Ramai pembaca atau penjengok blog Merah Tinta hendak berkongsi pendapat, memberi penjelasan, pandangan atau pun mengkritik pandangan dan sikap saya. Tidak menjadi hal. Saya akan layan dan publishkan komen-komen anda dengan syarat ia bertanggungjawab dan menggunakan bahasa yang cantik.
Tata bahasa dan nahu tak betul tak mengapa asalkan tidak kesat. Blog saya bukan standard sangat tetapi ia bukan blog kaki lima yang boleh dimasukkan apa saja. Seboleh mungkin saya menjaga mutu dan wibawa blog saya hatta komen dari penjenguk.
Jadi kalau anda inginkan idea dan pandangan anda, atau kritikan anda ke atas tulisan saya atau diri disiarkan untuk dibaca oleh penjenguk lain cubalah menulis dengan baik, insya-Allah tulisan anda akan dilayan. SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. Wassalam Mso. [wm.kl.2:52 pm 27/07/14]
2 comments:
SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN....
Jazak allah atas kesudian terima komen
Komen yang sebaiknya atas dasar insan yang baik itu adalah yang dapat beri kebaikan kpd insan lain.Ini maksud hadis.....banyak rujukannya maaf tak termuat di sini.
Dengan mengharapkan hasil yang baik berlaku untuk kebaikan semua[sejagat].
Setiap cerita dan berita sebaiknya adalah untuk datangkan kebaikan duni dan akhirat kita, Kata orang ini cerita kuno tapi kan maukan kebaikan....kebaikan itu adalah daripada hanya yang benar. Dan kebenaran itu pasti wujud walaupun hanya dan hanya satu sahaja kebenaran itu wujud.Kebenaran tidak dua tidak tiga atau tidak empat.Kerna sumber kebenaran hanya satu dan hanya satu sahaja.Yang sukarnya ialah untuk kenal kebenaran yang sebenar kerna setiap pengaku kebenaran umumnya menafikan pengaku yang lain. Perang kebenaran telah lama berlangsung sejak adanya manusia tinggal di muka bumi...sejak generasi kedua manusia sebagaimana kisab Qabil dan Habil.
Masalah masa kini kita umumnya telah terjajah oleh hasil peperangan kebenaran yang telah berkurun berlangsung...kesalnya umumnya kita sudah "tersekularisasi" hingga akibatnya manusia termasuk kita seolah-olah terbiar dari pembelaan kebenaran.
Maaf setakat ini dulu.....nanti sambung lagi lepas puasa Syawal, Moga Yang Benar akan membantunya kita untuk dapat kebenaran.SELAMAT HARI RAYA sdan MAAF ZAHIR BATIN.
Nampaknya pak mso masih belum menulis sejak 1 syawal ni.. Ternampak pak mso di pelita jln ampang mlm 1 syawal.. Kami menunggu tulisan pak mso w/pun sebahagian ustaz2 mesir sibuk minta pak mso bertaubat.. Aduh.. Letihla pemikiran geng2 timur tengah ni..
Post a Comment