Saturday, July 19, 2014

Tragedi MAS: Najib sudah layak letak jawatan PM

BARAH SUKMA                                                                                   

Tragedi menimpa negara apabila pesawat Mas MH17 yang membawa 295 penumpang dan anak kapal ditembak jatuh dan berkecai sesuatu yang tidak mungkin terlupa dan akan tercatat dalam buku sejarah selama-lamanya. Ia akan menjadi trauma kepada setiap orang yang akan terbang melintasi di ruang udara negara yang sedang berkonflik.

Najib perlu ambil risiko.
Bagi negara pula kemalangan yang berlaku 17 Julai 2014 itu dilihat sebagai kemalangan berganda, kerana empat bulan sebelum ini pesawat MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal hilang tidak dapat dikesan hingga kini.

Kejadian itu adalah rekod dalam sejarah penerbangan dunia belum pernah berlaku dimana-mana dan dialami mana-mana negara tragedi udara bersambungan. Makanya kejadian malang itu memberi signifiken yang sangat penting kepada pemimpin nombor satu negara ini, kerana kebetulan dua kejadian malang mega itu berlaku semasa beliau berkuasa sebagai PM.


Iya, kejadian itu bukan atas pintaan rakyat dan ia dirancang seperti mana kejadian-kejadian berdarah yang melukakan negara sebelum ini seperti Memali, al Maunah, atau pun pencerobohan Lahad Datu ataupun pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Kejadian itu jauh tidak bermoral kepada negara daripada kemalangan dua buah pesawat Mas itu. Tetapi kejadian-kejadian domestik itu tidak menjadi perbualan dan kajian seluruh dunia kerana kejadian seumpama itu adalah kelaziman di mana-mana negara. Ertinya gema kejadian itu tidak melantun jauh ke segenap penjuru alam.

Tengku Razaleigh.
Berbeza dengan apa yang berlaku ke atas dua buah kapal terbang Mas itu, ia menjadi perhatian  dan mengejutkan dunia. Semua mata dunia tertumpu kepada Malaysia sambil bertanya apa sudah jadi dengan Malaysia? Orang persoal tahap profesionlisme negara dan integriti pemimpinnya. Justeru sebagai perdana menteri Najib harus mengambil risiko dan tanggungjawab moral dan politik atas apa yang berlaku walaupun di luar kotak fikir dan kudrat tadbirnya.

Najib telah pun membuat tindakan segera ke atas kejadian malang itu. Semalam dia telah mengarahkan agar sidang khas parlimen diadakan untuk mengutuk kejadian itu serta menggesa badan dunia seperti PBB bertindak. Selain itu arahan juga dibuat agar bendera Malaysia dinaikan separuh tiang sebagai belasungkawa kepada mangsa. Apa dilakukan Najib tidak mencukupi.

Tujuan sidang khas parlimen itu boleh dipertikaikan. Siapakah yang hendak dikutuk sedang belum diketahui siapa yang bertanggungjawab. Kutukan tanpa mengetahui si pelakunya samalah dengan budak melastik burung secara rambang ke dalam semak. Ia tidak mengena mana-mana burung hanya terkena ranting kayu. Kutukan akan bermakna kalau Malaysia sudah mengetahui siapa yang bertanggungjawab. Apakah kutukan akan dilakukan kepada dua pihak yang sedang berkonflik, Russia dan Ukraine?

Anwar Ibrahim
Awal-awal Najib sudah mengatakan kerajaan tidak akan menunding jari kepada mana-mana pihak. Ertinya negara tidak ada keyakinan sendiri dan mengharap apa yang akan dikhabarkan oleh orang luar. Di sinilah tahap profesionalisme Malaysia sebuah negara merdeka boleh dipertikaikan.

Bila sidang khas parlimen itu diadakan, bergemercinglah dalam parlimen nanti kutukan demi kutukan dan cacian demi cacian yang tidak tersasar kepada mana-mana pihak. Tentu juga akan keluar berbagai teori dan andaian yang sedikit pun tidak akan cuba memaling kepada diri sendiri. Saya jamin wakil kerajaan akan membela dan melindungi kelemahan negara dan Najib ekoran kejadian itu bagaikan melindungi burung merak yang menjadi species dikawal oleh Perhilitan.

Percayalah tindakan itu tidak memberi apa-apa makna kalau yang kena kutuk tidak diketahui. Sidang khas itu hanya menghabiskan wang sahaja kalau setakat wakil-wakil bangun melindungi kelemahan kerajaan dan pemimpin nombor satu. Jadilah sidang parlimen khas itu sebagai retorik atau siluan Pak Kaduk. Justeru adalah lebih baik sidang itu mencari penyelesaian lebih bermakna apa yang berlaku di sebalik isu berkenaan dengan mengarahkan kepada kelemahan sendiri sebelum menyalahi takdir itu.

Misalnya parlimen boleh membincangkan kreadibiliti perdana menteri dan jemaah kabinetnya. Apakah seorang perdana menteri dan kabinet dalam menghadapi risiko dan musibah sebegitu besar hanya memanggil sidang khas parlimen atau menghantar dua tiga orang penyiasat. Atau cukup merasa prihatin apabila ia dihubungi oleh Ban Ki-Moon dan Vlidimir Putin? Atau pun cukup setakat mengeluarkan keluhan kita marah, kesal dan simpati?

Dalam tragedi itu Najib bukan saja perlu kepada tanggungjawab nasional meredakan kemarahan, kesalahan dan kekecewaan rakyat negara ini atas apa yang berlaku, tetapi juga tanggungjawab antarabangsa kerana tragedi itu melibatkan warga banyak negara. Sebagai pemimpin beliau kena redakan perasaan sedih dan dukacita keluarga mangsa. Mangsa itu bukan saja daripada MH17 tetapi daripada MH370 juga.

Rasa kesal dan sebak rakyat Malaysia berhubung kejadian itu semakin besar. Ia tidak boleh ditutup dengan beberapa helai wang BR1M atau pun wang bayaran saguhati kerana harga getah turun, atau bonus kepada peneroka Felda sebanyak RM200. Kekesalan dan kesedihan angkara tragedi itu dialami seluruh dunia.

Paling penting juga Najib perlu membuat postmortem dan analisa secara politik dan saintifik kenapa pesawat Mas milik Malaysia menjadi sasaran. Kalau ia sengaja ditembak Najib perlu menjelaskan sebab musabab dan motifnya. Kenapa Mas? Kegagalan dalam menjawab persoalan ini sahaja sudah tidak melayakkan Najib untuk terus memimpin negara ini.

Mungkin ada yang persoalkan dimanakah relevannya kalau Najib berundur. Pengunduran Najib tidak akan mengembalikan keadaan. Ia tidak akan dapat menuntas segala masalah. MH370 belum tentu akan kembali terbang ke KLIA, atau pun pihak yang bertanggungjawab menembak MH17 akan muncul membuat pengakuan kalau Najib berundur. Bodoh MSO?

Ia betul. Tetapi emosi manusia akan merasa lega kalau Najib berbuat begitu. Dunia akan melihat pemimpin Malaysia bertanggungjawab atas malapetaka yang berlaku. Setidak-tidaknya mangsa merasakan duka mereka terubat apabila ada sikap kebertanggungjawaban (responsibility) yang ditunjukkan begitu. Psikologisnya begitu. Ini tidak dapat dielakkan kerana Najib adalah PM bukannya Anwar Ibrahim ataupun Muhyiddin Yassin, Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain. Najib juga perlu memulihkan semangat dan integritinya sebagai pemimpin dengan tindakan itu.

Dengan terus menjadi PM, mengisarkan air liur mengutuk kejadian itu, menyatakan sejuta kekesalahan dan meminta keluarga mangsa bersabar ia tidak memberi apa-apa impak. Malahan dunia akan bertanya apa jadi dengan perdana menteri Malaysia, apakah tidak ada perasaan kesal dan tanggungjawab? Lebih malang lagi orang akan mengaitkan kedegilan atau hati batu (heart of stone) Najib itu dengan perangai dan tabii bangsa Melayu. Dunia akan mengatakan bahawa bangsa Melayu degil dan tidak ada perasaan bertanggungjawab ke atas sesuatu kejadian separah dan seduka tragedi dialami kedua-dua kapal terbang Mas itu.

Najib kena mahasabah perkara ini kerana ia lebih penting kepada maruah bangsa dan negara. Jangan kerana sayang kepada kedudukan dan glamour dengan kedudukan sebagai PM, atas ajakan dan dodoian isteri, maka hal-hal lebih penting begitu tidak dipedulikan. Lupakan kepada agenda diri sebaliknya berilah ruang kepada negara terus sihat dan bermaruah.

Apa lagi Najib tunggu.. letaklah jawatan, ambil tanggungjawab atas apa yang berlaku, dan jangan menjadikan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia kebas dengan kejadian-kejadian seperti itu (pinjam istilah A Kadir Jasin). Hendaknya dalam sidang khas parlimen perbahasan bukan saja mengutuk kejadian itu tetapi turut sama mendedahkan kelemahan Najib sebagai perdana menteri dan akhirnya sepakat mendesak beliau berundur dengan terhormat kalau pun tidak semua anggota kabinet letak jawatan. [wm.10:03 am 19/07/14]

8 comments:

Cikgu Di said...

Amat aneh apabila durian yang dimakan tupai ayam dibawah rumah di persalahkan dan mahu disembelihkan. Maka itulah yang mungkin hendak diutarakan oleh MSO disebalik suasana gawat sebegini atau inilah peluang untuk mencangkul PM.

Meletakkan satu tragedi yang diluar kekuasaan kita dengan keadah meletakkan jawatan sebagai cara meredakan perasaan dan simpati adalah dua perkara yang berbeza.

Apa yang Pakcu nampak minda MSO masih lagi dikongkong rasa dengki dalam polimik politik dari menceritakan kisah sebenar trajedi ini. Maafkan Pakcu jika tuduhan ini agak keterlaluan.

Putra IJ80 said...

Kejadian ini juga tidak memberi apa2 pengajaran(iktibar)apa yg di lakukan hanya sekadar hiasan dan mencari nama ....Al Fatihah utk mangsa.

kopiradix said...

Sepatutnya sbg seorang rakyat yg patriotik kita bersatu dlm soal ni..bkn terus berpolitik..MSO perlu byk buat homework..jgn jd anjing..tuan bg bangkai pun makan jugak..takkan hari2 nak tulis ikut arahan org..brp dia bayar ko?

mohd sayuti omar said...

Berapa pula anjing bernama kopiradix ini diupah untuk membuat komen. mungkin nilai anda tak sama dengan nilai saya.

ELBI RISALAH said...

Mungkin kita lupa atau buat-buat lupa,bala yang diturunkan Allah adalah kerana perbuatan manusia itu sendiri. Sedarlah perbuatan zalim yang telah dilakukan....Dikatakan juga ikan busuk bermula dari kepala!

Unknown said...

Tuan mso anjing anjing kurap ini semuanya tiada kerja melainkan menyalak utk habuan....low class punya anjing.

mosabit said...

bila berjaya akulah PM...bila datang musibah orang lain mesti ambil tanggungjawab.....kecaikan altantuya lebih teruk dari tembak kapal terbang...

sizzly7761 said...

Orang @ pemimpin yang terlalu banyak tercalit dengan kekotoran politik dan menggunakan kuasa politik untuk melakukan salahguna kuasa atau jenayah tidak akan mempunyai rasa @ naluri bersalah. Kedudukan, kesenangan dan sifat rakus kuasa tidak melihat musibah atau bencana sebagai sesuatu yang peting dan perlu diambil pot! Ini merupakan ciri2 pemimpin melayu yang Islam secara undang2 dan perlembagaan. Rakyat dan maruah negara di mata dunia di kemudiankan...nafsu dan kedudukan diri, anak bini dan kroni didulukan. Yang herannya...orang kafir yang makan babi seperti di korea atau jepun akan cepat sensitif dan akan ambil tanggungjawab dengan letak jawatan jija srsuatu tragedi menimpa rakyat walaupun diluar kawalannya. Inilah dipanggil tanggungjawab moral. Namun kita pemimpin politik melayu ni memang tidak punyai upaya 'moral' untuk berbuat demikian kerana diri kita sendiri mungkin telah rosak dari segi moral kerana banyak sangat menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Susah jika kita punyai pemimpin yang 'bodoh' dan kelihatan 'kosong' bila negara ditimpa musibah. Keadaan ini pula makin teruk bila ada 'jiwa hamba' dan 'pengampu' terus mempertahankan kebodohan dan kegagalan pemimpin mengambil tindakan yang tepat dan bermaruah dalam mempertahankan kepentingan rakyat dan negara. Cadangan supaya pemimpin meletak jawatan mempunyai kesan yang lebih luas dan baik kepada negara... kesan baik bukan saja kepada diri pemimpin..tetapi integriti negara dan bangsa melayu di mata dunia. Letak jawatan akan memberi peluang kepada pemimpin yang baru meletakkan semula kedudukan negara dilandasan yang betul dan bermaruah dalam pentas politik dunia dan hubungan dengan dunia luar. Apalah makna transfomasi, anjakan, lonjakan, NKRA, KPI dan lain2 istilah jika pemimpin sendiri gagal untuk mengambil tindakan tranfomasi dari penakut dan takut hilang kuasa kepada berani dan bermaruah untuk kepentingan negara dan rakyat? Psndangan MSO ada kewajaran dan perlu di pertimbangkan oleh semua pemimpin politik yang 'bermaruah' dan 'berintegriti'. Ini jauh lebib besar dari soal ' durian ditebuk tupai, ayam bawah rumah salahkan' atau ' menjadi anjing yang makan bangkai...'. Berfikirlah diluar dari ruanglingkup tempurung kelapa...khususnya kepada Melayu yang terlalu banyak bernostalgia bahawa ' syukur Malaysia masih aman' walaupun realitinya rasuah dan salahguna kuasa telah menghancurkan keamanaan intergriti dan maruah kita sebagai Melayu yang mengaku Islam.