Wednesday, February 10, 2010

Komen Pejenguk

Belajarlah Politik Lee Kuan Yew Untuk Bangsanya

SAYA menerima satu email dari penjenguk yang menamakan dirinya sebagai Kurasa Sepi. Saya kira komen ini bertanggungjawab yang datangnya dari generasi muda. Ada sesuatu yang boleh dipetik dari komen ini. Saya siarkan sepenuhnya komen beliau menerusi email ini dengan pembentulan ejaan. Saya harap Kurasa Sepi tidak akan marah dengan penyiaran komennya ini dan saya ucapkan terima kasih.


Salam pakcik MSO…
Ini komen saya setelah saya membaca tulisan pakcik mengenai "Mengapa Harus Bencikan DAP?"


Apa yang dikatakan pakcik tu memang betul... DAP memang konsisten dengan perjuangan mereka… Saya orang Johor. Ibu bapa saya seorang pesara guru. Secara jujur saya amat mengkagumi pentadbiran Lee Kuan Yew & Singapura. Beliau memang seorang pemikir yang hebat. Malahan akibat pentadbiran Lee Kuan Yew lah Singapura berjaya menjadi sebuah negara kecil yang maju dan ke hadapan lebih jauh dari Malaysia.

Melalui pentadbirannya yang bersih bukan sahaja dari Perdana Menterinya, malahan dari menteri sampailah ke peringkat bawahan kakitangan kerajaan. Ini berbeza dengan Malaysia dari peringat atasan sampailah ke peringkat bawahan. Semunya terlibat dengan rasuah, bagi hamper,bagi handphone dan bermacam lagi.

Tetapi tidak dapat dinafikan tidak kesemuanya kakitangan kerajaan terlibat dengan gejala-gejala yang saya sebutkan tadi.. Berbalik kepada cerita DAP, kita semua tahu yang DAP adalah parti serpihan PAP. Penasihat DAP saudara Lim Kit Siang pun adalah bekas Setiausaha Lee Kuan Yew. Mungkin Tidak ramai orang yang mengetahuinya.

Seperti yang yang kita semua tahu kecuali yang tidak tahu sejarah Singapura dahulu ialah sebuah negara Melayu seperti juga Malaysia. Jika tidak percaya cuba kita tonton semula cerita di zaman P. Ramlee sewaktu era Malay Film Production di jalan Ampas Singapura. Cerita seperti Seniman Bujang Lapok, Pendakar Bujang lapok, Tiga Abdul, Antara Dua Darjat dan beberapa lagi cerita yang saya terlupa tajuknya jelas menunjukan keadaan zaman Singapura pada masa itu.

Pada masa itu memang bangsa Melayulah majority di Singapura. Tetapi akibat dari sikap Lee Kuan Yew yang memperjuangkan Malaysian Malaysia dan mempertikaikan perlembagaan, telah membuatkan Tunku Abdul Rahman menendang Singapura keluar dari Malaysia pada ketika itu. Sebab itu orang – orang tua dahulu begitu benci kepada nama Lee Kuan Yew dan Lim Kit Siang. Tetapi pada saya secara peribadi kita tidak boleh salahkan mereka kerana mereka memperjuangkan bangsa mereka.

Tetapi saya tidak dapat menerima jika bangsa kita iaitu melayu dihina sehina-hinanya. Kita nilailah sendiri apa yang dilakukan oleh ahli – ahli parlimen DAP semasa ceramah politik seperti member salam, membaca ayat Al-Quran dengan tonggang langgangnya. Yang saya pelik orang-orang Melayu Islam yang ada pada ketika itu turut bertepuk tangan. Itulah kelebihan PAP dan DAP. Mereka begitu faham tentang mentaliti dan bagaimana untuk mencairkan hati orang Melayu.

Lee Kuan Yew sebenarnya adalah seorang Cina yang lahir di Batu Pahat Johor. Dia begitu pandai membaca dan menulis jawi. Saya ada terlihat video youtube di laman blog Tok Guru Nik Aziz. Dia menulis di buku kehadiran di pejabat Tok Guru menggunakan bahasa jawi. Di Singapura, bagaimana sebuah negara yang pada asalnya bangsa Melayu adalah penduduk majoriti boleh bertukar kepada minoriti.

Kepada kita yang ada saudara mara di Singapura, cubalah kita tanya kepada mereka. Bagaimana keadaan mereka sekarang. Lee Kuan Yew memang seorang yang amat pintar dan sangat cerdik. Cuba kita fikirkan apa akan jadi pada Malaysia pada masa hadapan jika puak-puak ini memerintah. Kalau kita tidak ambil endah, cuba kita fikirkan pula apa yang akan jadi pada anak cucu kita.

Tentang situasi di Perak pula, saya berpendapat BN terlalu gopoh untuk mengambil alih tampuk pemerintahan. Jika Dun Perak dibubarkan, saya berpendapat situasidi Perak tidak akan jadi seperti yang kita lihat. Tetapi saya berasa ada hikmahnya juga. Bekas menteri besar yang telah dilantik oleh Sultan Perak telah digunakan sepenuh-penuhnya oleh 2 orang pimpinan DAP di Perak.

Jangan cuba kita nafikan benda itu tidak terjadi. Kita nilailah keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh beliau semasa menjadi MB Perak dahulu. Segala-galanya telah ditentukan. Cuba kita lihat siapa yang berbaring di tengah jalan sambil terlompat-lompat menjerit seperti orang kerasukan, tidakkah itu orang Islam dan Melayu.

Saudara kita seagama dan sebangsa. Relakah kita melihatnya. Cuba kita lihat pula siapa yang berbaris beramai menyertai Gerakan Mansuhkan ISA? Boleh dikatakan semuanya orang Melayu.

Persoalannya agenda siapa yang mereka perjuangkan? Siapakah yang akan mendapat keuntungan hasil daripada perjuangan mereka itu? Bangsa manakahkah yang akan berpecah? Kita nilailah sendiri.

Betul kata Tun Dr. Mahathir, bangsa Melayu sekarang amat terhimpit dan tersepit. Hendak menyokong Umno pemimpinnya bergelumang dengan rasuah. Hendak disokong pembangkang lain pula ceritanya. Maaf jika komen saya ini dianggap perkauman, tetapi pada saya buat masa ini tidak ada satu parti politik pun yang benar-benar ikhlas berjuang untuk orang melayu seperti zaman Dato’ Onn dahulu.

Kepada pakcik MSO, ini pertama kali saya memberi komen di ruang komen. Jika ada kesilapan, harap dapatlah pakcik menegur kesilapan saya.
Salam.

13 comments:

Anonymous said...

Salam tuan MSO...
Saya amat kagum dengan pandangan bernas penjenguk di atas. Izinkan saya copy masuk ke dalam blog saya. Terima kasih.

Gundrohiker said...

Walaupun saya undi pembankang pada pilihanraya lepas, tetapi saya amatlah bersetuju dengan komen saudara nie.

DAP memang consistent dengan Malaysian Malaysia die. Tak silap saya, Lim Guan Eng baru2 nie ada kata yang beliau ingin mempractikkan meritocracy dalam pentadbiran Penang i.e. naik pangkat ikut keupayaan. Between the line, makesudnya, akan lebih kurang org Melayu dalam pentadbiran.

Jka kita lihat, Singapura banyak juga mengambil pekerja asing low skill seperti kata Asia Sentinel. Tetapi tidak seperti Malaysia yang ambil pekerja dari Indonesia, mereka mengambil low-skill workers dari China dan Vietnam. Kenapa, supaya the dominant majority kekal cina.

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum Ttuan. Saya amat tertarik dengan e-mail teman kita itu. Bagi saya, Pandangannya merupakan pandangan yang merenungkan kita ke dalam diri kita akan sejauh mana kita benar-benar istiqamah dan iltazam dalam menjayakan bangsanya sendiri. Kalau dikatakan DAP chauvenis, bagaimana dengan Ibrahim Ali dan orang-orang yang sejenis dengannya. Bagaimana pula dengan orang Melayu yang berada dipuncak kuasa yang pernah berkata "kita tak boleh halang kalau ada NGO yang hendak menyatakan bantahan mereka" (Merujuk kepada isu kalimah Allah). Bagaimana pula dengan mereka yang berkata "basah keris dengan darah Cina", "kita kena bawa sekurang-kurangnya seorang sebatang mancis" dan banyak lagi kalau nak disingkap. Tapi mereka ini bukan chauvenis hanya kerana apa yang dilakukan mampu mempertahankan kuasa mereka.


Seperti kata tuan, kaum Cina adalah kaum yang punya jati diri yang kuat dan tidak berkomporomi dalam mempertahankan identiti bangsanya juga haknya. Mungkin kerana mereka adalah golongan perantau maka kekuatan itu ada pada diri mereka. Cuba kita perhatikan orang Melayu yang berurusan dengan orang Cina, apa jenis bahasa Melayu yang mereka gunakan. Adakah kita yang terikut gaya bahasa mereka atau sebaliknya mereka yang mengikut. Anak muda hari ini bercakap dengan bahasa "lu, gua",; itu bgaya bahasa siapa? Lihat pula bagaimana mereka mempertahankan pendidikan dalam sekolah jenis kebangsaan Cina dan bagaiimana pula kita dalam menghadap isu PBSMI tempoh hari? Semua ini jelas memperlihatkan kepada kita betapa Melayu ini seolah-olah tak mampu mempertahankan identiti dirinya sendiri.

Kalau kita membuka buku Sejarah Melayu tulisan Tun Sri Lanang, kita melihat begitu banyak watak yang menjjahanamkan bangsa Melayu. Oleh kerana berebut kuasa mereka sanggup menjadi alat kepada musah dari kalangan bangsanya sendiri atau orang luar seperti Siam, Majapahit, atau Portugis. Perhati sahaja bagaimana keluarga Tun Fatimah dibunuh, apa yang terjadi pada Tun Jana Khatib dan tergamak mereka membunuh Hang Nadim yang berjasa kepada Temasik.

Sultan pula sanggup memerah tenaga rakyat hanya kerana ingin memenuhi tuntutan nafsunya untuk berkahwin dengan seorang puteri tapi berhenti dari meneruskan hasrat itu disebabkan anaknya sendiri. Barangkali kalau anak itu bukan anaknya maka budak itu akan menerima nasib seperti Hang Nadim.

laksamananya pula begitu setia membabi buta kepada sultan sehingga sanggup merampas tunangan orang untuk dihadiahkan kepada raja, membunuh sahabat yang membela dirinya hanya kerana setia kepada baginda.

Sejarah bangsa Melayu yang terkemudian pula menyaksikan bagaimana orang Melayu sanggup menjadi alat kepada British yang membawa kepada Tanah Melayu sepenuhnya jatuh di bawahnya pada tahun 1919.

Sedikit rentetan sejarah ini sama ada dalam bentuk metos, lagenda atau punya fakta yang nyata jelas memgambarkan siapa itu bangsa Melayu dari dulu hingga ke hari ini. Watak-watak yang ada dalam sejarah kita sebenarnya boleh kita temui hingga ke hari ini lebih-lebih lagi dalam perjalanan politik kita. Kewujudan watak seperti itu memang tidak boleh dihentikan selagi nafsu menguasai diri mereka tetapi kita harus menolak mereka yang punya watak-watak buruk itu dengan penuh keberanian bersandarkan agama yang terkandung di dalamnya al-quran dan hadith dan pimpinan ulama.

Janganlah kita begitu meletakkan kelemahan kita dengan mengkambingkan hitamkan orang dengan mengatakan chauvenis, komunis atau apa sahaja gelaran yang nak diberi. Bila kita mengungkit demikian maka mereka akan menungkit begitu kerana orang Melayu pun ada yang menyertai perjuangan komunis. Bak kata seorang pengacau di TV3 tempoh hari, DAP ni parti anak bapak, persoalannya PKR itu bukan parti anak emak bapak kah? UMNO yang juga parti anak beranak dengan anak beranak jadi perdana menteri..

Kesimpulannya, orang Melayu kena rajin tengok cermin dan jangan sampai cermin menipu diri orang Melayu.

mawar berduri said...

Sdr MSO,

Saya sebagai melayu mengatakan DAP sarat dengan muslihat apabila bermain politik dgn bangsa melayu. Fahaman perjuangan mereka membuatkan melayu sentiasa akan berasa curiga.

Perasaan ini bukan mainan, tetapi kesan ideologi PAP yang telah menyusunkan masyarakat di Singapura nyata memberikan peringatan berpanjangan kepada bangsa Melayu di M'sia.

Pada pandangan saya, semua bangsa di M'sia sepatutnya tidak terlalu beremosi dlm perjuangan parti politik masing2. Namun disebabkan provokasi sesetengah pihak, tidak kira dari parti mana pun, ianya menggambarkan seolah bangsa2 di M'sia ini sedang bergasak. Hakikatnya negara kita ini aman & harmoni sebenarnya.

Memanglah setiap provokasi melampau pasti menguji kesabaran semua bangsa. Tetapi dalam hal ini, ketegasan penguatkuasaan undang2 oleh pihak kerajaan lah sepatutnya yg perlu diberi perhatian.

Jika perlaksanaan undang2 dijalankan secara adil & tertib, saya kira provokasi yg memainkan perasaan semua bangsa tetap akan terkawal. Kebebasan setiap bangsa tidak dinafikan, tetapi dengan penguatkuasaan undang2 seperti Akta Hasutan atau ISA yg dijalankan secara telus & berani pasti membendung tumbuhnya kumpulan2 pendesak yg berkepentingan tersendiri.

Sebagai manusia, tidak kira apa bangsa sekalipun akan suka pada keamanan dan keharmonian. Cuma, di M'sia bangsa cina dilihat bijak dari segi ekonomi dan melayu pula dilihat berani kerana benar kuasa & hak mereka didaulatkan di tanahair ini.

Gabungan antara kuasa politik dan kuasa ekonomi yg terbentuk sekian lama di negara ini saya kira sangat ideal utuk terus memartabatkan M'sia di persada negara maju.

Pada pandangan saya, sejarah hitam 13 mei '69 sebenarnya telah mengajar tentang peri pentingnya perpaduan dalam hakikat kehidupan berbilang kaum di M'sia. Maka di sini tiada untungnya bagi sesiapa pun jika terus mempertikaikan hak antara satu sama lain.

Adalah tidak masuk akal, sekiranya di waktu ini kita ingin membentuk satu budaya dalam kehidupan yg berbilang bangsa. Saya kira tidak salah untuk kita terus kekal dengan budaya masing2 dan dalam masa yang sama kita tetap memahami antara satu sama lain.

Persolannya sekarang, adakah pengekalan keamanan & keharmonian ini akan diambil keutamaan oleh DAP? Sedangkan pada masa yg sama mereka membawa sangat tebal semangat& jatidiri kecinaan dari negara asal nenek moyang mereka.

Mereka seakan tidak nampak bahawa Malaysia ini adalah sebuah negara berdaulat yang berpayungkan Raja Berpelembagaan. Apakah roh perjuangan politik mereka mematlamatkan agar Malaysia ini akan bertukar menjadi Cinasia?

terima kasih.

mns said...

Kepada penulis komen ...

Saya hairan dengan saudara . Kemunduran melayu sekarang nak saudara letakkan kepada siapa ? nak salahkan siapa ? salahkan LKY ..salahkan LKS salahkan DAP . Saudara sendiri pun tahu UMNO lah yang berkuasa sejak merdeka hingga sekarang . UMNO memegang majoriti sehingga boleh menggubal / mengubah undang2 dan perlembagaan . Tapi tanya diri sendiri apa yang dah UMNO buat untuk kemajuan bangsa melayu sendiri .

Saudara nilailah sendiri PPinang . Siapa yang menyerahkan jawatan KMenteri kepada kaum cina ? bukankah UMNO sendiri . Siapakah yang menggadaikan tanah rizab di PPinang untuk menjadi jutawan ..bukankah UMNO sendiri . Siapa sebenarnya yang menggadaikan PPinang ? Mengapa kontrak2 negara banyak masuk ke taukeh2 cina ? Mengapa projek2 dijalankan oleh kontraktor cina sedangkan tender dapat kepada kontraktor melayu .... ya itulah alibaba .Siapa golongan alibaba kalau bukan JKKK UMNO @ K bahagian @ K kawasan .. Celiklah mata . Tiada siapa yang menjual malaysia melainkan UMNO sendiri yang menjualnya .

ramly said...

saya sokong kepada komen penjenguk blog mso ni.... rasional komennya...tak macam mso..

mso.im said...

Nampak komen penjenguk mendapat komen yang positif dari beberapa penjenguk. Ada juga komen yang tak relevan. Masih ada penjenguk yang tidak tahu bahasa politik tetapi cuba melibatkan diri dalam politik. Diharap kepada yang tidak faham maksud berlapis atau membawa yang tersirat mendalami ilmu politik untuk mengelakkan kita kelihatan dangkal. Secara umumnya saya berpuas hati dengan komen-komen yang diberikan. Hormat dari saya, MSO.

KYS said...

Salam Tuan MSO,

Kita atas dunia ini semua hendak hidup. Tapi bagaimana cara kita hidup dan mewariskannya pada anak cucu kita?

Walaupun Cina dahulu banyak menyokong BN tapi ramai mereka telah menykong pembangkang.

Dalam bangsa Cina itu sendiri ada yang baik dan ada yang jahat. Begitu juga Melayu dan lain lain bangsa.

Walaupun orang Cina kurang ke jalanraya melahirkan tidak puas hati tapi bunga bunganya saya sudah nampak. Berikan mereka masa.

Saya percaya dengan Lim Guan Eng. Saya percaya dia seorang yang jujur.

Kalau esok pembangkang memerintah marilah kita berharap supaya tampuk pemerintahan terdiri dari orang yang jujur dan berkarisma seperti Nizar, LGE, DSAI dan seterusnya.

Dalam pada itu marilah kita menyeru semua anak kita belajar dan berjaya dalam pelajaran, berbudi bahasa dan mempunyai moral yang tinggi.

Kemalasan dan suka berhibur adalah musuh utama bangsa Melayu. Kenyataan ini amat pahit tapi ada benarnya.

Orang tua sibuk berkaraoke dan orang muda, hmm tak tertulis rasanya.

Bangunlah bangsa Melayu biar setanding dengan bangsa lain. Bacalah sajak Melayu oleh Usman Awang sebagai renungan.

Janganlah kita bermusuh dengan bangsa lain secara total kerana ada antara mereka adalah kawan dan mahu bergerak seiring sejalan dengan kita.

Apa juga kekurangan orang Melayu sekarang adalah kerana kita sendiri dan sedikit sebanyak UMNO telah menjadikan kita orang Melayu kuda tunggangan mereka terlalu lama.

Abg said...

saya impikan malaysia yang menggunakan satu sistem persekolahan..satu bahasa..berkaitan bantuan kerajaan- keutamaan kepada yg memerlukan..bukan kepada sesuatu bangsa sahaja.. itu baru keadilan namanyer..nak sokong umno..dah terbukti gagal 50 thn memerintah..nak sokong PAS..asyik berubah2..nak sokong sapa lagi nie...penin2

Islam Hebat said...

salam...

pada pandangan saya kita semua perlu kembali pada diri sendiri juga... seperti apa yg Tuan MSO katakan... kita tidak perlu terlalu menyalahkan org lain... bangsa atau kaum Allah yg menciptanya... ada hikmah disebaliknya... apa yg penting di sisiNya adalah Ketakwaan... cumanya skrg, saya berpandangan kita mempertahankan Melayu di di zaman skrg di sbbkan Melayu menjadi Wasilah/medium/wadah Islam di tanah air kita... manusia dtg dari keturunan yg sama iaitu adam dan hawa... yg harus diperbalahkan bukan kaum atau keturunan tetapi soal akidah dan dakwah lah yg terpenting... kita umat Islam perlu bijak dan rajin menuntut ilmu dan mengamalkannya... jika Islam hanya ada pada nama... maka buruk lah pandangan non-muslim terhadap Islam... sdgkan Islam itu hebat.. kalau melayu lemah dan mudah ditipu maknanya dia tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.. tidak kira di pihak A atau B...

wallahualam

Anonymous said...

Pada aku..DAP dan PAP..serta ahlinya bijak pandai..smart..mereka pilih pemimpin yang memang berkualiti..bukan macam parti Melayu..lebih2 lagi sekarang tahun 2008 punya pilihanraya..berok pun boleh jadi calon parti BN..
Lepas tu..DAP dan PAP..tak lupa matlamat parti mereka..bukan kepentingan nak jadi PM sampai mati..Lee Kuan Yew memang bijak..kalu nak banding dengan PM kite berpolitik..jadi janganlah nak takut2kan rakyat..sedangkan pemimpin Melayu yang berkuasa tu lah yang menjahanamkan bangsa sendiri..sekarang nasi dah nak jadi bubur barulah..nak takut2kan Melayu..pirah..kalau betul..pemimpin Melayu yang kaya raya..jual harta dan masukkan dalam tabung haji buat pelaburan ekonomi bantu Melayu..kalu betoi lah...cakap mesti ada bukti..Lee Kuan Yew tak peduli walaupun UMNO nak tangkap dia..berkorban..ade ke pemimpin MELAYU sekarang berani membela Melayu dan Islam hingga ditangkap..kalau ade pun akan difitnah diugut...oleh siapa...oleh Melayu busuk hati jugak..
Pada aku..Melayu..akan terus layu..selagi pemimpin Melayu..kualitinya tahap bawah tandas aje..retorik retorik retorik..tak habis2..BIOR le LUNCAI terjun dengan buah pelernya..

anafakir said...

Buat semua rakan-rakan Melayu..untuk apa kita prejudis dengan parti politik Cina?mereka pun ada tanggungjawab untuk survival bangsanya sendiri.Kalau kita di negara org, kita juga begitu gayanya.Bijak untuk bersatu dan mengembleng tenaga menjaga kebajikan kaum.Begitu juga dengan bangsa Melayu ni, kita angkuh dan ego kerana kita merasakan Malaysia ni milik kita jadi kita tidak perlu berusaha keras kerana kita akan terus hidup sebab negara sendiri.

Sedangkan kaum cina atau kaum lain mereka perlu bersaing seboleh mungkin kerena mereka sedar mereka asalnya dari luar, penerimaan bangsa Melayu terhadap mereka masih tidak 100% tulin justeru mereka perlu berusaha untuk menjaga kepentingan mereka sebab sebarang kemungkinan boleh menimpa mereka.

Orang cina berpolitik untuk kemajuan bangsanya, orang Melayu berpolitik untuk kepentingan peribadi .Dan akhirnya bangsa sendiri menjadi mangsa dek kebaculan pemimpin.Gagal mentadbir dan memajukan bangsa kerana leka dan lalai dengan kuasa dan pangkat maka dipersalahkan kaum cina yang begitu maju dan berdaya saing.Selama ini apa yang kita buat untuk meperkasakan nasib bangsa.Kuasa di tangan kita selama 50 tahun lebih,..sedangkan org cina dgn menumpang dan berkongsi ehsan kuasa, mereka menjadi peneraju ekonomi negara, peneraju kemajuan negara, mereka membantu membina Malaysia menjadi maju dan membangun dengan cepat.Apakah kita boleh bangun dan berdiri sendiri tanpa bantuan mereka [ kaum cina ] untuk memajukan negara?. Bila bangsa cina maju, secara tidak langsung Malaysia ini juga terpalit sama tempias kemajuan tersebut.Mereka bukan bangsa yg melukut di tepi gantang, mereka adalah beras dalam gantang,tiada mereka kita terasa, dengan adanya mereka kita juga menjadi kaya...

Nabi kita pernah menyuruh umatnya belajar sampai ke negeri China, untuk apa itu semua?...tidak berfikirkah kita?.Mengapa nak dipersalahkan bangsa cina atas kemelaratan bangsa kita.Mereka tidak merampas hak kita, mereka membeli secara sah apa sahaja yang mereka miliki hari ini.Mereka membeli dengan harga yang tinggi bukan seperti pemimpin kita membeli dan merampas hak bangsa sendiri dengan pampasan yang amat jijik dan tidak bertamadun.Menipu bangsa sendiri..Cina membeli secara sah harga yang ditawarkan mereka tidak menipu, mereka membeli siap dengan surat-surat peguam.Lengkap dan menepati undang-undang.Sebaliknya kenapa pemimpin Melayu tidak sanggup menolong bangsa dengan menawarkan harga yang tinggi kepada segala hartanah yang ingin dimajukan?Cuba tawarkan pampasan yang berkali ganda, pasti rakyat tidak menolaknya, rakyat menolak kerana jelas wujud unsur penindasan terhadap harta mereka.

Lee Kuan Yew boleh bangunkan Singapura menjadi lebih maju dari Malaysia, terkenal di Asia Tenggara malahan di dunia juga, maka pemimpin kita berkata "Singapura boleh la sebab dia kecil sahaja".Alasan cukup bodoh.Soalan saya,kenapa kita tidak majukan pulau peranginan kita yang berlambak dalam negara menjadi setanding Singapura?Kita ada Pulau Pinang, kita ada Labuan, kita ada Tioman, kita ada Pangkor.Semua pulau itu ibarat hidup segan mati tak mahu..sepatutnya boleh dijadikan sebuah pusat yang hebat untuk perdagangan dan pelancongan bertaraf dunia.Semuanya kerana maian politik.Pulau Pinang sehayat dengan Singapura, tetapi cuba bandingkan dengan Singapura sekarang?...jauh bagaikan langit dengan bumi tahap kemajuannya.

Berhentilah menyalahkan cina atau sesiapa sahaja jika bangsa Melayu ini mundur.Hina mulia, miskin kaya, maju mundur bangsa kita adalah tanggungjawab kita..tak gitu para pemimpin GPMS

Jangan jadi pengemis di bumi sendiri, seperti kata Allahyarham Aminuddin Baki, "ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan, negara kita menjadi milik orang...Orang pertama yang pasti bersalah dan patut dipersalahkan dan wajib berada dikandang orang salah ialah PEMIMPIN MELAYU itu sendiri.

zaidi said...

Salam tuan MSO..

Saya suka blog tuan, teruskan usaha tuan untuk memberi teguran dan pandangan yang tidak bersudut. Teruskan usaha tuan mendidik penulis muda yang mengomen diblog tuan. Hendaknya jadikan lah blog tuan sebagai kuliah politik bermanfaat kepada anak muda supaya tajam daya penglihatanya dalam arus politik, dalam mencari kebenaran dan menentang kemungkaran. Tuan mso saya ingin memberi pandangan sedikit atas pandangan saudara Johor.

Saudara Johor;
Ini komen saya setelah saya membaca tulisan pakcik mengenai "Mengapa Harus Bencikan DAP?"

Zaidi; Saya setuju dengan saudara daripada Johor yang member ulasan berkenaan LKY(singapura), peminpin kreatif dan hebat. Mengerakan dan memacu singapura jauh kehadapan berbanding jiran yang yang kaya hasil bumi tetapi masih didalam kepompong, kaya dengan selogan tetapi gagal dalam mengurus pelaksannaan (terlalu banyak sampah dibawah carpet).

saudara johor;
Seperti yang yang kita semua tahu kecuali yang tidak tahu sejarah Singapura dahulu ialah sebuah negara Melayu seperti juga Malaysia. Jika tidak percaya cuba kita tonton semula cerita di zaman P. Ramlee sewaktu era Malay Film Production di jalan Ampas Singapura. Cerita seperti Seniman Bujang Lapok, Pendakar Bujang lapok, Tiga Abdul, Antara Dua Darjat dan beberapa lagi cerita yang saya terlupa tajuknya jelas menunjukan keadaan zaman Singapura pada masa itu.

Zaidi; Persoalan yang dikemukan oleh saudara johor, mengapa melayu singapura merempat dibumi nenek moyang. Lihat semula lipatan sejarah pasca merdeka, Kelopok mana majority, PAP atau Umno. Sejarah bukan untuk mengajak kita menangis sepanjang hari. Lihat hari ini, hebatkah umno johor mengurus tadbir berbanding jiran seberang tambak. Tidakkah bagai langit dengan bumi selepas 50 th. Tidak cemburukah jiran sebelah rumah yang membekal air dan pasir murah untuk jiran membina mahligai. Tepuk dada tanya selera untuk umno johor berapa banyak lagi tanah di koridor selatan dan pulau dipersekitaran untuk digadaikan lagi kepada LKY.

Saudara johor:
Sebab itu orang – orang tua dahulu begitu benci kepada nama Lee Kuan Yew dan Lim Kit Siang?

Zaidi; Kenapa dibenci jika kita (umno) gagal mengurus amanah nenek moyang. Adakah lim Kit siang yang dikatakan menerus agenda Malaysian-malaysian perlu dibenci.

Lihat scenario pulau pinang, contoh hampir kepada singapura. Apa dah belaku kepada melayu pulau pinang. Terbelakah nasib mereka dipulau pinang. . selama 50th. Kemana hilangnya tanah rezab melayu. Kemanakah perginya kampung-kampung melayu. Adakah angkara LKS. Umno pulau pinang bertangungjawab!

Siapa lebih mulia koh su kun atau lim guan eng atau LKS. Siapa lebih telus dalam mengurus. Jangan jadi macam pemuda umno berkokok tapi ekor begelumang dengan tahik.

Pentadbir yang baik adalah pengurus yang telus. Hanya yang amanah berani melakukan, sipenipu tidak akan berani didalam suasana terang benderang.

Adakah melayu akan terus terpingir jika suasana terang benderang. Jika peminpin itu tahu kuasa yang ada diperolehi dari rakyat wujudlah amanah.

Peminpin dan rakyat itu adalah harta untuk memacu kearah kegemilangan sesebuah tamadun. Jika peminpin itu melihat dirinya berkuasa sampailah masa ianya akan menindas rakyat.


Apa yang diajar oleh Umno kepada orang melayu, hanyalah anak kecil main api, terbakar diri sendiri, nenek moyang kaya- raya tergadai seluruh harta benda. Yang tinggal hanyalah kuasa…

Setelah 50th kemana harta nenek moyang dibandar-bandar yang tergadai. Apa dibuat dengan kuasa yang ada pada Umno. Harta nenek moyang yang tinggal hanya di negeri miskin. Inilah negeri yang boleh digula-gulakan dengan sekampit beras dan pelikat untuk kekal kuasa umno.

Kemiskinan penting untuk umno untuk kelangsungan hidup. Rasuah lah simiskin sekampit beras sepuas hati supaya kuasa kekal ditangan. Ugutlah simiskin dengan bantuan yang dijanji, Sehingga hari ini kekallah umno sebagai Santa Claus pemberi hadiah. Si miskin berdoa matilah wakil rakyat dan rezeki buat kami yang akan terus miskin.

sambung....