Monday, May 24, 2010

Laporan Lewat

Zaid Fail Petisyen Keputusan Pilihan Hulu Selangor

SEPERTI mana yang diumumkan dua minggu lepas calon PKR pada pilihan raya kecil Hulu Selangor, Zaid Ibrahim hari ini telah mefailkan petisyen meminta mahkamah membatalkan keputusan pilihan raya kecil berkenaan yang dimenangi oleh Kamalanathan a/l Panchanathan pada 24 April lalu.

Petisyen itu dikemukakan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Shah Alam jam 11:30 pagi ini oleh sepasukan peguam bela yang dilantik Zaid yang terdiri dari Malik Imtiaz Sarwar, Azhar Azizan, @ Harun, Gobind Singh Deo, Ang Hean Leng, Leong Sher- How dan Sreekant Pillai.

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan di rumah Zaid di Tropicana, Petaling Jaya lewat petang ini, para peguam menjelaskan petisyen itu dibuat di bawah seksyen 32(a) dan 32c Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Menurut penal peguam itu petisyen itu dibuat berasaskan kepada dakwaan penyogokan wang yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Mohd Najib Razak untuk menjamin kemenangan Kamalnathan. Dalam pilihan raya itu Najib berjanji akan memberikan wang kepada pengundi sekiranya calon BN itu memang.

Pilihan raya itu dimenangi Kamalanathan dengan 1,725 undi. Kamalnathan memperolehi 24,997 undi manakala Zaid meraih 23,272 undi.

Petisyen itu akan didengar dalam tempoh enam bulan dari tarikh ianya didaftarkan hari ini. Kes membabitkan salah laku mengikut Akta Suruhanjaya Pilihan Raya membabitkan menteri ini adalah kes kedua. Sebelum ini pernah berlaku bantahan sama apabila Tengku Razaleigh Hamzah semasa menjadi Menteri Kewangan pernah membuat janji sama.

Dalam pada itu Zaid yakin bantahan yang dibuat itu menempati kehendak akta SPR dan berharap mahkamah akan memberi keptusan yang adil kepadanya. Sekiranya mahkamah menerima petisyen berkenaan mahkamah boleh mengistyharkan pilihan raya tempoh hari tidak sah dan menyebabkan kemenangan Kamalanantah terbatal. Berikutan itu kemungkinan pilihan raya kecil akan diadakan semula di kawasan berkenaan. [wm.kl. 6:50 pm 24/05/10]

3 comments:

anakzaman said...

Tuan MSO,

Saya percaya sekiranya mahkamah kita telus, pasti Zaid akan berjaya.

Bersama kta berdoa agar kemenangan Zaid akan mengajar kerajaan yang sudah memerintah lebih 60 tahun ini tidak mengamalkan style kempen dengan menggunakan wang kerajaan.

anzam2009

chegarMD said...

Anak jantan datok zaid, tak rugi ibu yg melahirkan pejuang2 yg sangup berjuang menegakan keyakinan walaupon berakhir dgn kekalahan,kalau dulu kelantan melahirkan tok jangop dan para ilmuan maka sekarang kelantan tela
h melahirkan pejuang2 demokrasi.

abdul shokor said...

Keputusannya dah boleh diramal.

"I help you, you help me"