula apa komen Mahathir dalam hal ini.

Sekiranya Mahathir pesimis bersabit perkara ini maka jelas agenda tersembunyi dari Mahathir dan kumpulannya mahukan Najib turun berterusan. Kalau tidak ada komen dari Mahathir ia menunjukkan Mahathir kini sudah kekenyangan dan merasa selesa dengan Najib setelah urusan pemberian projek oil dan gas Petronas bernilai RM2.4 billion kepada anaknya Muzani selesai dan beres? [wm.kl.9:03 am 19/09/11]

Monday, August 8, 2011

Susupan Petang

Betulkah Menantu TPM Dapat Projek Biometrik?

KETIKA menghadiri majlis berbuka puasa di rumah Tengku Razaleigh Hamzah petang semalam saya didatangi oleh seorang kawan. Beriya dia menarik tangan saya ke tepi, menjauhi dari orang lain. Cara dia berbuat begitu seolah-olah apa yang beliau hendak beritahu itu perkara yang sulit dan amat penting.

Saya sambil membetulkan kain samping akur dengan tarikan tangannya. Berceritalah dia dalam keadaan serius dan meminta saya dedahkan. "You kena dedah ini untuk kebaikan negara. Negara kita sudah habis," katanya.

Dia ini adalah bekas Ketua Pemuda Umno di sebuah bahagian di Utara yang kini sudah tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti lagi kerana kecewa dengan apa yang berlaku dalam partinya itu.

"Biar rakyat tahu, dan jangan sampai rakyat dan negara terus kerugian," katanya bersungguh. Iya..iya saja apa yang diberitahunya. Kawan ini lalu bercerita bukan main serius lagi, siap dengan mimik muka dan mata yang terkebil-kebil. Peliknya dia selalu menceritakan sesuatu dan memberi maklumat tambahan tetapi tidak mahu tulis sendiri. Setahu saya dia juga ada blog yang dibangunkan dengan penuh kerahsiaan.

Apa ceritanya? Ceritanya sudah saya ketahui serba sedikit sebelum ini. Iaini mengenai penglibatan menantu Timbalan Perdana Menteri, Udin anak Yassin dalam dunia perniagaan. Menantu Udin anak Yassin itu dikatakan mendapat kontrek membekalkan komputer untuk sistem biometerik yang bernilai berjuta-juta ringgit yang hendak dilaksanakan kini.

Menurut kawan itu menantu Udin anak Yassin dikatakan memperolehi tander membekalkan komputer kepada lebih 300 buah syarikat yang mendapat tander untuk menguruskan Pendatang Tanpa Izin (Pati) dalam program pemutihan. Kawan itu siap sebut dengan nilai dan juga keuntungan yang diperolehi syarikat menanti Udin anak Yassin itu.

Katanya peruntukan untuk membekalkan komputer kepada 300 syarikat saja melibatkan RM15 juta dan peruntukan untuk Jabatan Imigresen RM600 juta. Jumlah itu katanya belum untuk Polis, SPR dan lain-lain.

Apa yang kawan itu persoalkan syarikat itu baru saja ditubuhkan dan tidak pun ada pengalaman dalam bidang perniagaan. Bukan itu saja tambahnya ada lagi hal-hal yang ganjil yang berlaku di sebalik tander berkenaan.

Sebenarnya saya tidak pelik dengan kejadian seperti itu. Sebelum ini pun sudah banyak kali kita dengar kroni PM dan menteri mendapat projek itu dan ini. Dr Mahathir bergaduh dengan Anwar bukan fasal liwat sangat tetapi fasal Anwar cegah kerajaan bailout syarikat anak Mahathtir yang hendak mampus dan mengalami kerugian berbillion ringgit.

Itulah puncanya. Sebab itu Mahathir marah dan terkilan dengan Anwar. Mahathir merasa tindakan Anwar itu bagaikan lumoran tahi ke mukanya sebagai PM dan menganggap Anwar tidak mengenang budi. Cuba kalau Anwar menyokong bailout syarikat anak Mahathir itu mungkin Anwar tidak terpenjara dan nasibnya tidak jadi seperti hari ini.

Begitu juga di zaman Abdullah Badawi jadi PM. Kisah menantunya Khairy Jamaluddin dijaja dan dijual mendapat berbagai projek. Malahan Khairy dikatakan mempunyai kuasa pemutus dalam pentadbiran Abdullah terutama melihat projek-projek besar.

Kesimpulannya apa yang diceritakan oleh kawan itu tentang penglibatan menantu TPM dalam perniagaan tidak menghairankan. Cuma apa yang dibimbangkan kalau semasa bapa mertua jadi TPM menantu sudah untung besar bagaimanalah nanti setelah bapak jadi PM tentu untung berlipat kali ganda lagi.

Harap-harap ada orang akan hantar gambar menantu Udin anak Yassin untuk sama-sama kita tetap dan juga nama syarikatnya untuk kita semak berapakah modal berbayar di dalam syarikat berkenaan dasn siapa-siapa lagi rakan kongsinya. Jangan-jangan syarikat RM2 sahaja? [ttdi.kl.4:55 pm 08/08/11]

Sunday, July 17, 2011

Bersama Rangkakan Mantari

Jaminan Pemanis Mulut Dari Udin Anak Yassin

Sebagai orang yang mencintai hak asasi dan kebebasan bersuara kenyataan Muhyuddin Yassin, (Udin anak Yasin) di Indoneisa semalam sangat dialu-alukan. Katanya dia bersedia untuk menimbangkan kelulusan permit bagi membolehkan akhbar Jawa Post yang berpengkalan di Surabaya di terbitkan di negara ini.

Mendengar kenyataan itu menggambarkan Udin anak Yasin seorang yang waras dan terbuka. Ia menggambarkan Udin anak Yasin bukan terkongkong dalam kedirian yang sempit dan diserang bayangan sendiri. Kesediaan itu menunjukkan jauh dan luasnya bingkai otak Udin anak Yassin.

Beliau juga menghormati kebebasan bersuara dan kebenaran itu menunjukkan dia berani berdepan dengan apa saja risiko atau kesan dari penerbitan akhbar berkenaan. Jawa Post merupakan akhbar yang popular di Indonesia dengan jumlah edaran 1.4 juta naskah sehari. Sebenarnya bukan mudah sesebuah kerajaan apa lagi yang mengamalkan demokrasi terpimpinan macam Malaysia untuk membenarkan sebuah akhbar asing diterbitkan di negaranya.

Akhbar ini juga merupakan bahan bacaan atau sumber utama warga Indonesia. Ia bukan saja dibawa masuk ke Malaysia, tetapi turut dibawa ke Arab Saudi. Beberapa buah kedai runcit di sekitar masjid Haram di Makkah turut sama menjual akbar berkenaan.

Naskah paling terkemudian yang dapat diperolehi di Makkah ialah tiga hari selepas ianya dikeluarkan. Kemajuan dan kemungkinan Jawa Post ini berada di seluruh dunia ialah kerana sikap rakyat Indonesia yang suka membaca dan menganalisa berbanding dengan rakyat negara ini yang suka mendengar dan menonton dan terus mempercayai apa yang dididengar tanpa dihadamkan dulu.

Faktor lain ialah kerana sikap akhbar itu sendiri yang bebas dan adil tidak seperti Utusan Malaysia. Idea atau pun isu yang dimainkan berpihak kepada rakyat. Akhbar ini bersikap kritis kepada pemerintah bukan seperti Utusan Malaysia yang sangat manja kededek kepada parti pemerintah.

Berbalik kepada kesediaan Udin anak Yassin itu, saya jadi macam tersendap biji rambutan bila mendengarnya. Amboi bukan main mesranya Udin anak Yassin melayan orang luar berbanding dengan orang di dalam negara sendiri. Di sini ada sedikit rasa ganjil dan tidak munasabah jaminan Udin anak Yassin itu menyebabkan ia menjadikan ia sebagai retorik saja.

Jaminan itu seolah-olah mahu menunjukkan bahawa negara Malaysia bebas dalam pengamalan media massa. Malaysia tidak kongkong media massa. Kononnya dengan jaminan itu orang khasnya orang Indoneisa merasaikan Malaysia negara bebas.

Betulah begitu? Atau ianya retorik atau cara hendak mengelirukan pemikiran rakyat Indonesia saja? Kalau Udin anak Yassin ada niat itu maka tidakan itu salah. Orang Indonesia mempunyai tiga biji mata bukan persis rakyat Malaysia termasuk juga menteri yang ada hanya dua biji mata. Itu pun ada yang sebelah mata kabur kerana dibaham kencing manis.

Kalau benar Udin anak Yassin berfikiran bebas, terbuka dan berpijak di bumi nyata, dengan jaminan diberikan kepada Jawa Post itu, pertanyaan mudah saya nak tanya atau cadangkan, Udin anak Yassin laksanakan dulu kebebasan berakhbar di negara ini. Pertama Udin anak Yassin luluskan dulu permit akhbar Suara Keadilan, atau luluskan permit Harian Purnama yang dipohon oleh Pas.

Kalau kedua permit akhbar ini yang sudah lama dipohon atau ditarik balik selepas diluluskan Udin anak Yassin tidak payah bercakap untuk memberi kebenaran Jawa Post diterbitkan di negara ini. Nanti semua orang akan tergelak dan mentertawakan Usdin anak Yassin. Nanti cadangan itu orang boleh anggap Udin anak Yassin cuba mengikat gajah dengan talio rafia.

Sebagai timbalan perdana menteri di mana kemungkinan akan memangku jawatan itu kalau Najib Razak bersama isterinya mati terjatuh kapal terbang, atau lemas air, Udin anak Yassin perlu mengemuakakan idea yang 'belingas', atau idea berlian yang dapat diterima oleh umum. Udin anak Yassin tidak perlu ikut sama bermain dengan gaya politik keronyok dan provok. Itu gaya lama.

Bagaimana pun saya tetap percaya jaminan Udin anak Yassin itu sebahagian daripada modal bagi menunjukkan negara ini mengamalkan kebebasan media massa. Udin anak Yassin yang tahu media massa Indonesia jauh lebuh bebas dan berani berbanding dengan media massa di Malaysia harus membuat tawaran itu meskipun ia sesuatu yang tidak mudah dilaksanakan. [wm.kl.9:00 am 17/07/11]

Tuesday, July 12, 2011

Sebelum Zohor

Duhai Udin anak Yassin

MAAFLAH saya akan jadi mudah panas kepala bila orang bercakap tidak betul dan mengikut makrib sebenarnya mengenai Bersih. Saya bukan salah seorang ahli jawatankuasa yang merancang mengadakan himpunan raksasa itu. Saya hanya seorang rakyat biasa yang ada sedikit kemahiran menulis, mencatat dan menganalisis peristiwa politik negara.

Itu saja tentang saya. Maka atas kedudukan itu saya akan gunakan bakat dan kudrat yang Allah anugerahkan ini setakat mana termampu mudah-mudahan boleh memberi sumbangan kepada pembangunan negara demi kebaikan semua.

Saya merasakan apa yang dilakukan Bersih adalah sesuatu yang baik dan perlu disokong. Kita jangan melihat kepada elemen yang ada disekeliling Bersih itu, dan terlalu prejudis kepada perjuangannya, tetapi lihat kepada tujuan dan matlamatnya.Sesiapa pun yang baik baik UBN atau Pakatan Rakyat dapat mengambil kesempatan dari apa yang Bersih lakukan.

Usahanya bukan untuk mana-mana pihak. Matlamatnya untuk membersihkan pilihan raya di negara ini. Membersihkan demokrasi agar demokrasi kita kelihatan Bersih dan mengikut lunas-lunas demokrasi yang sewajarnya yang kita semua harapkan.

Kalau demokrasi dan pilihan raya kita Bersih, semua rakyat akan bangga dan mendapat nikmatnya. Negara kita akan menjadi contoh sebagai negara demokrasi yang paling bersih dan murni. Itulah yang kita perjuangkan selama ini. Ketelusan dan pencapaian itulah yang dilaungkan oleh perdana menteri.

Kenapa dengan Bersih

Apa masalahnya dengan Bersih? Kenapa UBN takut kepda Bersih. Kenapa Najib Razak gerun dengan himpunan Bersih. Kenapa SPR liat dan sukar untuk melayani tuntutan Bersih. Apakah tuntutan itu tidak munasabah dan bohong? Sejuring kebenaran pun tidak ada.

Atau SPR sememangnya menjadi keldai bodoh dungu kepada parti memerintah? Di manakah kebebasan SPR sebagai sebuah suruhanjaya? Apakah kewujudannnya hanya ‘taklik kafirun’ saja?Ingatlah penipuan tidak akan menang selamanya kerana manusia boleh ditipu sekali atau dua kali tetapi tidak untuk tiga kali.

Dalam konteks tuntutan Bersih ini saya tidak begitu nampak akan fungsi dan peranan suruhanjaya yang dibawah kuasa Yang di-Pertuan Agong ini. Maaflah. Suruhanjaya ini sudah menjadi seperti syarikat (agen) yang mengeluarkan sijil halal untuk endorsekan bahan makanan seperti mana dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim). Ianya dikuasai oleh eksekutif sahaja, pengerusi dan setiausaha. Sementara ahli atau anggota suruhan jaya lain membisu dan makan gaji buta saja.

Sudah sampai masanya anggota suruhanjaya ini bersuara. Menerima dan membincang apa saja cadangan untuk kebaikan suruhanjaya ini demi memartabatkannya. Jangan serahkan kepada Pengerusi dan anak buahnya saja. Jangan hanya menjadi tukang angguk dan mengesahkan apa yang dikemukakan oleh eksekutif. Kalau begitulah keadaannya elok anggota suruhanjaya ini dihapuskan saja, wang rakyat boleh diselamatkan.

Pada saya mereka yang menentang tuntutan Bersih adalah mereka yang sama sekali tidak faham apa itu Bersih dan tuntutannya. Yang kedua yang sengaja membantah kerana mereka yang menyediakan diri untuk 'dirukah' oleh kuasa politik. Orang ini tidak ada integriti dan ia tidak layak menduduki sebuah suruhanjaya. Yang di-Pertuan Agong berhak untuk menyemak balik hal ini.

Kalau mereka tidak berani bersuara ini bermakna mereka merosak amanah rakyat dengan kedudukan itu. Setiap orang yang dilantik menganggotai suruhanjaya itu mereka angkat sumpah berikrar untuk menjalankan tugas sebaik mungkin. Malang hari ini anggota suruhanjaya hidup macam orang yang menyembunyikan telor dalam kilas saja.

.... Meleret jauh apa yang hendak difokus dalam catatan ini. Saya kata saya panas kepala tadi. Kenapa jadi panas kepala pagi ini bila membaca kenyataan Udin anak Yassin - Muhyuddin Yassin, yang marahkan kepada Bersih. Tahap pemikiran dan politik Udin anak Yassin ini sama dengan Inchik Ibrahim Ali saja.

Kata Udin anak Yassin, Bersih tidak menghiraukan nasihat Yang di-Pertuan Agong yang melarang agar tidak diadakan himpunan tetapi terus mengadakan himpunan dijalan. Saya nak tanya Udin anak Yassin, yang saya kira dia bukan keturunan Orang Asli di zaman 30-an. Kenapa Bersih mengadakan himpunan dijalanan. Kenapa? Kenapa?

Budak bodoh yang terencat akal pun tahu sebabnya ialah kerana kerajaan (polis) tidak membenarkan stadium merdeka untuk dijadikan tempat berhimpun. Mulanya Najib telah mencabar Bersih agar diadakan di stadium tertutup, katanya menjeritlah sampai ke pagi. Tetapi akhirnya cabaran itu bila disahut Najib berdalih seribu kali ia terserah kepada keselamatan.

Maka polis digunakan. Polis dijadikan jamban tahi untuk menyekat Bersih. Walhasilnya polis yang kena maki dan kena hamun malam dan siang, siang dan malam - dari subuh ke isyak dari isyak ke zohor. Tidak ada sudut untuk ketua polis negara dan timbalannya hendak sorotkan muka hari ini terhadap apa yang berlaku. Apakah ini tidak difahami oleh Udin anak Yassin.

Polis pun satu hal tidak sedikit pun membantah dan memberi nasihat yang baik. Ketua polis tidak ada keyakinan dalam hal ini melainkan menjadikan gas dan belatan untuk menyekat rakyat. Tektik provokasi yang sering digunakan CIA atau KGB sudah tidak berkesan lagi. Polis harus menukar tektik lain mengambil pendekatan berbaik sangka di antara satu sama lain.

Seharusnya ketua polis sedar perangai dan sikap orang Melayu. Orang Melayu kalau didekati, dijinak mereka akan tunduk dan hormat sampai ke bumi. Kalau orang Melayu semua jadi jinak maka tidaklah orang Cina dan India jadi besar kepala dan berani untuk berarak kerana mereka tahu di mana bumi mereka berdiri. Tetapi apabila orang Melayu ikut sama atau menjadi ketua maka mereka akan jadi beranilah. Lainlah polis kena bijak, ketua polis negara harus menggunakan pendekatan dan maslahatnya sendiri. Bukalah Quran dan hadith akan berjumpalah formula dan kaedahnya di sana.

Duhai Udin anak Yassin anda adalah bakal perdana menteri Malaysia kalau usia Umno masih ada. Kalau takdir hari ini Najib mati kerana kapal terbang yang dinaikinya jatuh, atau beliau sakit andalah akan dinobat sebagai perdana menteri. Khabar Najib sedang mengalami satu kecederaan yang memerlukan rawatan. Bulan Ogos nanti beliau dikatakan akan berihat di hospital?

Sebagai bakal PM seharus anda bergaya dalam mengeluarkan kenyataan dan mengkritik musuh ada. Apa guna anda membanggakan diri sebagai anak cikgu Yassin yang hafiz Quran tetapi telatah dan gelagat anda macam anak tokoh yang didik oleh kolonis sahaja? Katanya anda sedang mengupah sekalian orang untuk menulis buku tentang kehebatan bapa anda dalam agama dan perjuangan Melayu. Berapa jumlah upah itu, Udin?

Please bezakan diri anda dengan diri pemimpin yang lain. Saya bimbang kalau anda juga terikut dengan rentak politik bodoh, politik kebudak-budakan dan politik ala-ala Inchik Ibrahim yang suara kuat tetapi akal ‘dompok’ menyebabkan anda akan turut dikecam rakyat. Apa guna kalau kita duduk di atas kerusi tinggi kalau hari-hari kita dicemuh rakyat. Apa guna?

Tidak memberi sedikitpun kita mendiami rumah indah kalau seluruh peralatan dalam rumah itu mencemuh dan meluat dengan kita. Sekian untuk ini Udin anak Yassin kita jumpa lagi. [wm.kl.11:50 am 12/07/11]