Tuesday, April 20, 2010

Hulu Selangor 4

Pas Pertingkat Jentera Pilihan Rayanya Di Hulu Selangor

PAS telah mengerakkan jentera pilihan raya secara sepenuhnya untuk memastikan kemenangan calon PKR, Zaid Ibrahim. Dalam mesyuaratnya malam tadi yang dipengerusikan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang juga selaku Pengarah Pilihan Raya untuk pilihan raya kecil itu, Pas menambah kekuatannya dari 20% hingga 60% mulai hari ini.

Perkara ini dijelaskan Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali dalam sidang akhbar di pejabat agung Pas Jalan Raja Laut pagi ini. Menurutnya Pas mempunyai jentera yang tidak ada hak tetapi Pas akan menghantar mengikut keperluan yang diminta oleh pihak PKR.

"Semalam kita telah mengadakan mesyuarat dan memutuskan untuk menambah jentera pilihan raya," ujar Mustapa. Dalam pada itu Mustapa mengesahkan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat akan turun berkempen di Hulu Selangor sebaik MB Kelantan itu pulang dari Makkah 21 April ini. Nik Aziz berada di Makkah sejak seminggu lalu.

"Iya kita sudah mendapat maklum Tok Guru Nik Aziz akan turut berkempen sebaik dia pulang dari Makkah.," jelas Mustapa.

Dalam sidang akhbar itu ketika ditanya berhubung isu arak yang dilontarkan kepada Zaid, Mustapa menjelaskan bagi pihak Pas isu itu sudah selesai apabila Zaid telah menjelaskannya.

Katanya bagi Pas isu peribadi tidak sepatutnya ditimbulkan dalam pilihan raya. "Bagi Pas, Pas tidak pernah memainkan isu-isu peribadi sejak mula menyertai pilihan raya lagi," tambahnya.

Katanya sekiranya Pas ingin memainkan isu peribadi, Pas mempunyai banyak maklumat mengenai peribai pemimpin Umno. Malah menurutnya beliau sendiri lihat dengan mata kepalanya ada pemimpin tertinggi Umno yang minum arak.

"Saya berani katanya, di kalangan pemimpin tertinggi Umno semuanya terlibat dengan arak, hanya Abdullah Badawi seorang saja yang tidak terlibat dengan arak," kata Mustapa.

Menurut beliau selain itu beliau juga ada beberapa maklumat mengenai keburukan lain pemimpin Umno tetapi tidak mahu mendedahkan kerana itu bukan cara Pas.

Beliau menyifatkan cara UBN memangkitkan isu peribadi menandakan UBN dalam keadana terdesak. Dalam pemerhatian katanya inilah pilihan raya balik rendah tarafnya kerana menimbulkan isu peribadi yang melampau.

Kata Mustapa yang menjadi serangan peribadi UBN dalam pilihan raya ini ialah apa yang dinamakan sebagai The Ibrahim Brothers, iaitu Anwar Ibrahim Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim. Bagaimana pun yang teruk diserang ialah Zaid. [*** kl 2:15 bpm 20/04/10]

2 comments:

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Setelah masuk malam keempat kempen pilihanraya kecil P094 Hulu Selangor, tindakan PAS untuk mempertingkatkan tenaga kerja dari 20 peratus kepada 60 peratus amatlah dialu-alukan. Ia bukan sehaja menggambarkan kesungguhan dan komitmen PAS dalam membantu PKR tetapi sebenarnya walau siapa pun calon atau parti mana pun yang bertanding, ia adalah Pakatan Rakyat. PAS dan DAP tidak mempengaruhi PKR dalam menentukan colonnya sebagaimana PAS dan DAP pastinya tidak mahu PKR mencampuri urusan memilih calon di kawasan di mana mereka bertanding. Ini tidak bermakna kita akan menyerahkan semuanya pada parti yang bertanding kerana persetiaan adalah kerjasama dan muafakat lantas tindakan PAS amatlah dipuji.

Hari ini, PAS sebagai parti Islam yang hati pemimpin dan ahlinya amat dekat dengan perjuangan rakyat Pelastin sudah punya alasan yang cukup kuat untuk berusaha agar pengundi di Hulu Selangor menolak UMNO-BN dalam pilihanraya kecil ini. Melantik APCO sebagai penasihat kerajaan sebenarnya amat mengguris hati rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan lebih-lebih lagi bagi mereka yang hatinya disirami dengan iman. Pertautan iman inilah yang menyebabkan hati muslim akan benar-benar terluka dengan tindakan kerajaan UMNO-BN ini.

Terkini, kenyataan Benjamin Natanyahu dalam siaran tv di Amerika Syarikat yang menyeru agar dunia seluruhnya menghentikan pengeksportan gasoline ke Iran akan menyebabkan Iran pincang kerana Iran tidak mempunyai kepakaran dalam mengeluarkan gasoline. Kenyataan ini dihamburkan setelah lebih tiga atau empat hari Perdana menteri Malaysia Najib Razak menyatakan bahawa Malaysia telah menghentikan penghataran gasoline ke Iran. Dalam hal ini walau pun najib cuba menafikan kenyataannya itu melalui wartawan-wartawan Malaysia tetapi akhbar antara bangsa tetap mempertahankan apa yang mereka laporkan berdasarkan kenyataan Najib sebelum penafiannya. Kalau benarlah apa yang saya faham, najib memang sama ada kehendaknya sendiri atau mengikut telunjuk Uncle Sam mahukan agar Iran lumpuh. Mungkin inilah hasil nasihat APCO pada Najib setelah 1 Malaysianya diangkat begitu menarik dalam tempoh setahun ini.

Bermula dengan 1 Malaysia yang dikatakan mengikut 1 Israol, kemudian meluluskan Akta Perdagangan Strategik sebagai buah tangan kepada pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat dan akhirnya bertindak zalim dan kejam terhadap Iran adalah sesuatu yang bagi saya secara peribadi tidak mampu untuk memaafkan Najib lagi. Perkara ini sudah melampau dan keterlaluan dan satu tindakan yang benar-benar keras perlu diambil oleh rakyat Malaysia bagi menghentikan kerja-kerja jahat ini. Kita tidak boleh bersekongkol dengan kerja yang boleh melumpuhkan umat Islam. Jadi, tindakan PAs mempertingkatkan gerak kerja dan petugas di Hulu Selangor adalah sesuatu yang bukan perlu tatapi wajib. Rakyat harus diberi maklumat dan kesedaran agar menolak UMNO-BN pada 25 April ini. Tahniah PAS.

primehonda said...

(1) mulanya saya nak komen pasal isu arak, tapi bila sdr azman membangkitkan isu pemberhentian gasoline ke iran, tiba2 saja panas membuak2 hati saya ni. apakah benar kerajaan kita ini sudah betul2 sujud ke kaki yahudi? najib sudah mengikut telunjuk netanyahu sekembalinya dari USA berjumpa obama baru2 ni..
alangkah hinanya, malunya kita ada pemimpin Islam yg sujud ke kaki yahudi. yahudi kata boikot, kita pun boikot. kenapa najib kata iran pula kena buktikan gasoline itu bukan utk nuklear? sepatutnya najib kena kata USA dan israel lah yg kena buktikan iran sedang menjalankan aktiviti nuklear utk tujuan keganasan! tuduhan itu dibuat oleh mereka dan hingga kini tidak pernah dibuktikan. ini agaknya perangai umno/bn, tuduh tanpa bukti?? saya sangat marah baca paper hari ini. patutnya PAS kena canangkan isu ini semasa berkempen.
pak mso, harap ulas sedikit pendirian najib yg menyedihkan ini.