Monday, April 19, 2010

Ulasan Awal Retak Di Hulu Selangor

Tuhan Selamatkan PKR Dari Dikencing Halili

TUHAN Maha Kaya dan Maha Mengetahui. Kalau Tuhan ingin menolong sesuatu pihak mudah saja, cukup bagi-Nya dengan mengatakan kun fayakun, jadi maka jadilah. Pengumuman Dr Halili Rahmat keluar darip PKR dan menyertai Umno hari ini adalah atas kehendak Tuhan.

Langkah Dr Halili dilihat pahit untuk ditelan, tetapi kalau diselami ia bertimbun dengan rahmat. Tuhan mengawalkan Halili menyertai Umno sebelum beliau menjadi ahli parlimen atau dalam keadaan beliau sudah menjadi ahli parlimen.

Apa kata, kalau beliau dipilih jadi calon Hulu Selangor dan kemudian menyertai Umno, tentu luka hati penyokong dan ahli PKR makin parah. Sungai Choh, Ampang Pecah di Kuala Kubu Baru akan menjadi merah kerana disimbah darah kekecewaan ahli. Ahli akan menangis atas tindakan itu kelak.

Apabila Tuhan mengawalkannya membawa Halili ke dalam Umno ini bermakna Tuhan tidak mahu ahli PKR dan Pakatan Rakyat merasai kesedihan atasnya lebih parah lagi. Sekurang-kurangnya dengan Tuhan membuka pintu hati Halili menyertai Umno ia membolehkan ahli PKR cepat mencari ubat merawati dan mbaluti kelukaan itu. Ahli PKR dan penyokong PKR kena bersujud syukur kepada Terima atas apa yang berlaku ke atas Halili.


Saya cukup yakin, dan dari sumber yang diperolehi kenapa beliau tidak dipilih sebagai calon kerana sudah ada keraguan dan kesetiaan beliau kepada parti. Itulah yang menjadi dilema kepada Anwar Ibrahim dalam menimbangkan Halili dan calon lain menjadi calon. Anwar juga sudah tahu ke mana sahabat karibnya itu. Dan ia tidak menghairankan kalau Ezam Mohd Noor yang dikembangbiakkan oleh Anwar pun boleh meninggalkan dan mencerca Anwar sambil berlari-lari ke rumah Umno semula. Jadi apalah sangat dengan Halili dan orang-orang sejenis dengannya. Bagaimana cara Ezam mengentuk pintu belakang Umno begitulah juga Halili.

Apa lah Halili berbanding dengan Ezam dan lain-lain. Seorang pakar bedah saraf boleh dan pakar membedah tetapi dia tidak pakar dalam menilai saraf politik yang lebih shofiketed dari saraf kepala manusia. Saya sebelum ini pun tidak pernah menulis dan mencatat nama Dr Halili ini menunjukkan nama itu hama dalam kamus politik saya. Dia menjadi sebutan hanya kerana diambil Anwar menjadi doktor peribadi.

Yang tinggal dalam Keadilan adalah mereka yang kental. Mereka yang suci hati dan nekad berjuang untuk melakukan perubahan demi rakyat. Pun begitu kesetiaan seseorang tidak boleh diukur. Hari ini mungkin setia esok mungkin memungkiri segala persetiaan. Itulah manusia. Mereka yang rapuh, lemah semangat dan tidak tahan diugut dengan api perjuangan, akan menggeletar dan mengaku kalah kepada musuh.

Sekali lagi terima kasih kepada Halili kerana bersikap gentlemen menyertai Umno tidak dalam mendapat mandat rakyat. Pasti ahli PKR akan lebih kecewa kalau beliau bertindak seperti beberapa yang lain setelah berjaya memasuki ke parlimen yang dihampar karpet merah oleh rakyat kemudian berak dan kencingnya atas laluan itu.

Dalam usaha menganggui semangat dan jentera PKR saya percaya selepas ini ada bebera individu lain akan mengikut jejak Halili. Kalaupun tidak orang besar tetapi pembantu Halili semasa dalam bilik pembedahan pasti akan menurut jejak bosnyanya.

Begitu juga dengan calon bebas Melayu itu saya saya dia juga akan mengistyharkan diri dan menyokong Umno. Hari ini Chandran sudah berbuat demikian. Membatalkan niat dan menyatakan sokongan kepada MIC. Dari awal sudah diduga kenapa dan mengapa Johan Mat Diah menyertai pilihan raya berkenaan ia adalah strategi dan motif yang jelas.

Orang sudah tahu di mana akar politiknya. Ia bertunjang di Shah Alam Selangor. Kalau akar tunjang sudah buruk sudah pasti akar cabang, akar rambut dan ranting serta daun-daun pokok berkenaan semuanya akan buruk dan akan layu yang mana akhirnya pokok itu akan menyembah bumi.

Saya percaya ahli PKR dan Pakatan Rakyat sudah memahami tribulasi ini. Makanya hadapilah hari-hari mendatang yang tersisa selama enam hari saja lagi dengan penuh semangat dan keyakinan kepada perjuangan yang tidak berbelah bahagi. Percayalah apa yang berlaku hari ini, esok dan lusa itu semua menandakan kedudukan UBN hari ini sudah benar-benar terdesak. UBN akan sedia menerima apa saja untuk menguatkan partinya hatta bangkai.

Ahli PKR dan penyokong Pakatan Rakyat perlu menjadikan tindakan berpaling tadah Halili itu sebagai penyuntik semangat baru untuk berkerja lebih kuat lagi demi kemenangan PKR. Jangan sesekali merasa cemas dan hilang tumpuan dengan kejutan yang kecil itu.

Ingatlah kemenangan sejati ialah bila kita mampu mempertahankan prinsip dan setia janji kepada rakyat bukannya bersikap hipokrit untuk melepaskan diri dan membalas dendam atas kekecewaan kerana sesuatu sebab.
[*** 12:15 t/hati 18/04/10]

9 comments:

azhar rangkuti said...

Halili seorg yg tidak komited dgn pjuangan parti. hanya muncul smasa praya swaktu mjadi calon, selepas tu hilang lesap entah kemana. PRU 2008 juga tidak turun kempen kerana tidak mjadi calon. AMK HS MENOLAK dia sama sekali dari dicalonkan walaupun dia anak tempatan kerana sikapnya yg tidak serius dlm pjuangan parti. biarkan dia pergi kerana nilainya ZERO dlm PKR HS. dari : ex timbalan ketua cabang PKR HS

ahmadnafiah said...

Dr ni politik bermusim saya harap penyokong PR jangan gundah gulana.perjuangan pasti diteruskan. Saya mohon sangat2 petugas PR jangan mudah putus asa.
Takbirrrrrrrr Allah huakbarrr

Unknown said...

salam tuan mso

pejuang seperti dr halili ini adalah individu yang membahayakan penyokong parti. individu seperti ini akan membuat rakyat kecewa nanti jika dia menjadi wakil rakyat

bersyukurlah kita kerana Allah telah menjelaskan kepada parti hati budi orang yang anuar percaya dulu sebenarnya adala untuk mendapat kan habuan sahaja penglibatan mereka dalam politik.

pejuang macam ini tidak haru ada dalamparti yang akan mendapat kemenangan mutlak nanti

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan,. Pagi tadi jam 7 pagi, terdengar di telinga yang Muhyiddin kata ada tokoh besar dalam PKR nak lompat. La, ni ke tokohnya? Alhamdilillah. Tahniah buat Dr Halili kerana anda memang mengenal kaca lebih dari intan. Kaca kalau pecah terkana kaki luka menyakitkan tapi kalau intan susah nak pecah dan kalau pecah pun serpihannya masih boleh diukir dan tetap berharga.

Apa pun, Pakatan Rakyat khususnya PKR memang sedang dalam proses mematangkan ahli dan kepimpinannya. Seingat saya, setelah mengenali PAS sejak tahun 1980 dengan pilihanraya pertama yang saya faham dan mengerti adalah pilihanraya 1982 apabila Anwar Ibrahim tiba-tiba menyertai UMNO, Pas tak teruji dalam keadaan yang begini sekali. Memang ada peristiwa lompat tapi rasanya apa yang dialami oleh PKR memang lebih menyentuh hati dan perasaan kita.

Peristiwa melompat dalam PAS berlaku tidaklah berturut-turut seumpama bertali arus tanpa henti tetapi ia berlaku sekali sekala. Itu pun kita dapat merasa sedihnya kerana dipermainkan. ini pula ia berlakukan seakan tusukan panah yang berterusan menusuk ke dada. Sesungguhnya inilah ujian sebenar perjuangan dan perjuangan memang perlukan ujian. Semakin berat dan menyakitkan sesuatu ujian itu maknanya kita semakin kental dan padu dalam perjuangan.

Buat Pakatan Rakyat jadikanlah apa yang jadi pada hari ini sebagai pembakar semangat untuk kita buktikan kepada rakyat bahawa kitalah pejuang sebenar dan kepada UMNO-BN kamu tunggulah masa kamu. Sebenarnya masa kamu pun dah tak lama.

Terima kasih Halili, tahniah Halili kerana tindakan kamu menjadi baja perjuangan Pakatan Rakyat.

ANAFAKIR said...

Dgn perginya doktor halili..ini membuktikan hanya mereka yg benar2 ikhlas dan kental sahaja yg snggup rebah bangun bersama Pakatan.Pemergian Dr.Halili ke dalam UMNO hanya akan menarik simpati rakyat kepada calon Pakatan.Makin ramai yg melompat, makin byk yg akan mengundi calon PKR nanti..ini kerana simpati rakyat akan lebih terasa.

Sikap Dr. Halili itu juga menunjukkan dia berjuang kerana ada kepentingan peribadi..bila tidak dpt jadi calon maka sikapnya berubah.Nampak sgt dia tidak ikhlas dlm perjuangan bersama Pakatan...baguslah dia berubah sekarang.Mmg bernasib baik sungguh Pakatan,bygkan jika dia dicalonkan utk kerusi P.094 Hulu Selangor, kemudian dia menang.Selepas itu isytihar masuk UMNO..tak ke parah jiwa pejuang yg bermati2an berkempen utk memenangi kerusi tersebut..tetiba dibalas dgn racun.Selepas ini manusia seperti Ezam,Dr. Halili, Zahid Mat Arip, Ruslan Kassim, Datuk Nalla, Datuk Solahuddin Hasyim...serta ramai lagi akan dicop sebagai manusia yg tidak ada prinsip dlm perjuangan.Mereka ini sebenar akan terus tenggalam dlm UMNO kerana tidak mungkin UMNO akan memberi mereka peluang utk bertanding dalam mana2 PRU atau PRK,jika tidak proses dari ahli2 UMNO lagi hebat...

Dengan peristiwa kemasukan Dr.Halili ke dalam UMNO, kemenangan moral pejuang2 Pakatan terus memuncak kerana mereka sudah mengenali siapa musuh dalam selimut dan musang berbulu ayam yg selama ini bijak berpura2..Selepas ini pasti akan keluar dari mulut Dr. Halili memburuk2kan DSAI..macam2 tuduhan selepas ini akan dibuat olehnya utk membunuh karektor DSAI makluml la dia kan seorg doktor..sementelahan pula DSAI dlm keadaan difitnah dgn liwat dan kesnya sedagkan dibicarakan di mahkamah..

Cuma SATU ingatan buat UMNO..jgn seronok menyerang peribadi Datuk Zaid dgn isu arak kerana selepas ini mungkin pemimpin2 UMNO akan menerima nasib yg sama kerana pemimpin dlm Pakatan pun kenal siapa kaki minum dalam kabinet UMNO..tak musthail mereka akan mengedarkan gambar2 pemimpin berkenaan pula sebagai 'balas besan ' terhdp sikap UMNO yg semakin terdesak utk menang...

primehonda said...

minta maaf kepada semua penyokong pkr yg istiqamah kerana tidak dapat mempertahankan pkr bila timbul isu dr. halili keluar parti. sana sini pkr dihentam teruk2 oleh rakan2 gebang saya sedang saya hanya berdiam diri kerana memang prinsip saya tidak akan beri pendapat selagi belum menyelidik sendiri..berita itu masih sangat baru lagi pada saya.
isu yang paling digemari ketika ini oleh umno dan perkasa ialah, bukan soal moral zaid ibrahim, kerana kalau betul2 nak buka cerita arak abis terlondeh umno nanti! tapi isu pkr sudah kehilangan sokongan org melayu dgn keluarnya seorang tokoh melayu(bolehkah digelar begitu?)dari pkr. saya percaya salentia memang menanti2kan peluru ini utk modal ceramahnya nanti. ini kerana itu sajalah modal yg ada..isu istimewanya melayu ini. tapi calon BN kan dah melayu(kamal) hahaha..istimewalah tu. apapun, tanggungjawab pimpinan PR pada masa ini memegang tali pertahanan petugas PR untuk stay focus kerana detik ini amat sukar untuk semua. isu keluar parti yg masih panas ini pasti akan ditanyakan oleh isi rumah bila perayu undi PR datang berkempen nanti. jawablah dgn menjaga batas2 moral, jgn terikut rentak BN. saya percaya cara PR menjelaskan isu dr. halili ini juga sangat penting dalam menentukan menang kalah calon pkr kerana isu keluar parti ini sentiasa ditanya di mana2. sudah cukup berat utk ditanggung oleh pkr, dan menjadi beban utk dijawab sama oleh pas & dap. berikanlah penjelasan yg menyakinkan dan bukan menyerang balik tanpa asas kukuh.
selamat berkempen kepada para petugas PR!

tapayas said...

Berdasarkan kenyataan Dr.Halili yg disiarkan dalam MKini ternyata dia sorg pemimpin yg TIDAK pandai buat kerja. Kenapa tidak, dia dah tahu 'ex' MP sakit dan tidak dapat berkhidmat dengan baik kenapa dr ni tak bersuara lebih awal atau sekurang-kurangnya dia menyumbangkan sesuatu untuk parti jika dia jujur dalam membela rakyat. Time sekarang baru nak sibuk pasal PR tiada sumbangan di kwsn dr ni. Ketara sangatlah dia ni perjuangan tahi ayam.

ART said...

Salam Tuan .

Fikiran Tuan amat tajam...Betul kata pepatah,sekilas ikan di air,tahu jantan dan betinanya...Doa saya agar Tuan di kurniakan Kesihatan Yang Baik dan Fikiran yang lebih tajam. Pandangan Tuan merupakan 'tonik' mujarab buat pejuang yang dalam gundah gulana...


Salam perkenalan.

Shahrizan's said...

naseb bek x pilih dr halili jd calon..die dtg jugak sidang akhabar...
kateneyr, kalau2 namenyer dicalonkn...
skg..da kuar parti..
kalau die dicalonkn, x kuar la????

ape pemimpin mcm nie...
smlm pn nmpk mcm x ikhlas...ape2 hal bisik ngn bekas SU Agung PKr..
nmpak sgt menipu...

moga2 zaid ibrahim menang...