Thursday, July 24, 2014

Majlis Presiden setuju MB Selangor ditukar

KENYATAAN MALAM                                                                        

Mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan semalam telah bersetuju dengan cadangan parti Keadilan (PKR) untuk membuat pertukaran Menteri Besar Selangor dan mencalonkan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai bakal MB.

Perkara itu dijelaskan dalam kenyataan bersama ditanda tangani Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng.

Dengan persetujuan itu bermakna Pakatan sudah mendapat konsensus untuk menerima cadangan Keadilan memecat Khalid dan diganti dengan Wan Azizan. Khalid Ibrahim tidak perlu berklu klik lagi untuk mempertahankan diri bagi menerus menjadi MB.



Bagaimana pun kenyataan tiga perenggang yang diemaikan kepada blog ini menyebut Pas dan DAP akan membawa perkara itu ke peringkat tertinggi parti masing-masing untuk membuat keputusan.

Disertakan kenyatan berkenaan sepenuhnya di bawah ini:

KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini 23 Julai 2014 telah menerima cadangan daripada KEADILAN untuk membuat pertukaran Menteri Besar di Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Parti DAP dan PAS akan membawa perkara ini ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat.

DAP dan PAS secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah daripada KEADILAN.

Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

Mohamad Sabu
Timbalan Presiden PAS

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP
[wm.kl.1:23 am 24/07/14]

No comments: