ULASAN
BUKAN mudah untuk orang menerima kerencaman politik dan segala macam tektik dan strateginya (Machiavellianism) untuk memenangkan sesebuah parti. Penyokong dan simpatisnya akan melakukan apa sahaja tindakan, hatta dilarang agama demi mengharap partinya menang. Apa lagi mereka yang mengira partinya memberi rezeki dan meletakkanya di tempat istimewa maka lagilah seseorang itu akan bermati-matian mempertahankannya.
Begitulah apa berlaku kepada seorang lelaki gantang, yang dikatakan sebagai Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim). Apabila ditularkan klik videonya yang memberi kata dua dan ugutan kepada kakitangan dibawahnya, ia sungguh memedihkan telinga. Saya sendiri tatkala mendengarnya sakit dan pedih anak telinga. Hentaman dan sindirannya sehingga menyebabkan terkeluar sisa-sisa tahi telinga. Teruk.
| Fuziah Salleh |