Monday, May 17, 2010

Susupan Petang

Abdul Aziz Perlu Jaga Wibawanya Selaku Pengerusi SPR

ABDUL Aziz Mohd Yusuf harus berhati-hati kalau beliau terus mahu dihormati sebagai Pengerusi SPR yang telus, adil dan saksama. Beliau perlu mengekalkan tonggak perkhidmatan awam yang pernah beliau dilapaz dan diamalkan sebelum ini. Saya bimbang kalau beliau terikut-ikut dengan naluri dan kehaprakan politik apa lagi menjadi lembu dicocok hidung kepada BN penghormatan kepada beliau akan hilang.

Sebelum penjumlahan undi berlangsung beliau memuji pilihan raya Sibu sebagai baik kerana tidak ada kekacauan berlaku. Berrbanding dengan 10 pilihan raya kecil lain yang pernah dikendalikannya, pilihan raya kecil Sibu paling aman katanya.

Apa yang beliau katakan itu benar. Awal-awal lagi saya melihat masyarakat di Sibu ala kadar saja menyertai pilihan raya, maksudnya mereka tidak ghairah tidak tentu fasal. Walaupun mereka komited dengan sistem demokrasi namun mereka masih menghormati batas-batas mana yang boleh dan tidak boleh. Mereka begitu profesional.

Saya kira pujian Abdul Aziz itu akan sampai ke sudah. Dan beliau sendiri dapat menunjukkan teladan dan mempamerkan sifat bebas dan nutral sebagai seorang Pengerusi kepada sebuah suruhanjaya. Oramg mengharapo beliau akan memulihkan imej kotor SPR selama ini yang berat sebelah dan snget otak.

Malangnya tanggapan saya itu salah. Setelah separuh penjumlahan undi berjalan beliau sudah mula menunjukkan sikap berat sebelah dan cuba condong kepada pihak BN. Keadaan ini semua dapat ditebak oleh pemerhati politik. Bayangkan keputusan pilihan raya itu yang sepatutnya boleh diumumkan selewat-lewat jam 9:00 malam tetapi terpaksa diumumkan menjelang tengah malam. Budak kecil pun dapat merasai apa yang berlaku.

Hari ini Abdul Aziz cuba memberi justifikasi atas apa yang berlaku. Kelewatan itu katanya disebabkan DAP telah menghalang pegawai SPR untuk membawa undi pos dari Wisma Sanyan ke pusat pejumlah undi di dewan Suarah. Tegasnya SPR terpaksa meminta bantuan polis untuk membawa peti undi berkenaan.

Anih dan pelik dan ganjil dan 'maligul' sekali. Kenapa begitu sekali. Benarkah ada penyokong DAP menyekat peti undi itu ke pusat penjumlahan undi. Apakah hak mereka dan apakah pula tanggungjawab dan kuasa yang ada kepada SPR bagi mengatasinya?

Mungkin kata-kata Abdul Aziz itu benar. Orang DAP cuba menghalangnya (sebenarnya kawal) peti undi berkenaan bimbang takut ada undi baru yang dimasukkan. Al maklumkan ketika itu penjumlahan dari saluran-saluran lain menunjukkan DAP sudah mendahului BN lebih 3,000 undi.

Ada kemungkinan, orang DAP bimbang berlaku penyelwengan. Boleh saja berlaku undi akan ditambah atau ditukar untuk menimbuskan majoriti yang sudah diperolehi DAP. Mungkin Abdul Aziz juga sudah belajar dan masak dengan tektik dan strategi yang pernah diamal dan ditinggalkan oleh Abdul Rashid Ab Rahman dan lain-lain pengerusi SPR.

Tidak logik kalau SPR tidak berkuasa dan begitu lemah menghadapi penyokong DAP. Siapa yang ingin menyekatnya? Bila-bila masa saja dan bukan saja waktu terdesak SPR boleh menggunakan polis. Bahkan polis sepanjang masa mengawal menjaga keselamatan peti undi dan proses mengundi. Apakah perlu kenyataan dan penjelasan dari polis mengenai hal ini.

Kenyataan Abdul Aziz itu tidak akan merombak kesimpulan yang orang buat apabila keputusan itu lewat, ianya adalah permainan SPR yang cuba memberi kemenangan kepada pihak yang sudah jelas dan terang kalah. Abdul Aziz kena berhati-hati dalam soal ini. Kalau hendak beluk dan condong pun jangan sampai ketara nanti tercemar nama baik yang dicipta berpuluh tahun lalu.

Apa yang paling afdal jangan seleweng tetapi cubalah menegakkan kebenaran kerana ia disukai oleh semua orang kecuali dalam konteks pilihan raya ini UBN yang tidak begitu senang dengan kejujuran dan kebenaran. [wm.kl. 2:25 pm 17/05/10]

6 comments:

andakmaon said...

Tuan,
DAP adalah parti serpihan PAP yg juga serpihan Parti Kominis Malaya. Seronoklah tuan menjadi peyokong tegar PAS yg membela kominis.

dexidle said...

To andakmaon.. anda lah Melayu yang tahu baca sejarah seperti yg tuan MSO cakapkan... apa yg anda tahu tentang Parti Komunis Malaya? Jika sekiranya apa yang anda tahu tentang parti komunis malaya hanya dari apa yg termaktub dalam buku sejarah yg menjadi sukatan pelajaran di sekolah dari dulu hingga kini ATAU bersumberkan akhbar propoganda pro british.. jangan lah anda pandai2 justifikasi anda sendiri berkenaan Parti Komunis Malaya.

Mazwandi Mustaffa said...

umno pula adalah tali barut inggeris untuk memusnahkan PKMM, API, AWAS, PUTERA dan lain2 parti Melayu Islam yg mahukan kemerdekaan total dari inggeris.

Pi belajar sejarah dgn buku teks sekolah menengah jadi Melayu lupa sejarah leh.

Tolonglah orang Melayu, kembali kepada Islam, bukannya umno musuh Islam no 1 di Tanah Melayu.

kalimah said...

salam MSO,

merujuk kepada komen andakmaon, ne la pemikiran melayu si otak kemetot..

kalau nak berhujah DAP tu serpihan parti komunis.

UMNO pun apa kurangnya, menjadi alat British untuk terus menjajah pemikiran orang melayu sampai sekarang.

Sekurang2 PAP yg dituduh komunis tu memajukan singapura menjadi lebih maju daripada Malaysia padahal apa ada Singapura tu, kelapa sawit takda, getah xda, minyak takda, tanah sekangkang kera boleh maju jauh drpd Malaysia.

Ini kerana pemimpin UMNO sibuk dgn perkara lain drpd nak majukan negara. Kalau ada pun, mesti ada 5% atau 10% komisen utk memajukan negara.

Rasmi Padi said...

padan muka andak maon, sisongkok UMNO, hehehe

aime said...

Haiii andakmaon
Sudah sudah laa dgn semangat Melayu tu,hanya Hang Tuah aja kata "Tiada Melayu Hilang di dunia", tapi berapa banyak dah bangsa yang pupus di dunia ni disebabkan dilaknat Allah SWT. Umat akhir zaman ni, bernasib baik kerana dilindungi doa Nabi Muhammad SAW aja, tidak dah lama pupus. Tu pun berapa ratus ribu orang yang dikambusNYA di Aceh hari tuu.

Pemimpin2 PAS ada la juga mendidik orang2 seagama agar memelihara iman, dan berdakwah mengembangkan agama Islam dan memberi pemahaman kepada penganut2 agama dan pemaham ajaran atau kepercayaan lain agar mengerti apa itu kehendak Islam.

Umno...kembalikan zaman jahiliyah arab ada laa, lebih teruk dari zaman jahiliyah rasanya. Buktinya remaja sekarang yang lahirnya dari sistem pendidikan yang diasaskan lebih 50 tahun yang lalu.

Zaman UMNO: Bayi lelaki perempuan dibiarkan terseksa menanti ajal,kesejukan,gigitan serangga..fuss tragis. Lahirnya Islam di bumi Melayu ni semenjak wujudnya Batu Bersurat Terengganu (pengilham UMNO pun belum lahir lagi), mungkin lebih lagi.

Zaman Jahiliyah Arab(Belum lahirnya Islam): Bayi perempuan saja ditanam hidup.

Sudah2 laa dengan UMNO. Kebangsaan Melayu tak kemana.