MURAI menyokong penuh cadangan Salentia supaya kekebalan ahli parlimen dimansuhkan. Selama ini ahli parlimen bertindak mencaci dan menuduh orang lain dengan berlindung di sebalik kekebalan mereka selaku ahli parlimen. Misalnya mereka menuduh atau memfitnah ahli parlimen lain, ahli parlimen itu tidak boleh mengambil apa-apa tindakan.
Ahli parlimen yang banyak kena fitnah ialah si burung Merebok kota.
Salentia juga merasakan dia menjadi mangsa difintah oleh seorang ahli parlimen kononnya memiliki saham dalam syarikat judi. Yang kata dia ada saham judi ialah ahli parlimen Machang, Saifuddin Nusution Ismail.
Salentia berang sungguh dengan pendedahan Saifuddin itu. Betapa tidak dia adalah pekuang Melayu tetapi dilihat sekongkol dengan Cina. Malu betul Salentia. Sampai dia cadang nak saman Saifuddin. Tetapi bila mengenangkan Saifuddin dilindungi kekebalan hasrat itu mungkin tidak diteruskan.
Jadi untuk melepaskan dendamnya kerana tidak boleh saman Saifuddin, Salentia mahukan kekebalan itu dimansuhkan. Dia mahu rombak bilik kebal dalam rumahnya sendiri. Dalam hal ini Murai merasa kesian kepada Salentia. Betapa kalau beliau benar-benar tidak memiliki saham judi, Salentia teraniaya dalam kes ini. Bila Saifuddin mendedahkan itu orang akan nampak wang ringgit yang Salentia belanja hari ini adalah hasil wang judi.
Bagaimana pun Murai percaya apa yang Saifuddin katakan itu. Saifuddin seorang yang bercakap menggunakan fakta dan bukti. Dia bukan ahli parlimen merapu dan tukang ampu. Kalau beliau tidak nampak dengan matanya sendiri dia tidak akan kata atau dedahkan perkara itu. Surat judi Salentia itu tentu adalah dalam genggaman Saifuddin. Masa ini dia tidak akan lambakkan tetapi akan di lambak dalam pilihan raya nanti. Murai peecaya orang Pasri Mas menanti surat 'pajak' ini.
Di sini Murai nak mengingatikan Salentia, terimalah apa yang Saifuddin katakan itu. Iya kalau tidak benar, jika tidak boleh saman buatlah macam si pembacuh kopi dan Najib Razak, bersumpah, menafikan tuduhan itu. Orang Islam akan menerima sumpahan itu sebagai benar. Masa nak sumpah itu bismillahlah elokelok sebut dan makrabnya biar betul.
Dan kalau Salentia rasa senak dan pedih dengan tuduhan Saifuddin itu, nah rasakan. Sesekali Salentia juga perlu belajar menerima kecaman dan melayan rasa sakit jiwa. Orang lain sudah lama sakit jiwa dengan perbuatan lompat situ lompat sini oleh Selentia termasuklah Nik Aziz. Jadi sesekali apa salahnya kalau kepedihan itu kembali ke dalam diri sendiri dan menyucuk jantung hati. Bukankah ada cerita bertajuk Lembing Awang Pulang Ke Daik?
Tuhan inikan mahal adil?
Murai: Pernah nampak Salentia duduk semeja makan bersama Vincent Tan.
No comments:
Post a Comment