Wednesday, May 12, 2010

Sebelum Melelapkan Mata

Zainuddin Maidin Tidak Layak Dianugerah Tokoh Melayu Terbilang!

SAYA hampir terlupa semalam, 11 Mei adalah hari jadi Umno yang ke-64. Kalau bukan kerana seorang teman menelefon memberi tahu hal itu saya mungkin tidak teringat kepada Umno. Jadi selamat hari jadi duhai Umno! Didoakan semoga Umno terus berjasa dan memberi keberkatan kepada orang Melayu negara ini seperti mana matlamat asal penubuhannya 11 Mei 1946 dulu.

Tadi... teman menelefon memberi tahu yang Umno telah menganugerahkan Tokoh Melayu Terbilang kepada Zainuddin Maidin, (foto) bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu dan juga bekas menteri Penerangan. Sekali lagi, saya tidak tahu kalau Zainuddin menerima anugerah itu kalau teman itu tidak memaklumkan kepada saya.

Tetapi, saya tidak mahu mengucap tahniah kepada Zainuddin atas penganugerahan itu. Bukan apa, kerana saya menerima alasan diberikan teman itu yang mempersoalkan penganugerahan itu kepada Zainuddin. Menurutnya penganugerahan tokoh itu kepada Zainuddin mencacatkan Umno dan mengotorkan martabatnya sebagai parti Melayu tulen negara ini!

Menurut teman itu yang juga bekas seorang wartawan Utusan Melayu beliau merasa malu dan jijik dengan penganugerahan itu kepada Zainuddin. Beliau mempersoalkan atas kritria apakah Zainuddin diberikan anugerah itu. Beliau bertanya apakah jasa-jasanya kepada Umno dan Melayu sehingga dianugerahkan tokoh itu.

Sepatutnya katanya anugerah berprestaj itu diberikan kepada mereka yang berjasa kepada bangsanya. Apakah jasa besar Zainuddin di dalam hal ini? Begitu juga kalau hendak diambil kira anugerah itu kerana beliau berjaya mencetuskan Hati Nurani Rakyat menerusi Utusan Melayu apakah cetusan yang dilakukan sepanjang dia berkhidmat di Utusan. Dalam pengamatannya Utusan ditangan Zainuddin dan diwarisi hari ini bukan menaikan martabat Melayu sebalik memecah belah orang Melayu, Utusan juga telah menjadi agen menimbulkan kecelaruan dalam pemikiran orang Melayu. Satu masa ia ada media fitnah nombor satu.

Katanya di Utusan Melayu Zainuddin gagal menjadikan akhbar itu sebagai akhbar yang dihormati dan rujukan semua orang Melayu. Menjadikan Utusan Melayu sebagai wadah mempersatukan Melayu dan menharmonikan pemikiran politik Melayu. Beliau telah menjadikan Utusan Melayu sebagai lidah syaitan kepada Umno yang pelahap dan dangkal. Utusan telah ditukar menjadi alat propaganda murahan untuk Umno kelas paria.

Mengenai jasanya dalam Umno tutur teman itu lagi, Zainuddin baru menyertai Umno sekitar tahun 80-an dalam erti kata lain dia baru menjadi ahli Umno setelah Umno dikitar semula oleh Mahathir menjadikan Umno yang elit dan anti konservatif. Jadi macam mana Umno boleh menganugerahkan gelaran itu kepadanya. Beliau juga mengungkitkan semasa Zainuddin menerajui Utusan beliau telah mengarahkan Utusan agar mengkritik dan menghina institusi raja-raja di negara ini dengan mendedahkan keperibadian sembilan raja-raja Melayu sewaktu krisis pindaan perlembagaan bagi mengurangkan imuniti raja-raja.

"Saya pelik dengan penganugerahan itu. Hendak kata Zaindudin seorang memperjuangkan Melayu tulen ia boleh dipertikaikan apabila memerhatikan kepada tindak tanduknya. Semasa dia mengetuai Utusan, Zainuddin adalah pengkhianat kepada Melayu dan agama Islam," kata teman itu lagi penuh kegeraman dan kekesalan.

Sambungnya lagi, Zainuddin adalah anti Islam dan sering memperlekeh Islam di dalam penulisan-penulisannya. Ruangan pojok Awang Selamat dikhasnya untuk menghina dan mempersendakan Islam. Klimeks kepada penentangan dan kritikan kepada Zainuddin ialah apabila imam masjid Keramat pernah menyeru supaya Awang Selamat bertaubat kerana sindiran sinisnya kepada Islam menerusi pojok berkenaan.

"Kebencian Zainuddin kepada budaya Arab Islam, pemakaian kopiah dan purdah (tudung) kalangan wanita jelas sekali. Beliau pernah melarang Utusan daripada menyiarkan gambar mereka yang berkopiah dan bertudung. Larangan ini menggembarkan watak dan peribadian Zainuddin yang anti kepada Islam," ujar teman itu lagi sambil menyambung Zainuddin juga bersikap anti kepada gerakan Islam seperti Abim dan Darul Arqam.

Semasa Zainuddin menjadi menteri Penerangan dia telah mengarahkan supaya siaran bacaan al-Quran tidak diputarkan menjelang tengah malam sebelum siaran ditutup. Bacaan Quran di radio dibuang sewaktu Zainuddin menjadi menteri Penerangan.

Sampai akhirnya, teman itu tidak mengerti dengan penganugerahn itu. Beliau juga menyifatkan penganugerahan itu sebagai menghina para tokoh-tokoh Melayu dan pejuang lain dalam Umno yang masih hidup. Katanya masih banyak tokoh lain yang layak untuk diberikan anugerah itu dan jasa mereka lebih banyak berbanding dengan Zainuddin Maidin. Kalau dibariskan nama-nama seperti Tan Sri Hussein Ahmad, Sanusi Junid, Musa Hitam atau Tengku Razaleigh Hamzah lebih layak untuk dinobatkan dengan anugerah itu bukannya Zainuddin.

Apakah katanya, Najib mengharap dengan penganugerahan itu untuk memastikan selepas ini Zainuddin akan menulis sebuah buku untuk mengangkat dan mendewakan Najib sebagai dewa yang menyelamatkan Umno selepas ianya cuba dibunuh oleh Abdullah Badawi menerusi karektor dan kepimpinan perdana menteri ke empat itu? Mungkin juga sewaktu beliau dianugerahkan tokoh itu Zainuddin sudah pun siap menulis bab penutup buku yang dimaksdukan itu! [wm.kl. 12:00 t/malam 13/05/10]

8 comments:

CucuRembau said...

Tokoh Melayu Terbilang...??? Kih kih kih kihkih.....

suratkhabarlama said...

in the first place...adakah dia ni Melayu???

firdaus said...

mengapa UMNO tergamak menganugerahkan seorang mamak maidin yang jelas MEMBENCI Islam

dimanakah maruah UMNO selaku pembela Agama, Bangsa dan, Negara !!!!!!

semakin benci dan meluat terhadap UMNO kini dan sudah makin bertambah-tambah dan kalau nak letup pun letuplah.....

nazari said...

mso....

kenapa kat dia?dia ni pun bukan melayu, zainuddin ni mamak. nama dia pun dah terbukti mamak, macamana boleh anugerah melayu...banyak lagi melayu yang terbilang seperti kuli, musa hitam, nik aziz, ahmad rettauden dll.

Rillink said...

Assalam Tuan,

Zaman najib jadi pm nii banyak sangat perkara yang anih...ini lah akibat nya rakyat memilih pemimpin bukan kerana agamanya tetapi kerana...Tunggu lah saat saat kehancuran nya apabila memberi amanah kepada orang yang tidak layak menerimanya.

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. UMNO; nama pun UMNO. Nak jaga orang melayu. Nak pertahan bangsa Melayu. Nak bela kaum Melayu. Nak tinggikan martabat bahasa melayu. Betul ke? Nama pun nama orang putih. Nak pakai nama PEKEMBAR malu, tapi bangga pula pakai UMNO. Jadi, setakat Bagi anugerah Melayu pada "MAMAK" (maaf Datuk Zam) apalah sangat. Mungkin kita yang tak perasan yang UMNO tu dah tukar kepada United Mamak National Organisation.

anakzaman said...

Tuan MSO

Tuan pun tau dalam pentadbiran Najib ni tidak ada dimasukkan keislaman.

Najib menganggap anutan islam hak individu.

Kerana sebut islam dalam pentadbiran Abdullah Badawi maka bangsa lain kalahkan UBN.

Najib sanggup ketepikan melayu dan islam demi mengejar pengundi-pengudi keturunan lain.

Tak usah kita harap 1Malaysia untuk bansa melayu dan islam.

1Malaysia hanya untuk menjaga hati dan perasaan bangsa lain.

Keadaan ini selari dengan perasaan dan idea Zainudin Maidin

almahdha said...

Salam Tuan MSO

Saya setuju dengan pendapat tuan mesti ada sesuatu yang telah diberi oleh Zainuddin atau jasa yang telah dibuat oleh Zainuddin kepada najib

kalau orang yang sebegini diberi anugerah sebesar ini sedangkan kita tahu apa yang dilakukan orang ini masa lampau, amat menghairankan.

Ini satu tindakan yang mengaibkan kepada umno