Thursday, April 22, 2010

Menebak Perisitwa Hulu Selangor 7

Dengar Bagaimana Mahathir Belasah Anwar Di Hulu Selangor

MENURUT bilik Gerakan BN Dr Mahathir Mohamad akan ikut sama berkempen di Hulu Selangor. Apakah kesediaan Mahathir itu keputusan parti ataupun ia adalah keputusan diri Mahathir sendiri. Disebabkan kerana tidak boleh tidur kerana telinga ternigan-ngian bunyi pembesar suara dan tepukan maka beliau meminta untuk turun?

Ataupun BN yang memanggilnya. Merasakan beliau perlu turun. Apakah BN sudah merasai tekanan kini dan kemunculan pertama kali Najib Razak malam semalam tidak berapa menyengat. Pemanggilan Mahathir menunjukkan BN sudah kehabisan tenaga. Atau tenaga yang ada tidak berkesan.

Apakah BN sudah fikir implikasi dengan turunnya Mahathir itu. Pilihan raya Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Mahathir tidak turun. Beliau hanya turut pilihan raya Bukit Gantang. Ceramah merapu Mahathir menghentam Anwar disiar secara langsung. Ternyata kehadirian Mahathir tidak berjaya menganjakkan keputusan pengundi. Kekalahan di Permatang Pauh, Bukit Gantang menjelaskan kedatangan Mahathir ditolak.

Mungkin orang tua menerima Mahathiur kerana mereka ingin bernostalgia. Tetapi dari kalangan anak-anak muda, pegawai kerajaan muda tidak merasai apa-apa istimewa dari Mahathir. Apa lagi kalau ceramahnya juga merapu-rapu seperti Muhyiddin Yassin.

Sambutan kehadirian Mahathir di Bukit Gantang tempih hari dilaporkan bukan main hebat. Bila peti undi dibuka calon BN kalah.

Apakah kwong (kenan) di Bukit Gantang itu sudah hilang? Maka BN memanggil Mahathir? Atau Mahathir sendiri yang mintanya?

Saya nampak tenaga tersisa Mahathir itu diperlukan kerana mungkin kerana BN merasakan kedudukannya kini tidak berapa selesa. Laporan dari risikan BN termasuk pihak polis dikatakan tidak begitu menyenangkan.

Kalau BN sudah okey, untuk apa dia menyusahkan Dr Mahathir. Ataupun pengusungan Mahathir itu kerana Pakatan Rakyat akan usung Nik Aziz malam esok? Mahathir dibawa semata-mata untuk membelasah Nik Aziz?

Sudah tentu malam ini (kalau jadi) Mahathir akan ditugaskan menjadi tetuang untuk menghentam Anwar dan memuji Najib Razak. Saya tidak fikir Mahathir akan mengkritik Zaid Ibrahim. Sebagai seorang yang berprinsip, Mahathir akan kekok untuk mengkritik Zaid. Anwar akan dibelasah habis-habisan kerana dendamnya kepada bekas TPM itu tidak pernah terpadam seperti tidak pernah matinya api di rumah ibadat orang Majusi, (kecuali sekali).

Kita dengar dulu apa yang Mahathir akan perkatakan malam ini dan kita ulas esok dan kaji kesannya. [wm.kl. 10:15 am 22/04/10]

1 comment:

ANAFAKIR said...

Kalau semua turun berkempen,gamaknya mmg tenat benar kedudukan UBN di Hulu Selangor tu kot?..sehinggakan org lama yg terbilang tapi terbuang pun diajak utk kena embun jantan kat sana..silap2 haribulan demam teruk nanti Tun M tu.Kalau UBN kalah juga.lagi la demam..terutama Selentia yg bersuara.."ong2,ong2..ongkossssss.."

Cuma tinggal lagi Tun Abdullah sahaja yg lum turun kot,lagipun Tun Abdullah masih kawan baik DZI,mungkin dia tak tergamak kot utk turut berkempen lagipun Tun Abdullah masih berkeduh hati dgn TS Muhyiddin,dan utk apa menaikkan imej DS Najib sedgkan 'kejatuhannya' ada hubungkait dgn Najib jua..bila lagi nak tgk Najib dimalukan dlm PRK?..sekarang la.

Dari gaya dan rentak tari UBN tu..jelas menunjukkan UMNO dlm kelemasan dan ketenatan..nanti 1HuluSelangor menolak UMNO-BN.