Thursday, June 4, 2009

Melurut Dada

Momokan Penggabungan Dengan Umno
Isu Yang Sudah Selesai

ANTARA isu yang dijadikan alasan kenapa kedudukan Nasharudin Mat Isa sebagai timbalan presiden Pas perlu dicabar ialah kerana Nasarudin dianggap cuba membawa Pas bergabung dengan Umno.

Inilah persepsi yang menjadi soal besar menyebabkan Nasharudin perlu dicabar dari kedudukkannya kini. Selain daripada ‘dosa’ itu, Nasharudin tidak ada dosa-dosa lain lagi sehingga dirasakan ada keperluan untuk menyingkirkannya.

Tanggapan Nasharudin sebagai elitis boleh dipertikai. Perkara itu adalah masalah peribadi yang tidak wajar disentuh kerana calon-calon lain juga ada kelemahan bersifat peribadi yang sangat ketara. Bahkan sangat teruk berbanding peribadi (gaya) Nasharudin itu.

Sedihnya proses untuk menyingkir Nasarudin itu menyebabkan timbul suasana yang tidak lendik dalam Pas dan sampai terbawa kepada unsur-unsur fitnah melewati peradaban dan rukun-rukan agama.

Sebelum ini Nasarudin telah menyangkal persepsi yang dikira buruk itu. Namun penjelasan dan penghuraian yang dibuat itu tidak mudah diterima. Kesukaran ini seperti sengaja dilakukan untuk dijadikan isu bagi mencabar kedudukannya. Isu penggabungan dengan Umno dicnang dan dihebohkan seolah-olah Pas sudah hampir dengan Neraka.

Tanggapan buruk ke atas Nasarudin itu dipakejkan sekali dengan presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang melontarkan idea unity goverment? Apabila idea Hadi itu disanggah, Abdul Hadi telah menjelaskan kedudukannya yang sebenarnya. Dalam masa sama Hadi juga menegaskan Pas tetap bersama Pakatan Rakyat.

Soal bergabung dengan Umno atau sebaliknya hanya idea bukan sesuatu rukun yang wajib dilaksanakan. Apa yang menghairankan kenapa hal ini tidak difahami seolah-olah akal politik sesetengah pihak dalam Pas begitu cetek sekali. Justeru menyebabkan dirasakan ia sengaja diperlakukan begitu dengan tujuan tertentu.

Malam tadi sewaktu merasmi muktamar Dewan Pemuda Pas di Melawar, Nasharduin sekali lagi menjelaskan bahawa tidak ada niat atau perancangan untuk membawa Pas bersama Umno. Sebaliknya katanya Pas akan mempertahankan daripada sebarang usur yang boleh memecahkan parti.

Rasanya tugas dan tanggungjawab mengekang usur perpecahan ini lebih penting dari membawa Pas begabung dengan Umno. Kalau pun Nasarudin meletakan keutamaan dan ia merugikan Pas tentu ia akan disanggah. Penyanggahan itu akhirnya akan menang, jadi tidak ada logiknya untuk dibimbangkan. Nasarudin bukan pemutus segala-galanya dalam parti. Pas tidak pernah memberi kuasa veto kepada timbalan presiden.

Penjelasan Nasarudin itu mudah untuk diterima dan boleh menamatkan polimek. Tetapi kerana ada pihak yang sengaja mengungkitkan kerana ada tujuan tertentu memberi gamabaran Nasarudin jahat menyebabkan isu masih belum padam. Ia terus digerakkan dengan harapan memberi imej buruk kepada ahli parlimen Bachok itu.

Ternyata hari ini bila berbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan ke atas Nasarudin dari fintah kecil sampailah fitnah yang boleh meletakkan pembut fitnah itu dipancung. Ianya amat dahsyat sekali.

Sebenarnya isu penggabungan dengan Umno ini bukan menjadi isu lagi. Nasarudin juga tidak perlu menjelaskan mengenai hal itu berkali-kali kerana ianya sudah dikira selesai dan seluruh ahli sudah faham duduk perkaranya. Bukan saja beliau, tetapi presiden Pas sendiri ikut sama menjelaskan akan perkara itu. Siapakah lagi di dalam Pas yang mempunyai kuasa ekesekutif tertinggi untuk bercakap mengenai Pas?

Kalau presiden sendiri sudah menjelaskannya, kenapa ianya masih diragui lagi? Kecualilah mereka yang meletakkan cakap-cakap Hadi itu bohogn dan tidak boleh dipercayai. Sepatutnya bila presiden sudah menjelaskan, ia tidak menjadi isu lagi. Di sinilah bahawa ada unsur-unsur tidak percaya yang cukup besar kepada presiden dan juga timbala presiden!

Soalnya sekiranya cakap presiden atau wibawa presiden tidak boleh dipercayai, kenapa beliau tidak dicabar? Hadi sepatutnya diturunkan kalau ternyata kebimbanagan itu ada. Sebab kalau beliau tidak dicabar kemungkinan cadangan itu akan timbul lagi di masa akan datang, sebab dia adalah presiden. Apakah seseorang yang tidak mempercayai seseorang yang lain ia boleh bekerja sama?

Cubalah faham sebaik-baiknya. Betapaun kalau Nasarudin berunding dengan pemimpin Umno tetapi kalau ianya tidak mendapat restu presdiden dan jawatan kuasa agung atau muktamar, hasrat itu tidak akan menjadi kenyataan. Musyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkali-kali mengatakan apa-apa keputusan parti harus dikembalikan kepada muktamar.

Penjelasan dan penegasan itu sudah cukup untuk dipegang bahawa apa-apa niat atau cadangan besar mengenai parti ia hendaklah dipulangkan dulu kepada muktamar dan tidak ada kuasa individu yang boleh memutuskan.

Manakala dari sudut lain apakah perundingan atau berjumpa dengan pemimpin Umo itu salah? Mungkin salah kerana kita meletakkan prejudis yang begitu tinggi dan melihat Umno selamanya sebagai musuh. Tetapi anih dan ajaibnya kalau ada pihak lain berjumpa dan berbincang (juga secara sulit) ianya tidak diangap salah malahan diangap sebagai bijak dan berpandangan jauh. Kenapa harus ada penerimaan double standard dalam hal ini?

Politik adalah kebijaksanaan menggunakan rukun 4C, (manipulasi, eksploitasi, kontroversi dan hipokrasi) dalam mengurus, mengatur strategi dan tektik. Semua itu untuk kemenangan parti dan bukan kemenangan lawan. Jadi sesiapa pun berada dalam politik demokrasi akan berfikir ke arah itu. Tidak kira dari puak mana dan aliran mana. Hanya ahli yang gila sahaja akan bebincang ke arah untuk meruntuhkan parti dan mengkhianati perjuangan.

Rasanya isu memggabungkan Pas dengan Umno sudah dapat dinilai dan diperhitungkan oleh perwaklilan seluruhnya. Perwakilan tetap percaya suara mereka akan dipergunakan dan dihormati. Kalau ada cadangan itu ia tidak akan dibuat secara adhoc oleh beberapa orang saja, kerana keputusana muktamad ada ditangan muktamar.

Muktamar boleh menolak apa-apa sahaja cadangan yang mereka fikir tidak munasabah atau boleh melemahkan perjuangan. Fahamilah bahawa ahli peringkat bawahan itu lebih berkuasa. Selaku pemimpin yang dilantik mereka hanya memecahkan idea dan cadangan. Itulah kerja dan fungsi mereka. Cadangan-cadangan itu samalah juga beruaha untuk menjatuhkan UBN menerusi parlimen, atau berbincang dan mengajak mana-manam ahli parlimen UBN bersama

Pakatan Rakyat. Itu juga adalah usaha sahaja walaupun sinar kejayaannya makin kabur.
Nasarudin tidak perlu gentar dengan segala tuduhan buruk dan busuk ke atasnya yang menerawang ke segenap penjuru baik di kedia kopi atau pun dalam ienternet atau blog yang luas hari ini. Perwakilan Pas semuanya sihat dan kita yakin mereka meletakkan perjuangan lebih penting dan utama dari pada agenda penuh bernasfu individu tertentu. [wm.kl. 9:30 am 04/06/09]

6 comments:

firdaus said...

kuasa adalah segala-galanya....

utk mencapainya mudah sekiranya usaha dilipat kali ganda tetapi utk mengekalkannya kena 4,5 kali ganda lagi utk mengusahakannya....

seorang general perang ada berkata perjuangan akan hanya bermula setelah kuasa dan kemenengan itu berjaya diperoleh.....

betul kata tuan mso tak semestinya rundingan itu membawa kehancuran...

PR sememangnya telah menang dan sudah terdapat rintihan halus yang sememangnya umno memerlukan pas demi perpaduan melayu-islam...

pas amat diperlukan.. bukankah itu sesuatu yang baik untuk pas...

pas skrg adalah watak utama yang mampu menyelamatkan negara dan umat...

Muhammad said...

Semoga Us Nasharuddin Mat Isa kekal sebagai Timbalan Presiden..

aku punya pendirian said...

itu sebabnya hamas dengan fatah tak pernah boleh berdamai dan israel terus berkuasa.

Kalau nak berbaik dengan orang yang seagama sendiri cuma berlainan parti sampai dilihat macam dosa besar. Walaupun terdapat sejarah lampau pernah di tipu tak kan lah tidak ada langsung ruang untuk berbaik semula.

Kalau boleh berbaik dengan DAP tak kan nak berbaik dengan UMNO satu dosa besar.

ikhwan said...

Kalau dgn DAP sikafir harbi boleh PAS berbaik2 takkan dgn UMNO langsung tak boleh sedangkan UMNO itu saudara seagama dgn PAS. Walau pun PAS kata UMNO itu tersesat dah terlencung jauh dari agama tapi tak bolehkah dibimbing semula ke jalan yang diredai ALLAH SWT? Apakah PAS merasakan diri mereka lebih mulia lebih beriman lebih sempurna disisi ALLAH SWT hingga tak boleh nak berbaik sesama saudara seagama? Ingatlah sesungguhnya hanya ALLAH SWT jua Yang Maha Agong Maha Pengampun lagi Maha Bijaksana...........

Xenan said...

Pas kene belajar menghukum!

Kalau ade isu samar2 seperti rasuah(isu husam),kenyataan berunsur fitnah(Nik Abduh & Ustad Iraqi), khianat(Ustad nasa) perlu ada mekanisma untuk mengkaji kesalahan dan menghukum tanpa mengira title.Tertuduh perlu dibicara kan dan di bersihkan nama dr kesalahan.

Sampai bila nak menyapu sampah ke bawah carpet?Islamik kah tindakan begini?

affandi said...

salam...
penggabungn dg umno atau unity govrmnt yg dicanangkn bukanlah satu dosa besar bg ustaz nasaruddin..ia adalah satu idea yang baik untuk pas memnubuhkn sebuah kerajaan di masa hadapan.apepun moga ustaz nasaruddin kekal sbg timbalan presiden insya allah.