Tuesday, April 20, 2010

Sepulang Dari Hulu Selangor

Sokongan China Kepada PKR Meningkat,
Billborad Pengkhianat Negara Dibuang

SOKONGAN masyarakat Cina kepada calon PKR, Zaid Ibrahim semakin meningkat. Kalau pada hari penamaan calon dan sehari selepas itu saya berani mengatakan sokongan orang Cina melebihi 60 peratus tetapi malam ini meningkat ke 70 peratus.

Sekejap tadi saya hadir di dua lokasi ceramah PKR di Dewan Dato' Harun Serendah dan di dewan orang ramai di Kelumpang. Lebih daripada 500 orang yang hadir di Dewan Dato' Harun separuh darinya adalah masyarakat Cina.

Begitu juga di Kelumpang. Masyarakat Cina dan India mengatasi bilangan orang Melayu. Beberapa ahli parlimen dari DAP dan Pas ikut sama menyampaikan ceramah bersama Anwar Ibrahim. Turut sama ialah calon, Zaid Ibrahim.

Petunjuk ini menunjukkan PKR tidak menghadapi masalah untuk menguasai undi orang Cina. Diyakini undi Cina akan melonjak sehingga 85 peratus untuk PKR.

Sehingga kini PKR sukar untuk mendapat undi daripada orang Melayu. Peratus undi India lebih baik berbanding dengan orang Melayu. Dilihat kepada kehadiran di dua ceramah di dua tempat itu menunjukkan peratus India menyokong PKR mengatasi sokongan Melayu. Adalah dipercayai sokongan Melayu kepada PKR masih di bawar 35 peratus.

Dalam pada itu ada laporan dari bilik gerakan BN memberi tahu jentera pilihan BN tidak begitu lincin dan bermasalah. Perebutan kontrak menyediakan poster dan billboard telah menimbulkan perbalahan di kalangan Pemuda Umno. Pemuda Umno dikatakan tidak bersemangat untuk menggerakkan jentera mereka kerana tidak diberikan kontrak menyediakan poster.

Tindakan Umno memberi kontrak poster dan logistik kempen kepada Umno Malaysia menjadi punca kenapa Pemuda Umno bahagian mengambil sikap mendiamkan diri.

Sementara itu dalam perkembangan lain billboard yang memaparkan gambar Anwar Ibrahim dengan perkataan Pengkhianat Negara negara yang menimbulkan kemarah orang ramai telah pun dibuang.

Malam semalam saya melaporkan dalam blog ini mengenai billboard berkenaan dan meminta SPR mengambil tindakan kerana ia tidak relevan di pasang. Tengah hari tadi Pemuda PKR telah membuat dua laporan, mengenai billboard berkenaan. Satu laporan kepada pihak polis dan satu laporan kepada SPRM.

Ternyata tindakan segera SPR melarang pemasangan billboard berkenaan menunjukkan billboard berkenaan menyalahi peraturan pilihan raya. Diharap SPR dan pihak polis akan bertindak lebih tegas lagi demi menjamin pilihan raya berkenaan berjalan lancar. Tidak kira dari pihak mana sekiranya terdapat unsur-unsur provokasi berlebihan tindakan tegas perlu diambil. Bersambung esok, letih dan mengantuk. [wm.kl. 1:15 am 20/04/10]

1 comment:

Unknown said...

salam tuan mso

syabas tuan telah memberi satu impak kepada pilihanraya kali ini. walaupun tuan tudak terlibat dengan politik secara lansung, tapi penyampaian tuan telah memberi satu kesedaran kepada kami yang membaca blog tuan

kami disini sentiasa menyokong laporan yang tuan buat untuk pengetahuan kami yang tidak berkesempatan untuk hadir sendiri prk us.

tidak ada punca berita dan ulasan terbaik untuk kami baca selain blog seperti tuan bagi mendapat gambaran sebenar dan ulasan yang menyakinkan kami

syabas sekali lagi tuan