Wednesday, September 16, 2009

Ulasan Peristiwa

Sukumaran Dan Para Pengampu Mahathir

BEBERAPA pengampu bekas PM, Mahathir Mohamad bangkit dengan kemarahan berulang-ulang dan jenis sama kepada si pencadang agar gambar Dr Mahathir Mohamad digantungkan dengan selipar. Bukan main lagi pembela Mahathir tersinggung sungguh dengan cadangan salah seorang perwakilan MIC itu. Macamlah perwakilan itu mencadangkan supaya Mahatahir dinyahkan dari bumi ini!

Bukan setakat menggesa agar perwakilan MIC itu memohon maaf tetapi ada yang membuat laporan polis. Untuk apa laporan polis! Bukankah cadangan itu sebahagian daripada demokrasi dan haknya berbuat demikian. Kadang-kadang bak laporan polis ini sudah jadi macam budak-budak main tembak-tembak saja. Sikit-sikit laporan polis, sikit-sikit laporan polis, sikit-sikit laporan polis. Berapa banyak dahhhh ...

Sejak semalam saya tercari-cari wajah perwakilan MIC yang berani itu dan menjadi sebutan itu. Tidak ada akhbar yang menyiarkannya. Namanya juga tidak ada disebut (atau mungkin saya terlepas pandang). Hari ini baru ada akhbar yang menyebut namanya. Dia rupanya timbalan ketua bahagian MIC Paya Besar, Pahang, M Sukumaran@Peter Sukumaran.

Melihat nama bahagiannya sudah boleh dibayangkan bagaimana bersemangatnya perwakilan ini. Paya Besar, tentulah hati dan jiwanya juga besar macam paya itu. Manakala namanya pula kalau diamati menunjukkan keunikan sendiri menjadikan dia berani dan tergamak membuat cadangan itu.

Namanya ialah Sukumaran, di mana kalau diasingkan nama itu jadi 'Suku' dan 'Maran'.
Menurut Sukumaran dia kata dia tidak sengaja membuat cadangan itu. Kita faham. Dia emosi sebab Mahathir telah mengkritik pemimpin dia. Bagi Suku, Samy Vellu adalah segala-galanya. Macamlah juga bagi sesetengah ahli Umno Mahathir adalah segala-galanya. Menjadi lumrah seorang pengikut yang taksub kepada seseorang dia tidak akan nampak apa-apa dosa dan noda kepada pemimpin itu.

Jika pembela Mahathir dapat memahami nama Sukumaran ini mereka tidak akan terasa hati. Apa tidaknya kalau dia tidak bernama Suku, dia akan tahu bagaimana kemurahan Mahathir dalam memberi laluan kepada Samy menjadi Menteri Kerja Raya. Kalau dia tahu nilai itu dia tidak akan tergamak membuat cadangan itu. Tetapi kerana Suku itu mungkin 'sesuku', maka ia tidak nampak kebaikan itu dan hanya nampak kekudus Samy Vellu.

Bukan saja Suku tetapi kalau ada orang bersifat sesuku dalam Umno juga akan marah kalau ada orang luar mengkritik pemimpin idola mereka. Siapa tidak sayangkan pemimpin... apa lagi kalau sudah sampai ke peringkat dia dipuja, pantang ada yang kritik akan dihentamnya.

Jadi orang atau penyokong macam ini bila pemimpin mereka dikritik dia akan melenting. Itulah terjadi kepada orang yang menjadi penyokong apa lagi pengampu Mahathir dan apa lagi yang merasakan Mahathir berbudi kepada mereka seperti memberi projek berupa jambatan ataupun lebuh raya dan sebagainya.

Sebenarnya tindakan Sukumaran itu sudah pun tepat. Rasanya hanya segelintir orang Umno saja yang tidak setuju dengan cadangan itu. Tetapi masih ramai dalam Umno menyokongnya dan bersetuju dengan cadangan itu. Orang di luar Umno juga menyokongnya. Saya percaya ada pihak yang menyokong tindakan Sukumaran itu cuma tidak berani menyatakan secara terbuka.

Kesilapan Suku ialah masa dipilih untuk mengemukakan cadangan itu. Kalau dia mengemukakan cadangan itu 10 tahun lalu tentu ia akan disambut hebat. Ketika Mahathir dianggap sebagai Mahazalim, Mahafiraun dan segala macam maha itu. Bukan saja kalangan MIC yang kini sudah berhijrah ke Hindraf tetapi orang Melayu juga. Tentu dia akan dijulang sebagai pemberani Malaysia.

Puak-puak reformasi yang mendokong perjuangan Anwar Ibrahim, yang berarak disegenap jalan raya mengutuk Mahathir tentu akan menyukai cadangan itu. Cuma sayang, cadangan itu dibuat selepas Mahathir sudah berhenti jadi PM. Di sinilah silapnya. Suka tidak suka hari ini kita kena menerima Mahathir sebagai pemimpin negara ini. Atas nama pemimpin itu kalau apa-apa cadangan menghinakan dirinya dibuat sangatlah tidak patut. Pun begitu atas keistimewaan itu Mahathir juga tidak boleh cakap ikut sedap saja. Dia juga perlu kena jaga lidahnya.

Saya bersetuju kalau Sukumaran akan memohon maaf ke atas kesilapannya itu. Cara paling baik dan wajar saya rasanya beliau sendiri pergi berjumpa dengan Mahathir sambil memakai kalung selipar dan memohon maaf kepadanya atau wakil Mahathir yang berlambak itu. Habis cerita.

Bagi saya tindakan Sukumaran itu masih belum sampai ke tahap seperti Muntadar al-Zeidi wartawan Iraq yang melempar kasut kea rah GW Bush, dia hanya baru peringkat mencadangkan saja. Maaflah dia. [wm.kl. 6:45 am 16/09/09]

4 comments:

MOGUNDAHALI said...

Salam

Mahathir patut sedar bahawa beliau sudah bersara dalam politik. Yang kuat komen Samy apasal. Kalau dah tua berehatlah.

PR perlu memberi sokongan kepada Suku maran. Saya yakin suku maran seorang yang setia dan layak berjuang bersama PR

Anonymous said...

SAMA JE DGN PENGAMPU DALAM PAS,DAP,MIC,MCA, TERUTAMA PKR

ANAFAKIR said...

salam buat semua..
Sebesar mana jasa kita, setinggi mana budi kita, sebanyak mana khidmat kita yang telah diberikan..kenapa diungkit-ungkit?Apakah kita berkhidmat dulu tidak ikhlas?Biarlah sehina mana pun orang nak umpat kita, maki kita dan hina kita..itu semua tidak menjadi kudis gatal kata orang tua-tua.Pedulikan itu semua sebab segala jasa, bakti dan khidmat kita dulu semata-mata kerana tanggungjawab dan amanah.Justeru Sukumaran nak cakap apapun cakaplahhh..biar dia puas.Kalau itu dapat memuaskan hatinya, oklah.Beri dia peluang.Tidak hangus mulut berkata api, tidak pekak telinga kita dek caci maki.kita cuma mengharapkan JANGAN Allah yang menhina dan memakihamun kita.Selain dari itu..persetankan semua.Sebagai pemipin mereka memegang amanah, kalau sudah ditunaikan amanah, cukupla tugas kita. Orang nak kenang, orang tak kenang, orang nak hina, orang nak maki..tak perlu kita ambil tau.Para pencacai, pembodek tak perlu lebih sudu dari kuah.Sebesar mana pun jasa Dr.M, tidak dapat menandingi jasa dan budi Junjungan Nabi Muhammad SAW.Orang seMAKSUM Baginda pun ada orang hina dan keji dia..habis?...jika dibandingkan dengan Dr.M, orang hina dan maki..apa lah sangat.Dr. M pun pernah menghina Baginda Rasulullah..apa beza dengan Sukumaran?Kita jangan angkuh sangat.Siapa pun kita,..jangan cepat melenting.Jasa dan khidmat yang telah kita hulurkan jangan diungkit-ungkit, kelak habuk pun tarak.Dapat doa pulak.Kalau benar kita jujur dan ikhlas..orang nak cakap apa pun..biarkanlah.Serahkan pada Allah.Kita milikNya.Justeru..apa-apa yang kita buat tidak lepas dari perhitunganNya.Renung-renungkanlah.

NASSURY IBRAHIM said...

Pada saya, Samy Vellu juga terlibat / menyokong perwakilan MIC hina Tun Dr Mahathir, sebab beliau tidak ambil tindakan sehinggalah isu itu heboh barulah diambil tindakan dan beri pelbagai alasan bela diri. Sweeping Samy daripada MIC.