Sunday, May 9, 2010

Sisipan Malam

Sultan Sharafuddin Perlu Waspada Dengan Pengampu

NASIHAT dan teguran ikhlas Sutan Selangor, Sultan Sharafuddin Idsris Shah agar parti politik tidak menggunakan masjid untuk tujuan politik (jahat) nampaknya sudah menjadi isu yang dipolemikkan. Teguran itu telah dibawa terlalu jauh untuk kepentingan politik satu-satu pihak.

Apakah ini melambangkan golongan politik kita (Melayu) sudah kekeringan modal atau bersikap macam ikan lampam, yang akan menerkam apa saja objek yang jatuh dari atas jemburan atau jambatan. Meskipun yang jatuh itu hanya bulu ayam atau ketulan busuk, mereka merebut dan mengomolnya sehingga terkoyak muncung?

Sepatutnya semua pihak tidak mudah cuba menari mengikut gendang sendiri dalam melihat titah ikhlas Sultan Selangor tempoh hari itu. Sebelum mereka memberi reaksi seharusnya melihat apakah maksud baginda sebenarnya. Mereka juga perlu menyedari apakah baiknya untuk mereka terus menyerang mana-mana pihak ekoran teguran itu. Dalam hal ini cubalah bercakap secara ikhlas dan jujur. Belajar jadi ikhlas dan orang benar sejenak.

Apa yang berlaku Sultan Selangor hanya memberi nasihat supaya tidak menggunakan masjid sebagai medan untuk politik (jahat). Rasanya semua orang kena setuju dengan saranan itu. Tetapi sebelum setuju haruslah difahami apakah bentuk politik yang dikatakan Sultan itu. Apakah bentuk politik yang tidak wajar dibawa masuk ke dalam masjid?

Kalau masjid itu membawa perpecahan, membawa kejahatan, membawa hasutan dan membawa manusia menjauhi syurag, rasanya semua pihak kena setuju. Malahan orang yang berbuat demikian wajar dihumbankan ke dalam sungai Kelang.

Dalam hal ini apa yang penting semua pihak kena faham, apakah erti dan bentuk politik itu yang patut dihalang masuk ke dalm masjid itu. Sejauh manakah ia digunakan dan boleh memudaratkan umat. Saya rasa kalau masjid digunakan untuk berpolitik, selagi politik terkawal dengan baik dan membawa manusia menuju ke mardthalilah (jalan Allah) tidak ada masalah. Dalam hal ini kena perluaskan skop politik itu.

Di sinilah apa yang ditegas dan dipertahankan Tok Guru, Nik Abdul Aziz orang yang melarang agar politik tidak dibicarakan di masjid adalah peninggalan penjajah. Maksud kata-katanya itu bukan menyanggah kata-kata sultan. Sebaliknya beliau menjelaskan bagaimana dan kenapa penjajah tidak membenarkan masjid digunakan sebagai medan berpolitik.

Penjajah arif masjid adalah gelanggang orang Islam dan Melayu. Di sinilah tempat orang Islam bermuzakarah, berbincang menyelesaikan masalah mereka. Medan orang Melayu mengeratkan silaturahim. Muzakarah dan berbincang, inilah politik.

Penjajahan faham, selagi ada gelanggang ini orang Melayu akan bersatu. Maka itu penjajah menghalangnya. Tindakan atau maksud inilah yang Nik Aziz nak ceritakan. Maksud penjajah yang melarang masjid untuk tujuan baik itulah menyebabkan Nik Aziz menyanggah manamana pendapat menafikan penggunaan masjid untuk politik.

Apakah cemarnya politik begitu? Pada saya menggunakan tempat awam untuk berpolitik jahat dan tidak bagi kebaikan umum juga tidak baik. Bukan saja politik di masjid saja perlu dihalang di dalam tandas juga harus dilarang kalau ia membewa kesesatan dan kemunduran ummah.

Maka untuk menegur ini, saya rasa baik dilakukan untuk semua tempat. Untuk pengetahuan, sekolah, sudah lama dijadikan gelanggang politik oleh pihak tertentu. Pejabat kerajaan dan syarikat-syarikat GLC juga dijadikan sumber kekayaan atau lombong emas membantu politik tertentu.

Politik di sini lebih buruk dan hampak dari politik di masjid yang dimaksudkan sesetengah orang. Kenapa tidak ada larangan dan teguran bila tempat-tempat ini dijadikan medan politik? Apakah kerana yang melakukan itu Umno maka ia menjadi halal semuanya?

Sultan atau Raja yang menjadi payung kepada bangsa Melayu juga perlu tegur dan menasihat supaya tempat-tempat awam dan badan-badan milik kerajaan tidak digunakan untuk kepentingan politik mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya. Apakah medium awam itu boleh digunkana untuk mengilangkan isu-isu politik busuk bila ia dilakukan oleh parti pemerintah atau tepatnya UBN?

Dan mengenai pendirian Zaid Ibrahim untuk tidak memohon maaf kepada Sultan Selangor saya rasanya ia perlu disokong atau digali apakah alasannya. Tolollah Zaid kalau beliau memohon maaf ke atas sesuatu perbuatan yang tidak fatal kesalahannya. Tafsiran orang mengatakan dia biadap apabila cuba mempertikaikan kata-kata sultan itu adalah ilusi orang-orang yang kecewa dan berjiwa kecil saja. Orang-orang ini adalah mereka yang cuba menjadikan sultan dan istana sebagai kuda tunggang selepas mereka ketinggalan kereta api dan bas.

Mereka yang mengatakan Zaid biadap, sebenarnya mereka yang buta undang-undang dan sedia menterbalikkan undang-undang sekiranya mereka merasakan ada untung kepada mereka.
Mereka ini adalah sang pengampu. Bagi sang pengampu akan bertindak melakukan apa saja hatta menadah tahi orang lain dengan telapak tangannya. Zaid bukan jenis itu. Dia tidak akan sesekali mengatakan tahi itu sebagai wangi meskipun ia dibungkus dengan bunga.

Beliau juga arif terhadap sesuatu yang beliau perkatakan.

Apa gunakanya negara ini ada kanun kalau tindakan tidak mengikut kanun? Apakah kita mahu menjadi burung malas yang tidak pandai membuat sarang tetapi mahu juga bertelor di dalam sarang? Akhirnya telor entah ke mana pecah bersepah tanpa melahirkan zuriat. Orang yang tidak menerimsa kanun samalah orang yang menterbalikkan kura-kura.

Benar kata Zaid, apabila Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sudah ada badan yang menguatkuasakan undang-undang Islam di Selangor, sepatutnya Mais yang mengeluarkan arahan. Teguran dan nasihat spotan sultan bolehlah disifatkan sebagai 'araha' peribadi beliau yang boleh atau tidak untuk dipatuhi. Sekiranya nasihat itu dikempelkan dengan kanun oleh Mais maka barulah ia merupakan perintah yang tidak boleh dipersoalkan lagi.
Raja atau sultan kita hari ini adalah raja dan sultan di bawah perlembagaan.
Dalam hubungan sikap tegasnya menyokong kenyataan Nik Aziz itu – mempertahankan masjid boleh dijadikan medan politik, Zaid berpegang kepada kanun. Sebagai seorang pengamal undang-udang beliau tetap berpegang kepada undang-undang dalam keadaan apa saja.

Sementara mereka yang mudah mengatakan Zaid biadap dan cuba membela sultan tanpa memahami erti dan mesej di sebalik itu adalah golongan pengiring raja-raja di zaman pubra. Mereka ini dapat dilihat dalam filem Melayu, tidak berbaju, berkaki awam dan membidik lembing atau tombak 24 jam. Sesekali juga mereka merupakan pengusung tandu. Mereka akan sedia menjadikan diri mereka sebagai benteng untuk menyelamatkan raja hanya kerana untuk kepentingan mereka, tanpa memikirkan apakah kerja mereka itu memberi manfaat kepada mereka sewajarnya! [wm.kl. 10:15 pm 09/05/10]

Rona Rambu Sibu

Pas Mencuri Manfaat Di Sibu

PILIHAN RAYA kecil Sibu 16 Mei ini turut tidak disia-siakan oleh Pas. Selain daripada parti Islam itu berpeluang menunjukkan kefahaman mereka dalam Pakatan Rakyat dengan memberi sokongan padu kepada rakan Pakatan, DAP, parti juga dapat mencuri peluang untuk memprosikan dirinya di Sibu.

Kenapa tidak, buat pertama kali bendera Pas berkibar di bumi Sibu. Di Sarawak waktu ini Pas hanya mempunyai lima kawasan berbanding 31 buah kawasan parlimen. Kawasaan itu ialah, Batang Lupar, Petrajaya, Sadong Jaya. Manakala dua kawasan lagi dalam proses pendaftaran iaitu di Bintulu dan Miri.

Untuk membantuk DAP dalam pilihan itu Pas katanya telah menghantarkan lebih 300 orang petuasnya terdiri dari berbagai bidang.

Pilihan raya ini juga dijadikan latihan kepada jentera pilihan raya Pas Sarawak yang masih lagi lemah dan tidak berpengalaman.
Beberapa hari sebelum hari penamaan calon beberapa pemimpin utama Pas sudah turun membuat tinjauan dan membentuk jentera pilihan rayanya sendiri.Sekurang-kurangnya dua Pas negeri, Kelantan dan Selangor telah membuka bilik gerakan sendiri atau menyewa rumah untuk menempatkan para petugas. Pas Kelantan telah berkampung di No 19 Kampung Hilir, Jalan Masjid dalam Dun Nangka.

Pas kawasan Jeli yang diketuai bekas ahli Parlimen Jeli, Apandi Mohamad merupakan kumpulan terawal berkampung di Sibu. Lain-lain pemimpin Pas Jeli ialah Setiausaha Kawasan, Hashim Awang, Ketua Urusan Ulamak, Ustaz Ismail Omar, Ketua Penerangan, Mohd Fauzi Zakaria serta Naib Ketua Pemuda Mohd Bukhari, Ajk Pemuda, Khairul Zumadi Hussein. Ikut sama Ketua Muslimat, Norwati Jusoh dan setiuasahanya Ramlah Samat.

Manakala Pas Kelantan juga menyewa sebuah rumah yang terletak tidak jauh dari situ untuk menempatkan para petugas muslimah. Jentera pilihan raya muslimat diketuai Dr Mariah Mahmud yang bergerak menjalankan kempen seawal hari pertama selepas penamaan calon.
Pas Selangor juga turut sama menyewa rumah khas untuk menempatkan para petuasnya. Difahamkan Pas Selangor telah menghantar sekumpulan para petugas dari pelbagai bidang untuk membantu calon DAP, Wong Ho Leng.

Pemimpin Pas kedua negeri juga turut sama hadir dan membuat tinjauan ke markas Pas di Jalan Hilir. Antara pemimpin yang awal tiba meninjau ke bilik gerakan ialah Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Hassan Ali, Ahlijawatankuasa Pas, Abu Bakar Chik, Naib Presiden, Sallahuddin Ayub.

Mereka yang lain Ajk Pusat, Husam Musa, Dr Mariah serta Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang merupakan tokoh Pas Semenanjung yang serius memberi galakan kepada Pas Sarawak.
Sementara itu hampir seluruh petugas dari lima kawasan Pas di Sarawak turut sama membantu pilihan raya berkenaan. Apa yang paling mengkagumkan kebanyakan petugas Pas yang datang dari beberapa kawasan itu terdiri dari kalangan pemuda dan pemudi.

Pakatan Rakyat khasnya Pas menghadapi sedikit kesulitan untuk menjalankan kempen di Sibu kerana parti berkenaan belum mempunyai cawangan. Mungkin disebabkan kesulitan ini Pas Sarawak terpaksa mengimport tenaga tambahan dari Semenanjung. [wm.kl. 8: 00 pm 09/05/10]

Mengenang Pahlawan Sibu

Rosli Dhoby Dalam Pilihan Raya

[pengemaskinian] SEBEGITU memijak kaki di bumi Sibu pada Khamis lalu hati saya terus bertanya mengenai orang bernama Rosli Dhoby. Mungkin generasi muda terutamanya dari Semenanjung tidak mengenali siapa dia Rosli Dhoby? Seorang kawan dari Kelantan yang juga bekas guru bila ditanya mengenai Rosli Dhoby dia agak sukar untuk menjawabnya dengan tepat.

Rosli Dhoby merupakan pejuang kaum bumiputra di Sarawak. Tarafnya samalah dengan Tok Janggut di Kelantan, Mat Kilau dan Mat Bahaman di Pahang, Datuk Sago di Perak dan lain-lain. Dalam kata lain beliau adalah pejuang kemerdekaan dan penentang penjajah.

Rosli merupakan anak kelahiran kampung Pulo Sibu, Sarawak.

Beliau mati digantung dalam penjara oleh penjajah British pada 2 Mac 1950. Beliau ditangkap dan dihukum gantung bersama tiga rakannya yang lain. Hukuman itu kerana beliau membunuh (menikam) Gebenor British Sarawak Kedua, Sir Ducan Stewart dengan pisau beracun.

Seperti mana dicatat dalam wikipedia, Rosli bertindak membunuh Ducan selepas beliau disuruh oleh ibunya kerana British ingin menangkap dan membunuh ibunya. Peristiwa ini berlaku pada 3 Disember 1949 ketika Rosli berusia 17 tahun.

Tiga rakan Rosli yang menerima nasib sama ialah Morsidhi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntung.

Keempat mereka dikebumikan dalam penjara Kucing tanpa batu nisan. Tindakan ini menandakan kebencian dan ketakutan British kepada perjuangan mereka. Bagaimana pun pada 2 Mac 1996 rangka mereka dipindah ke Sibu dan disemadikan di Makam Pahlawan berhampiran masjid negeri Sibu. Makam mereka senantiasa diziarahi oleh mereka yang berjiwa nasionalis dan anti penjajah.

Mereka kini dianggap sebagai pejuang bangsa. Kalau sebelum ini mereka dianggap sebagai penderhaka tetapi hari ini persepsi itu sudah bertukar menjadi sebaliknya. Bagi rakyat Sarawak khsusnya Sibu menerima mereka sebagai pahlawan terbilang.

Atas jasa-jasanya itu Majlis Bandaran Sibu (MBS) telah menamakan jalan-jalan utama di bandar Sibu sempena dengan nama mereka.

Sebelum Jumaat 7 Mei lalu saya bersama rakan dari Jeli Kelantan sempat mengunjungi Makam Pahlawan itu dan mensedekah serangkain al Fatihah buat roh mereka. Makam itu bagi saya tidak bererti sekiranya kaum bumiputera Sibu tidak cuba menterjemahkannya sebagai lambang semangat utuh perjuangan mereka untuk bangsa.

Apa yang penting keberanian keempat-empat mereka menentang kezaliman, penindasan penjajah sehingga rela mengorbankan nyawa dijadikan itibar untuk mengubah kehidupan lebih bererti lagi. Bukan bermakna selepas British keluar dari Sarawak, penjajahan sudah berakhir.

Sebaliknya penjajahan dalam bentuk baru saya lihat makin berkuasa di Sibu dan meratah keharmonian kaum bumi di bumi berkenaan. Secara tidak sedar kenyahan British dari Sarawak ianya seperti diganti oleh kuasa lain yang memakan bumiputera dalam senyap.

Sebelum melangkah meninggalkan perkarangan makam itu saya bertanya kepada diri saya sendiri sejauh manakah teladan dilakukan Rosli Dhoby dan rakan-rakannya dihayati oleh rakyat bumiputera Sibu? Sebabanya perkampungan Melayu yang dulunya menjadi pusat pentadbiran dan gerakan politik di situ kini sudah pun diratah oleh kaum lain.

Selain perkampungan mereka diratah sedikit demi sedikit oleh arus sungai Sarawak yang tidak pernah diam, bumi mereka juga turut dilindungi dengan berbagai bangunan pencakar langit yang saya pasti ianya bukan milik bumiputera Sibu. Penaklukan ini semakin berleluasa sehingga mercu tanda kekuasaan bumiputera di situ sudah terhakis dan makin terpinggir.

Dan diharap pelancong politik dari Semanjung yang berkunjung ke Sibu jangan saja asyik dan seronok memasang poster parti tetapi lupa untuk mejenguk ke makam itu untuk mengambil wap keberanian dan keertian perjuangan Rosli Dhoby. Hidupkan jiwa Rosli Dhoby dalam diri anda untuk berdepan dengan musuh bangsa dan agama. [wm.kl. 1200 t/hari 09/05/10]

Laporan Lewat Dari Sibu

Sekitar Perarakan Calon Pakatan Rakyat

SAYA percaya puluhan ribu penjenguk blog Merah Tinta sedang menunggu catatan atau posting mengenai perkembangan pilihan raya kecil Sibu, Sarawak. Gambaran hari penamaan calon semalam pasti ditunggu-tunggu. Banyak mesej dan mail dalam FB saya, bertanyakan laporan itu. Saya sudah maklumkan kelewatan dan masalah untuk membuat posting.

Kesuntukan masa dan tidak ada kemudahan, (tak bawa laptop), campur keletihan dan cuba berintraksi dan melaporkan menerusi Blakbarry kurang memuaskan. Penggunaan BB untuk membuat catatan dan ulasan panjang belum memuaskan dan stabil. Mungkin kerana saya sedang belajar. Apa yang boleh dihantarkan hanya mesej-mesej kecil dan gambargambar kecil saja sebagai tidak menghampakan penjenguk.

Laporan media arus perdana sudah tentu tidak memberi liputan sepenuhnya. Trand berat sebelah masih diteruskan walaupun pemimpin negara berbueh bercakap soal kebebasan dan menafikan wujudnya diskriminasi dalam memberi laporan namun ia tetap wujud malah semakin berleluasa. Misalnya mengenai laporan hari penamaan calon paling ketara mengenai jumlah kehadiran para penyokong.

Akhbar kroni mencatatkan hanya 700 orang saja penyokong Pakatan Rakyat manakala angka di sebelah BN sebanyak 3,000. Pada pandangan saya yang tidak kabur, angka itu adalah terbalik. Gambar yang dipostkan di bawah ini menjelaskan keadaan itu. Biarpun jumlah penyokong tidak memberi bayangan tepat, namun dari segi moral laporan ianya harus dijaga. Kita tidak boleh berbohong di siang hari.

Sekiranya jumlah penyokong BN melebihi 1,000 sudah pasti ia akan turut melimpah ke kawasan penyokong Pakatan Rakyat kerana kawasan penamaan calon itu sempit. Tetapi tidak pula saya ternampak akan keadaan itu. Ini menjelaskan jumlah penyokong BN cukup untuk menggunakan ruangruang jalan dicelah celah bangunan berhampiran dewan penamaan calon itu.

Saya tidak berada sepenuhnya di sebelah BN, kerana di sana sudah ada ratusan malahan ribuan pelapor yang pro BN. Jadi saya hanya tumpukan di sebelah Pakatan Rakyat sahaja. Apa yang saya lihat, sambutan terhadap calon DAP, Wong Ho Leng tidak kurang hebatnya. Paling mengejutkan saya kali ini ialah mengenai kekompatan parti Pakatan Rakyat, terutamanya Pas dalam menzahirkan sokongan.

Pas memberi sokongan penuh dalam pilihan raya kecil ini. Ini satu keanihan dan juga satu pembaharuan. Walaupun Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan timbalannya tidak hadir tetapi ia tetap meriah dan kehadiran Pas itu memberi rangsangan baru kepada masyarakat Cina dan Bumiputera di Sarawak amnya. Laungan politik baru dan perpaduan dalam Pakatan benar-benar terserlah.

Antara pemimpin Pas yang hadir Naib Presiden, Sallahuddin Ayub, ahli jawatankuasa kerja Pas, Dr Hassan Ali, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Husam Musa. Beberapa orang ahli parlimen dan wakil rakyat Pas juga turut hadir sama. Mereka, Dr Mariah Mahmud, Khalid Samad, Dr Nik Mazian Mohamad, Ustaz Ahmad Awang, dan lain-lain. Saya tidak terperasaan pula kepimpinan Dewan Pemuda Pas pada perarakan itu. Sebaliknya kepimpinan muslimat ada kelihatan, antaranya Aiman Atirah, Norasimah dari Kelantan, Ramlah Haron dan lain-lain.

Perakan itu menjadi tambah semangat lagi apabila Presiden PKR, Dr Wan Azizah Ismail turut sama hadir. Lain pemimpin PKR yang ikut berganding tangan menunju ke pusat penamaan calon di dewan Syurah, Khalid Ibrahim, Mohd Azmin Ali, Yaacob Sapari dan beberapa pemimpin dan ahli parlimen PKR yang lain. Anwar Ibrahim yang ketika itu berada di Singapura dikatakan akan sampai pada petangnya dan akan berceramah di beberapa tempat di Sibu.

Di sebelah DAP, ia diketuai oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang dan ketua Pemuda yang menjadi koordinator perarakan.

Pada saya pilihan raya kecil Sibu memberi gambaran baru ke atas persepakatan lebih padu lagi antara tiga buah parti, PKR, DAP dan Pas. Ia juga menerima pakatan baru ke dalam Pakatan Rakyat iaitu parti SNAP yang baru mengumumkan untuk bergabung bersama Pakatan Rakyat. SUPP adalah parti Cina yang pernah menguasai beberapa kerusi di Sarawak di suatu masa dulu.

Satu perkara ketara di Sibu ialah masyarakatnya tidak begitu ghairah dalam pilihan raya. Perarakan calon dan juga aksi provokasi pada perarakan bukan satu budaya yang diminatinya. Orang Sibu menerima pilihan raya seada-adanya saja. Catatan mengenainya akan menyusul.

Untuk penjenguk blog Merah Tinta di postkan beberapa keping gambar di sekitar hari penamaan calon semalam. Maaf sekali lagi atas kelewatan mengeposkannya. [wm.kl. 10:30 am 09/05/10]



Barisan hadapan perakan calon Pakatan Rakyat.

Kelihatan Naib Presiden Pas, Sallahudin sebagai mengetuai praksi Pas.

Keadaan jalan penuh sejak sepanjang hampir setengah kilometer.

Kumpulan wanita dan muslimah Pas dari belakang.

Terpaksa berdiri di pinggir longkang untuk menanti proses penamaan selasai.

Friday, May 7, 2010

Maaf Dari Sibu

Saya pohon maaf kerana tak update blog sejak semalam dan hari ini. Berita kecil sila dapatkan menerusi FB saya. InsyaAllah malam esok perkembangan penamaan calon akan dapat diikuti menerusi blog. Atas masalah ini dipohon kemaafan MSO.

Thursday, May 6, 2010

Sesudah Subuh

Tetamu Muda

MALAM tadi sebelum tidur berbual dengan seorang cikgu asal Kelantan. Beersamanya dua orang kawan anak Sarawak. Usianya bawa 40 tahun. Boleh tahan juga politiknya. Ceritanya perihal Tok Uban. Tok Uban yang dimaksudkan ialah Taib Mahmud. Katanya Taib memang kaya. Rakyat Sarawak dah lama tak suka Taib. Kekayaannya menyebabkan beliau tidak disenangi.

Menurutnya bukan saja banyak tanah tetapi perniagaan besar di Sarawak disapunya. Beliau tak bagi kepada Melayu tetapi kepada Cina. Beliau juga utamakan kepada kroninya. Semua kontrak dan kerja penyelanggaran Bandaraya Kucing contohnya diberikan kepada kroni.

Mengenai siapa penggantinya sebagai Ketua Menteri kata anak muda ini, Taib akan utamakan suku kaumnya, Melanau. Orang jadi pilihannya Hassan Ali Tengah. Harapan Abang Johari Openg untuk jadi KM tipis sebab dia keturunan Melayu. Pun begitu kata anak muda ini bukan mudah untuk Taib lepaskan jwatan. "Mungkin dia akan jadi CM walau pun bertongkat" ujarnya. Posting percubaan. (Kucing 5:45 am 06/05/10)

Wednesday, May 5, 2010

Salam Dari Kucing

Yang Pelik-Pelik Di Negeriku

BANYAK peristiwa dan kisah berlaku semalam terlepas dari coretan saya. Semuanya pelik-pelik. Antaranya mengenai kisah beruk terlepas dan tuannya yang masih membisu, kisah Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Fakhry kena tahan polis dan Tengku Anis yang mendakwa terpaksa berlindung di HUSM kerana 'takutkan' polis. Semua cerita itu sedap berlaka untuk diulas. Saya percaya penjenguk blog saya ternanti-nati untuk mengetahui perkembangannya.

Peristiwa sehingga Raja Perempuan itu sampai mencari perlindungan di hospital menarik dan kalau tidak salah ingatan saya ini kejadian kali pertama dalam sejarah perajaan Kelantan dalam tempoh lebih 300 tahun. Kenapa sampai begitu sekali. Apa sudah jadi dengan istana Kelantan.

Begitu juga penahanan atau penangkapan Tengku Fakhry sesuatu yang mengejutkan. Ini juga kjes pertama dicatat berlaku di Kelantan. Apakah masalahnya? Semoga apa yang berlaku itu akan terhurai juga sedikit masa nanti. Beruk berhenti mengamuk dan tuan beruk akan berani bersuara setidak-tidaknya mengakui beruk itu pernah dipeliharanya kalaupun tidak mahu mengulas apa yang diperkatakan oleh beruk berkenaan.

Dan kisah bloger yang turun minyak masih juga berterusan. Tidak pasti apakah esok akan ada pendedahan baru. Semalam pihak SPRM menasihati bloger berkenaan supaya tidak banyak bercakap kerana percakapan (pendedahan maklumat) itu boleh menganggu kerja SPRM. Pada saya ia disengajakan kerana tujuan bloger berkenaan ialah untuk menimbulkan kegemparan. Nak tunjukkan dia ada menyimpan banyak rahsia. Dalam masa sama beliau mengharapkan dengan kegemparan itu membolehkan orang membuat berbagai andaian dan spekulasi yang semuanya memburukkan Pas Kelantan. Tujuannya? Fahamlah sendiri...

Kenapa saya kata begitu, kalau beliau benar-benar mempunyai fakta yang kuat di mana kes yang didedahkan itu melibatkan Pas beliau tidak menguar-uarkan setiap tindak tanduknya. Tujuan ialah beliau ingin memburukan indvidu-individu tertentu sahaja.

Untuk makluman dini hari tadi sebaik menyiapkan bahan dan editorial Siasah saya bergegas ke LCCT untuk terbang ke Kucing. Jadi masa dalam perjalanan itu tidak ada kemudahan. di Kucing baru sekarang terjumpa cyber cafe (CC) dan boleh mencatat serba ringkas.

Sebenarnya saya dalam perjalanan ke Sibu untuk meninjau suasana pilihan raya kecil yang akan diadakan 16 Mei nanti. Hari penamaan calon ialah, 8 Mei. Pilihan raya ini agak penting dan memberi signifiken tersendiri khasnya kepada Pakatan Rakyat. Kekalahan tipis Pakatan di Hulu Selangor dua minggu lalu menjadikan semangat penyokong Pakatan berkobar untuk menebus kekalahan itu. Apakah berjaya? Saya akan cuba tinjau dan melihat peluang itu besok atau selama berada di Sibu. Pagi-pagi esok akan menaiki boat ekspres menuju ke Sibu.

Di LCCT tadi saya bergabung dengan rombongan dari Jeli Kelantan. Nampaknya Pas kawasan Jeli di bawah pimpinan the giant killer 1998, Apandi Mohamad menunjukkan minat tinggi untuk menyertai - membantu pilihanya raya berkenaan. Pas Jeli mendahului Pas lain yang berangkat secara kumpulan. Setakat ini belum ketemu mana-mana rombongan Pas dari mana-mana kawasan dari Kelantan.

Dalam rombongan itu semua pemimpin di semua peringkat ada. Setiausaha Kawasan, Ketua Pemuda, Muslimah dan berberapa orang ahli jawatankuasa. Mereka akan berada di Sibu selama seminggu. Menurut Apandi rombongan kempen itu akan memberi tumpuan kepada kawasan kampung dan bumiputera. Kehadiran Pas Jeli ini juga menunjukkan Pas kawasan itu mendokong sepenuhnya semangat kerjasama politik menerusi Pakatan Rakyat, kerana di pilihan raya itu calon DAP akan bertanding.

Esok kalau ada kemudahan internet akan saya cuba laporkan serba ringkas yang boleh. Jadi untuk malam ini tidak ada apa-apa posting selepas ini. Harap maklum dan maaf. [kcg 7:40 pm 05/05/10]

Tuesday, May 4, 2010

Panas Semakin Terik di Kelantan

Jangan Mengejar Bayang!
Tampillah Dengan Penuh Tanggungjawab

CADANGAN rencana Pengarang Utusan Malaysia hari ini dirasakan wajar dan adil berhubung apa yang dinamakan skandal RM4 juta yang disalurkan kepada apa yang dinamakan syarikat GMC - Global Media Channel bertujuan untuk menggerakan operasi perang saraf memburukkan bekas PM Abdullah Badawi dan serentak itu juga menjamin kelangsungan kerajaan Pas Kelantan.

Cadangan akhbar kroni itu ialah supaya orang bertanggungjawab mengakibatkan isu itu membuak ke udara meletak jawatan. Perletakan jawatan ini juga dikira adil dan saksama. Kata rencana berkenaan lagi, kalau isu itu menimpa Umno, Pas tidak akan duduk diam mendesak orang terlibat melepaskan jawatan.

Iya... teras benar dan untuk berlaku adil mereka itu harus mengambil tanggungjawab berat itu. Kalau sebelum ini, sewaktu itu masalah menimpa Ariffahmi Abdul Rahman daam isu Perang PMBK, menantu Nik Aziz itu disuruh letak jawatan. Ariff diasak agar meninggalkan segera syarikat GMC kelantan itu. Anihnya tidak ada seruan sama berhubung isu GMC ini dari mana-mana pihak. Kenapa? Apakah ada sikap double standart dalam hal ini? Bila pula Pas pandai bermainan atas bawah berdouble standart?

Sehingga saay ini tidak ada suara dari mulut orang Pas menggesakan mereka yang bertanggungjawab menimbulkan keributan di Kelantan hari ini mendesak supaya letak jawatan. Sebaliknya banyak yang cuba membela dengan menuduh pihak tertentu sengaja menimbulkan itu untuk memburukkan Pas. Apakah Pas tidak pernah buruk?

Nampaknya masing-masing memberi alasan dan ulasan bahawa pendedahan isu RM4 juta itu tidak ada kena mengena dengan Pas. Kononnya ia adalah perbuatan beberapa individu yang tidak pun dirunding dengan Pas terlebih dahulu. Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Mohd Amr Nik Abdullah (foto) juga menjelaskan isu GMC itu tidak ada kena mengena dengan Pas. Pas sendiri katanya tidak tahu menahu tentang kewujudannya walaupun menguntungkan Pas. Anih bunyinya!

Penjelasan Mohd Amar juga menjelaskan ada orang tertentu yang pandai-pandai mewujudkan badan gerak saraf tersebut. Jika dilihat kepada kenuyataan itu maka wang untuk disalurkan kepaa GMC itu tidak dari akaun Pas? Penjelasan Mohd Amar itu menyebabkan langkah untuk menyelamatkan skandal itu dengan mengatakan Pas yang menyediakan wang sudah tertutup. Mohd Amar adalah Pesuruhjaya Pas, beliau tentu tahu sangat sejauh mana penglibatan Pas dengan penubuhan GMC itu.

Boleh jadi benar dakwaan Mohd Amar itu. GMC diwujud bukan saja untuk jatuhkan UBN tetapi dalam masa sama untuk menaikan imej seseorang dalam Pas. Dalam kata lain GMC persis Apco yang menjadi konsultan untuk membina imej Najib sebagai perdana menteri, manakala GMC pula membina imej individu dalam Pas untuk jadi pemimpin masa depan.

Saya percaya daam kes ini tidak mungkin orang Umno yang terlibat membiayai syarikat berkenaan. Saya merasakan orang Umno tidak begitu 'dedel' untuk memberi sumbangan. Ada kecenderongan cuba mengaitkan orang Umno dalam penubuhkan badan saraf berkenaan. Kenapa harus cuba melesetkan getah nangka kepada orang lain.

Bijak kalau Nik Aziz Aziz diam membisu dalam hal ini. Pas Kelantan tidak perlu menjawabnya kerana ia bukan bisnes Pas. Sebaliknya dalam soal ini orang yang bersangkutan harus tampil memberi penjelasan. Mereka tidak perlu takut kalau mereka betul. Dalam masa sama mereka sudah tidak dapat menyembunyikan diri lagi. Larilah ke mana orang sudah tahu. Kalau kepala hilang tetapi jejak sudah ternampak. Bau busuk juga sudah merebak ke seantero ruang di Kelantan.

Saya rasa kalau orang berkenaan keluar dari semak persembunyikan dan menjelaskan satu persatu dengan teratur ia akan selesai. Cerita dari mana sumber duit berkenaan. Cerita bagaimana wang berkenaan dibelanjakan. Siapa yang bertanggungjawab memberi kebenaran untuk kegunaan wang berkenaan. Siapa yang menandakan segala invois-insvois pembelian dan perbelanjaan. Bukankah syarikat berkenaan ada lembaga pengarah dan MDnya. Apa nak pelik sangat.

Bukahkan GMC didaftarkan dengan Suruhanjaya Perniagaan (SSC), Jadi apa hendak takutnya. Dengan berdolak dalih dan cuba mencari kerbau hitam untuk diletakkan masalah ini ia tidak memberi penyelesaian, malahan akan menyusahkan banyak pihak dan memeningkan kepala MB Kelantan juga.

Penulis blog berkenana sudah pun menyebut nama-nama mereka yang meneydiakan wang berkenaan. Seorang Exco kerajaan Kelantan, seorang pemimpin Pemuda, seorang bekas Adun (yang juga disebut sebagai Ketua Pengarang akhbar pro-pembangkang) dan seorang ahli majlis kerajaan tempatan. Orang-orang ini bukan rekaan dan tidak wujud. Mereka wujud! Makanya mereka tidak perlu takut untuk muncul dan menyatakan diri.

Selagi mereka membisu maka selama itulah orang akan membuat andaian. Dengan mendiamkan diri sedangkan bloger berkenaan melepaskan satu demi satu pelurunya, lama kelamaan orang mengatakan empat individu yang disebut itu memang bersalah. Mereka tidak muncul dan hanya berdoa di masjid adalah kerana mereka bersalah. Ingatlah Tuhan tidak akan simpati kepada keinsafan yang mendadak.

Kalau Exco berkenaan tidak terlibat beliau harus berani keluar dan bukan menjawab menerusi corong-corong media yang tidak diketahui umum. Keluarlah sebagi anak jantan. Kalau anda tidak bersalah, dan menggunakan wang yang benar, keluarlah. Lagipun pada saya apa nak takut wang sebanyak itu bukan banyak sangat. Bukankah anda selalu bersifat dermawan memberi wang kepada sesiapa saja di tempat-tempat terbuka.

Bukankah anda juga seorang ahli eknomi yang pintar mencari wang? Berapa banyak wang yang anda miliki ia tidak anih kerana ia atas usaha anda sendiri. Begitu juga dengan pimpinan Pemuda itu. Kenapa anda harus mendiamkan diri. Keluarlah dan ceritakan kepada umum dari mana anda memperolehi wang berkenaan. Kalau tidak benar tuduhan itu nafi secara mendada.

Bukankah anda terlibat menjaga dan menguruskan sebuah yayasan keluarga. Bukahkan yayasan berkenaan mempunyai banyak wang. Tidakkah satu masa yayasan ini memiliki wang sebanyak RM6 juta dan anda sendiri pernah mengeluarkannya sebanyak RM1 juta untuk perbelanjaan pilihan raya?

Begitu juga dengan bekas ahli Yang Berhormat itu. Lupakah anda pernah memberi tahu saya yang anda pernah memberi pinjam sebanyak RM1 juta kepada sebuah yayasan untuk melunasi hutang perniagaan berasaskan binatang berkaki empat. Anda juga memiliki tanah yang diberikan oleh kerajaan. Anda juga adalah pemunggut tol balak? Jadi apa nak hairannya kalau anda turut memberi sumbangan sebanyak itu. Ia tidak pun meluakkan bukit kekayaan anda.

Sekiranya mereka ini tampil ke depan menjelaskan isu yang dilemparkan oleh penulis blog berkenaan ia tidak jadi serabut. Tetapi bila mereka membisu dan cuba melarikan diri, inilah yang menjadikan masalah. Selagi mereka tidak tampil selama itulah ia menjadi sebutan.

Anda berempat atau berlima kena faham kalau anda orang Pas, anda telah menjadi liabiliti kepada Pas. Tidak ada jalan lain bagi anda melainkan kena bertanggungjawab. Sebaik-baik tanggung jawab ialah anda kena berundur melepaskan jawatan. Anda perlu sucikan diri dan sesudah suci baru boleh kembali menjadi pemimpin semula. Kalau kita boleh melontarkan batu kepada orang lain, kenapa orang lain tidak akan melontar batu kepada anda?

Kalau Ariffahmi disuruh letak jawatan, kenapa tidak dengan anda? Apakah kelebihan anda daripada menantu Tok Guru itu? Kalau menantu Tok Guru boleh letak jawatan, saya merasakan, kalau kita setakat kawan dan pernah menjadi pegawai kepada Tok Guru, lagi-lagi wajar untuk lepas jawatan. Tidak ada apa-apa ikatan jiwa antara anda dengan Tok Guru. Pada saya antara anda berempat atau berlima berbanding Ariffhami tidak mempunyai apa-apa keistimewaan. Tetapi hakikatnya anda sama dengan Ariffahmi telah mendatangkan musibah dan kecelakaan kepada parti atas perbuatan anda sendiri.

Anda akan dilihat bermaruah kalau anda sedia tampil ke depan dan membuat sidang akhbar mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku dengan berundur dan melepas segala jawatan yang anda pegang. Silalah, dunia sudah menunggu....tindakan berani anda! [wm.kl. 12:20 t/hari 04/04/10]

Monday, May 3, 2010

Panas Kepala Di Bawah Bulan Purnama

Kisah Beruk Peliharaan Terlepas Di Kelantan!

SEBENARNYA saya tidak bernafsu lagi untuk mengulas panjang-panjang mengenai isu yang bergeliwat dalam Pas Kelantan dewasa ini. Macam mana Tok Guru Nik Aziz enggan layan dan merasakan ianya tidak penting, begitu juga dengan saya. Tetapi sejak pagi tadi hingga ke saat-saat ini tidak habis-habis menerima panggilan dan pertanyaan dari orang itu dan orang ini tentang Kelantan maka saya kena jawab atau beri sedikit ulasan. Mereka mahu mengetahui bagaimana pandangan saya. (Saya tidak suka mengecewakan penjenguk blog saya!)

Jadi saya tidak dapat elak, kena ikut sama mengulas serba ringkas mengenai apa yang geger gegak di Kelantan dewasa ini.

Pagi tadi seorang Adun telefon memberi tahu mengenai berita berhubung dengan skandal dinamakan GMC - Global Media Channel SB dengan wang RM4 juta dan perihal seorang bloger yang turun minyak. Adun itu dengan nada lirih bertanyakan, macam mana nak selesaikan isu itu. Katanya isu itu semakin parah dan ia telah memakan diri kerajaan Kelantan. Isu itu sedikit sebanyak memberi gambaran buruk kepada kerajaan Kelantan kalau tidak diatasi segera. Katanya ia sudah pun sampai ke bilik SPRM?

Adun berkenaan sangat bersimpati dan sedih atas apa yang berlaku. Suaranya semacam nak menangis. Saya juga simpati apa lagi kalau isu itu akan memberi kesusahan jiwa kepada Tok Guru. Tetapi apa boleh buat, kalam hamba panjangnya hanya sejengkal, kalau menulis hitamnya tidak seberapa lagi! Tok Guru pun satu masa begitu syok mendengar dendangan retorik sehinggakan saya pun disuruh minta maaf dari pendendang itu.

Keadaan di Kelantan kini kalau boleh diibaratkan kepada perahu bocor, airnya sudah melimpah dan bakal karam dan tenggelam sikit masa lagi. Kalau perahu itu tenggelam yang akan kelemasannya dan menenggelamkan bukan saja penumpang jahil berenang, mereka yang bijak berenang juga akan turut sama terlingkup.

Di sini apa yang saya boleh katakan begini saja. Apa yang berlaku di Kelantan sekarang ini kerana salah individu dalam Pas juga. Saya dah perkatakan awal-awal lagi mengenai hal ini. Check dan semaklah apa yang saya 'belebelkan' di dalam blog saya sebelum ini. Tetapi sayang sesetengah orang Pas tidak pernah rasional dalam hal ini. Tidak mahu menerima apa yang diperkatakan sebaliknya kita dikatakan berniat jahat.
Apa lagi mereka yang mengkagumi dan mempercayai kepada seseorang lekas menghukum kita. Tindakan saman ke atas saya walaupun soal benar dan tidak terletak di mahkamah dijadikan alasan untuk mengatakan saya bersalah dan jahat. Saya berniat jahat untuk memburuk seseorang. Hari ini saya ingin memulangkan pertanyaan itu siapakah jahat dan menjadi lebih jahat?

Mulanya blogger yang turun minyak itu juga turut naik minyak dengan saya. Check lah apa yang beliau tulis dan perkatakan kepada saya dalam membela seseorang yang menjadi taukeh dan tuannya. Saya banyak mendiamkan diri. Hari ini bila hujan batu sudah menimpa kepalanya, (yang dilempar oleh tuannya) nescaya kesakitan saya disebabkan lontaran tanah kol olehnya akan dirasai olehnya pula. Selamat merasa!

Untuk memahami keadaan yang berlaku di Kelantan sehari dua ini boleh difahami dengan melihat kembali kepada tindakan saya membelasah seorang Exco Kelantan satu masa dulu. Tindakan saya itu boleh dijadikan iktibar dan dijadikan ukuran, paling jitu. Mungkin waktu itu semua orang mengatakan saya silap dan emosi, tetapi dengan apa yang berlaku ke atas orang lain hari ini boleh dijadikan sempadan untuk melihat di mana rasional dan keperluan saya membuat kritikan pada masa itu.

Saya belasah Exco berkenaan ialah kerana sikap tidak bertanggungjawab yang dilakukan olehnya. Sikap beliau yang melepas tangan dan lari dari mendepani masalah walaupun masalah itu terbit jelas dan nyata bagaikan baris dari perbuatannya. Sikap kucing timbus tahi itulah yang menjadi masalah menyebabkan saya tidak tahan dengan ruapan bau najis kucing itu.

Cuba perhatikan sebaik-baiknya kronologi kenapa isu yang berlaku sekarang ini timbul? Siapakah yang bersalah dalam hal ini. Siapa yang memulakannya. Kenapa blogger berkenaan mengamuk mengacau itu dan ini. Jadi mabuk tuak tengah hari mengucar apa saja yang ternampak olehnya.

Keadaan blogger berkenaan saya sifatkan tak ubah seperti beruk peliharaan terputus tali yang tidak dipedulikan oleh tuannya. Beruk ini mengacau dan menganggu orang bukan kerana apa, kerana tempias marahnya kepada tuan yang tidak menghiraukan nasibnya.

Pada saya apa yang dilakukan bukan atas tanggungjawab sosialnya kepada rakyat. Tetapi kerana membalas dendam apabila beliau tidak dipedulikan oleh tuannya. Beruk ini menjadi mangsa ketidakadilan dan kekejaman politik yang beliau tidak pernah terfikir sebelum ini yang dilakukan oleh tuannya. Al maklumlah beliau tidak pernah terlibat secara mendalam dalam politik sebelum ini. Jadi apa yang menimpa dirinya merupakan satu kejutan eletrik.

Asalnya beruk ini jinak, pandai buat apa yang disuruh oleh tuannya. Tuan dia suruh panjat kelapa dan turunkan yang tua, dia buat. Turunkan yang muda juga dia buat. Kalau disuruh puji tuan dia dia akan angkat hingga ke langit. Tidak cukup diangkat dengan tangan diangkat dengan menggunakan galah.

Bukan itu saja, beruk ini juga sedia untuk menungging ponggeknya kepada sesiapa yang disuruh oleh tuannya. Beruk ini sangat setia pada mulanya. Disuruh gigit juga dia akan gigit. Dia hanya tahu apa yang diarahkan oleh tuannya saja, tanpa mengira ianya betul atau sebaliknya. Dia sedia berdepan dengan sesiapa saja hatta tok guru tuannya sendiri. Begitulah hebatnya beruk ini.

Beruk peliharaan ini sangat baik dengan tuannya. Menjadikan kepercayaan oleh tuanya. Tuannya bukan saja letak diselongen, tetapi ada kalanya dibawa masuk ke dalam ke dapur tumah dan dalam bilik tidur. Jadi bagi beruk berkenaan tidak ada apa-apa rahsia lagi.
Ia juga diberi makan tiap-tiap hari-hari sebagai upah. Apa yang diperlukan beruk itu diberikan; belakang, ulat daun pisang, telor, semua diberikan. Hatta cermin untuk menilik juga diberikan. Masa itu beruk ini rajin dan tidak ada masalah. Dia duduk tenang di 'selongen'nya sambil mengunyah siang malam makanan yang disimpan dalam kedua belah pipinya. Sesekali dia akan hingguk selongennya sambil membunyi suara lelakinya tanda senang hati.

Fikiran beruk ini tidak ada yang lain macam mana nak mendatangkan hasil kepada tuannya. Nak jaga tuannya supaya mendapat untung besar. Dia menggunakan sepenuh daya kretivitinya untuk menaikan imej tuannya. Harapannya kalau tuannya jadi orang besar maka besarlah makanan dan habuan yang diterimanya kelak.

Namun malang masa damai itu tidak panjang. Angan-angan beruk ini untuk hidup mewah bersama tuannya tidak kesampaiannya. Ternyata perancangan Tuhan mengatasi perancangan manusia! Akhirnya tembelang masing-masing pecah juga. Tuan mengetahui beruk berkenaan bukan dari baka baik. Dia adalah beruk hutan yang dijinak dengan menggunakan umpan harta benda dan wang ringgit.

Kalau asal keturunan bukan dari benih yang baik, anak keluaran, maka akhirnya dia akan menatijahkan yang tidak baik juga. Mungkin kerana makan banyak menyebabkan tuan beruk tidak tahan lagi untuk membekal makanan. Dia bukan saja memilik beruk itu tetapi masih ada beberapa ternakan lain, kera dan kambing. Itu tidak menjadi masalah, perangai tuan yang tidak berterima kasih sewajarnya kepada beruk menyebabkan beruk itu mengamuk.

Bila beruk mengamuk tahulah akibatnya. Dia akan hingguk dan renyuk selongen tempat tinggalnya itu. Atau dia akan pulas-pulas rantai ditengkoknya. Bila selongen sudah patah maka dia akan terlepas dari ikatan itu. Bila terlepas, maka jadilah ia seperti hari ini. Beruk itu merayau ke mana saja. Dia melepaksan dirinya kerana lapar dan protes dalaman yang kuat. Semua ini berlaku kerana sikap perhambaan yang keterlaluan dilakukan terhadapnya.

Jadi bila ia sudah terlepas maka dia akan mengamuk. Amukan itu menjadikan dia tidak waras dan kehilangan kretiviti cerdik lagi. Dia akan buka dapur rumah sesiapa saja. Dia akan panjat ke sangkak ayam sesiapa saja untuk makan telor. Dia akan lembal almari dan meja untuk memenuhi nafsunya. Dia dia akan kejar sambil membuka mulutnya kepada sesiapa yang mengusik dan mencabarnya. Saya teringat semasa kecil dulu cerita mengenai beruk terlepas di sebuah kampung di Kubang Kual, Rantau Panjang. Beruk ini naik ke rumah seorang nenek dan menyelak kain nenek itu yang sedang nyenyek tidur petang. Apa lagi, terkejut dan bertempiklah nenek itu sampai pengsan.
Nah... begitulah perangai beruk kalau sudah terdesak dia akan lakukan apa saja.

Beruk terlepas sukar untuk ditangkap. Dia sudah menjadi 'celika' (bukan celaka), celika bermaksud liar dan culas atau perit. Keadaanya juga merbahaya, sebab dia akan menganggu sesiapa saja. Satu-satu tindakan terbaik tetapi kejam ialah dengan menembaknya saja. Dum.....!

Tetapi beruk adalah hamba Allah yang tidak berakal. Dalam konteks ini beruk itu tidak boleh dipersalahkan. Dia akan bertindak mengikut panduan akalnya. Pihak yang perlu dipersalahkan ialah tuannya itu. Jadi kalau beruk ini telah mengkucarkacirkan kampung dan menganggu ketenteraman penduduk, maka tuan beruk itulah harus bertanggungjawab. Tuan beruk harus mengambil risiko atas kesalahannya itu dengan beredar meninggalkan hampung halaman itu. Pergilah, kerana dia harus bertanggungjawab atas perangai beruk yang memalukan itu. Apa lagi beruk itu semua orang tahu adalah beruk peliharaanya. Kalau dia tidak buat sesuatu maka tuan beruk itu samalah dengan beruk itu.

Khurakkk..... khurakkkh... inyeh... inyeh... khurakkkkk.... harrrrrkkk! [wm.kl. 200 pm 03/04/10]
Glossori
1. Celika = culas, liar, serik.
2. Selongen = tempat atau rumah kera/beruk ditambat. Ia diperbuat dari buluh atau kayu panjang yang disandarkan kepada pokok.
3. Hingguk = goyang
4. Renyuk = goyang tetapi tidak berapa kuat

Catatan Kecil Kelantan

Ugut Bunuh Tok Guru
Kenapa Dewan Pemuda Pas Kelantan Membisu

LEWAT petang kelmarin dan semalam saya di Kota Bharu. Balik kampung tetapi tidak sampai ke kampung pun! Ibu hanya dimesrai menerusi telefon. Ingat nak 'bercuti' pusing kampung dan sembang dengan kekawan masa kecil, tetapi tak sempat, masa terlalu menghambat. Cuaca panas juga menyebabkan keadaan tidak selesa. Iyalah... dah tua, kalau zaman budak-budak dulu marilah cuaca macam mana, semuanya di redas dan diharungnya.

Dalam rangka nak bercuti, tetapi ruang waktu terhad itu tetap juga dipenuhi dengan program-program tidak terduga yang sungguh memberi erti bagi hidup saya.

Sebaik sampai di Kota Bharu, kawan ajak memasuki Takbai, Selatan Thai untuk melihat keadaan sebuah sekolah agama yang di sana yang daif dan memerlukan bantuan. Sekolah agama berkenaan merupakan sekolah terbesar di daerah Takbai yang menampung pelajar lebih 1,200 orang. Sekolah inilah merupakan kilang melahirkan jenerasi baru Selatan Thailand yang berketrampilan.

Saya rancang untuk menulis kisah kedaifan sekolah agama ini di dalam Siasah. Mudah-mudahan kalau ada penjenguk blog saya yang kaya raya, duit lebih dan ingin membuat sedikit sedekah kifayah bolehlah berbuat demikian, membantu sesama Islam dan semanusia di sana.

Sekembali dari Takbai, di Kota Bharu... baru hendak berihat masuk pula satu sms, memaklumkan satu laporan polis akan dibuat berhubung ancaman seorang Fb yang hendak membunuh Tok Guru Nik Aziz. Mungkin orang yang memaklumkan itu tidak pun mengetahui yang saya di KB. Jadi kebetulan berjumpa dengan dua pupu, Nazman Yusuf yang berkebetulan juga untuk checkin hotel sama, jadi beliau bersetuju untuk menghantar saya ke IPD Pengkalan Chepa.

Semasa di KL lagi saya sudah ketahui yang ada ancaman ini. Rakan Fb dan penjenguk blog sudah memalukkan dalam blog mengenai ancaman berkenaan. Tetapi saya tidak mengambil kisah mengenainya dan menganggap ianya hal remeh temeh saja. Saya sudah mengagakkan budak yang buat itu adalah anak atau cicit orang Umno. Kerana mustahil kalau anak atau cicit orang Pas tergamak membuat gurauan itu. Pasti juga perbuatan itu akan menaikkan darah anak mudah Fb Pas.

Bagi saya ancaman itu ia adalah satu bentuk vendalisme dalam blog atau FB sahaja. Saya tidak pelik dengan perbuatan itu. Saya juga biasa menerima caci maki dan kata nesta dari budak-budak Fb dan penjenguk blog. Budak Pas yang fanatik dan kagum dengan seseorang juga selalu hentam dan kutuk saya macam tidak kenal warna hijau dan putih lagi. Itu biasa bagi bagi saya. Anak muda sangat sensitif, apa lagi kalau yang otak kemetot.

Bagaimana pun bila sudah ada laporan polis, polis kena menyegerakan penyiasatan. Harapnya bila budak itu sudah ditangkap dan digiring ke balai polis, ia akan memberi keinsafan dan kesedaran kepadanya. Ia juga akan memberi pengajaran kepada ahli FB lain supaya menjaga adat sopan dan kata-kata semasa melakarkan catatan atau pun chating di Fb. Ingat chating bukan ruang hampagas!

Bila mengenang kejadian ini saya teringat apa yang berlaku di Indonesia beberapa bulan lalu. Seorang budak lelaki telah memaki hamun polis di dalam Fb kekasihnya. Gara-gara itu menyebabkan polis telah menangkap si gadis (pemilik FB) berkenaan. Gadis itu terpaksa ke balai polis dan menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya.

Kejadian itu tidak serius. Tetapi polis Indonesia dengan pantas dan cepat terus memburu gadis berkenaan untuk mendapat keterangan. Jadi saya berharap walaupun kejadian ancaman untuk bunuh Tok Guru itu itu tidak serius atau gurauan, hendaklah polis sepantas polis Indonesia menangkap budak berkenaan untuk bertanya apakah tujuannya dia menulis begitu dan menasihatinya. Saya percaya kalau ancaman itu dilakukan ke atas Najib Razak atau Rosmah Mansor mungkin malam tadi lagi budak pembunuh itu akan ditangkap.

Laporan polis di IPD Pengkalan Chepa semalam dilakukan oleh Pas Kawasan Pengkalan Chepa. Laporan dibuat oleh Cikgu Hassan. Puluhan anak muda Pas mengiringi laporan berkenaan. Walaupun kes itu tidak serius, tetapi laporan itu sebagai menyatakan tanggungjawab mereka melindungi nyawa dan maruah pemimpin kesayangan mereka. Mengenai suasana di IPD semalam, saya ada postingkan ke dalam blog langsung di perkarangan IPD.

Selain laporan di IPD Pengkalan Chepa, katanya ada beberapa laporan lain. Ini termasuk di Chow Kit Road yang dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasarudin Hassan. Katanya di tempat lain juga akan membuat laporan sama.

Cuma bila saya perhatikan apa yang berlaku di IPD Pengkalan Chepa semalam menjadi saya tertanya-tanya sendiri. Saya tercari-cari wajah-wajah Ketua Dewan Pemuda Pas, Abdul latiff Abdul Rahman, bekas Ketua dewannya itu, Zaki Ibrahim, dan beberapa ahli jawatan kuasanya yang lain. Puas saya menghendap tetapi tidak terjumpa wajah mereka. Apakah mereka datang secara halimunan?

Saya tidak tahu apakah mereka membuat laporan di tempat lain? Sepatutnya bila timbul kes-kes sebeginilah - yang mencabar dan mengancam pemimpin Pas, merekalah yang harus bangkit dulu mempertahankannya. Mereka perlu bingkas sendiri tidak perlu diarah. Pemimpin yang bertanggungjawab tidak akan bersikap seperti pahat dengan pemukul.

Sekali lagi saya ulangi, saya tidak tahu apakah mereka membuat laporan di tempat lain? Sekiranya mereka hanya membisu adalah sesuatu yang sangat malang. Kalau pun Latiff, Zaki dan lain-lain merasa malu untuk turun ke IPD Pengkalan Chepa semalam, (kerana mereka ada chemisteri di situ) mereka boleh buat laporan polis di tempat masing-masing. Latif boleh buat di Kuala Krai dan Zaki boleh buat di Tumpat. Untuk pengetahuan apa-apa laporan polis boleh dibuat di mana saja di dalam negara ini.

Ketiadaan mereka satu kemalangan bagi Pas. Ataupun Pemuda Pas Kelantan ini memang tidak peka dan tidak tahu hendak bertindak dalam soal-soal begini? Kenapa saya berkata demikian kerana apabila seorang bloger telah menghentam pemimpin Pas Kelantan dan seolah-olah ada niat nuntuk menghuruharakan kerajaan Kelantan, Pemuda Pas Kelantan jadi macam tikus kelemasan air tidak tahu untuk bertindak.

Misalnya sampai kini ketua pemudanya membisu. Hanya sekali sekala bekas ketua pemuda bercakap mengkritik bloger berkenaan. Itu pun lagaknya macam kucing yang dibunugs dalam guni untuk dibuang ke laut. Cakap bukan saja tidak konsiten tetapi lagi banyak bercakap lagi banyak menimbulkan masalah dan memakan diri sendiri. Yang lain pula diam membisu, semacam terkejut dengan apa yang menimpa bekas ketua penerangannya yang bermasalah dalam rumah tangga.

Yang agak rajin bercakap sehari dua ini ialah ketua penerangannya, Ahmad Fadzli Shaari. Itupun cakapnya semacam di remote saja menyebabkan percakapannya jadi macam percakapan robot. Kenapa Pemuda tidak lantang dalam mempertahankan kerajaan negeri dan maruah pemimpin mereka? Sepatutnya pemuda perlu menyedari tanggungjawab mereka. Anihnya kalau sesama sendiri sanggup bersising lengan baju dan seluar untuk berlawan. Tetapi bila musuh sudah meloncak di hadapan semua menikus dan memerhati dari jauh.

Kenapa saya menekan perkara ini kepada pemuda ialah kerana golongan inilah yang masih mempunyai tenaga fikizal yang kuat. Mereka lah yang patut ke depan. Jadi kalau dalam hal-hal kritikal yang boleh menjejaskan perpaduan parti, kekukuhan kerajaan, tetapi pemudanya asyik sila panggung saja, ibarat kata makin ligat dan seronoklah pihak musuh.

Semua pihak di Kelantan, mesti bersatu. Baik dalam menghadapi ancaman gurauan untuk membunuh Tok Guru ataupun serangan boger yang turun minyak itu. Kepada saya ancaman budak Fb itu hanya sebagai simbolik saja. Tetapi perlaksanaan membunuh kerjaya dan maruah Tok Guru sedang dilakukan oleh pihak lain di Kelantan. Pemuda sebagai tiang harapan parti harus cepat menyedari perkara ini. Cuba siasat takut-takut budak jahat itu juga ada bau-bau bacan dengan bloger yang turun minyak itu.

Sebagai generasi baru yang bertenaga dan penuh semangat yang duduk di barisan hadapan, apa-apa yang buruk menimpa Kelantan sejarah akan menyalahkan pemuda. Apa lagi pemuda kini sudah pun ada rekod-rekod mereka yang menampakkan apa yang mengancam Kelantan sekarang ini kerana pemuda tidak mempunyai prinsip dan sedia menjadi penarik ekor beruang. Jadi sebelum terlambat pulanglah ke pangkal jalan dan berjuanglah atas nawaitu dan landasan yang betul. Ayuh bangun pemuda jihad agama! [wm.kl. 10:15 03/04/10]