Wednesday, April 14, 2010

Pulang Dari Serendah

Zaid Telah Diistyharkan Sebagai Calon

ZAID Ibrahim, 59 telah diistyharkan sebagai calon PKR untuk pilihan raya kecil P094 Hulu Selangor yang akan berlangsung 25 April ini. Pengumuman itu dbuat oleh Penasihat Umum PKR Anwar Ibrahim kira-kira jam 11:25 minit malam tadi dihadapan lebih 5,000 ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.

Majlis itu berlangsung di dewan Pusat Komuniti Serendah, Hulu Selangor dalam keadaan harmonis dan penuh bersemangat untuk berdepan dengan sesiapa saja calon dari BN.

Turut hadir di majlis berkenaan hampir semua pemimpin tertinggi parti-parti Pakatan Rakyat. Dari Pas, Presidenya, Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agung, Mustapa Ali, Bendahari, Dr Mohd Hatta Ramli.

Lain-lain pemimpin Pas yang kelihatan, Pengarah Pilihan Raya Pas, Abdul Halim Abdul Rahman, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Mohd Hassan Ali ahli jawatankuasa agung Pas, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, Dr Mariah Mahmud, Siti Zailah Yusuf. Turut kelihatan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Abdul Khalid Samad dan lain-lain.

Manakala pemimpin DAP pula yang hadir, Dr Tang Seng Giaw dan Ronnie Liu.

Semua pemimpin PKR termasuk peresiden, Dr Wan Azizah Ismail hadir. Mereka yang lain, Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Md Akim, Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Pilihan Raya PKR, Fauziah Salleh, Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail.

Manakala ahli parlimen dan Adun PKR yang hadir Nurul Izzah Anwar, Abdul Aziz Kadir, Abdullah Sani dan lain-lain. Bagaimana dua orang Naib Presiden PKR tidak kelihatan mereka ialah Mohd Azmin Ali dan Mustapa Kamil Ayub.

Azmin khabarnya diberi perlepasan khas kerana menguruskan persiapan pilihan raya Sibu, Sarawak untuk membantu DAP, demikian menurut seorang pemimpin tertinggi PKR.

Suasana dimajlis pengistyhar calon tadi sama dengan majlis perlancaran jantera pilihan raya PKR bertempat di Kuala Kubu baru beberapa hari lalu. Mereka yang hadir memberi sokongan padu dan semangat tinggi kepada Zaid untuk mempertahankan kerusi Hulu Selangor yang ditinggalkan Allahyarham Dr Zainal Abdin Ahmad.

Dalam pada itu pemilihan Zaid sebagai calon menyebabkan Umno Selangor terpaksa mengadakan mesyuarat tergempar lewat petang ini. Adalah dipercayai pemilihan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memungkinkan UBN akan mengubah strategi.

Manakala beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan orang ramai yang ditemui masing-masing menyatakan pencalonan Zaid dikira tepat dan mampu memberi saingan sengit kepada BN.
[wm.kl. 1:10 am 14/04/10]


Mengangkat tangan yang diganding menandakan kesepakatan utuh Pakatan Rakyat. Foto Zamzarina.

Tahniah dari Anwar atas pemilih Zaid... semoga Zaid dapat menjadi obor pembawa suara rakyat. Foto: Zamzarina.

Puteri Reformasi, Nurul Izzah turut hadir memberi semangat.

Sebahagian daripada 5,000 yang hadir malam tadi adalah kombinasi semua kaum menunjukkan sokongan mereka kepada calon PKR.

Lagi sebahagian yang hadir, memberi sokongan tanpa mengira warna kulit dan anutan agama.

4 comments:

Unknown said...

salam pak mso

saya turut gembira dengan pengisytiharan ini kerana ia akan memberi impak yang kukuh kepada bn.

pandangan saya datuk zaid mampu memberi tentangan hebat kepada bn. saya juga percaya jika bn masih meletakkan palanival, kejayaan pasti akan berpehak kepada pkr.

saya melihat ini satu pertembungan yang hebat

bat8 said...

Tuan MSO

Alhamdulillah, dengan rasminya dato' Zaid Ibrahim (DZI) telah diisytiharkan sebagai calon Pakatan rakyat. Pemilihan beliau tepat memandangkan beliau ini anak kelantan yang unik - buta warna( asobiyah kelantan xkuat), intelek, philantropist dan berpendirian yang kukuh, tidak kluk klek.

Atas kertas dan jika tidak ada permainan kotor seperti serangan keatas batang tubuh yang jijik, DZI boleh menang dengan selesa.

Pun begitu, telah kedengaran pemimpin-pemimpin UBN mula menyerang peribadi DZI. Serangan-serangan ini akan dijangka lebih hebat apabila bermula.


Kehadiran DZI di parlimen amat diperlukan oleh Pakatan Rakyat bagi menghadapi serangan-serangan bawah pusat UBN sekarang ini. Beliau boleh menjadi pasangan seimbang yang berbisa kepada DSAI dalam parlimen.

DZI juga penting sekiranya tektik UBN untuk memenjarakan DSAI melalui kes sodomi 2 berjaya. Gaya dan kredibiliti beliau diharapkan dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh DSAI. Sengat dan ketajaman serangannya keatas UBN di parlimen diharap sebagaimana DSAI.

Cuma satu perkara yang perlu diperbaiki oleh beliau - jangan "totoq" sangat. DZI ni kadang-kadang totoq sangat. Beliau kena belajar sedikit bunga-bunga dalam mengatikulasikan sesuatu supaya impaknya maksimum.

Semoga DZI menang dengan selesa. Selamat berjuang!

bat8

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Sebagai permulaan saya secara peribadi ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Zaid atas pencalonan beliau mewakili Pakatan Rakyat dan setinggi terima kasih juga harus diucapkan kepada beliau kerana sudi menerima pencalonan tersebut.

Saya masih ingat lagi di mana beliau ketika peringkat awal penyertaan dalam Parti Keadilan Rakyat beliau pernah berkata beliau tidak bercadang untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti. Beliau hanya akan menumpukan perhatian bagi memperkukuhkan parti dengan menyumbang apa yang difikirkan sesuai dan boleh disumbang. perkara ini telah dibuktikan sendiri oleh beliau apabila beliau bercuti atas semua aktiviti politik untuk menumpukan perhatian kepada tugasan dan kepercayaan yang diberi oleh parti untuk memperkukuh Pakatan Rakyat. Keputusan dan tindakan beliau ini akhirnya membuahkan hasil dengan kejayaan beliau bersama teman-temannya dari PAS dan DAP menganjurkan satu konvension Pakatan Rakyat di Shah Alam pada Disember yang lalu. Pakatan Rakyat pula kini sedang menunggu keleulusan pihak Pendaftar Pertubuhan untuk bergerak sebagai satu pakatan berdaftar sebagaimana Barisan Nasional. Itulah sumbangan awal Datuk Zaid dalam Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat yang nilainya amat besar kepada sebuah perjuangan menegakkan keadilan dan demokrasi sebenar.

Pencalonan Datuk Zaid mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kali ini amat dialu-alukan oleh semua pihak. Nama beliau telah disebut-sebut dari awal lagi oleh penganalisa politik dan mereka yang cenderong mengikuti perrkembangan politik negara. Dengan ketokohan yang ada pada beliau, kebolehan dan kepakaran yang dimiliki, keteguhan prinsip dan kekentalan dalam perjuangan dan komitmen tinggi dalam tugasan dan amanah yang digalas benar-banar meletakkan beliau sebagai orang yang paling layak untuk memikul tugasan buat kali ini sebagai sumbangan berrterusan beliau dalam parti dan pakatan. Beliau adalah calon harapan Parti Keadilan Rakyat yang sekaligus membawa aspirasi dan cita-cita PAS dan Dap bagi mendukung impian dan cita-cita rakyat ke arah Malaysia yang baru.



Dengan izin Allah melalui kerja kuat dan gigih para pertugas dan penyokong pakatan, semangat jitu berbekalkan keikhlasan dan kesetiaan kepada arahan pimpinan dan doa tak putus para amilin dan pimpinan parti, Datuk Zaid akan melakar satu sejarah yang menarik di Parlimen Malaysia pada 25 April ini. Kalau selepas 8 Mac 2008 yang lalu beliau masuk ke parlimen atas lantikan kerajaan, selaku anggota kerajaan, bertugas dengan suara kerajaan yang kemudiannya meletakkan semua jawatan kerajaan, beliau insya-Allah pada 25 April ini akan masuk ke parlimen kembali atas nama Pakatan Rakyat, atas arahan rakyat melalui undi rakyat dan akan membawa suara dan hasrat rakyat. Maknanya beliau masuk parlimen sebanyak dua kali dalam satu penggal; suatu sejarah menarik untuk Datuk Zaid dan pakatan Rakyat.

Buat para pengundi di Hulu Selangor, pencalonan Datuk Zaid untuk bertanding di kawasan tuan/puan adalah satu hadiah besar Pakatan Rakyat untuk semua. Oleh yang demikian, adalah suatu kesilapan sekiranya peluang keemasan ini dipersia-siakan oleh tuan-tuan dan puan/puan. Untuk itu pastikan tangan anda memangkah Datuk Zaid Ibrahim dangan niat yang suci bagi menyelamatkan negara kita dan sebelum memangkah lafazkanlah “bismillahir rahma nir rahim”.

Selamat mengundi.

mantaro said...

InsyaAllah pengalaman PRK Bukit Gantang boleh digunakan untuk PRK Hulu Selangor.