Wednesday, May 19, 2010

Kelip-Kelip Kuala Selangor

Jangan Cakap Bahasa Inggeris
Dengan Kucing!

DIAM-DIAM terdengar cerita pelik dan ganjil di Selangor, ceritanya tentang MB Selangor, Khalid Ibrahim hendak dijatuhkan. Mulanya saya tidak mahu memberi respons perkara ini dan mahu melihatnya saja. Apakah cerita itu rekaan pembangkang (UBN) atau sebaliknya. Seperti mana juga di Kedah, cerita ada empat Adun yang hendak bertukar menjadi salentia juga sudah hebuh.

Tetapi apabila bekas MB Kedah, Mahadhir Khalid mengatakan cerita itu adalah rekaan pihak Pas, maka fahamlah kedudukan sebenar tentang isu di Kedah itu. Apa yang dapat ditamsilkan isu empat Adun termasuk Exco hendak bertukar menjadi salentia itu adalah permainan pihak UBN saja.

Perkara ini juga dijelaskan oleh Azizan Abdul Razak. Katanya, sebenarnya tidak ada apa-apa pergolakan di Kedah seperti mana dihebohkan. Kerajaanya masih stabil. Dalam pada itu, satu himpunan akan diadakan pada 22 Mei ini di Kota Sarang Semut. Dalam himpunan itu semua wakil rakyat Pakatan Kedah akan hadir membuat penjelasan berhubung isu berkenaan. Rupa-rupanya walaupun ianya tidak tertekan tetapi tetap menyerabutkan juga hingga tepaksa membuat penjelasan.

Sekiranya semua wakil rakyat Pakatan Kedah hadir pada malam itu, dan menjelaskan kepada rakyat maka isu ada Adun nak lompat dan kerajaan Kedah tergugat pun akan berakhir. Setidak-tidaknya ia melegakan MB Kedah itu buat seketika. Sebaliknya kalau ada Adun yang tidak dapat hadir, kebetulan pula empat mereka yang disebut itu, ini bermakna cerita yang dikarai itu tidak boleh dipandang rendah. Umum kena menerima Kedah dalam bahaya.

Setakat ini katanya keadilan masih stabil di Kedah.

Dalam menanti perkembangan di Kedah inilah pula timbul cerita di Selangor pula, usaha nak jatuhkan Khalid Ibrahim (foto). Apa yang berlaku di Selangor berbeza dengan apa yang terjadi di Kedah. Di Selangor yang hendak jatuhkan Khalid Ibrahim bukan Khir Toyo tetapi sesama sendiri. Ini kes teruk dan benar-benar sudah sinting, kata orang Indonesia.

Umno Selangor sudah kehabisan jampi dan usaha, untuk mengkucarkacirkan kerajaan Selangor. Habis alat mereka gunakan termasuk cuba menggunakan raja. Mereka juga cuba menarik wakil rakyat Pas, tetapi tidak jadi. Sampai lembek lotet - lemah gemalai, Hassan Ali menepis cerita berkenaan. Ia memburukkan lagi apabila orang Pas sedang juga katanya mengemukakan bukti mentah mengenai ura-ura itu.

Alhamdulilah kini kebenaran sudah menyerlah. Kebatilan sudah terhapus oleh kebenaran. Hassan Ali agak sudah dapat duduk tenang kerana gangguan syaitan terhadapnya sudah tidak ada lagi.

Yang berlaku sekarang ini ialah di kalangan PKR. Kenapalah politik Pakatan Rakyat tidak pernah reda? Ada-ada sahaja isu yang timbul dan memanaskan keadaan. Cerita yang hangat kini ialah Khalid nak dijatuhkan. Alasannya ialah Khalid tidak tahu berpolitik. Beliau tidak tahu menggunakan kedudukan sebagai MB untuk kepentingan PKR dan Pakatan Rakyat. Stail kerjanya terlalu tegas dan lurus.

Katanya sikap ini tidak menguntungkan parti. Misalnya banyak kontrak diberikan kepada orang luar bukan orang kuat parti. Yang dapat ialah orang luar parti dan termasuk juga ahli-ahli Umno. Tindakan ini tidak disukai. Cara Khalid ini tidak disenangi dan dianggapkan merugikan parti. Khalid dilihat tidak prihatin kepada parti.

Yang beranggapan demikian ialah orang parti yang cari makan dengan kuasa parti. Sebalik di pihak rakyat dan pegawai kerajaan senang dengan cara Khalid. Mereka melihat cara Khalid itulah pembaharuan dalam politik, di mana beliau tidak menjadi kuasa politik untuk menjaga kroni sebaliknya mengutamakan rakyat. Malangnya cara itu tidak disenangi.

Kalaulah itu alasan untuk menukar Khalid dengan MB yang prihatin kepada nasib parti, saya rasa tidak perlu kepada satu gerakan untuk menjatuhkan Khalid. Tidak perlu kepada satu pasukan psywar. Saya rasa sebagai seorang yang ada prinsip, tidak tahu politiking, Khalid tidak payah ditekan begitu rupa sekali. Cukup kalau menasihatinya secara terhormat, dia akan berhenti.

Lagipun kedudukan Khalid di situ bukan atas kehendaknya seratus peratus. Di tunjuk dan dipilih oleh Anwar Ibrahim untuk menguruskan Selangor. Bagi Anwar dia mengetahui di mana kelebihan dan kekurangan Khalid. Dia tahu ketulusan dan integriti Khalid. Jadi apabila Khalid kini ramai-ramai dihentam nampaknya seorang lagi orang pilihan Anwar menjadi mangsa politik.

Golongan yang beriya hendak jatuhkan Khalid itu mungkin benar berdasarkan kepentingan politik PKR terutamanya dalam persiapan untuk menghadapi pilihan raya. Khalid kena tahu pilihan raya ke -13 memerlukan kewangan yang banyak. Beliau tidak boleh merasakan cukup setakat memperkenalkan beberapa program dan pendekatan untuk menjamin PKR menang.

Tetapi dari sudut lain pula, tindakan untuk menjatuhkan Khalid secara tidak bermoral pada saya tetap tidak betul. Kalau nak tukar MB, tukarlah dengan baik dan penuh dengan fatah seperti menarik rambut dalam tepong. Apa yang berlaku kini, golongan yang tidak serasi dengan Khalid ingin menyengahkan Khalid ke bawah dalam keadaan memalukan. Perangai lanun dalam Umno campaklah ke laut merah.

Apa yang dilakukan oleh ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam itu saya rasa sebahagian daripada kegiatan untuk memalukan Khalid Ibrahim. Saya rasa Manikavasagam tidak akan bertindak keterlaluan begitu kalau dia tidak disokong dan dihalak oleh pihak tertentu. Kalau diperhatikan daripada cara Manikavasagam mendedahkan isu penyelewengan dan rasuah dalam isu pasir itu cuba untuk memburukkan Khalid.

Saya ingin memberi ingatan penting di sini khasnya kepada golongan yang tidak senang dengan Khalid. Kalau tidak sukakan Khalid lakukan dengan cara terhormat. Buat memorandum hantar kepada Khalid minta dia turun dari kerusi MB. Dengan cara mendedahkan masalah kerajaan negeri, mencemarkan imej kerajaan negeri, ia bukan cara terbaik. Cara itu pada saya samalah cuba bercakap bahasa Inggris dengan kucing. Atau pun meludah ke langit yang akhirnya tertimpa hidung sendiri.

Khalid tidak arif dalam politik. Dia berfikir secara lateral dan mudah. Jadi kalau bencikan dia cakap terus terang habis cerita. Seribu kalipun kalau buat tekanan seperti Manikavasagam itu ia tidak memberi bekas, sebab Khalid jahil politik. Cuba hantar buat memorandum dan semua ahli Yang Berhormat PKR, biar Mohamad Azmin Ali yang jadi ketua tanda tangan dan serahkan kepada Khalid, saya rasa kalau memorandum itu diserahkan waktu Zohor, waktu Asar Khalid akan meletakkan jawatan sebagai MB.

Saya teringat sepatah kata-kata Khalid sewaktu makan rojak di laman rumahnya pada satu majlis; saya berkhidmat kepada rakyat saja, kalau saya diminta berhenti jadi MB saya akan berhenti bila-bila saja. Lagipun jadi orang politik ini susah, tidur saya pun tak berapa cukup. [wm.kl. 7:00 pm 19/05/10]

8 comments:

boyanis sos cili said...

MENURUT SAYE KHALID SUDAH CUKUP BAGUS JADI MB..PERUBAHANNYA BERTAHAP..SAYE PERCAYA SEANDAINYA AZMIN YANG JADI MB SELANGOR AKAN SERUPA PERAK SAJA JADIKNYA.. BAGI SAYE INILAH TINDAKAN BIJAK ANWAR DALAM MEMILIH PEMIMPIN DIBANDINGKAN SEPERTI KATAK KATAK PURU ITU..

Harris said...

Sayang la kalau khalid di singkirkn dari jwtn MB...Harap2 pkara ni x tjadi hndaknye..

Nor Azman bin Sukerman said...

assalamu alaikum tuan. Kalau betul lah cerita ini, saya tak ada perkataan lain melainkan "teruskanlah, kami rakyat tahu yang mana intan , yang mana kaca. Kami pun tahu siapa yang sebenarnya mengidam jawatan MB di Selangor ni tapi tak dapat kerana Tan Sri Khalid yang diamanahkan. Kalau intan diganti dengan kaca, tunggulah masa kami hempas kaca tu ke batu sekuat hati."

Buat mereka yang berkenaan "tak cukupkah keperitan dan kepedihan hati yang dirasai oleh ahli dan penyokong Pakatan Rakyat kini sampai tak sudah-sudah kamu hendak menyusahkan Datuk Sri Anwar dan kami semua? Tak cukup dengan melompat macam katak, kini nak jatuhkan orang pula." Terima kasih lah. Terima kasih daun keladi, hari-hari buat macam ini.

affandi said...

benar sekali alangkah ruginya rakyat selangor jika yb khalid digugurkn,dilucutkan,dijatuhkan,diberhentikn,mletakn jawatan,disingkirkan dari jawatan menteri besar..sb ssh untuk mendaptkn seorang pemimpin yang tegas dan tahu perihal ekonomi yang pling utma berjiwa rakyat dan no corruption..tengok saja perckpn beliau ada nada tgas.

mantaro said...

Tan Sri Khalid perlu ditolong.bukan sokong bawa rebah.Jika nampak kurang tegur secara berhemah. Jika nampak baik,tambah nilai pada aktiviti.

I help you, you help me wakakaka... said...

wakakaka...politik malaysia sama macam politik Iraq...wakakaka

Amerika datang semua kelam kabut semua nak jadi hero...wakakaka

wakakaka...aku bukan pandai politik pun tapi aku paham politik...

Selangor apa yang perlunya berpolitik sangat, kaya dengan industri perkilangan dan keluar masuk import/eksport yang mnegembangkan kepadatan penduduk kerana sosio ekonomi inilah.

Yang kita perlukan orang yang pandai mentadbir urusan keuangan membawa lebih banyak pelaburan untuk kemakmuran rakyat sebenarnya.

Apakah khalid perlu kepandaian politik sedangkan Selangor maju kerana dua perkara ini?

wakakaka...orang yang pandai politik sebenarnya lebih bodoh dari rakyat yang bekerja sebagai tukang sapu.

Khalid bagus dari segi pentadbiran perniagaan biarkan politik itu datang dengan sendiri kedalam dirinya...politik hanya satu penipuan keegoan untuk terus nampak gagah memlalui manupulasi/propanganda bodoh supaya nampak terus bergaya berkuasa.

Apa perlu kita singkirkan Khalid walaupun dia gagap tapi kebolehannya dari segi urus tadbir Selangor dia benar-benar berkelayakan daripada pemimpin PKR yang ada hari ini?

Wakakaka...pemimpin PKR berfikirlah dengan status yang korang ada. Jangan biarkan tukang sapu berhujah atas kelemahan korang...wakakaka

Arerouge said...

jika inilah budaya politik pkr......sepenggal saja rasanyer...percayalah rakyat menilai tindak tanduk and semuanya....jgn dibiarkan nasib kita di tangan ahli2 politik ini....zaman ini zaman partisipasi demokrasi secara total....parti sudah idak penting...apa yg penting adalah sumbangan kpd rakyat

firdaus said...

mungkin Manikavasagam memerlukan wang utk membina lebih kamera keselamatan dirumahnya berserta pengawal peribadi dan wang utk merawat trauma akibat rumahnya disimbah cat dan juga mendapat ugutan bunuh dari pihak yang mahu membunuhnya...

tak pasal-pasal Khalid jadi mangsa...

sekadar pandangan jahil sahaja.. maklumlah jahil politik