Sunday, March 28, 2010

Rencana Ahad

Haron Din Paling Layak Dilantik Mursyidul Am Pas

PAS akan menyusun Majlis Syura Ulamaknya dan serentak itu akan melantik Murysidul Am Pas yang baru Isnin ini. Mursyidul Am merupakan pengerusi kepada majlis Syura Ulamak. Pada masa ini jawatan kerohanian itu dipegang oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat. Nik Aziz menyandang jawatan itu sejak 1987 dan merupakan penjawat yang kedua selepas Yusuf Al Rawa sebagai penjawat pertamanya apabila jawatan itu diwujud.

Dalam hierarki Pas jawatan itu sebagai jawatan tertinggi yang bersifat bukan ekskutif tetapi pengawalan polisi dan dasar perjuangan Pas dan termasuk memutskan soal bekerjasama dengan mana-mana pihak. Ia juga menjadi tempat rujuk dan kata putus bila timbul sesuatu persoalan dalam Pas. Majlis Syura Ulamak juga adalah badan yang menapis sama ada seseorang itu boleh dan layak dari segi amalan agamanya bagi menjadi calon Pas dalam pilihan raya.

Namun di luar melihat ianya sebagai jawatan paling berprestaj dan berkuasa. Sebab itulah ada sesetengah orang merasakan jawatan presiden adalah jawatan kelas dua. Tanggapan itu sebenarnya kurang tepat.

Tanggapan ini berlaku kerana tidak ada pemisahan bidang kuasa terhadap jawatan itu dengan bidang kuasa presiden selama ini. Tidak ada sekelar khas yang mengariskan bidang kuasa kedua-dua jawatan itu. Bagaimanapun di dalam perlembagaan Pas Fasal 7 (4) ceraian (a) hingga (g) telah menjelaskan bidang kuasa majlis ini atau tugas-tugas mereka. Penjelasan itu menunjukkan jawatan ini kewujudan dan kuasanya tidak bercanggah dengan kuasa presiden.

Tetapi disebabkan ada pihak kurang memahami kondisi ini meyebabkan mereka meletakkan Mursyidul Am Pas itu lebih tinggi kedudukannya dan individu yang paling berkuasa dalam Pas. Salah anggap ini berlaku sedikit sebanyak disebabkan ada pelanggaran secara terhormat ke atas kuasa-kuasa presiden oleh Nik Aziz sebagai Mursyidul Am Pas. Tanggapan begitu juga berlaku kerana tinggian sifat keulamakan yang ada kepada Tok Guru berkenaan, dan ini juga ditambah dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Ekoran berlaku pertindihan ini menyebabkan timbul ketegangan kecil dalam Pas. Ia menampakkan bahawa tidak selari dalam membuat apa-apa keputusan antara Mursyidul Am dengan Presiden. Suasan ini sering diambil kesempatan oleh media kroni bagi tujuan menimbulkan kecelaruan dalam Pas.

Sejajar dengan Pas akan membuat perlantikan Mursyidul Am yang baru Isnin ini Pas hendak perbetulkan salah tanggapan ini. Majlis Syura Ulamak harus menasihat pengerusinya supaya berpandu kepada perlembagaan sejauh mana bidang kuasa dan tanggungjawab mereka.

Nik Aziz sudah menyatakan yang beliau gembira kalau tidak dilantik menjadi Mursyidul Am Pas. Katanya kesihatannya yang tidak begitu baik dijadikan alasan kenapa beliau bahagia kalau tidak terus dibebani dengan jawatan itu. Beliau sendiri mengakui rekod perkhidmatan dalam parti sebagai Mursyidul Am adalah yang paling buruk di mana jarang menghadiri mesyuarat kerana sibuk dengan tugas dan tanggunjawab sebagai MB.

Justeru katanya dia merasa mujur kalau beliau tidak akan dilantik. Tetapi selepas membuat kenyataan itu beliau menjelaskan pula kalau parti melantiknya beliau tidak boleh buat apa-apa melainkan kena menerima. Penjelasan itu bagi menunjukkan dia komited dengan perjuangan dan akan akur kepada tanggung jawab dan tugas yang dihumban kepadanya. Nik Aziz jenis manusia tidak tahu mengatakan tidak dan menolak apa-apa tanggungjawab diberikan kepadanya. Sebab itu kalau wartawan hulur pembesar suara kepadanya dia akan bercakap meskipun isu yang hendak dicapakan itu belaum dicermati sehalusnya.

Pas khususnya majlis syura kena faham penjelasan Nik Aziz itu. Sebagai seorang pemimpin yang jujur, ikhlas dan penuh iltizam beliau tidak sesekali akan menolak apa juga tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Beliau tidak mahu dikatakan sebagai seorang yang tidak komited dengan perjaunagn. Namun satu hakikat yang perlu disedari bahawa beliau terlalu letih untuk memikul tugas itu. Bukan saja mursyidul am tetapi sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan dan MB juga kalau boleh biarlah ada orang yang meminta beliau berundur. Sebab selagi tidak ada orang memberi tahunya berudur beliau akan tetap merasakan beliau masih lagi diperlukan dan larat memikul jawatan itu.

Beliau tidak tahu mengaku kalah. Makanya selagi tidak ada orang yang meminta beliau berhenti beliau akan terus memikul tugas dan tanggungjawab hingga ke akhir hayat.

Berakap soal siapa bakal penggantinya, orang paling sesuai ialah timbalannya Dr Haron Din. Rasanya Majlis Syukur Ulama tidak perlu meneropong jauh untuk menjadi penggatinya. Haron Din dilihat tokoh yang sesuai dan berkelayakan untuk memegang jawatan itu. Seperti mana dikehendaki oleh perlembagaan mereka yang hendak dilantik memegang jawatan itu mestilah seorang yang tahu hukum hakam Islam, tahu mentafisr al-Quran dan arif juga mengenai keadaaah siasah Islam.

Dr Haron Din adalah antara tokoh Pas yang paling lama bersama Pas. Seorang yang cukup memahami seluk beluk perjuangan Pas dan juga perubahan-perubahan yang berlaku dalam Pas baik cara pembawaan, dasar dan juga prinsipnya. Beliau juga orang yang mengenali dan menghayati ribulasi perjuangan Pas.

Apa yang paling penting dalam soal ini ialah kemampuan beliau sebagai seorang tokoh agama dan ulamak yang istiqamah dengan prinsip dan dasar Islam yang menjadi landsan Pas. Beliau juga dilihat seorang ulama yang terbuka, liberal dan tidak ekstrem berpegang kepada sesuatu aliran fahaman dan yang konsevertif.

Type ulama sebeginilah layak diangkat untuk mengetuai dewan berkenaan yang bertindak sebagai badan pengawal, pemantau, penegur dan tempat rujukkan parti. Saya yakin Haron Din boleh memainkan perananya terutamanya dalam menjamin Pas senantiasa berdiri atas landasan asalnya. Sudah pasti aliran-aliran baru ataupun pemahaman baru siasah yang cuba dituangkan ke dalam Pas akan dipantau dan dinilai oleh beliau berdasarkan cermin keIslaman seperti mana diaspirasikan oleh Pas sebagai sebuah wadah yang bukan saja mencapai matlamat politik tetapi mencapai keredhaan Allah. [wm.kl. 12:00 t/hari 28/03/10]

6 comments:

eelobor said...

Alhamdulillah, secara peribadi sokong jika TGNA tidak di calonkan. Kesian pada beliau dengan tahap kesihatannya. Juga amat bersetuju jika timbalan beliau di lantik sebagai Mursyidul Am yang baru.

Unknown said...

ya,,sgt setuju dgn pandangan saudara...Dr Haron Din sangat layak dan menepati syarat2 tersebut.

Unknown said...

dalam hal ini saya menyokong saudara MSO. anjakan nik aziz dari majlis ulama.

Admin said...

pemilihan Harun Din sangat tepat dan kita lihat anai2 mana di dalam pas akan menyalak.

mns said...

Sebenarnya TGNA sendiri dah sebut ketidaksediaan beliau dan masalah kesihatannya . Tapi masalah sekarang nie ialah puak anai2 dalam PAS pastinya akan terlalak menampakkan bahawa TGNA telah dipecat .

TGNA sendiri telah mengaku yang beliau banyak mewakilkan kepada DHaron din untuk mempengerusikan mesyuarat syura . Maka terjawablah tuduhan puak anai2 yang mengatakan mesyuarat syura tidak dimaklumkan dan dihadiri oleh TGNA .

Diharap anai3 yang membusut dalam jamaah kembalilah ke alam sebenar . Jangalah perjuangan PAS ni hanya bersekitar individu sahaja dan janganlah dakwah ini disempitkan kepada berlawan semata2 .

Faizal Tajudin said...

Salam,

Mungkin memang telah tiba masanya untuk Dr Harun Din pula yg memegang jawatan berkenaan. Diharap sekiranya beliau menggantikan TSNA, beliau dapat menggunakan ketokohan dan ilmu yang ada untuk membawa syiar Islam ke tahap penerimaan dan pemahaman yang lebih baik terutama dalam amalan dan tindak tanduk muslim.