Tuesday, December 30, 2008

Senang Hati

Calon Pas Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu Sudah Ditentukan

MAKLUMAT terbaru mengenai siapa calon Pas untuk pilihan raya kecil P 36, Kuala Terengganu pada 17 Januari depan sudah pun ada. Abdul Hadi Awang sudah pun mendapat ilham untuk memberi peluang kepada tokoh berkenaan memikul tanggungjawab besar parti Islam itu.

"Sudah, Tuan Guru Abdul Hadi Awang sudah pun ada nama itu. Kini ia tidak perlu dihebohkan lagi," begitulah sebut sumber berkenaan dari Kuala Terengganu kepada saya selepas Asar tadi. Bagaimana pun sumber itu menjelaskan atas ikrar dan amanah beliau tidak mahu menyebutnya, cuma menegaskan berkali-kali masalah calon Pas tidak menjadi isu lagi kerana ia sudah ada!

Ditanya apakah calon itu termasuk tiga nama yang disebut-sebut sebelum ini sumber itu tidak menyebut dengan jelas sebaliknya berkata calon yang diturunkan Pas pasti tidak akan mengecewakan sesiapa. "Semua pihak akan berpuas hati dengan calon pilihan Tuan Guru Abdul Hadi dan kita yakin calon itu akan membawa kemenangan, insyaAllah!" katanya.

Dengan perkembangan ini sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi esok, 1 Januari 2009. Mudahan calon yang diturunkan Pas dapat membawa kemenangan dan seterusnya sinar baru kepada Pakatan Rakyat. (Catatan: Atas amanah dan ikrar saya juga tidak boleh menyebut nama calon berkenaan walaupun nama yang dirahsiakan itu sudah ke pengetahuan saya!). [wm.kl 8:20 pm 30/12/08]

5 comments:

. said...

Salam Saudara MSO,

PRK P36 Kuala Terengganu membawa makna yang besar kepada UMNO dan PAS. Saya percaya setiap pihak akan menggunakan strategi yang pelbagai untuk menang. Apa pun, saya doakan agar ia bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara, Insya-Allah.

Mudskipper said...

Pak Sayuti,

Rujuk tulisan dr http:nobisha.blogspot.com bertajuk "Siapa orang UMNO?, siapa orang PAS" Saya rasa ia ditujukan kpd tuan sebagai blogger pro PAS kerana saya pun kerap membaca ayat/komen sebegitu dari blog tuan.

Menunggu komen balas tuan....

mohd sayuti omar said...

Terima kasih kepada Belacak, saya sudah membaca posting Sdr Norizan Sharif yang dimaksudkan. Saya tidak merasakan tulisan itu ditujukan kepada saya. Dan saya rasa Norizan faham dan mengerti kalau saya pro Pas, dan pro yang macam mana. Maaf saya rasa andaian sdr Belacak tersasar. Jadi tidak perlu saya membalas atau menjawab tulisan sdr Norizan. Wassalam.

Mudskipper said...

Pak MSO,

Akhirnya komen saya keluar di blog tuan.

Belacak adalah pengikut dan peneliti tulisan MSO Melayu walaupun kadangkala tidak sependapat.

Walau bagaimana pun saya mohon maaf andainya saya tersalah persepsi.

Salam hormat.

. said...

Belacak,

Saya fikir komentar saudara itu adalah sesuatu yang tidak wajar. Saya pernah bekerja bersama dan mengenali Sdr MSO secara peribadi. Tak perlulah saya berbuat begitu. Saya hormat kepada Sdr MSO sebagai seorang sahabat, blogger dan penganalisis politik. Lagi pun, itu bukan cara saya. Kalau nak sembang panjang dengan MSO, boleh jumpa untuk teh tarik, tak perlu berkias di blog.

Saya menulis blog untuk mengkritik BUDAYA politik Malaysia, bukan individu. Kita kena sama-sama menukar budaya itu, kalau tidak maka selama itulah orang2 politik kita berjalan spt ketam.

Terima kasih dan Selamat Tahun Baru 2009.