Wednesday, June 17, 2009

Panas Pedih Pas

Kalau Orang Sudah Benci... Tunggu Apa lagi?

SAYA rasa bukan saja saya, orang lain juga terkejut dan 'terkanyak' dengan apa yang berlaku di Kota Bharu Kelantan pagi ini mengenai kenyataan atau luahan perasaan berapi Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.

Saya berharap media massa salah lapor mengenai maksud dan kata-kata sebenar Tok Guruku Nik Aziz itu. Menurut laporan portal berita, beliau berkata sebagai Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa perlu letak jawatan sebagai timbalan presiden Pas dan ahli parlimen Bachok sekiranya Nasharudin masih berhasrat meneruskan rundingan dengan Umno.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan," begitulah kata-kata Nik Aziz dipetik.

Saya harap ia salah lapor, iya... saya harap sangat-sangat ianya salah lapor dan satu provokasi saja.

Kalaulah benar begitu maksud Nik Aziz, saya kira ia satu kenyataan yang kurang manis dan sungguh malang sekali yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang tua bertaraf separuh wali berjawatan Mursyidul Am Pas. Kenyataan begitu sangat beremosi. Cara itu ialah tidak bijaksana dan berhemah sama sekali dan 'berkadas' dengan usianya.

Mengenang aksi Tok Guruku itu lakunya tidak ubah seperti tindakan seorang bapak menghalau anaknya keluar rumah kerana anaknya dikatakan nak bernikah dengan gadis yang tidak disukainya. Tindakan itu selalunya dilakukan oleh orang-orang zaman dulu yang kurang ilmu diplomasi dan rendah pula ilmu siasahnya.

Kenyataan itu tentulah melukai hati dan mengaibkan Nasharudin Mat Isa. Kenapa sampai ke begitu sekali Nik Aziz melepaskan kata-katanya? Besar mana kesalahan Nasharudin dan sebesar mana kuasa Nasharudin sebagai timbalan presiden Pas berbanding dengan kuasa dia sebagai Mursyidul Am? Nik Aziz nampak langsung tidak menghormati kepada perwakilan Pas yang memberi mandat kepada Nasharudin dalam muktamar lalu.

Media juga melaporkan Tok Guruku itu sebagai berkata, Pas Kelantan kesal kerana beri peluang kepada Nasharudin bertanding di Bachok dan menganggap Nasharudin sebagai sampah yang menyusahkan. Kenapa begitu sekali? Apakah tidak ada tindakan lain yang lebih lunak yang boleh dilakukan Nik Aziz selain meluahkan kata-kata itu?

Sekali lagi cara Nik Aziz itu tidak ubah seperti sikap seorang ayah yang terlalu marah kepada si anak sehingga mengungkit-ungkitkan sesuatu yang diberikan kepada anaknya. Apakah sikap begitu betul dan bijaksana dilakukan oleh seorang ayah? Di manakah kecerdikan dan pengalaman seorang bapa kalau menghembuskan kemarahan di tempat terbuka begitu?

Saya yakin sekiranya Tok Guruku memanggil Nasharudin dan bercerita secara baik meminta dia kosongkan kerusi Bachok, Nasharudin akan lakukan tanpa bersyarat. Demi penghormatannya kepada Mursyidul Am Pas dia akan berhenti. Tetapi apakah begitu caranya. Kenapa bila Ibrahim Ali 'poting' punggung Nik Aziz tidak sepatah haram pun mengecam Ibrahim Ali? Aneh!

Begitu juga kalau Nik Aziz panggil Nasharudin dan minta supaya dia serahkan jawatan timbalan presiden Pas kepada orang baju petak-petak merah, Nasharudin akan akur. Siapalah Nasharudin hendak menderhaka kepada Tok Guru. Tetapi kenapa Nik Aziz tidak berbuat begitu? Kenapa menyimpan marah dalam sekam? Walaupun beliau mengatakan kemarahan itu tidak ada kena mengena dengan kekalahan anak ayam didiknya itu, tetapi seluruh orang tahu. Itik ayam pun tahu apa yang berlaku.

Mungkin ada sebahagian orang di Kota Bharu suka dan gembira dengan hemburan guruh Nik Aziz itu. Mungkin ada yang memuji, "bagus Tok Guru..." atau berkata, "jangan main dengan tok guru kawe, dia tidak kira sapa, bila dia marah, bukit gunung pun dia akan sepak". Nasihat dan pujian itu rasanya tidak betul. Tok Guru perlu disejukkan bukan ditambah hangatkan dengan kata-kata berunsur hasutan begitu.

Saya malas ulas panjang dan mahu melihat perkembangan seterusnya apa yang berlaku. Saya juga malas nak kemukakan apa-apa penawar di sini. Biarlah semua orang mabuk gadong, kerana ada orang nak menonton bagaimana kalau orang-orang Pas mabuk gadong, jalannya terhunyung-hayang dan langkahnya akan 'peka'.

Yang jelasnya Umno bertepuk tangan melihat situasi dalam Pas kini. Umno tidak payah kerja keras lagi, musuh sudah berlaga sama sendiri. Api sudah makin marak, kibas saja. Mungkin kali ini rezeki Umno pula untuk menyapu Kelantan pada pilihan raya umum ke 13!

Dalam posting sebelum ini saya sudah berikan ingatan, jangan sampai Pas ada dua mazhab- "Mahzab Haji Hadi" dan "Mazhab Nik Aziz". Nampaknya apa yang saya bimbangkan itu sudah nak menjadi. Benih sudah mulai nak tumbuh.

Duhai ahli dan penyokong Pas, ramai-ramailah solat hajat minta selamatkan Pas. Berdoa dan bermunajatlah. Sebab kalau tidak kena gaya Pas mungkin akan berpecah dua. Mungkin satu lagi parti baru serpihan dari Pas akan wujud!

Iya.. saya sudah membayangi ini sejak beberapa bulan lalu. Berdoalah selagi masih ada waktu. Kita diminta berdoa.

Kepada Nasharudin Mat Isa banyak-banyaklah bersabar dan berdoa. Jangan terasa hati dengan apa yang Tok Guru kata. Anggaplah ianya nasihat berguna. Jangan sesekali melawan. Betapa kalau Nasharudin betul pun dan cuba jelaslah namun ia tidak akan dilihat baik lagi. Semua kebaikan dan kebagusan kepada Mursyidul Am sahaja.

Dan sekiranya difikirkan perlu, boleh dipertimbangkan permintaan Mursyidul Am Pas itu. Iya kalau orang sudah tidak sukakan kita, tunggu apa lagi. Sekiranya saya jadi Nasharudin saya akan serahkan surat mengosongkan kerusi parlimen Bachok kepada Nik Aziz. Sedarlah diri kita hanya menumpang belas kasihan di bumi orang. Nasharudin hanya dagang Pak Malau! Bila orang benci maka kita kena tahu bila masa kita perlu keluar dari rumah itu... semua orang memukul dan mengodam kita.

Kerusi timbalan presiden mungkin tidak perlu dikosongkan kerana kerusi itu ditentukan oleh ahli Pas. Apa yang perlu diingat kuasa memilih dalam parti antara ahli biasa di cawangan Kampung Tok Naga, Kuala Terengganu sama saja dengan undi seorang Mursyidul Am Pas. [jln pahang 3:00 pm 17/06/09]

45 comments:

Unknown said...

salam mso,

harap2 media salah lapor kan teruk benar bunyinya..dah macam diktator pun nye. kalau ustaz nasha di suruh masuk umno nizar pulak tok guru kena la suruh masuk dap..baru adil

rozana said...

"Don't mess with Tok Guru". Siapa yang memulakan sesuatu yang tidak mendapat perkenan dan persetujuan terlebih dahulu. Dah tahu Unity Government itu sangat sensitif, apasal tak guna kecerdikan dan hikmah untuk mengutarakannya. Main syok sendiri macam tuan.

nasru said...

nampaknya telahan abg dalam soal ini adalah menjadi. kalau boleh elakkan dari berlaku kerana ini melibatkan wadah perjuangan.

sy setuju dgn pendapat abg bahawa TGNA takboleh cakap macam tu kerana ianya dilihat kurang manis. Bila berlaku macamni maka nayalah Nasha kerana dalam PAS atau luar PAS ramai yang memihak TGNA dan kena pulak dia YB Bachok yang diberi khas untuknya.

Silap haribulan PAS Kelantan akan jadi macam skuad bola Kelantan kena lawan skuad bola Terengganu.

Anonymous said...

Yang eloknya, Nik Aziz keluar PAS sebab Presiden dan Timbalan PAS adalah pemimpin yang telah mendapat mandat perwakilan muktamar. Jadi yang tak setuju dengan kehendak ahli-ahli PAS dan masih mahu menentang, dia lah keluar PAS. Saya cadangkan Parti baru dinamakan "PARTI MAkSUM' singkatan bagi "Mursyidul Am kata Serang UMno".

risz said...

salam sdr sayuti...

sy mmg sedih pe yg b'laku dlm pas skrg nie..tp sy x b'stuju pe yg sdare ktkan mgenai tok guru..kang tok guru dh bgtau tolak krjaan p'paduan tp knapa ust nasa bgtu b'sngguh2 mahukn krjaan perpaduan..lupakah kte smua akn tngisan tok guru smasa p/raya umum yg lalu..tngisan seorg tok guru yg m'harapkn krajaan islam trs d'prtahankn dan akhirnya kte mng dan dpt memerintah b'brapa ngeri..knapa kte sanggup m'beri pelampung kpada mreka yg tlh lemas sdgkn sblm nie mreka cb mlemaskn kte..jgn la kte dipatuk ular pd lubang yg sme 2 kali..hrpnya selagi tok guru msh ade nie,kte dgr la nshtnya..jgn la bl dh b'laku nnti kte akn m'yesal seumur hdp kte..kte ambil la nsht tok guru sbgai kapasiti beliau seorg mursyidul am dan jg ulama..

hrpnya slps ini x d'pdgrkan kpda kte sal krajaan p'paduan ini jika p'paduan dlm pas sndiri dh hampir musnah..hrp di jauhkan..kte bina smula p'paduan dlm pas agar trs m'jadi pilihan rakyat smpai bl2..
assalamualaikum...

2kali5 said...

salam tuan,

ustaz nasha menyatakan pendapat yang ikhlas dan saya kurang faham kenapa beliau patut 'dimarahi' begitu.

jika sejahat2 umno sekalipun,saya yakin masih ada ahli umno yang akan bismilah sebelum makan berbanding 'rakan taulan' kita yang lain yang ada kemungkinan untuk lihat kita hancur sehancurnya. bersatu dengan kita atas alasan "rakyat" tetapi hakikatnya kita diperhambakan.

maaf jika agak keras.

Cenangau said...

Aku suka mantik tu, "tidak ubah seperti tindakan seorang bapak menghalau anaknya keluar rumah kerana anaknya dikatakan nak bernikah dengan gadis yang tidak diingininya."

Cuma aku nak tambah sikit bagi lagi tepat.

Dia tak suka sampai tahap halau anak dia pasai gadis yang anak dia nak 'berpadu' tu dah terang-terang jenis tak boleh pakai, jenis kaki kelentong, jenis suka buat naya kat orang, jenis suka makan benda haram, dan besar kemungkinan dah jatuh syahadah.

Dah nashat banyak kali pun takmau dengar, dah suruh gads tu berubah dah tapi gadis tu buat tak dengar ja.

Apa dayus punya bapak kalau anak nak kawin dengan orang macam tu pun nak bagi restu jugak.

Aku yakin dia harap sangat dengan tindakan dia halau anak dia tu, si anak akan pikiaq balik pasai apa yang bapak dia tu marah sangat-sangat.

Kalau budak-budak lagi boleh jugak dia tibai dengan tapi pinggang, tak pun dengan pelepah nyoq.

firdaus said...

Tuan Guru berkata PR kini telah masuk ke dalam perangkap umno

tapi Tuan Guru jugalah yang menendang dan menyebabkan PR termasuk kedalam perangkap ciptaan umno itu, perancangan umno menjadi kerana dia dah kenal dari a-z kredibiliti Tuan Guru

habis para2 pahlawan telah jatuh ke perangkap, kini tinggal Tuan Guru general yang terpaksa berperang dengan ribuan bala tentera umno pula... berseorangan..

maaf Tuan Guru... marah dan geram pun kami tetap bersama PAS

Haikal Sulaiman said...

bertambah yakinlah amber tentang pembantu-pembantu tok guru yang dotdotodot.....
Tok guru yang ku sayangi ,jgn sampai gara-gara mulut yang berbisa itu pas berpecah !!
ketika itu ,siapa yang mahu kita salahkan ?
Jangan sampai orang cakap , ini kerana mulut dia tu !!

WakJ Zoner said...

Salam Pak Mso

Kalau boleh diumpamakan batu itu keras..Hati nik ajis lebih keras dari batu itu...

Sekiranya apa benar yg dilaporkan oleh web portal berita internet, nampaknya TGNA sudah tidak relevan lagi pada PAS masa kini dan akan datang, hilang segala kredibeliti beliau sebagai orang yg tinggi agamanya dan selalu menjadi tempat rujukan. Akibat persaan dendam yg terpendam di dalam hati sejak sekian lama serta hasutan bisikan syitan di sekelling beliau, semakin banyak emosi2 yg tidak rasional serta kata2 yg tak sedap di dengar dilontarkan oleh TGNA sendiri. Kini sudah tiba masanya TGNA undurkan diri dari arena politik sebelom ribut di dalam pas bertukar menjadi tsunami yg tidak boleh dikawal lg. Jgn salahkan UBN sekiranya pas terbelah dua.Salahkan org yg di dalam pas itu sendiri yg lebih menyukai perpecahan dari perpaduan. Tak guna 1 sen walau sembahyang hajat 100 rakaat sekalipun sambil dimakmumkan sejuta orang pengikut klu hati masing2 dipenuhi degan perasaan hasat dengki dan busuk hati yg melampau..fikir2kan lah umat melayu islam..

Syg Pas, Suka umno...cinta perpaduan.

Unknown said...

walaupun saya pun sedih dgn apa yg berlaku ini, pastinya saya sokong dgn tgna.

mereka sudah melampau cuma mso yg jelas seronok sakan tapi bukan kah ini juga akan bagi kamu banyak isu yg kamu memang tunggu selama ini, dapat belasah lagi tgna dan husam.

ya memang kami suka browsing semua blog termasuk blog kamu,tapi gentleman la sikit, siarkan semua komen komen selagi tidak memaki hamun,perli ok kot

mz said...

masalahnye kat sini.. ade geng2 yg masih degil tak tentu pasal.
isu sekrg ni adalah idea kerajaan perpaduan (walaupun sgt baik, tp reality sgt susah, sbb umno masih punyai kuasa yg kuat- dolllah dulu aggreed sebab dia dah nak jatuh) tuh telah menyebabkan perpecahan dalam jemaah.. Jalan terbaik sepatutnya pimpinan tannguhkan dulu idea tersebut- tutup buku dulu dan jernihkan kembali keadaan jemaah... itu adalah sebaik pemimpin.. bukan yg ego yg masih lagi keras kepala takmo mengalah demi jemaah...
dlm bab ni aku sokong TGNA yg nampak benda nie akan sebabkan jemaah berpecah .. tuh dia bangkang habisan... nielah cth pemimpin yg sayangkan jemaah dan tau keadaan semasa..

satu lagi.... ramai org kutuk bila blogger kutuk pimpinan kita...kata tak wala dan sbgnya -fitnah lah..

tp aku pelik.. ade gak cth pimpinan @ segolongan ustaz yg boleh pulak kutuk pihak2 lain dgn mcm-sampai ade yg fitnah pon- cth kata golongan org bodoh,kerja bodoh lah, sesat dan sbgnya...itu ustaz tuh yg kata golongan yg tak sealiran degn pendapt dia tuh sesat... sedangkan baru jae tak sama pendapat dah kata org sesat--sesuka hati perut dia aje.. ni fitnah juga namanya..dan ade yg menentang nasihat mursidul am.. yg tuh diorg takper... makluk2 ni kata kat org takpe- kata kat geng diorang taklehh...... hampeh tahap gaban namanya...

bg aku tak perlu double standard- benda betul kata betul- benda tak betul kata tak betul.. walaupon geng kita.. ni tak .. org lain je tak betul- kita buat benda yg sama dan tak betul tak nampak... tulah igt diri sendirik aje yg betul.. nie masalahnya..

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Sdr MSO,
Sekadar singgah sekejap.....kita sedih dengan apa yang berlaku. Orang UMNO ke , Pas ke pasti mengkagumi Tok Guru tetapi dengan apa yang berlaku, ia menyebabkan kita terkasima dan berfikir dengan lebih dalam lagi tentang keadaan ini.
saya tidak yakin orang UMNO akan dapat laba besar dalam hal ini, tetapi yang dapat LABA besar ialah kumpulan yang satu lagi dalam PAS iaitu Edorgan.
Sayang kita dengan Nasha kerana dia seorang yang berkaliber besar dlm membawa PAS ke era yang lebih mantap dan berkesan.
Walluhuallam

R'zley theshoots said...

Walaupun 16 September tidak berlaku. Untungnya, Anwar tidaklah dilanyak oleh pengikutnya dan ramai jugak pengikut Anwar dalam PAS. Namun yang lebih beruntung ialah Najib Tun Razak yang berjaya praktiskan idea tersebut di Perak!!!!. Tidak seperti nasib Presiden PAS, jadi cacamarba dalam parti. Idea unity government berhadapan dengan ketidaktentuan dalam membuat pandangan. Mengapa bersikap double standard apabila melihat dua isu yang sama? Aku percaya, semua ada hujah dalam mempertahankan pendirian masing-masing. Membaca sesuatu perkara bermula dengan persepsi sendiri memang akan memperkukuhkan persepsinya.
Kenapa tgna tidak menilai kejadian 16 sept sebagai perbandingan?apakah lebih bermaruah dengan melompat parti?kenapa tk di caci maki ANWAR?
TETAPI dengan hanya lontaran idea sahaja sudah gegak gempita seluroh alam......Apakah TGNA sudah lupa atau di sesatkan oleh pembantu2 itu?
Janganlah kita bertuhankan NAFSU semata-mata,rujuklah QURaN DAN HADIS DISANA banyak akan kita menemuai jalan terbaik menyelesaikan masaalah ini......
atau SENGAJA kita mengikut nafsu dan nasihat orang lain tanpa mengikut hati dan ilmu yang TOKGURU ada selama ini yang menjadi rujukan ummah selama ini...
fikirkanlah semua jangan jadi kemucut dalam seluar d...m.....kalau dah tklarat UNDUR SAHAJA LA..!!!

RBF Online said...

PELIK ! PELIK ! PELIK SENGOTI kata org kelate. pelik sengoti nik aziz kali ni.

makin menjadi-jadi pula.nampaknya racun org2 yg 'tewas' berjalan lancar mengalir dlm tubuh tgna.

batu api pula tak berhenti-henti mengasah.

kalau saya berada di tempat nasaruddin,saya akan buat apa yg tgna kata. nasa punya imej dan tercalar balar dah sekarang ni. sebab org pas akan terima apa saja yg tgna kata. tapi mereka tidak ambil kira siapa yg tukang cucuk.

budaya politik umno dah menular dalam pas iaitu cara mencantas seseorang. lihat blog sebelah sana (org yg pernah berselisih pendapat dgn mso sblm pemilihan pas lalu ) bukan main beraya sakan lagi dgn apa yg tgna kata hari ini.

jeng...jeng...jeng...

PAS MENUJU KEHANCURAN.............

Anonymous said...

Salam MSO,


Apa nak jadi dengan kita orang Islam ni. Sekiranya PAS berpecah akan bertambahlah 'katastrofi' terhadap umat Melayu kita ini.

Sudahlah semakin hari semakin hilang taring/suara orang Islam di Malaysia ini. Hendak meminta Majlis Fatwa menyemak pendirian SIS pun boleh di'spin'kan sebagai mengharamkan terus SIS, sehingga terpaksa tersipu-sipu menarik balik usul tersebut. Apa lagi kes-kes menukar agama dan murtad yang menjadi-jadi di Malaysia ini.

Bolehkah PAS diharapkan mempertahankan Islam, sedangkan hendak menyuarakan pandangan orang Islam pun susah. Ini pula dalam keadaan berpecah dan meretak, orang nak dengar fatwa dari Mazhab Haji Hadi (ulama tradisional) ke Mazhab Nik Aziz (ulama prolib) pun terpinga-pinga.

Kata prolib mulanya, mogok lapar kemudian dibetulkan balik jadi puasa. Prolib yang menjunjung lilin sewaktu bantahan waktu malam atau vigil pun ramai. Lalu ditegur ulama kerana meniru amalan Kristian.

Kita nak pakai Mazhab PAS yang mana agaknya? Kalau terus beginilah.. saya rasa UMNO,PAS semua dah tak boleh pakai gamaknya yer..

Maaf tak terlalu kena dengan topik. Tapi inilah perasaan saya sekarang.

Oh Malaysiaku said...

saudara, mengapa mesti berdoa semoga media salah lapor. Mengapa mesti ke arah nak salahkan media. Nik Aziz bukan maksum, dia manusia. Semua media melaporkan benda yang sama. Takkan salah lapor. Saya tak percaya kata-kata nik aziz itu atau haji hadi sebelum ini hanya sekadar "miming" sahaja. Ia adalah peristiwa yang benar, saya yakin. Rakyat nilailah sendiri. Jijiknya Umno di mata Nik Aziz berbanding DAP dan PKR. Faham-faham sajalah.

Anonymous said...

Untuk Cenangau,

Awak ni faham ke apa yang Haji Hadi dan Ustaz Nasa maksudkan. Bukan nak bawak PAS kahwin dengan UMNO.

Janganlah buat fitnah. Mazham Haji Hadi mahu berbincang/muzakarah untuk masalah ummat.

Kalau masih ada orang yang fikiran macam inilah susah lah.. titik yang menyebabkan perbalahan berbeza...tak faham-faham lagi kah?

Anonymous said...

saya sebagai penyokong umno berharap TGNA dan pemimpin Pas akan terus berkelahi. diharap kedua2 belah pihak akan terus menerus mengeluarkan kenyataan2 di akhbar2 tempatan. maklumlah penyokong Pas telah bertambah ramai dan Pas akan menang besar dalam PRU13 nanti. kalau boleh pemimpin2 Pas dihimpunkan dalam satu gelanggang gusti dalam Stadium Shah Alam dan penyokong2 Umno bolehlah bertepuk tangan dan bersorak riang melihat perlawanan gusti tersebut.

Begitulah gamaknya luahan hati kalau aku seorang penyokong Umno...

aosis said...

rasanya setahu saya MSO sangat tak ngam dengan kem baju berkotak.Jadi tak hairanlah perkara ini menjadi fokus saudara mso.maaf kalau salah.

Ibnu Ali said...

At least orang JIM dah pegang lama TG Nik Aziz...

Dan rang JIM dalam Pas gembira sakan sekarang nih...

ikhwan said...

Salam MSO, dah dua kali PRU saya beri undi pada PAS dengan harapan adanya perubahan kearah kuatnya ikatan persaudaraan Islam bila dah menang.
Bertambah gembira bila ada ura ura kearah perpaduan ummah tapi betapa malangnya impian dan harapan saya sekeluarga telah hancur dengan sikap yang ditunjukkan oleh TGNA yang saya hormati.
Mengapa sesama Islam dimusuhi sampai tak terampun kesalahannya?
Firman Allah dan Hadis Rasullullah banyak menyeru kearah perpaduan sesama Ummah.Tidakkah ini yang dituntut Islam agama Allah.
Islam bagaimanakah yang dipegang oleh TGNA?
Terus terang saya katakan kalau inilah sikap TGNA, PAS bakal kehilangan 4 undi dari saya sekeluarga dan tak mustahil undi umat Islam yang cintakan perpaduan sesama Ummah.

Ù…َعهَدين الُمعلمْ said...

adeh..
kecewa...
sedih..
hampa
dengan kenyataan seorang tok guru..
Jom lah kita ubah kerajaan secara gerila plak..

Unknown said...

saya lihat n mcm leh agak.
TGNA akan terima nasib y sama mcm che det.
dibuang/dibenci/tdk disukai bila da tua2..

kira org umno bmaruah sket dlm hal ni. dorang 'buang' che det bila die da xde jawatan.

tp org pas??? TGNA belum lepaskan apa2 jwatan pon.. tp da mcm kene 'buang'

kembara putih said...

Pemecah-belah PAS adalah sdr MSO dan blog batu api ni. Tengoklah bukan main ramai pencacai UMNO beri komen kat blog ngok ni. Mentang-mentang TGNA anti Kerajaan Perpaduan, mu hantam kaw kaw ye MSO. Memang otak UMNO mu ni.

Bukan ke Mustafa Ali dah larang memperbesarkan UG ni, kenapa Nasha ni keras kepala sangat. Ustaz jenis taik apa ni?

piee said...

Salam.

Jika kita menyertai untuk mencari redha ALLAH, maka kita akan berdakwah dan membuat kebajikan kepada semua makhluk. Tetapi jika kita sertai PAS kerana marah dan dendam kepada UMNO, apakah pembalasan yang kita harapkan daripada ALLAH. Saidina Ali tidak membunuh musuhnya yang tewas dalam jika beliau dalam keadaan marah. Ini kerana beliau hanya mencari redha ALLAH. Beliau bukan mahu membalas dendam kepada orang yang diperangnya. Biarlah ALLAH sahaja yang menentukan ganjaran dan hukuman kepada makhluknya.
Jangan memandang hina kepada orang lain seolah-olah kita seumpama malaikat.
Komen yang serupa juga dihantar kepada blog alhuseyn.

hamba said...

kita perlu menjaga adab dan akhlak dalam pekara ini... saya berlapang dada drp semua ini... saya sayangkan TG NIk Aziz dan juga TG Hadi Awang.. dan semua pimpinan PAS... DEMI ALLAH, saya cuma mengharapkan kejernihan itu muncul semula.. Sama2 kita berdoa...

mmm.. mungkin ada benarnya apa yg di nyatakan oleh Ust. Nik Abduh sebelom ini..

din_kita said...

MSO....aku ingat hang pencen menulis lagi baik...
Hang punya ulasan tak menarik langsung...memecah belahkan adalah...

Ibnu Ali said...

Laporan media aku copy dari blog husam:

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

-------------------

Inilah 'antara' gambaran UG yang diilhamkan oleh TG Hahi Hadi.

Kenapa TGNA dah sedap hentam-hentam Nasha baru sebut hal ni?

Apa yang TG NIk Aziz faham tentang UG yang diilhamkan oleh TGHA sebelum ini?

Adakah TGNA silap faham tentang UG, yang dalam kepala beliau "bawa PAS masuk UMNO/BN"?

Siapakah yang memberi nasihat kepada beliau dalam isu UG?

Kenapa Husam highlightkan artikel Tok Guru suh Nasha masuk UMNO?

Puan Ainon Mohd. said...

Saya diam sahaja... ini cuma ribut dalam cawan kopi, gaduh suami isteri, besok pagi baik semula....

Nizam said...

salam tuan mso,

mereka yg tolak unity govenrment ini melihat Umno lebih jijik dari Dap. sampaikan makan baca Bimillah pun ade yg pertikaikan.

padahal sama2 Islam..bersatulah wahai saudara2 ku..tegakkan Islam di bumi bertuah ini..

lanlara said...

Inilah yang dinamakan sebagai mehnah dalam gerakan islam.

Allah sedang menguji pejuang2Nya yang ikhlas dan sebaliknya..

Perjuangan Islam tidak akan dapat mencapai kemenangan dengan mudah...

Banyak ranjau dan rintangan yang merentangi jalanan. Bersabarlah....

Akhirnya kita akan dapati siapakah yang wala' dan thiqah terhadap pimpinan dalam meneruskan perjuangan Islam ini.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

ANAK BAPAK said...

salam MSO...

elok jugalah kita renung semula tulisan Nik Abduh..

"KERJA-KERJA BODOH PEMBANTU-PEMBANTU AYAHANDA...."

di sana ada sesuatu...

Masterzizoul said...

zaman fitnah muncul lagi, benar kata muarrik (historian) sejarah kan berulang. Tiada siapa yang salah di sini, tetapi apabila perkara tidak dibincangkan secara betul dan bijaksana maka akan dihanyutkan dengan api kemarahan.

M-Kamal said...

En MSO,

Pada saya hal ini tidak akan meletup jika Tim. Presiden PAS (TPP) awal2 lagi merendah diri jumpa Tok Guru pasal UG ni sebab Tok Guru awal2 lagi sudah tidak berkenan dengan isu tersebut. Ini tidak, TPP hanya gunakan media dan sempat menempelak kenyataan Tok Guru pasal UG sebagai pandangan peribadi shj. Patutnya TPP berlapik ler sket sebab Tok Guru adalah penasihat kepada PAS. Takkan dapat pegang TPP 3 penggal berturut2, beliau rasa kedudukan beliau adalah begitu tinggi sekali? Satu lagi pasal TPP dianggap sebagai sampah. Sebenarnya, apa yang dimaksudkan oleh Tok Guru ialah isu yg dibawa TPP itu sebagai sampah (& menyusahkan); bukan TPP itu sendiri. Tok Guru tidak akan mengata sampai begitu sekali.

Salam hormat.

Anonymous said...

Siapa Nik Aziz dan Siapa Awang Hadi dan Siapa Nasha?

Kalau betul la Nasha SAMPAH maka Nik Aziz juga boleh diumpamakan sebagai KAIN BURUK..

Kalau Nik Aziz boleh cakap Nasha sampah dan ramai menyokong maka jgn salahkan org jikalau org memanggil HUSAM sebagai ANJING ANWAR dan PAS sebgai KUDA DAP.

SERATAH said...

Tok guru Nik Aziz telah tafsir Al Quaran, saya tak tau ada ayat Al Quaran yang melarang uamt Islam berbaik baik sesama sendiri, begitu juga dengan hadis nabi s.a.w
yang melarang umatnya bersaudara dan bantu membantu dalam jalan kerosakkan. ini adalah ajaran baru,
dan mazahab baru, kita harus mematuhi ajaran ini kalau tidak kita tidak mendapat pembelaan didalam kubur nanti.

Jannatu Adnin said...

Assalamualaikum semua...

Isu yang cukup hangat sekarang ni, antara Tok Guru dgn ustaz Nasha. Utusan pulak, apa lagi, isu besar yang boleh memecah belahkan saf2 dalam PAS. Dan kita (kalau penyokong PAS) perlu tahu laporan Utusan tu betul atau tak. Sebab sejarah tidak boleh menipu dan sejarah jugak akan dikenang sampai bila. Utusan kalu berita pasal PAS, dia no.1. Jadi kita tak bolehla, nak percaya bulat2 apa yang ditulis dalam Utusan tentang kenyataan Tok Guru terhadap Ustaz Nasha..kita kena siasat dulu.

Tentang kenapa Tok Guru tak setuju kerajaan perpaduan dengan UMNO ni, kita tgk dan kaji balik pada sejarah..Macam apa di cakap tadi, kalau kita tengok sejarah PAS dgn UMNO ni, banyak titik hitamnya..Yang banyak terkenanya adalah PAS. sejak tahun 1990 sampai la sekarang apa yang UMNO dah buat untuk PAS..sejak tahun 1959, PAS mula menang dikelantan sebagai satu-satunya parti pembangkang yang dapat perintah negeri..Tapi 1978, apa yangtelah berlaku? PAS terutama di kelantan DIMAGERAN ekoran krisis dalaman yang dicetuskan oleh perancang UMNO..yang membawam pilihanraya khusus pada 11 Mac 1978...semua sejarah2 hitam ni, Tok Guru dah lalui dan dia sudah merasai perit dengan UMNO..Adakah ustaz Nasha melalui detik hitam dengan UMNO? kita perlu kaji dan teliti perselisihan faham ni..Isu ni mcm ayah dengan anak...kita orang2 luar kena sabar dan banyak2 berdoa..semoga Tok Guru dan Ustaz Nasha dapat bawak2 berbincang..Sebab kuasa yang kita pegang sekarang xkan bawak sampai kita mati...untuk renungan dan perbincangan kita bersama..

Melayu Raya said...

Kali ini saya setuju dgn tuan,cuma kita tak yakin siapa kah yg berkuasa dlm PAS? Presidentnya ka,Mursidul Am nya ka? Apa pun semua manusia tak lah maksum.Bila kadangkalanya agama di gunakan untuk politik itulah yg jadi selalu tenggelam punca!
Yg hitam pun dikata putih.Kadang2 rasa2nya macam perlu ada had umur dalam berpolitik takut kadang2 jadi lebih melalut.

Anonymous said...

Apa kes yang orang bawah pula over lebih2?

Kamon la.

Orang tua2 mmg la cmtu.

Kami yang anak muda ni pun paham dan jemu dah perangai mcm ni.

Tgk je la Dr mahathir merajuk macam mana. Keluar UMNO.

Takkan nk tggu Nik Aziz keluar PAS mcm Tun buat?

Patut yang muda2 (lebih muda dari Tuan Guru) ni sama2 la perbaik hubungan.

Cuba2 la pujuk Tuan Guru tu. Si Nasha tu pula bertindak la macam orang muda sikit. Jaga la hati orang yang lebih tua sama.

Takkan nak tgk anak muda hilang hormat kat Nasha lak macam dia hilang hormat kat Nik Aziz?

Ada ke patut kasi provok? Ntah apa2.

Mv Agusta said...

Membangun bersama DAP, mazhab TGNA yg baru

gift card printing said...

Ada org kata blog MSO ni batu api..tapi saya tengok blog Tulang Besi(org kata proksi husam?) dan kickdefella(juga org kata blogger upahan husam?) adalah lebih dari batu api...

Saya tak nak ulas apa..full stop.

affandi said...

salam,,
sedih jugok ambo bilo tok guru kesayangn ramai kecek lagu tu..apo beza gagasan 16 september dg unity goverment?atau sb hok tu tubik dari mulut DSAI dan di sokong pulok oleh datok husam?hok dua2 idea tu semua nak campur dg umno jdtok saloh ustaz nsha sebut pasal tu cuma mungkin namo bezo ckit..kalu tanpo sokongn og2 melayu dlm umno mustahil pas dn pakatn buleh wat kerajaan...ataupun tok guru takut rakan2 dlm pakatan tersinggung dg idea utaz hadi?harap tok guru tau gapo hok tok guru uat insya allah.

KayKhairul said...

TGNA lebih senior di dalam perjuangan PAS, dan dia faham mengapa dia berkata begitu. Pengalaman dia berjuang dalam PAS lebih lama jika hendak dibandingkan dengan Dato Nasha. Jerih perih penderitaan perjuangan dirasai oleh beliau.

Maka, tidak hairan jika emosi TGNA sangat sensitif, pengalaman mengajar beliau, dan Dato' Nasha pula, nampak langkah anak muda yang baru berjinak-jinak.

Untuk pro-perpaduan, fikirkan untuk sokongan daripada pihak yang lain, kita berada di atas dengan izin Allah, dan usaha mereka yang menyokong kita.

Untuk MSO, dont talk too much, cukup sekadarnya.

Arerouge said...

teruk sgt ker org melayu islam sekarang nie takda perpaduan langsung sesama kita........kalau nak ikutkan tahun 80an yelah kot.masalahnya org melayu ni takut dgn bayang2 sendiri........yg tak menyambut PAS rasanya UMNO bukan sebaliknya dari dulu lagi.