Sunday, May 31, 2020

Keterujaan kepada Muhyiddin macam pelangi

ULASAN

Muhyiddin: Rasa hormat orang ramai mengecil.
TANGGAPAN Muhyiddin Yassin sebagai seorang pemimpin tegas, bersih dan berkualiti yang dilihat sebelum ini adalah kepada apa yang beliau telah lakukan sebelum ini.

Selain itu kebetulan beliau juga dilahirkan dari keluarga kuat beragama. Ayahnya dikategorikan sebagai seorang tuan guru. Wasilah itu menjadikan beliau seorang Melayu yang mempunyai ciri-ciri seorang mukmin.

Saturday, May 30, 2020

PH perlu bangkit atas kifarah diterimanya

SESUDAH ZOHOR

Gambar dikatakan dua MP menemui Mahathir.
SEJAJAR menurunya angka-angka kematian dan mereka diwabaki Coronavirus (Covid-19), kini  jelumu politik negara bergemercing pula dengan isu "cukup angka", seolah-olah gelora dan kemelut politik akan bersambung balik dan hanya menunggu Covid-19 reda sahaja bagi menyambung perang yang belum selesai.

Hakikatnya begitu, pihak yang kehilangan kerajaan pada 25 Februari lalu, marah, kecewa dan menyimpan geram dan dendam tidak sudah untuk membalas dan merampas balik kerajaan mereka.

Friday, May 29, 2020

Kemuncak perang Muhyiddin dengan Mahathir

SESUDAH SUBUH

SEMALAM Dr Mahathir Mohamad bersama empat yang lain termasuk anaknya Mukhriz, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah telah dipecat dari Bersatu serta merta.

Pemecatan mereka tidak melalui lembaga disiplin tetapi mengikut perlembagaan parti itu di bawah Fasal 10: 2.2 dan 10: 2.3. Ertinya mereka tidak diberikan apa-apa surat tunjuk sebab dan dipanggil membela diri.

Tuesday, May 26, 2020

Suara Teresa dan Najib bagaikan suara gagak...

SESUDAH SUBUH

PENGUNGKITAN oleh Teresa Kok berhubung pengumuman Pengerusi Lembaga Getah (LGM) yang baru Ahmad Nazlan Idris yang juga ahli Parlimen Jerantut mengenai projek pusat teknologi getah (RTC) bernilai RM100 juta di Jerantut hanya sia-sia sahaja tidak lebih daripada suara gagak yang sering kita kedengaran. Arkkk....arkkkk... 

Sunday, May 24, 2020

Selamat hari raya semoga bahagia


SAYA mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri 1441/2020 kepada semua penjenguk blog Merah Tinta dengan iringan doa semoga semuanya dalam bahagia dan semoga amal ibadah kita di sepanjang bulan Ramadhan dan seterusnya akan diperkirakan Allah sebagai saham akhirat yang tinggi nilainya.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua penjenguk yang terus setia mengikut catatan saya dalam blog ini. Atas sebarang kekhilafan dipohonkan kemaafan jua. Sokongan anda memberi semanmgat untuk saya terus blogging. Sekali lagi Selamat Hari Raya. [wm.kl.6:47 am 24/05/2020]

Tuesday, May 19, 2020

Katakunci kenapa kerajaan PH jatuh ditemui

ANALISA

Sidang akhbar Majlis Presiden PH
selepas mesyuarat yang panas.
ANDA mungkin sudah pun mendengar rakaman mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PH) yang berlangsung dua bulan lalu yang ditularkan sejak beberapa hari lepas. Saya baru mendengarnya hari ini, setelah baru menerimanya, salinan rakaman itu dikirimkan oleh seorang rakan.

Mesyuarat itu seperti dirakam sepenuhnya itu, diadakan pada 21 Februari, 2020 dua hari sebelum kerajaan PH jatuh kerana digulingkan. Kerajaan PH tumbang 25 Februari. Rakaman yang sampai kepada saya itu berdurasi 2:25:11.

Sunday, May 17, 2020

Harap Sanusi tidak jadi seperti Sanusi

SESUDAH SUBUH

Muhammad Sanusi Md Noor
PETANG ini dijangka akan berlangsung upacara angkat sumpah Menteri Besar Kedah yang baru, yang juga merupakan MB yang ke-14. Dalam Wikipedia sudah dimasukkan nama MB Kedah yang ke-14 itu adalah Adun Jeneri Muhammad Sanusi Md Noor.

Apa yang berlaku di Kedah hari ini satu lagi sejarah penting yang sudah tentu akan tercatat dalam kitab politik negara dengan pelbagai rasa, suka, gembira sedih dan marah.

Sejak meletusnya krisis kepercayaan terhadap bekas MB Mukhriz Mahathir ekoran tumbangnya kerajaan PH di peringkat Persekutuan, nama Sanusi adalah antara yang dijaja dan disebut-sebut akan mengambil alih tempat itu.

Thursday, May 14, 2020

Muafakat Umno - Pas peluang terbaik untuk Kelantan maju

RENCANA KHAS

TERKEDU juga hati saya setelah melihat carta FDI dalam sektor pembuatan bagi negeri-negeri di Malaysia untuk tahun 2019. Carta yang ternampak secara tidak sengaja itu menunjukkan negeri Kelantan berada di tempat tercorot sekali, hatta di bawah negeri Perlis, negeri jauh lebih kecil daif berbanding Kelantan baik dari segi keluasan geografi maupun pemilikan aset semula jadi.

Nilai FDI untuk Kelantan ialah RM18.5 juta, jauh berbanding dengan negeri-negeri Selangor (RM17.0 billion, Pulau Pinang RM16.9 billion, Kedah (RM11.5 billion), Johor (RM11.5 billion) dan lain-lain. Perlis berada di atas Kelantan mencatat RM53.3 juta hampir tiga kali ganda.

Wednesday, May 13, 2020

Sudah sampai akta lompat parti digubal

SESUDAH SUBUH

Tengku Razaleigh Hamzah
HASRAT Tengku Razaleigh Hamzah untuk membenteras politik wang dalam parti Umno dengan mencadangkan perlembagaan parti itu dipinda, satu pandangan jauh demi kebaikan politik masa depan bukan sahaja bagi Umno tetapi parti-parti lain juga, ia patut disokong dan dialu-alukan.

Tentu dari kaca matanya sebagai politis veteran politik wang yang berlaku dalam parti itu sangat bahaya, kalau tidak masakan beliau bercakap perkara itu. Bagi mereka mementingkan prinsip dan integriti, akan membenci politik wang dan melihatnya sebagai najis kerana ia boleh memburukkan keadaan.

Tuesday, May 12, 2020

Kejayaan Pam kuasai Kedah melampiaskan dendam

ULASAN

Dua Adun yang runtuhkan kerajaan PH Kedah?
KERAJAAN PH di Kedah sudah dianggap tiada lagi apabila dua orang Anggota Dewan Undangan (Adun) yang mendukungnya telah mengistyharkan menarik diri daripada menyokong kerajaan itu. Dua Adun itu kedua-duanya daripada PKR, Adun Sidam (Robert Ling Kui Eee) dan Adun Lunas (Azam Nasrudin). Mereka dikaitkan sebagai penyokong bekas timbalan presiden PKR.

Tidak ada yang pelik dan perlu dikesali dengan apa yang dilakukan oleh kedua-dua Adun itu. Sebagai orang kuat Azmin dan dipercayai akan dilantik jadi PM selepas ini, sudah tentu tidak betah untuk beliau bersama dengan kawan-kawan lain yang terus menyokong kerajaan PH Kedah. Apa lagi, tindakan mereka itu membolehkan kerajaan baru dibentuk, tindakan mereka itu pantas dari prinsip demokrasi Barat.