Wednesday, April 21, 2010

Hulu Selangor 5 Di Luar Mata

Bendera Pakatan Rakyat Masih Belum Berkibar Di Kampung Kerandang!

TERNYATA kawasan pilihan raya Hulu Selangor sangat luas. Keluasannya sama besar dengan negeri Melaka. Kawasan seluas itu tidak memungkin untuk dijelajahi dalam masa satu hari. Ia juga memerlukan seseorang yang rajin bagi menjejak ke seluruh kawasannya.

Apa lagi dari satu tempat ke satu tempat ia jauh, yang jaraknya antara 30 hingga 50 km. Kerana itu mana-mana calon yang bertanding di sini agak meletihkan. Saya percaya masih banyak kawasan dan pelusuk yang belum dijejaki oleh kedua-dua calon baik Zaid Ibrahim dan Kamalananthan. Ini memerlukan kepada jentera yang cekap dan rajin.

Dalam hal ini kelebihan sedikit berpihak kepada BN. Mungkin kerana dengan pengalaman menguasai Selangor sejak lebih setengah abad menyebabkan BN sudah biasa dengan seluk belok kawasan berkenaan. BN sudah arif dengan kawasan dan sudah pun ada 'petolol-petololnya' di setiap pelusuk yang berkubu di kawasan berkenaan.

Dalam pemerhatian saya banyak lagi kawasan yang belum dimasuki PKR tetapi sudah pun dibelenggui oleh jentera BN. Terutamanya di kampung-lampung yang wujud dengan pembukaan tanah haram kerajaan. Masalah ini seharusnya tidak diabaikan oleh PKR sekiranya parti itu mahu melonjakkan undi dari kalangan Melayu. Perlu diingatkan lonjakan undi Melayu faktor besar akan membawa kemenangan kepada PKR. Sekiranya PKR tidak berjaya memecahkan penguasaan 60% ke atas undi Melayu oleh BN, sukar untuk parti itu mengekalkan kerusi Hulu Selangor.

Semalam dengan bertemankan dua teman saya memasuki ke kampung Kerandang, mukim Sungai Tinggi di Bukit Tagar. Saya yakin jentera PKR belum pun menjejaki ke kawasan ini. Nama kawasan ini ada dalam peta pilihan raya. Tetapi kurang diminati kerana ia jauh dan tidak ada kemudahan IT serta kedai makan.

Dakwaan saya ini terbukti bila mana tidak ada satu pun poster ataupun bendera PKR, Pas atau DAP di sini. Sebaliknya bendera dan poster BN sudah pun melayang-malayang di sini. Paling mengejutkan sudah ada beberapa helai risalah yang mengecam PKR yang diletakkan di papan kenyataan dewan orang yang terletak di kampung berkenaan.

Bukan itu saja BN juga sudah memilik sebuah pos yang dijaga khas oleh petugas dari Terengganu. Mungkin petugas BN dipos itulah bertanggungjawab menyebarkan bahan kempen di situ. Walaupun pos itu sepi tetapi ia sudah memberi semangat dan moral bahawa BN sudah menawan kampung berkenaan.

Kenapa kawasan ini diabaikan? Kampung ini 'berpenguni' seramai kira-kira 400 orang. Mereka tidak tinggal di kampung berkenaan tetapi merupakan pengundi. Dipercayai 250 orang dikenal pasti sebagai pengundi. Dalam pilihan raya 2008 lalu mereka mengundi di sekolah Tamil di estet Lengender berdekatan.

Untuk masuk ke kampung ini memerlukan kerajinan. Ia boleh dimasuki dari arah Ijok, Kuala Selangor ataupun dari lebuh raya Utara - Selatan di lencungan keluar melalui Kampung Kerandang. Selain dewan orang ramai di sini juga tererdapat sebuah surau yang belum siap sempurnanya terletak di atas bukit. Surau ini boleh sangat sesuai dijadikan pos Pakatan dan dijaga oleh Pas.

Sepatutnya kampung ini tidak dibiarkan oleh PKR kerana arwah Zainal Abdin Ahmad pernah sampai ke kampung berkenaan. Rata-rata penduduknya sudah mulai mesra dengan PKR. Apa yang menyebabkan penduduk kampung berkenaan dikatakan berjauh semula dengan PKR ialah apabila permohonan mereka untuk mendapatkan geran ditolak oleh kerajaan Selangor.
Undi sebanyak 300 itu besar. PKR boleh selamatkan undi berkenaan sekiranya masalah mereka ditangani dengan segera. Kalau PKR berkira mereka tidak penting sudah pasti undi dari peneroka kampung Kerandang itu besar kemungkinan akan masuk ke peti undi BN!
Saya percaya masih banyak kawasan atau kampung berstatus sedemikian tidak dimasuki oleh PKR. Bilik gerakan PKR perlu memantau hal ini. Jangan hanya megah dengan peta kawasan pilihan raya yang terpampang di bilik gerakan, tetapi tidak ada siapa pun yang menjenguk dan meninjau ke situ. Sikap memerhati peta kawasan tetapi tidak menjejak kaki sangat bahawa. Iya... bahaya. [wm.kl. 7:30 am 21/04/10]

3 comments:

primehonda said...

pengalaman saya berkempen di felda ijok, taiping pada PRU 1999, satu je yg boleh saya gambarkan: serik! org felda ni pada saya kalau bukan di kelantan atau pahang maka x usahlah PR bersusah payah kerana minda mereka ni dah lama tertutup utk selain umno. berlainan dgn felda di kelantan atau pahang, mereka merasakan sendiri penindasan BN (cthnya, tiada hiway ke kelantan, dsb) sedangkan felda di pantai barat ni x ada isu itu. mereka selesa hidup begitu yg serba serbi daif. apabila ditegur, kita pula dimarah kerana tidak tahu bersyukur kerana negara ini dibangunkan oleh umno! isu melayu juga sangat kuat di situ, kerana komuniti melayu 100%! jadi pada saya, felda ni mcm uitm lah, yg menternak melayu yg akan menyokong umno, dulu, kini dan selamanya...

anakzaman said...

Tuan MSO

Melihat keadaan yang tuan gambarkan dalam blog ini dibimbangi calun melayu akan kalah di kawasan ini oleh orang melayu sendiri.

Saya menyokong bangsa saya yang bertanding dikawasan orang saya lebih ramai. Bukannya calun nak ambil hati bangsa lain.

Diharap pengundi-pengundi selangor seperti saya.

anzam2009

Nizar_Ryza said...

bagaimana primehonda kata "felda ni mcm uitm lah, yg menternak melayu yg akan menyokong umno, dulu, kini dan selamanya..."

u r wrong..!!! benar uitm salah satu institusi yang dikuasai umno dari atas sampai bawah, tetapi produk siswanya tidak semudah itu mahu dibelitkan.. jikalau tiada sekatan ketat semasa pilihanraya kampus, dah lama pro-mahasiswa menguasai uitm itu