Thursday, September 30, 2010

Susupan Petang

Umno Pulau Pinang Lebih Islamik?

SYABAS diucapkan kepada 50 warga emas di negeri Pulau Pinang yang telah mengembalikan semula wang yang diberikan kepada mereka oleh kerajaan negeri menerusi projek membantu kemiskinan kerana ia disyaki dari hasil judi. Sesiapa pun tidak mahu makan wang haram. Kata orang tua-tua kalau memakan rezeki atau wang haram menyebabkan pintu hati akan gelap.

Warga emas itu itu masing-masing diberi RM100 seorang. Ini bermakna sebanyak RM4,000 wang bantuan kemiskinan itu dikembalikan. Apakah hanya 40 orang itu saja berbuat demikian dan yang lain menerima dan memakan wang berkenaan?

Apa yang dilakukan oleh warga emas itu menunjukkan pendirian umat Islam. Mereka tidak mahu bersubahat dalam apa saja yang boleh merosakkan akidah mereka. Segala amal ibadat lain akan terbatal kalau diri seseorang itu masih bergelumang dengan maksiat dan judi. Jadi langkah warga emas itu setidak-tidaknya merupakan protes bahawa perjudian harus ditentang kerana ia haram dari sisi agama Islam.

Bagaimana pun tindakan itu tidak cukup setakat dilakukan warga emas berkenaan saja. Itu adalah permulaan. Kalau ia serius tindakan lanjut perlu dilakukan oleh mereka. Dalam hal ini pihak yang menguruskan pengembalian wang itu iaitu Umno. Dan bukan saja warga emas harus menolak wang judi golongan muda juga wajib berbuat demikian.

Sampai masanya Umno bukan saja prihatin mengenai hal itu di Pulau Pinang saja. Sebalik ia harus diperluaskan ke negeri-negeri lain juga, termasuk Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan ataupun Sabah dan Sarawak. Perlu diingat perjudian bukan berlaku di Pulau Pinang saja tetapi di negeri lain juga wujud perjudian. Kena pastikan wang judi tidak tersalah disedekahkan kepada umat Islam.

Di Pahang, Genting adalah pusat perjudian terbesar dan tertinggi di negara ini. Molek kalau MB Pahang, Adnan Yaacob turut memantau apakah wang dari Genting itu jangan sampai turun ke bawah dan diberikan kepada warga emas atau kanak-kanak di Bentong atau Pekan. Umno Pahang kena pasti dan intai apakah ada wang Genting sampai dimakan oleh orang Islam Pahang atau tidak.

Begitu juga dengan institusi perjudian yang cambah di segenap bandar dan pekan negara ini. Kedai toto, lumba kuda, empat nombor ekor, pelacuran dan macam-macam lagi juga perlu dipantau. Umno kena bertindak dan berusaha agar segala institusi judi itu dihapuskan. Jangan hanya tegas dan serius di Pulau Pinang saja tetapi di negeri lain dibiarkan bermaharajalela.

Umno sebagai parti yang memerintah bertanggungjawab terhadap akidah umat Islam sdeluruhnya. Dalam hal ini molek juga kalau modus operandi membenteraskan wang haram dilaksanakan oleh Umno Pulau Pinang itu diajar kepada Umno negeri-negeri lain. Umno kena ingat bukan Melayu di Pulau Pinang saja ingin masuk syurga, tetapi Melayu lain juga.

Kalau perlu Umno boleh lantik Umno Pulau Pinang menjadi ketua dalam membenteraskan judi di negara ini. Adalah kesal kalau usaha Umno di Pulau Pinang itu bermotifkan politik semata-mata nak burukkan kerajaan Lim Guan Eng saja. [wm.kl.9:00 pm 30/09/10]

11 comments:

ANAFAKIR said...

Lim Guang Eng itu bangsa Cina.Dia pula bukan Islam.Soal pemberian wang zakat atau sumbangan kepada fakir miskin ini tidakkah kerajaan P.Piang akan merujuk kepada alim ulamak yg ada dlm kerajaan negeri.Apa motif sebenar DS Reezal Merican dlm hal ini?.Jika benar dia ingin perjuangkan Islam,dia perlu melihat ke dalam UMNO itu sendiri.Bukan soal wang judi tetapi soal akhlak dan budaya hidup pemimpin UMNO itu sendiri.Ramai yg kaki judi,kaki kelab malam,kaki raba perempuan,kaki minum,kaki rasuah, kaki seleweng, dan mcm2 kaki lagi.

Tegur dan 'libas' habis-habisan perilaku yg berlaku dlm UMNO itu sendiri.Perilaku dan akhlak yg negatif ini lah yg membuatkan rakyat 'bersuara' dlm PRU12 yg lalu.Jgn ada motif tertentu utk hentam Lim Guang Eng.Sejauhmana kerana TS Koh Tsu Koon sewaktu memerintah dahulu bebas dari wang judi?Sejauhmanakah mereka tidak menyalurkan wang judi utk program org2 Islam.

Belum lagi isu 'Kerajaan Genting' yg diulas oleh Tuan MSO ini.Apakah mustahil kerajaan Pahang tidak menerima langsung atau satu sen pun dari 'kerajaan Genting' utk pembangunan Pahang atau bantuan utk rakyat Pahang.Soal haram ni,usahkan juta2 ringgit,satu sen pun sama hukumnya.Haram,tetap haram juga.Nak tumbangkan kerajaan pilihan rakyat,carilah isu yg 'cerdik' sikit.Kerajaan Pinang berdiri atas pilihan rakyat,kerajaan Perak yg dipilih rakyat ditumbangkan kemudian dibangunkan kerajaan yg diprotes rakyat.Kalau nak dikira,Perak pun ada hasil judi juga,kemana wang itu disalurkan.Sifir mudah,kalau kerajaan negari boleh dpt sumbangan wang judi,bagamaimana dgn Malaysia?Tentu lah bilion2 kan?Kemana wang sumbangan tu diberikan,diguna atau disalurkan,apakah ada jaminan wang tersebut tidak pernah diberikan utk org2 Islam?.Kena periksa juga tu..DS Reezal perlu proaktif dlm hal ini jgn utk Pinang sahaja,semua kerajaan termasuk Pusat juga.Jgn membuat pembongkaran terpilih.Kalau mcm tu,tidak cerdik juga la sbg ahli politik..jgn jadi ahli 'politricks'.Silap mata mcm ni tipu budak2 tahun satu atau tahun 3 peringkat sekolah rendah boleh la..

kulatlapok said...

SALAM TUAN MEMNAG BETUL, DAN SAYA SOKONG UMNOM PULAU PINANG LEBIH ISLAMIK DARI PAS DAN TGNA SEHINGGAKAN MEREKA TAK DAPAT BEZAKAN YG LIM GUAN ENG TU BUKAN BERAGAMA ISLAM... TIDAK MUSTAHIL SUATU HARI NANTI UMNO PULAU PINANG AKAN BERDIALOG DENGAN BATU, KAYU DAN JIN...

abu aizad said...

Tuan MSO,
Bunyi macam sindir je. Apapun, posting ni bagus, jgn tindakan umno pulau pinang hanya berdasar politik semata-mata (memang pun sebenarnya), kalau boleh biarlah ikhlas (jauh sekali).

Unknown said...

Tuan MSO.... jangan lah komen lebeh2 apa yang UMNO mulakan. Doakan langkah baik mereka ini... siapalah kita untuk mempetikaikan niat baik atau jahat seseorang... dokan langkah UMNO penang ini.. untuk permulaan nya berubah...

AFaZack said...

Salam Pak MSO. Malam tadi ana dengar ceramah Sdr. Mazlan Aliman di Kemaman. Kata beliau jika warga emas Pulau Pinang menyerahkan duit yang dikatakan dari hasil judi itu, maka semua pekerja kerajaan(askar, polis, doktor, cikgu dan lain-lain) yang beragama Islam mestilah juga menyerahkan duit gaji mereka kerana lebih 4 billion pendapatan negara adalah dari hasil judi.

Fakhri

Musafir Kelana said...

setju dgn mso.pluaskn kempen ini ke negri lain dbwh krjaan bn. Lama dh bn tlh mgamalkn pcampuran duit sumbr haram dn halal dlm akaun bnk utk dbri bantuan kpd rakyat dn bri gaji pd kakitangan awam....52 thn lebh dh rakyat d gelap kn hati dgn mkanan haram

mr edz said...

sejak bila umno tak suka judi nih...?

firdaus said...

menarik tulisan tuan penuh dengan nada sinikal

bertanya bab judi dan umno mengaku sebagai parti Melayu-Islam yang menentang judi memang amat-amat menjengkelkan

judi dan umno sudah sebati macam laut dan pantai yang tak dapat dipisahkan

teringat kata-kata seorang ustaz dalam ceramahnya bahawa sekiranya ada anak-anak sedara mara kerja di jabatan kastam eloklah berenti.. agak bingung apa yang difikrkan ustaz itu.. tetapi rupa-rupanya barulah tahu ada hasil-hasil judi yang terdapat dinegara ini disembunyikan dibawah hasil kastam.. mungkin itulah yang meyebabkan ustaz membuat saranan demikian

kalau nak menghapuskan judi perlu bermula di Genting, tapi boleh ke umno berbuat demikian bukankah terdapat dikalangan orang umno memiliki saham judi..

Jashamsulnizam said...

Klu benar Umno P.Pinang bersungguh2 maka kita patut tgok nanti sama ada betul atau tidak wang yg dikembalikan oleh warga2 emas yg kononnya haram itu akan dipulangkan semula kpd KM Lim Guan Eng oleh Umno, kiter sama2 nantikan...

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Hebuh pasal duit judi. Kata ketua penerangan pemuda UMNO, Orang Melayu lebih sanggup susah dari makan duit judi. Rasanya kalau itulah prinsip orang Melayu Islam dah lama UMNO mampus.

Satu lagi tuan, kenapa judi saja yang mereka ni bising. Macam mana kalau bantuan tu datang dari MAYBANK, CIMB Bank, Kurni Insurans atau AIA? Bukankah itu riba? Bukankah mengamalkan riba pun satu dosa besar? Baggaimana pula dengan kami yang bekerja dengan bank-bank dan syarikat insurans tersebut? Apakah kami sentiasa makan duit gaji haram dan tak inginkah UMNO menyelamatkan kami dari dosa makan riba atau subhat dengan riba?Di manakah UMNO dalam menyelamatkan kami dari haramnya riba?

Apakah UMNO hanya kenal judi setelah Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada 2008blalu? Kalau tak jatuh P. Pinangng maka mereka pun tak kenal judi tu haram.

Hishamuddin said...

Ada mungkinkah RM100 dipulangkan akan dpt RM500? hehe..