Saturday, July 26, 2014

Abdul Hadi yang membingungkan

ULASAN MALAM                                                                                

Kenyataan Abdul Hadi Awang yang dilaporkan Bernama hari ini sesuatu yang menyedihkan tetapi ia bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Pendirian songsang yang diambil Abdul HAdi berhubung politik Anwar Ibrahim bukan pertama kali berlaku.

Abdul Hadi: Sangat mahir fikh politik?
Hari ini Abdul Hadi dilaporkan menyokong Khalid Ibrahim terus menjadi MB Selangor. Kenyataan yang bertentangan dan bercanggah sekaligus menempelak Anwar Ibrahim yang ingin menukarkan MB Selangor dengan menamakan isterianya Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ulah-ulah sebegitu, percanggahan dan nada tidak seirama beliau dengan Anwar sudah kerap berlaku. Penerimaan Pas kepada Anwar sejak Abdul Hadi menerajui Pas tidak selendik dan seindah zaman Fadizil Mohd Noor menjadi presiden. Mungkin perkelidahan atau percanggahan Pas dengan Anwar tidak akan berlaku kalau pemikiran dan siasah Fadzil dihayati.

Sebelum ini keadaan yang sama wujud beberapa kali dan inilah menyebabkan kenyataan "lailatu qadar" Abdul Hadi itu tidak begitu mengejutkan lagi. Bahkan orang akan merasakan pelik kalau Abdu Hadi tidak koner perahu di hujung pelayaran. Kalau anda seorang penganalisa kepada politik Abdul Hadi tidak akan merasa ganjil sedikit pun, jauh sekali akan terkejut dengan aksi politik fikhnya. Beliau seorang yang tidak konsisten dan selalu berkhilaf dalam politik sehingga merugikan parti.

Sewaktu Anwar Ibrahim melancarkan psywar politik menerusi projek 16 September, disaat orang menyakini dengan projek untuk mengambil alih kerajaan menerusi "lompat parti" itu, dan ia telah mengelamkabutkan pihak UBN sehinggakan UBN terpaksa membawa ahli Parlimen melawat Korea, Pas menerusi Setiausaha Agungnya Mustapa Ali muncul dengan "buah tangan" yang sangat busuk menafikan projek berkenaan.

Mustapa membuat kenyataan umum dalam Harakah menafikan projek 16 September dengan mengatakan projek itu gagal. Kenyataan Mustapa itu kenyataan yang tidak menunjukkan semangat kesepakatan dalam Pakatan langsung dan seolah-olah satu pengkhiatan kepada strategi politik Anwar. Walaupun ia diluahkan Mustapa tetapi hakikatnya pengkhiatan itu direstui oleh Abdul Hadi.

Selepas itu Pas terus membuat tindakan politik songsang dan mengilankan PKR khasnya Anwar apabila membelakangkan semangat dan janji yang sudah dinyatakan kepada umum untuk menobatkan Anwar sebagai perdana menteri. Sepanjang kempen pilihan raya ke-13 Anwar diistyharkan sebagai bakal perdana menteri. Pakatan telah meletakkan Anwar sebagai PM yang sekaligus menjadi aset atau daya tarikan kepada pengundi agar bersama Pakatan Rakyat.

Menjelang saat pilihan raya umum ke-13 Pas membuat pusingan "U" dengan menukar nama perdana menteri kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Secara senyap-senyap Pas telah bertemu dan berunding dengan Tengku Razaleigh agar menjadi pak sanggup bagi mengganti Anwar. Tindakan dan sikap Pas itu sangat mengilankan Anwar dan gara-gara itu menyebabkan semangat dan mood pengundi jatuh mendadak. Kosentrasi pengundi kepada Pakatan juga musnah dan terganggu.

Ramai orang tidak tahu Pakatan mengalami krisis calon perdana menteri beberapa hari menjelang hari mengundi. Menjadi tanda tanya apakah Abdul Hadi sengaja melakukan ini kerana dengki apabila beliau tidak dinamakan sebagai calon perdana menteri? Beliau memang ada hajat untuk jadi PM apabila semasa berucap dalam muktamar Pas di Kota Bharu menyatakan; syok juga kalau jadi PM.

Dan kenyataan Abdul Hadi hari ini yang memberi sokongan kepada Khalid adalah kesenimbungan sikap politik yang tidak konsisten dan khianat yang diamalkannya selama ini. Kemungkaran ini bukan saja kepada PKR tetapi kepada pemimpin Pas juga. Dua tiga hari lepas timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu membuat kenyataan Pas akan membuat pendirian berhubung cadangan PKR untuk menggantikan Khalid dengan Dr Wan Azizah itu. Pas bersetuju cuma akan menentukan calonnya dalam mesyuarat tertinggi Pas selepas hari raya.

Kenyataan Mohamad Sabu itu adalah kenyataan rasmi bagi Pas selepas selesai mesyuarat Majlis Presiden. Mesyuarat itu tidak dihadiri oleh Abdul Hadi, tetapi diganti oleh Mohamad Sabu. Katanya Abdul Hadi telah diberi taklimat hasil mesyuarat berkenaan dan telah setuju dengan sikap yang diambil. Tetapi hari ini alih-alih Abdul Hadi membuat kenyataan songsang yang memalukan Mohamad Sabu dan juga pimpinan Pas lain yang telah menerima konsensus PKR untuk menukar MB Selangor itu. Sikap Abdul Hadi itu menyebabkan integriti Pas sebagai parti Isalam jatuh bercelabak.

Setiausaha Agung Mustapa Ali pun memperakui soal jawatan MB Selangor adalah hak PKR, dan Pas tidak akan menganggu. Jadi apabila hari ini Abdul Hadi menjadi "kemamai" membuat kenyataan songsang meyebabkan semua orang akan jadi bingung kelu dan tidak faham dengan politik Abdul Hadi. Apakah kenyataan itu setelah Abdul Hadi menemui dengan malam seribu malam pada malam semalam?

Kenapa Abdul Hadi berbuat begitu? Apakah dia dipengaruhi kuasa luar yang mengawal minda politiknya? Kenyataan hari ini menjelaskan kunjungan tengah malam beliau bersama Mustafa Ali ke rumah Khalid Ibrahim dua minggu lepas jelas ada motif dan agendanya. Kebenaran akhirnya terserlah juga, semutar serban tidak dapat membaluti bangkai kejahatan apa lagi bila ianya sudah berbau busuk.

Saya tidak mahu "membelebel" panjang mengenai Abdul Hadi ini. Bagi kenyataan sonsang itu kenyataan orang lepas segar demam. Mungkin orang sudah faham pemikirannya atau akan faham selepas semuanya hancur berkecai menjadi debu. Mereka yang taksub dan menganuti pemikiran politik ortodok akan selama-lamanya melihat Abdul Hadi maksum dalam politik.

Cuma saya membuat catatan ini sebagai respons kepada beberap pemanggil daripada penjengok blog saya yang bertanya dan mengeluh kesal dengan kenyataan Abdul Hadi itu. Sejak tengah hari tadi hingga ke saat ini puluhan yang bertanya dan mengemailkan persoalan itu. Semua menyatakan kebingungan serta kekesalan dengan tindakan Abdul Hadi itu dan menganggap kenyataan itu dibuat dibawah sedar politik sihat.

Sama-sama kita tunggu apa yang akan berlaku esok. Kata Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar kenyataan Abdul HAdi itu bukan kenyataan Pas. Jadi ianya bersifat personal Abdul Hadi yang tidak perlu dipegang dengan kemas. Pas bukan hak presiden tetapi hak ahli juga. Alasan Abdul Hadi dia sudah mendapat maklum balas akar umbi samalah dengan bahasa dan kata-kata favouritenya pada setiap kali sessi media massa selepas muktamar; kita ambil keputusan secara "kolektif".

Khabarnya DAP tidak senang dengan kenyataan "mamai" Abdul Hadi itu dan akan membuat kenyataan esok sebagai respons kepada kenyataan Abdul Hadi yang tidak profesional dan jahil mengenai politik. Khabarnya DAP akan meminta Abdul Hadi patuh kepada keputusan majlis presiden yang tidak dihadirinya. Sesungguhnya sikap Abdul Hadi itu boleh memecah belahkan Pas dan meretakkan Pakatan Rakyat. [wm.kl.12:31 am 26/07/14]


20 comments:

ras abu said...

Kesalahan besar TSKI tidak bagi kontrak dan jawatan kepada penyangak PR terutamanya PKR. Mereka mengharaapkan laba terutamanya dana rakyat yang mencecah RM3 bilion.

TSKI mungkin agak degil dalam hal-hal pentadbiran Selangor tetapi dia amanah dan tidak salahguna kuasa seperti beberapa MB Selangor yang lepas.

Apakah pentadbir professional begitu hendak diturunkan secara aib?

Anonymous said...

tujuan hadi ialah nak menggadaikan Selangor kpd umno spt yg telah dia lakukan di Terengganu dan Kedah. Kelantan akan tergadai juga akhirnya.
ini dpt dilihat dlm pemilihan pimpinan negeri ygmn dilantik semua pro ug dan menendang pemimpin yg anti umno.
hadi dan pimpinan pas berfikiran cetek. apa yg berlaku akibat dari kegagalan pemerintahan kamu nanti kamu akan tanggung diakhirat. kalau mukhriz lulus lesen judi dikedah, kamu dptlah habuan kamu.

digitalmaya said...

dah boleh ganti dgn orang lain dah presiden ni.aku lepas kes pil kuda dgn bertanding sesama sendiri di selangor pru13 dah hilang respek kat presiden ni.

Unknown said...

Dah agak ..... Presiden PAS ni ada agenda peribadi dan mereka ibarat gunting dalam lipatan . PAS elok bergabung dengan UMNOBN dan biar PKR dengan DAP . Berentap dalam PRU akan datang ..... kita tengok BN nak ker kasi kerusi !!!!!

Unknown said...

Kekuatan PAS sehingga hari ini hanyalah terletak pada TGNA saja. Banyak kali Presiden ini buat tindakan yang silap, kenyataan yang tidak normal dan berbagai2 lagi. Beliau sendiri pun bila pegang T'ganu dulu satu penggal saja dah kantoi. Tapi ahli2 PAS tradisional masih 'walak' kepadanya. Tunggu dan lihatlah apa akan jadi kepada parti itu setelah TGNA tiada.

Anonymous said...

mungkin ada perkara yang berlaku dizaman hadi menjadi MB trengganu yang boleh dipicit oleh UMNO

Anonymous said...

Yang sebenarnya Hj Hadi yang bengong, bukan 'yg membengongkan' kita!

aosis said...

siapa mempengaruhi Hadi dan pemuda pas selangor?........mungkin orang yg mengikuti perkembangan pas dapat mengagak .

Unknown said...

Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS pusat sudah mengeluarkan keputusan dewan Ulama Pas Pusat yang senada dengan Presiden nya...tidak ada alasan yg syarie untuk tukar MB Selangor...apakah pandangan tuan tentang perkara ini?patutkah kita cadangkan supaya parti politik dalam pakatan rakyat tidak menggunakan agama dalam berpolitik?asingkan politik dari agama...politik suku agama suku...apa pandangan tuan...terima kasih...

Minda Wibawa Resources (Seminar Kontraktor Mata CCD) said...

Sebenarnya semasa Abdul Hadi menjadi menteri Besar Terengganu lagi saya telah merasakan bahawa beliau tidak layak dijawatan itu. Sebagai ketua beliau terlalu lemah. Dalam kapasiti beliau selayaknya menjadi penasihat sahaja.

Alasan tidak mahu menukar sebab khalid tidak pecah amanah adalah alasan yg paling longgar yg menggambarkan betapa longgar daya analisa Abdul Hadi.

katalah kalau kita shareholder sebuah syarikat.. CEO kita tak rasuah, boleh tahan dalam pentadbirannya tapi tindakan nya selalu membelakangkan kita sebagai shareholder.. pendapatnya sering berbeza dgn kita dan x dengar cakap dan keputusan Board of Director.. apakah kita masih nak kekalkan CEO yg memandai sendiri macam tu.. ni CEO yg kaduk dah naik junjung

abdul hadi sebenarnya tahu bahawa beliau tidak layak menjadi ketua tetapi masih disitu lagi.. ini bukan lagi akhlak seorang Islam.. malah jauh sekali dari akhlak seorang tok guru..

Lebai Malang said...

Sudah jelas sekarang PAS bukan lah rakan politik yang boleh dipercayai dan saya bersetuju sangat dengan Sdra MSO yang Presiden PAS sekarang seorang yang tidak konsisten dan tidak boleh dipercayai serta banyak tindak tanduknya merugikan partinya sendiri. Saya yakin Parti Islam Malaysia akan menjadi sebagaimana Parti2 Islam Repuklik Indonesia yang kalah teruk dalam Pilihan Raya baru2 ini. Ramai di kalangan professional muda yang berminat dengan perjuangan PAS sebelum telah memalingkan punggung mereka di atas sifat sebahagian pemimpin PAS yang tidak professional. Malahan sebelum ini ramai menjadi pelanggan tetap Harakah tetapi nak jeling kepada akhbar tersebut pun rasa geli gelemang.

bujey said...

Komen tu biarla penuh tertib. Jb mb klu xnincang dgn parti pn masalah. Tg hadi mmg x boleh lg jd presiden sbb kurang wawasan. Tp jgn permainkn akhlaknya krn sy fikir bab akhlak susah nk lwn dia. Akhlak nya cemerlang. Cuma bab jd presiden tu mmg beliau x mampu. Kt kene clear bab ni.
Tski ni bgs tp buat keputusan tanpa inform parti dan bekas su nya yg kadar dlm membela ketuanya. Ni kene tau sblm tuduh bkn2 yg ahli pkr xdpt projek dsb. Sy pn dh naik menyampah dgn politik tski, tp sy x pertikaikn akhlak beliau. Cuma kedua2 tg hadi n tski dah x layak utk jd pemimpin. Tu je.

Unknown said...

salam tuan MSO...

TGNA al mursyidul am Parti saya juga telah keluarkan kenyataan menyokong TSKI...apa pandangan tuan...beliau adalah pemimpin pembangkang yg boleh dikatakan masak dlm politik Malaysia menerajui Kelantan lebih dr 20thun tahu selok belok tendang terajang politik...harap tuan boleh ulas dlm artikel yang lain apakah TGNA terlalu fiqh politik...wasalam

mohd sayuti omar said...

Hanafi sila ke Facebook saya, saya dah bagi komen apa yang sdr kehendaki.

Unknown said...

salam tuan...

terima kasih atas ulasan yang memuaskan.

Selamat hari raya idul fitri maaf zahir dan batin....

Unknown said...

Saya tak setuju dgn Mustafa Ali semasa TGHA jadi MB Terengganu duly lagi

Dulukelateloniteganu said...

Para pembaca sekelian, Perjuangan Pas tidak sama dgn parti lain. The end does not justify the means. Sekiranya Pas terpaksa memilih samada melakukan satu kesalahan demi untuk mencapai kejayaan politik, maka Pas tidak akan melakukannya. Parti2 lain saya yakin AKAN melakukannya. Pada bacaan saya Pas juga tidak sanggup menjadi keldai politik bagi mana2 pihak; Anwar, PKR atau DAP. Tengok saja la isu hudud dan sekarang ini TSKI. Mengapa harus berkompromi dgn teras asas perjuangan semata mata utk menggembirakan DAP? Mengapa harus tukar TSKI utk mengenyangkan kontraktor PR? Itu la keputusan yg terpaksa dibuat oleh pemimpin. Kepada MSO satu saja permintaan saya, guna lah skil tuan untuk membantu perjuangan Islam bukan memunah ranahkan nya. Tuan ada audience yg ramai, tuan MSO ada kelebihan. Guna lah dengan bijak bukan utk "rakan2" sebulu tuan sahaja.

dcsb said...

Pas@Hj Hadi sering bersikap khianat. Pas@Hj Hadi dah jadi beban kpd PR. Elok berkawan dgn UMNO shj. Dlm kes TSKI pun, mereka sudah seiring. Akhbar & media arus perdana dah support habis......

Unknown said...

setuju...

Unknown said...

Tuan MSO,

Jika berterusan begini sikap TGHA, alamatnya sampai kucing bertanduk la BN akan menduduki putrajaya, tidak boleh boleh ke segala keputusan dibuat senada..?