Sunday, May 16, 2010

Kenangan Bersama Ashaari 1

Mula Mengenali Dan Memahami Jemaah Arqam

SEPERTI mana dijanjikan saya akan mencatatkan serba ringkas kenangan bersama Ashaari Muhammad yang kembali ke Rahmatullah Khamis, 13 Mei 2010 lalu. Saya mula mengenali beliau tahun 1986 dalam rangka mengadakan interviu pertama dengan beliau. Pertemuan ini berlangsung di sebuah rumah yang dijadikan markaznya di Taman Melawati, Ulu Klang Selangor.

Pertemuan pertama inilah mengenalkan saya serba sedikit peribadinya dan juga padangan berhubung politik. Apa yang masih teringat kejap dalam sanubari saya pada pertemuan pertama ini bila mana beliau berfalsafah mengenai politik; Darul Arqam tidak mahukan kerusi tetapi mahukan hati; begitulah tegasnya.

Falsafah ini cukup menarik sekali. Ertinya, Darul Arqam berjuang dan berdakwah untuk menterbiyah umat manusia supaya menerima konsep Islam. Konsep dakwahnya ialah untuk mencapai ketakwaan dan keimanan kepada Allah. Memperhambakan diri kepada Allah selaku khalidah di atas muka bumi. Ia menampakkan Darul Arqam khasnya Ashaari tidak mahukan kepada kuasa dunia.

Falsafah itu berbeza dengan pegangan ahli politik pilihan raya di mana mereka mahukan kerusi untuk melaksanakan apa yang menjadi matlamat perjuangannya. Darul Arqam juga tidak menyertai pilihan raya secara langsung dan soal politik (undi) diserahkan) kepada individu ahlinya.

Apa yang saya boleh faham di sini, Ashaari mengambil pendekatan dakwah dan tarbiah dan cuba melaksanakan tuntutan Allah beliau sebagai khalifah atas muka bimi ini. Pegangan dan amalannya berbeza. Baginya kuasa politik (kerusi) tidak diperlukan untuk menegak hukum Islam atas muka bumi ini. Sebalik apa yang peting dan menjadi keyakinanya Islam itu akan terbentuk dengan sendiri bila pemahaman Islam itu sudah wujud dalam diri setiap umat manusia.

Hal ini ternyata jelas bila mana saat Pas Kelantan beriya untuk melaksanakan hukum hudud beliau telah membantanya dengan mengatakan hukum hudud tidak perludisegerakan. Beliau berhujah Pas tidak perlu membina pagar bernama hukum hudud sebaliknya perlu memberi ilmy dan kefahaman tentang hudud dulu kepada umum. Ternyata pandangan beliau dalam konteks ini benar apabila akhirnya Pas menangguhkan dulu pelaksanaan atau menyimpan dulu cita-cita untuk melaksanakan hudud, berkebtulan pula ia ada terhalang oleh perlembagaan Persekutuan.

Ternyata kosnep dan pegangan beliau ini berbeza dengan keyakinan oleh politik yang obses mahukan kepada kuasa dan kerusi untuk membolehkan mereka menegakkan matlamat perjuanganya. Kalau ia dipandangan kepada Pas, setelah mendapat kerusi barilah segala hukum hakam Islam itu boleh dilaksanakan.

Pandangan itulah yang membezakan Darul Arqam dengan gerakan politik. Ia juga menjadi unit dan tersendiri. Hal ini sangat dibanggakan oleh Ashaari, di mana beliau selalu menyebut Darul Arqam adalah berbeza dengan parti politik. Perbezaan ini juga disenandungkan dan dilagunegarakukan Arqam sebagai lebih kudus dan ikhlas dari gerakan politik partian. Ashaari mendabik dada bahawa jemaahnya satu-satu yang benar.

Itu pandangan beliau.

Pandangan itu memberi pemahaman baru kepada saya yang kemudiannya membandingkan dengan perjalanan politik kepartian. Ashaari tidak percaya kepada parti politik. Sebaliknya beliau menukarkan parti politik kepada sebuah jemaah atau toifah. Jemaah ini tidak mengambil sistem pemilihan pemimpin seperti demokrasi tetapi dilantik dalam majlis khas - majlis syura.

Namun di sini timbul juga persoalan sejauh mana ketepatannya kerana Ashaari dalam membentuk barisan kepimpinannya dilihat mempunyai kuasa veto. Kuasa veto ini pula dijemlakan menerusi satu proses kerohanian! Dalam meletakkan dirinya sebagai seorang 'agung' Ashaari telah mendakwa beliau terlebih dahulu bertawasul (consort) dengan roh-roh ghaib tertentu sebelum menentukan barisan kepimpinan di dalam Arqam.

Ashaari berlindung perlantik dan pemercatan pemimpin dalam jemaah itu bukan atas kehendaknya tetapi kehendak roh ghaib yang menguasi dan membimbingnya.

Itulah awal perkenalan saya dengana beliau, dan pemahaman saya terhadap jemaah Arqam yang diasaskan. Ketika itu saya berkhidmat dengan sebuah akhabr tabloid Minggun Islam.

Bermula dari situ saya mula memerhati perjalanan Darul Arqam. Mula berkawan dengan pemimpin tertingginya. Rumah saya sering kali menjadi persinggahan para pemimpin Arqam; baik untuk tidur, makan, tumpang sembahyang dan tumpang melepaskan hjat - bersanggama.

Seingat saya hanya Ashaari, Ustaz Hamim Ramat (Allahyarham) saja yang tidak sampai ke flat saya di Seksyen 4, Wangsa Maju ketika itu. Yang lain semuanya sampai ke rumah termasuk juga pemimpin wanitanya yang tidak habis-habis datang memuja dan memberi semangat kepada isteri saya supaya sedia menjadi madu.

Tidak cukup dengan itu calon madu pun dibawa ke rumah, tunggu isteri saya pilih saja yang mana sesuai untuk dijadikan pasangan madunya. Meskipun saya intim dan baik dengan Ashaari namun saya tidak pernah dipaksa agar menerima aurad Muhammadiyah dan begitu juga menyertai Arqam dan menjadi ahlinya yang komited yang rela berkorban nyawa, harta dan iman.

Saya dilayani seistimewanya oleh Ashaari dan karabat Arqam ketika itu tidak lain dan tidak bukan kerana saya dikenal sebagai seorang penulis dan bakat kecil yang ada kepada saya ini itulah yang diperlukan untuk membantu jemaah yang didakwa akhir zaman itu. Bersambung bergantung pada kerajinan dan masa untuk mencatatnya. [wm.kl. 10:15 am 16/05/10]

1 comment:

Jernih said...

salam~ Tak mahu komen banyak terhadap orang yang sudah pergi ini kecuali dalam bab "melepaskan hajat tu". Saya tak pernah terbayang sampai tetamu boleh menumpang sampai ke situ. Sungguhpun halal dan harus buat suami isteru, tapi dari segi adab dan akhlaknya ? Menumpang rumah orang pulak!. Barangkali Prof. Shahnon Ahmad mendapat modal dalam penulisan beliau seperti Syeikhul dan Ana, dari sumbangan ilham toifah-toifah dan para kader seperti dalam artikel MSO.