PILIHAN RAYA kecil Sibu 16 Mei ini turut tidak disia-siakan oleh Pas. Selain daripada parti Islam itu berpeluang menunjukkan kefahaman mereka dalam Pakatan Rakyat dengan memberi sokongan padu kepada rakan Pakatan, DAP, parti juga dapat mencuri peluang untuk memprosikan dirinya di Sibu.
Kenapa tidak, buat pertama kali bendera Pas berkibar di bumi Sibu. Di Sarawak waktu ini Pas hanya mempunyai lima kawasan berbanding 31 buah kawasan parlimen. Kawasaan itu ialah, Batang Lupar, Petrajaya, Sadong Jaya. Manakala dua kawasan lagi dalam proses pendaftaran iaitu di Bintulu dan Miri.
Untuk membantuk DAP dalam pilihan itu Pas katanya telah menghantarkan lebih 300 orang petuasnya terdiri dari berbagai bidang.
Pilihan raya ini juga dijadikan latihan kepada jentera pilihan raya Pas Sarawak yang masih lagi lemah dan tidak berpengalaman.
Beberapa hari sebelum hari penamaan calon beberapa pemimpin utama Pas sudah turun membuat tinjauan dan membentuk jentera pilihan rayanya sendiri.Sekurang-kurangnya dua Pas negeri, Kelantan dan Selangor telah membuka bilik gerakan sendiri atau menyewa rumah untuk menempatkan para petugas. Pas Kelantan telah berkampung di No 19 Kampung Hilir, Jalan Masjid dalam Dun Nangka.Pas kawasan Jeli yang diketuai bekas ahli Parlimen Jeli, Apandi Mohamad merupakan kumpulan terawal berkampung di Sibu. Lain-lain pemimpin Pas Jeli ialah Setiausaha Kawasan, Hashim Awang, Ketua Urusan Ulamak, Ustaz Ismail Omar, Ketua Penerangan, Mohd Fauzi Zakaria serta Naib Ketua Pemuda Mohd Bukhari, Ajk Pemuda, Khairul Zumadi Hussein. Ikut sama Ketua Muslimat, Norwati Jusoh dan setiuasahanya Ramlah Samat.
Manakala Pas Kelantan juga menyewa sebuah rumah yang terletak tidak jauh dari situ untuk menempatkan para petugas muslimah. Jentera pilihan raya muslimat diketuai Dr Mariah Mahmud yang bergerak menjalankan kempen seawal hari pertama selepas penamaan calon.
Pas Selangor juga turut sama menyewa rumah khas untuk menempatkan para petuasnya. Difahamkan Pas Selangor telah menghantar sekumpulan para petugas dari pelbagai bidang untuk membantu calon DAP, Wong Ho Leng.
Pas Selangor juga turut sama menyewa rumah khas untuk menempatkan para petuasnya. Difahamkan Pas Selangor telah menghantar sekumpulan para petugas dari pelbagai bidang untuk membantu calon DAP, Wong Ho Leng.
Pemimpin Pas kedua negeri juga turut sama hadir dan membuat tinjauan ke markas Pas di Jalan Hilir. Antara pemimpin yang awal tiba meninjau ke bilik gerakan ialah Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Hassan Ali, Ahlijawatankuasa Pas, Abu Bakar Chik, Naib Presiden, Sallahuddin Ayub.
Mereka yang lain Ajk Pusat, Husam Musa, Dr Mariah serta Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang merupakan tokoh Pas Semenanjung yang serius memberi galakan kepada Pas Sarawak.
Sementara itu hampir seluruh petugas dari lima kawasan Pas di Sarawak turut sama membantu pilihan raya berkenaan. Apa yang paling mengkagumkan kebanyakan petugas Pas yang datang dari beberapa kawasan itu terdiri dari kalangan pemuda dan pemudi.
Sementara itu hampir seluruh petugas dari lima kawasan Pas di Sarawak turut sama membantu pilihan raya berkenaan. Apa yang paling mengkagumkan kebanyakan petugas Pas yang datang dari beberapa kawasan itu terdiri dari kalangan pemuda dan pemudi.
Pakatan Rakyat khasnya Pas menghadapi sedikit kesulitan untuk menjalankan kempen di Sibu kerana parti berkenaan belum mempunyai cawangan. Mungkin disebabkan kesulitan ini Pas Sarawak terpaksa mengimport tenaga tambahan dari Semenanjung. [wm.kl. 8: 00 pm 09/05/10]
No comments:
Post a Comment