Friday, April 30, 2010

Khutbah Luar Masjid

Disco Rimba Merebak di Beberapa Dearah Di Kelantan?

HIBURAN merupakan fitrah dalam kehidupan. Sesiapa pun mahukan hiburan dan memerlukan hiburan. Hiburan adalah makanan batin. Islam sendiri tidak menghalang hiburan. Tetapi hiburan itu mestilah menempati syariah dan membawa maksud dakwah kepada manusia. Hiburan yang boleh memberi kesegaran jasmani dan rohani.
Kalau hiburan kering dengan unsur-unsur dan peranan demikian ia merupakan hiburan yang batil dan akan membawa kemudaratan.

Peringkat awal Pas memerintah Kelantan segala bentuk hiburan bertentangan dengan syariah, yang mendedahkan kepada maksiat diharamkan. Segala konsert terbuka tidak dibenarkan diadakan. Larangan ini menyebabkan timbul sunggutan secara senyap oleh penggemar hiburan hedolisme.

Bukan itu saja, persembahan permainan tradisional Mak Yong, Dikit Barat dan Wang Kulit juga tidak dibenarkan pada awalnya. Larangan ini menimbulkan polemik dan kritikan oleh budayawan dan peminatnya. Tetapi kelonggaran akhirnya diberi, persembahan permainan tradisional itu dibenarkan selagi ia tidak mempunyai unsur-unsur kurafat dan maksiat.

Misalnya larangan persembahayan wayang kulit yang mempunyai jampi dan mentara bersifat pemujaan roh dan benda, demi menjaga kerjernihan iman dan jiwa rakyat Kelantan.
Dikir Barat yang tidak mencampurkan lelaki dan perempuan dihalalkan. Bagaimana pun penyanyi dikir barat dari kalangan perempuan diharamkan. Tetapi anihnya CD atau VCD nyanyian dikir barat oleh perempuan bebas dan berlambak di jual di pasar-pasar dalam negeri Kelantan.

Seperti dijelaskan tadi peringkat awal larangan ini menimbulkan masalah. Ketegasan dalam hal ini menimbulkan masalah kepada pencari dan pendahaga hiburan. Ia menjadi masalah bila mana tidak ada hiburan alternatif yang disediakan. Perkara ini disedari oleh pihak berkuasa negeri Kelantan maka hiburan alternatif dibenarkan seperti persembahan nasyid kontempopari, atau persembahan dari penyanyi jantan hatta penyanyi rocak dibolehkan.

Atas kelonggaran dan sebagai menyediakan hiburan alternatiflah maka johan Akademi Fantasia, Asmawi Ani dibawa ke Kelantan. Kedatangan Mawi memecah kebisuan berhubung hiburan sejak Pas memerintah Kelantan.

Boleh dikatakan Mawi telah merintis jalan memberi hiburan alternatif di Kelantan. Selepas kedatangan Mawi – yang juga boleh dipertikaikan kejernihan bentuk hiburannya, ia diikuti oleh beberapa penyaanyi jantan lain yang dikatakan sudah berubah dan insaf untuk mendekati Islam.

Serentak itu juga artis yang bertudung dan tidak menjolok mata datang ke Kelantan dan bertemu denghan Tok Guru Nik Aziz. Nik Aziz juga turut memberi sokongan dengan sedia menghadir ke majlis kelolaan mereka seperti merasmikan peremis perniagaan artis berkenaan.
Exco Kelantan juga tidak malu-malu untuk duduk semeja dengan artis popular menjadi pujaan sejuta jantan untuk minum pagi atau menyampaikan cederamata kepadanya.

Semua hiburan itu masih terkawal dengan baik. Kerajaan Kelantan masih dapat menjaga dasar dan mempertahankan polisi hiburannya berteraskan kesedaran dan keinsafan insan.
Persembahan atau konsert masih berjalan dalam suasana tertib walaupun limpahan yang berlaku kadang-kadang menyebabkan masalah pencampuran lelaki dan perempuan tidak dapat di atasi. Contohnya limpahan dalam konsert Jom Heboh anjuran TV3 baru-baru ini. Tetapi itu bukan kehendak kerajaan negeri tetapi berlaku tanpa diminta. Jadi kerajaan negeri tidak berdosa dalam hal ini. Syukran!

Tetapi apakah pihak kerajaan negeri tahu mengenai satu wabak baru yang sedang menunas di Kelantan ketika ini. Wabak yang dimaksudkan itu ialah Disco Rimba sedang berkembang dan membiak tanpa ada kawalan. Buat masa ini ia aktif di tiga buah daerah di negeri itu; Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat. Katanya kawasan yang menjadi tumpuan ialah di Dun Bukit Tuku, Gual Periok dalam parlimen Rantau Panjang, dan Dun Chetok dalam parlimen Tanah Merah.

Disco rimba ialah majlis tari menari ala dico dan ronggeng atau joget lambak. Ia diadakan di kawasan-kawasan terpencil dan sunyi di kawasan disebutkan tadi ataupun di laman rumah yang jauh dengan orang ramai. Kegiatan ini digerakkan oleh sebuah kumpalan yang namanya seolah-olah mencerminkan sebuah badan kesenian tradisi Kelantan.

Budaya ala-ala hipis kampuag ini katanya sudah lama berjalan. Sejak lebih dua tahun lalu. Mereka yang menjadi pelanggangya ialah golongan veteran, dan remaja yang suka berpeleseran dan dahagakan hiburan jahiliah. Tetapi apa yang mengejutkan kanak-kanak juga turut sama dilihat dalam majlis berkenaan. Apakah mereka dibawa ataupun dijadikan umpan?

Beberapa keping gambar yang dipaparkan ini menjelaskan akan keliaran dan kejahlian serta penglibatan kanak-kanak dalam majalis berkenaan.

Untuk menganjurkan disco rimba ini ia tidak memerlukan perkakas IT yang moden dan canggih. Ia cukup sebuah kaset dan pembesar suara. Peralatan lain ialah dua buah lampu kalimatan digantung ditiang kayu. Pengelolanya akan menyediakan wanita untuk dijadikan pasangan menari dan berjoget dengan bayaran seringgit dua. Mana-mana pelanggang atau pengujung yang ada pasangan boleh membawa pasangan masing-masing.
Waktu operasinya ialah menjelang tengah malam dan hingga ke dini hari. Untuk mengadakan kegiatan ianya dibuka kepada sponsor dengan dikenakan bayaran RM500 untuk satu malam. Orang tertentu termasuk yang dikatakan mempunyai kuasa politik dikatakan turut menjadi sponsor kepada kegiatan ini.

Tidak dapat dipastikan apakah kegiatan disco rimba ini ada dalam pengetahuan wakil rakyat atau pun tidak. Sekiranya ia diketahui wakil rakyat dan mereka mendiamkan saja, betapa keji dan menyesalkan. Sekiranya mereka belum mengetahuinya dengan pendedahan ini bolehlah wakil rakyat, penghulu, penyelia mukim, ataupun mana-mana pihak membuat intipan untuk membenteras kegiatan ini.

Kerajaan Kelantan juga jangan melengah untuk mengambil tindakan bagi membenteraskan kegiatan ini. Dengan membiarkan lebih lama, menjadikan ia berkembang ke daerah lain pula dan akan timbul persepsi di kepala orang ramai kegiatan berkenaan dibenarkan. Sekiranya majlis agama, polis ataupun Ngo-Ngo anti maksiat takut untuk mencegahnya saya cadangkan supaya pihak Istana Kelantan sendiri menggambil tindakan mengenai kegiatan ini.

Apa lagi Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sekarang ini begitu mengambil berat kepada hak-hal keakhiratan, maka wajar kalau Tuanku turut bertitah menasihat supaya kegiatan ini dihentikan ataupun kerajaan Kelantan dapat menyediakan satu mekanisme bagaimana untuk menjadikan kegiatan haram dan maksiat seperti disco rimba itu ditukar kepada kegiatan halal dan diredhai Allah. Apa yang penting semua pihak kena menyedari bahawa hiburan adalah fitrah bagi mahluk yang hidup! [wm.kl. 11:15 am 30/04/10]

5 comments:

Unknown said...

salam tuan mso

terkejut saya dengan berita ini kerana saya berpendapat kegiatan seperti ini telah lama ditinggalkan . hiburan seperti ini telah menjadi kuno. tidak ada lagi yang hendak berdisko dalam hutan.

saya hanya dapat tahu karaoke sahaja yang ada secara sembunyi.

bulan lepas saya ada mendengar kegiatan ini dijalankan oleh sesaorang yang dikira orang politik yang cakapnya menggerunkan saya.l saya tak percaya dengan apa yang diceritakannya kerana kegiatan ini pada pendapat saya tidak lagi digemari kerana telah lama ditinggalkan.

dengan laporan tuan ini membuat saya terkejut ada kemungkina cerita yang dikhabarkan oleh individu ini benar.

tak banyak yang saya nak ceritakan disini kerana dalam cakapnya yang bedegar degar itu dia ada mencabar pihak bandaran mengambil tindakan kegiatan yang dilakukan itu. tapi katanya pihak bandaran tidak berani kerana dia ada sesuatu yang pihak bandaran takut berdepan

orang ini katanya terlibat dengan politik yang baru hendak dikedepankan semula

suharto said...

saya ucapan kan terima kasih pada pak MSO kerana mendedah perkara ini ,

ANAFAKIR said...

Semua benda maksiat dlm negara kita ni..kalau tidak ada 'payung' di belakangnya mmg susah utk berkembang.Sebut je apa bidang maksiat..judi, pelacuran, lumba kuda, arak, rasuah, hatta pembunuhan org2 tertentu pun kalau tak ada melibatkan 'payung' dan politik pihak tertentu..susah nak cari makan.Mslhnya..ada juga yg mengaku Islam, Melayu lagi tu terlibat sama..apa benda punya Islam mcm tu.Tapi mmg la.Islam lum tentu beriman.Hanya yg beriman sahaja yg bertaqwa kepada Allah ni..yg Islam masih lum kemana pun lagi..

ahligugel said...

bagus pendedahan ini dan cadangan supaya pihak istana untuk mengambil tindakan pun adalah sesuatu yang baik ... orang-orang yang terlibat atau mengambil bahagian di dalam disco pun kita boleh agak dah dari golongan imannya setara mana ...

Cetusan said...

terima kasih...

bila belum berlaku jenayah kes2 akan terpencil