Thursday, September 23, 2010

Selepas Subuh

Rahsia Siapa Abdul Rahim Terbongkar?

PAGI ini saya menerima satu e mail dari seorang penjenguk yang menamakan dirinya Hero yang memberi alamat sebuah blog yang dibangunkan oleh syarikat I'DA WorldGroup Sdn Berhad syarikat dimana orang bernama Abdul Rahim Abdul Wahab menjadi pengerusi eksukutifnya.

Apa yang tertera dalam blog ini ialah beberapa keping gambar Abdul Wahab dalam majlis perlancanran Misi Perdana de Everest - Tibet 2011 yang berlangsung di Dewan Felda, Jalan Gurney yang dilancarkan Perdana Menteri, Najib Razak pada 25 April lalu.

Gambar beliau dalam majlis berkenaan mungkin boleh menyingkap misteri pemberian replika cek bernilai RM4 billion atas nama Pas Malaysia yang kini menjadi buah mulut di Kelantan. Jika diperhatikan juga gambar lelaki bertongkat dan juga sebelah kakinya tertutup dengan kaki seluar yang meleret ke lantai. Semacam rahsia besar di sebalik kaki seluar labuh sebelah itu.

Tafsirkanlah dengan mata kepala kita sendiri apakah yang berlaku itu (penyerahan replica chek RM4 B) sebuah realiti atau pun satu ilusi semata-mata dan jangan mudah mempercayai laporan media penghasut. Kata orang gambar mempunyai seribu makna dan tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata. Hanya jauhari yang mengenali maknikam seperti mana juga hanya Mat Maslan mengenali Felda! [wm.kl.7:00 am 23/09/10]


Orang berkenaan sedang bersalam dengan Shabery Chik, Menteri Beliau dan Sukan, perhatikan kaki kanan lelaki berkenaan.

Orang berkenaan bersalam pula dengan Khalid Yunus, Presiden Pendaki Malaysia, perhatikan kaki seluar sebelah kanan orang berkenaan.Orang berkenaan bergambar ramai, den gan diapit oleh seorang perempuan bertudung dan seorang yang lowos.

3 comments:

lan said...

kenapa seluar dia macam tu eh

Unknown said...

bang.

yg tak bertudung tu isteri dia lah.

yg bertudung tu mungkin isteri staff dia.

dia mmg ada kecacatan sikit tapi bukan semulajadi. akibat kemalangan. ada juga cerita yg tak masuk akal pasal apa kemalangan tu terjadi.

tapi apa yg nak diberitahu, tiada apa-apa rahsia disebalik kakinya itu. cuma akibat kemalangan je.

zuraimi said...

kalu ada 4 bilion apa lah sangat nak adjust kaki tu jadi ok balik.....mmmmmm.... entah lah... zuhud sangat kot...