Saturday, October 10, 2009

Analisa Maghrib

Pengundi Bagan Pinang Akan Menghukum Pembohong!

MANGSA berdarah yang dikatakan penyokong Pas kena tetak oleh sekumpulan orang di perimis pilihan raya Pas dibawah jagaan Dewan Pemuda terus menjadi misteri. Beberapa pemanggil telah memberi tahu bahawa kejadian berkenaan benar-benar berlaku. Ia bukan rekaan atau sesuatu gimik dan provokasi dilakukan oleh Pas untuk meraih simpati.

Sudah tentu para pemanggil itu merasa kurang senang dengan corak ulasan dan kupasan saya berhubung kejadian yang didakwa itu yang tidak memihak kepada Pas. Saya telah jelaskan saya mengulas mengikut profesionalisme saya sebagai penulis, pemerhati dan pengamat politik non partisan. Blog saya tidak untuk mengangkat sesiapa kecuali menegakkan keenaran dan keadilan.
Sumber-sumber berkenaan juga memberi tahu kenapa mangsa berkenaan tidak ditampilkan kerana ada sebab sebab tertentu yang disengajakan. Dan kesediaan Ketua Pengarah Operasi Pilihan Raya Pas, Sallahuddin Ayub tampil memberi keterangan kepada polis menjadi bukti kuat mengenai kejadian itu. Mereka menegaskan kalau ianya tidak benar masakan Sallehuddin tergamak berbohong!

"Saya yakin dengan kejadian itu, kalau tidak Sallehuddin tidak akan tampil untuk memberi keterangan," jelas seorang pemanggil yang beriya mempertahankan berita dan laporan mengenai mangsa yang malang itu seperti mana dilaporkan. Dia mengakui mengetahui cerita di sebalik ceritanya!

Nampaknya tragedi ini menjadi polimek dan bahan kempen disaat-saat akhir pilihan raya kecil N31 Bagan Pinang esok. Pas seperti menghadapi masalah berhuhung kejadian itu kerana tidak mengemukakan orang yang kena tetak ke khayalak umum menyebabkan ia menimbulkan kekeliruan dan menjadi tanda tanya.

Sebenarnya di sini, kalau Pas tidak menampilkan orang yang kena tetak itu itu bukan menjadi masalah. Mungkin atas muslahat (seperti mana dimaklumkan itu) orang berkenaan disembunyikan atas sebab-sebab tertentu. Apa yang penting di sini ialah menentukan apakah kejadian itu wujud atau tidak! Di sini jalan penyelesainnya mudah ia terletak ditangan pihak polis.

Dalam kes ini bukan soal siapa mereka itu tetapi siasatan penting menentukan jenayah itu. Dakwaan Pas itu meskipun tidak disertaikan bukti secara fizikal - menampilkan orang itu, tetapi polis masih boleh menyiasat berpandukan kepada beberapa insiden sebelum ini dan juga laporan dibuat oleh Pas. Polis seharusnya tidak perlu merasa ragu kepada laporan itu kerana ia terikat dengan akta dan peraturan yang boleh mendakwa orang yang membuat laporan palsu.

Pas dikatakan telah membuat beberapa laporan polis mendakwa mereka diganggu atau dipukul sampai bengkak. Ada samseng yang cuba menganggui perjalanan kempen mereka. Walaupun kes itu tidak sampai berjajaran dengan darah tetapi apa yang berlaku (berdasarkan laporan polis) menjelaskan ada kes yang berlaku.

Kenyataan salah seorang Exco pemuda Umno yang mengatakan mereka akan menghadapi Pas secara ala kamado juga tidak boleh diketepikan. Kenyataan itu sendiri sudah berniat jahat dan berunsur jenayah. Kita faham bila mana sebut komando pasukan berani mati yang akan melakukan apa sahaja.

Apakah samseng yang menyerang petugas Pas yang ditunjukkan berjejeran darah itu dari kumpulan komando yang dimaksukan itu?

Tanggunjawab polis dalam hal ini besar. Mereka bukan saja perlu meminta orang itu tampil ke hadapan dan menanti laporan polis oleh orang yang menjadi mangsa, tetapi polis kena menyiasat sendiri. Tidak perlu laporan polis untuk disiasat berhubung sesuatu kejadian jenayah. Menjadi kewajiban polis menjalankan tugasnya bila sudah diketahui ada kejadian jenayah berlaku. Gambar yang dipaparkan itu adalah bahan bukti untuk memuka kertas siasatan.

Bagi menghuraikan kekeliruan ini di sini saya mencadangkan kepada polis agar menyiasat sejauh mana benar atau tidak, wujud atau tidak mangsa yang dipukul dengan parah itu. Bukankah kejadian itu berlaku di perimis Pas. Polis boleh pergi ke permis Pas mencari kesan-kesan kejadian itu di sana. Salah satu ialah titisan darah. Dari darah itu polis dapat mengesahkan apakah ianya darah ayam, ikan, itik atau pun orang. Dalam hal ini polis jangan hanya abses kepada kes meliatkan orang ternama saja.

Ini tidak pelik bagi polis. Kita ada jabatan forensik untuk menyiasat perkara ini. Soal remeh, membuang masa tidak timbul. Apa yang penting ialah mengesahkan kejadian itu demi keadilan dan kebenaran. Dan sekiranya ada kesan dan bukti polis kena siasat. Pelaku kekejaman itu tidak boleh dibiarkan tanpa mengira anutan ideologi dan warna parti yang mereka diminati.

Kerja polis ialah menjamin dan menegakkan keadilan dan keamanan untuk semua.

Sehubungan itu, pihak polis nampak mereng dalam memberi kenyataan balas berhubung dakwaan Pas tentang mangsa kena pukul itu. Tetapi diam membisu terhadap dakwaan Ketua Putra Umno, Abdul Azeez Rahim yang dakwa dia kena pukul dan sampai terlantar di katil hospital dan dilaporkan dalam tv. (Dah keluarkah Azeez?)

Polis harus segerakan siasat dakwaan Azeez itu. Apakah benar beliau dipukul atau pun ia hanya satu sandiwara yang tidak cukup latihan sahaja yang mana akan diketawakan oleh budak-budak. Ini penting kerana dakwaan Azeez itu menjejaskan Pas. Azeez terang-terang mendakwa ia adalah perbuatan orang-orang Pas. Kalau Azeez gagal mengemukakan bukt,i Pas boleh saman Azeez atas alasan menjatuhkan reputasi Pas.

Mungkin masanya sudah suntuk untuk polis mencari jawaban kepada permasalahan ini. Tetapi ia memberi kesan yang besar. Sekiranya ada orang yang meragu dengan laporan, dakwaan Azeez jangan salahkan mereka kerana buktinya belum ada. Polis gagal menangkap orang memukul Azeez dan membawa ke muka pengadilan. Selagi belum ada bukti bermakan selama itulah Azeez berbohong.

Begitu juga kalau orang mempercayai bahawa penyokong Pas ditetak hingga sampai berdarah, jangan salahkan mereka. Mereka wajar mempercayai apa yang dijelaskan pemimpin mereka selagi polis tidak mengemukakan bukti bahawa kejadian itu adalah tidak benar. Bila ianya dilaporkan kepada polis maka menjadi hak dan kewajiban polis menanganinya.

Nampaknya Pas dan UBN masing-masing dibelit dengan dua kejadian misteri. Bagi pihak Umno mendakwa Pas menganggu dan memukul Azeez Rahim, manakala bagi Pas pula mengemukakan bukti bergambar petugas mereka ditetak hingga berlumuran darah.

Pengundi di Bagan Pinang tentu akan dapat membuat penilaian terhadap kedua-dua kejadian itu. Pengalaman lalu serta budaya samseng yang diamalkan oleh mana-mana pihak sejak 50 tahun lalu boleh dijadikan paduan tepat untuk melihat siapa yang baik dan siapa yang jahat.

Dalam hal ini, kenyataan dan ulasan pihak polis tanpa disertakan bukti tidak boleh dipakai atau dijadikan panduan dalam menerima atau menolak sesutau kejadian didakwa itu. Saya percaya pengundi Bagan Pinang sudah ada mindsetnya sendiri untuk memilih antara calon Pas dengan calon UBN. [wm.kl. 7:30 pm 10/10/09]

2 comments:

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

salam hormat !

kenapa perlunya disusut punca?,ini kes telah menjadi pertaruhan kalah menang ibarat "buah ghorib" yang bolih membawa maut. ingat sejarah! lambang satu kaum diserawak iaitu tengkolok salib yang dipakai olih ku Li telah dimanipulasikan untuk merebahkan beliau dalam pemilihan kepimpinan umno pada suatu ketika dahulu itu bolih dijadikan pengajaran disebaliknya maka dengan itu peluru senjata dihujung senja bolih membawa erti besar khususnya kepada pengundi pengundi diBagan Pinang ini.

Jesteru itu adalah menjadi tanggungjawab kita menyebarkan maksud bentuk kempen bersih diperlukan dan bukan sahaja kepada calon sahaja untuk dicontohi.
Bagan pinang sudah tentu mahukan satu keadaan yang mencerminkan keadaan aman damai bersesuaian dikawasan yang paling ramai anggota keselamatan yang terdapat disini....

inilah tiupan semangat yang perlu dimainkan ketahap yang perlu dihayati olih semua....selamat mengundi kepada seluruh warga penduduk diDUN Bagan Pinang !

C L J said...

Jadi pengundi kena buat pilihan berdasarkan kalut yang timbul itulah. Belakangkan potensi pentadbiran dan pemgurusan bembinaan dan pembangunan masyarakat. Satu percubaan bijak untuk mengalih perhatian daripada permasaalahan sebenar. Bijak. Bijak.