Pencuri Royalti Minyak Terus Membisu!
Kata Sallehuddin penjelasan Najib mengenai perkara itu perlu kerana kenyataan beliau di parlimen sebelum ini mengelirukan. Pada 4 November tahun lalu Najib telah menyebut wang royalti ditukar kepada wang ehsan.
Kata Sallehuddin penjelasan Najib mengenai perkara itu perlu kerana kenyataan beliau di parlimen sebelum ini mengelirukan. Pada 4 November tahun lalu Najib telah menyebut wang royalti ditukar kepada wang ehsan.
TERIMA kasih kepada Tan Sri Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk memberi penjelasan mengenai peranan dan skop penglibatan firma perhubungan awam bernama APCO. Isu ini wajar diberi perhatian khusus kerana ianya bukan sekadar isu 1Malaysia atau 1Israel atau tohmahan yang dilemparkan kepada saya sebagai seorang agen Yahudi. Namun demikian, isu-isu terbabit ditenggelami jika hendak dibandingkan dengan skandal dahsyat yang bakal didedahkan hari ini; yang tidak bersangkutan dengan kedudukan mahupun reputasi saya atau pun reputasi rakan-rakan saya.
Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamad yang turut hadir memaklumkan majlis hari ini paling berjaya dan bersejarah. Katanya banyak sejarah yang tercatat hari ini dan boleh dibanggakan. Sudah tentu ianya mengenai penganugerahan darjah kebesaran kepada Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga timbalannya Ahmad Yaacob dan beberapa tokoh politik yang lain.SAYA tidak mengikuti sepenuhnya ucapan ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong di parlimen hari ini. Apa yang saya dengar dari laporan tv dan radiso beliau telah membelasah beberapa rakannya dalam Pakatan Rakyat. Antara yang diungkitkan oleh beliau mengenai little Napoleon yang suka membuat fitnah. Di masa sama beliau memuji dan membela Najib Razak.
Beliau merujuk kepada perbuatan mencipta gambar dan disebarkan dalam internet. Adalah dipercayai gambar itu berkenaan Najib Razak yang sedang makan malam dengan Altantuya Sharribbu. Gambar itu gambar ciptaan Tian Chua. Tiang Chua sudah pun mengaku, dan kalau tidak silap beliau telah memohon maaf kepada Najib.Saya juga tidak suka kalau ada orang membuat fitnah dengan mereka-reka gambar. Begitu juga dengan gambar Najib yang sedang makan malam dengan Altantuya itu. Saya tidak bersetuju awal-awal lagi. Tidak sepatutnya gambar itu disebarkan kerana ia menimbulkan fitnah dan boleh mengelirukan. Bagi saya apa yang dilakukan itu satu perbuatan melampau apa lagi oleh seorang ahli parlimen.
Lalu lelaki itu menjawab, ada bukti, ada gambar dalam internet. Saya tanya dia gambar mana? Jawabnya gambar Najib sedang makan dengan Altantuya. Saya memberi tahu gambar itu palsu, rekaan. Dia tidak mempercayai kata-kata saya. Puas saya cuba nak yakinkan lelaki berkenaan namun dia tetap mengatakan itu adalah bukti sahih.
Sepatutnya kerajaan menerusi akta Multi Media dan Komunakasi mengambil tindakan ke atas Tian Chua kerana meyebarkan fitnah menerusi gambar berkenaan. Malangnya Tian Chua tidak dikenakan apa-apa tindakan, dan ini menyebabkan orang beranggapan gambar itu adalah benar.
Bukan saja gambar berkenaan, tetapi gambar-gambar lain juga. Kalau buka blog liar dan blog hantu macam-macam gambar superimpose yang direka dengan tujuan untuk menyindir dan mengaibkan para pemimpin negara ini. Tidak kira blog penyokong UBN atau Pakatan Rakyat, kedua-duanya sama-sama melampau dan sama-sama gila. Etika penyiaran dan kebebasan press telah dilanggari sewenang-wenangnya. Adalah baik kalau pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas blogger hantu begini tidak kira dari puak mana untuk pengajaran bersama.
Pendedahan beliau terhadap Setiausaha Politik, Perdana Menteri, Shafei Abdullah kononnya terlibat dalam rasuah saya lihat adalah strateginya untuk membolehkan beliau berjumpa dengan Najib. Ternyata selepas beliau mengusik Shafei Abdullah itulah beliau pergi menghadap Najib. Ini dapat saya rasakan selepas saya menulis dalam blog mengenai keberanian beliau itu, beliau terus mendiamkan diri.
Selepas itu beliau mengikut rombongan bersama Najib ke luar negara. Mengenai lawatan itu kata Wee, di parlimen hari ini itu perkara biasa. Wakil rakyat pembangkang lain juga takwilnya ada sama yang ikut perdana menteri. Tetapi pemergian Wee itu menjaditanda tanya. Dalam hal ini kalau tidak ada mengada masakan tempua bersarang rendah. Wee juga tentu tahu beza salakan anjing dengan salakan babi. Bukan mudah orang seperti Wee bekas ahli DAP tiba-tiba boleh mengekori Najib begitu saja kalau bukan untuk dijadikan haiwan pemburu.
Saya percaya (bukan selepas ucapan di parlimen hari ini tetapi lama sebelum ini), ahli parlimen Wangsa Maju itu juga akan meminta untuk digorupkan dalam blok bebas. Saya mahu tenguk kalau sebelum ini Wee mencemuh ahli Parlimen Pasir Mas yang bertukar menjadi katak, apakah pula nama yang akan beliau tagkan di bajunya. Apakah katak juga ataupun haiwan lain yang lebih tinggi lompatannya.
Meskipun keduanya orang Cina, namun Cina bernama Yew Teong Look lebih konsisten dan terus berkhidmat kepada rakyat walaupun kalah. Kehadiran Wee, ke Wangsa Maju yang disambut dengan red carpet disia-siakan sahaja kerana Wee tidak tahu menilai kesucian dan keagungan red carpet itu. Kerana kedugunan itu menyebabkan hari ini beliau berak atas carpet berkenaan. Ataupun Wee terpaksa berbuat begitu kerana mengelak sesuatu yang boleh memeritkan dirinya? Maka beliau tidak ada jalan lain melainkan terpaksa berak meskipun atas red carpet. [wm.kl. 10:30 pm 29/03/10]
Saya ucap terima kasih atas pemerhatian dan penelitian penjenguk blog ini. Saya sangat terkilan kalau ada apa-apa maklumat atau fakta yang tidak berfakta. Saya tidak tahu kalau ada penjenguk yang berfikiran seperti kebanyakan bloger hantu yang kreatif dalam membuat super impose.
Selepas sembahyang jenazah, Ustaz Abdul Aziz Ismail salah seorang orang kuat Darul Arqam mempelawa saya dan beberapa yang lain untuk ke rumah Ashaari untuk menziarahi beliau. Pelawaan itu sangat disukai. Saya sudah tidak menemui bekas pemimpin Arqam ini lebih lima tahun.
Dalam hierarki Pas jawatan itu sebagai jawatan tertinggi yang bersifat bukan ekskutif tetapi pengawalan polisi dan dasar perjuangan Pas dan termasuk memutskan soal bekerjasama dengan mana-mana pihak. Ia juga menjadi tempat rujuk dan kata putus bila timbul sesuatu persoalan dalam Pas. Majlis Syura Ulamak juga adalah badan yang menapis sama ada seseorang itu boleh dan layak dari segi amalan agamanya bagi menjadi calon Pas dalam pilihan raya.
Kami ambil seorang satu. Kemudian lelaki itu beredar untuk membahagi-bahagikan kertas berkenaan kepada orang ramai. Saya tidak segera membacanya, kerana ada perkara lain yang hendak dibuallah. Sobree yang baru balik dari Kelantan dan juga menghadiri mesyuarat agung Perkasa banyak cerita yang ingin saya ketahui darinya, terutamanya cerita terbaru Istana Kelantan yang sedang bergeseran.
Saya mengatakan begitu bukan bermakna saya menghormati kepada presidenya, Ibrahim Ali tetapi menghormati permintaan kawan berkenaan. Dia adalah kawan Ibrahim yang hadir pada mesyuarat agung semalam dan juga kawan yang sering berhubung dan bertanya khabar saya.
Sudah tentu akan timbul berbagai spekulasi dan tafsiran mengenai kejadian itu. Keadaan ini sudah pasti menimbulkan suasana tidak tenteram di Kelantan. Ia juga akan meresah gelisahkan banyak orang.