Monday, May 3, 2010

Catatan Kecil Kelantan

Ugut Bunuh Tok Guru
Kenapa Dewan Pemuda Pas Kelantan Membisu

LEWAT petang kelmarin dan semalam saya di Kota Bharu. Balik kampung tetapi tidak sampai ke kampung pun! Ibu hanya dimesrai menerusi telefon. Ingat nak 'bercuti' pusing kampung dan sembang dengan kekawan masa kecil, tetapi tak sempat, masa terlalu menghambat. Cuaca panas juga menyebabkan keadaan tidak selesa. Iyalah... dah tua, kalau zaman budak-budak dulu marilah cuaca macam mana, semuanya di redas dan diharungnya.

Dalam rangka nak bercuti, tetapi ruang waktu terhad itu tetap juga dipenuhi dengan program-program tidak terduga yang sungguh memberi erti bagi hidup saya.

Sebaik sampai di Kota Bharu, kawan ajak memasuki Takbai, Selatan Thai untuk melihat keadaan sebuah sekolah agama yang di sana yang daif dan memerlukan bantuan. Sekolah agama berkenaan merupakan sekolah terbesar di daerah Takbai yang menampung pelajar lebih 1,200 orang. Sekolah inilah merupakan kilang melahirkan jenerasi baru Selatan Thailand yang berketrampilan.

Saya rancang untuk menulis kisah kedaifan sekolah agama ini di dalam Siasah. Mudah-mudahan kalau ada penjenguk blog saya yang kaya raya, duit lebih dan ingin membuat sedikit sedekah kifayah bolehlah berbuat demikian, membantu sesama Islam dan semanusia di sana.

Sekembali dari Takbai, di Kota Bharu... baru hendak berihat masuk pula satu sms, memaklumkan satu laporan polis akan dibuat berhubung ancaman seorang Fb yang hendak membunuh Tok Guru Nik Aziz. Mungkin orang yang memaklumkan itu tidak pun mengetahui yang saya di KB. Jadi kebetulan berjumpa dengan dua pupu, Nazman Yusuf yang berkebetulan juga untuk checkin hotel sama, jadi beliau bersetuju untuk menghantar saya ke IPD Pengkalan Chepa.

Semasa di KL lagi saya sudah ketahui yang ada ancaman ini. Rakan Fb dan penjenguk blog sudah memalukkan dalam blog mengenai ancaman berkenaan. Tetapi saya tidak mengambil kisah mengenainya dan menganggap ianya hal remeh temeh saja. Saya sudah mengagakkan budak yang buat itu adalah anak atau cicit orang Umno. Kerana mustahil kalau anak atau cicit orang Pas tergamak membuat gurauan itu. Pasti juga perbuatan itu akan menaikkan darah anak mudah Fb Pas.

Bagi saya ancaman itu ia adalah satu bentuk vendalisme dalam blog atau FB sahaja. Saya tidak pelik dengan perbuatan itu. Saya juga biasa menerima caci maki dan kata nesta dari budak-budak Fb dan penjenguk blog. Budak Pas yang fanatik dan kagum dengan seseorang juga selalu hentam dan kutuk saya macam tidak kenal warna hijau dan putih lagi. Itu biasa bagi bagi saya. Anak muda sangat sensitif, apa lagi kalau yang otak kemetot.

Bagaimana pun bila sudah ada laporan polis, polis kena menyegerakan penyiasatan. Harapnya bila budak itu sudah ditangkap dan digiring ke balai polis, ia akan memberi keinsafan dan kesedaran kepadanya. Ia juga akan memberi pengajaran kepada ahli FB lain supaya menjaga adat sopan dan kata-kata semasa melakarkan catatan atau pun chating di Fb. Ingat chating bukan ruang hampagas!

Bila mengenang kejadian ini saya teringat apa yang berlaku di Indonesia beberapa bulan lalu. Seorang budak lelaki telah memaki hamun polis di dalam Fb kekasihnya. Gara-gara itu menyebabkan polis telah menangkap si gadis (pemilik FB) berkenaan. Gadis itu terpaksa ke balai polis dan menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya.

Kejadian itu tidak serius. Tetapi polis Indonesia dengan pantas dan cepat terus memburu gadis berkenaan untuk mendapat keterangan. Jadi saya berharap walaupun kejadian ancaman untuk bunuh Tok Guru itu itu tidak serius atau gurauan, hendaklah polis sepantas polis Indonesia menangkap budak berkenaan untuk bertanya apakah tujuannya dia menulis begitu dan menasihatinya. Saya percaya kalau ancaman itu dilakukan ke atas Najib Razak atau Rosmah Mansor mungkin malam tadi lagi budak pembunuh itu akan ditangkap.

Laporan polis di IPD Pengkalan Chepa semalam dilakukan oleh Pas Kawasan Pengkalan Chepa. Laporan dibuat oleh Cikgu Hassan. Puluhan anak muda Pas mengiringi laporan berkenaan. Walaupun kes itu tidak serius, tetapi laporan itu sebagai menyatakan tanggungjawab mereka melindungi nyawa dan maruah pemimpin kesayangan mereka. Mengenai suasana di IPD semalam, saya ada postingkan ke dalam blog langsung di perkarangan IPD.

Selain laporan di IPD Pengkalan Chepa, katanya ada beberapa laporan lain. Ini termasuk di Chow Kit Road yang dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasarudin Hassan. Katanya di tempat lain juga akan membuat laporan sama.

Cuma bila saya perhatikan apa yang berlaku di IPD Pengkalan Chepa semalam menjadi saya tertanya-tanya sendiri. Saya tercari-cari wajah-wajah Ketua Dewan Pemuda Pas, Abdul latiff Abdul Rahman, bekas Ketua dewannya itu, Zaki Ibrahim, dan beberapa ahli jawatan kuasanya yang lain. Puas saya menghendap tetapi tidak terjumpa wajah mereka. Apakah mereka datang secara halimunan?

Saya tidak tahu apakah mereka membuat laporan di tempat lain? Sepatutnya bila timbul kes-kes sebeginilah - yang mencabar dan mengancam pemimpin Pas, merekalah yang harus bangkit dulu mempertahankannya. Mereka perlu bingkas sendiri tidak perlu diarah. Pemimpin yang bertanggungjawab tidak akan bersikap seperti pahat dengan pemukul.

Sekali lagi saya ulangi, saya tidak tahu apakah mereka membuat laporan di tempat lain? Sekiranya mereka hanya membisu adalah sesuatu yang sangat malang. Kalau pun Latiff, Zaki dan lain-lain merasa malu untuk turun ke IPD Pengkalan Chepa semalam, (kerana mereka ada chemisteri di situ) mereka boleh buat laporan polis di tempat masing-masing. Latif boleh buat di Kuala Krai dan Zaki boleh buat di Tumpat. Untuk pengetahuan apa-apa laporan polis boleh dibuat di mana saja di dalam negara ini.

Ketiadaan mereka satu kemalangan bagi Pas. Ataupun Pemuda Pas Kelantan ini memang tidak peka dan tidak tahu hendak bertindak dalam soal-soal begini? Kenapa saya berkata demikian kerana apabila seorang bloger telah menghentam pemimpin Pas Kelantan dan seolah-olah ada niat nuntuk menghuruharakan kerajaan Kelantan, Pemuda Pas Kelantan jadi macam tikus kelemasan air tidak tahu untuk bertindak.

Misalnya sampai kini ketua pemudanya membisu. Hanya sekali sekala bekas ketua pemuda bercakap mengkritik bloger berkenaan. Itu pun lagaknya macam kucing yang dibunugs dalam guni untuk dibuang ke laut. Cakap bukan saja tidak konsiten tetapi lagi banyak bercakap lagi banyak menimbulkan masalah dan memakan diri sendiri. Yang lain pula diam membisu, semacam terkejut dengan apa yang menimpa bekas ketua penerangannya yang bermasalah dalam rumah tangga.

Yang agak rajin bercakap sehari dua ini ialah ketua penerangannya, Ahmad Fadzli Shaari. Itupun cakapnya semacam di remote saja menyebabkan percakapannya jadi macam percakapan robot. Kenapa Pemuda tidak lantang dalam mempertahankan kerajaan negeri dan maruah pemimpin mereka? Sepatutnya pemuda perlu menyedari tanggungjawab mereka. Anihnya kalau sesama sendiri sanggup bersising lengan baju dan seluar untuk berlawan. Tetapi bila musuh sudah meloncak di hadapan semua menikus dan memerhati dari jauh.

Kenapa saya menekan perkara ini kepada pemuda ialah kerana golongan inilah yang masih mempunyai tenaga fikizal yang kuat. Mereka lah yang patut ke depan. Jadi kalau dalam hal-hal kritikal yang boleh menjejaskan perpaduan parti, kekukuhan kerajaan, tetapi pemudanya asyik sila panggung saja, ibarat kata makin ligat dan seronoklah pihak musuh.

Semua pihak di Kelantan, mesti bersatu. Baik dalam menghadapi ancaman gurauan untuk membunuh Tok Guru ataupun serangan boger yang turun minyak itu. Kepada saya ancaman budak Fb itu hanya sebagai simbolik saja. Tetapi perlaksanaan membunuh kerjaya dan maruah Tok Guru sedang dilakukan oleh pihak lain di Kelantan. Pemuda sebagai tiang harapan parti harus cepat menyedari perkara ini. Cuba siasat takut-takut budak jahat itu juga ada bau-bau bacan dengan bloger yang turun minyak itu.

Sebagai generasi baru yang bertenaga dan penuh semangat yang duduk di barisan hadapan, apa-apa yang buruk menimpa Kelantan sejarah akan menyalahkan pemuda. Apa lagi pemuda kini sudah pun ada rekod-rekod mereka yang menampakkan apa yang mengancam Kelantan sekarang ini kerana pemuda tidak mempunyai prinsip dan sedia menjadi penarik ekor beruang. Jadi sebelum terlambat pulanglah ke pangkal jalan dan berjuanglah atas nawaitu dan landasan yang betul. Ayuh bangun pemuda jihad agama! [wm.kl. 10:15 03/04/10]

3 comments:

Nik Bahrum Bin Nik Abdullah said...

Salam Pak SMO,

Untuk berlaku adil rasanya baik sayatuliskan latarbelakang lapuran polis PAS Kawasan Pengkalan Chepa tersebut. Ianya adalah secara impromptu iaitu hasil dari usul tergempar Pas Kawasan. Jadi saya, Cikgu Hassan dan Cikgu Azmi telah dimanahkan untuk mengetuai laporan polis tersebut.

Mesyuarat selesai pukul 2.15 petang. Pukul 3.00 petang terus ke Balai Polis Pengkalan Chepa.

Jadi tidak timbul isu 'kehilangan' Pemuda Pas Negeri Kelantan. Kerana kalau nak kira wakil pemuda pasa negeri, saya sendiri sudah ada di situ. Tapi itu adalah repot Pas Kawasan.

Dan untuk makluman, pada keesokannya 2 Mei, DPPNK telah juga membuat repot yang sama.

Sekian, terima kasih.

mso.im said...

Terima kasih Nik Bahrum atas maklumat itu. Cuma di sini saya memerhatikan Pas Pengkalan Chepa lebih cekap berbanding dengan pemuda yang harusnya lebih cerdas dari Pas kawasan. Apa lagi sdr turut berada di situ sepatutnya terus membuat calling, agar pemuda negeri bersatu dan ini akan menampakkan lagi kegahannya.
Elok juga kalau sdr sertakan gambar sekitar laporan yang di buat oleh Pemuda Pas Kelantan itu boleh disiarkan. Wassalam.

zarsaza said...

semua pihak perlu bertegas. tok guru sekarang tak henti henti di serang. tiada pihak yang ambil peduli. ini menyebabkan orang tersebut seronok menghentam.