Monday, April 5, 2010

Berita Lewat

Nik Aziz Mengerjakan Umrah

TOK GURU Nik Abdul Aziz Nik Mat berangkat ke Makkah hari ini untuk menuaikan umrah. Menurut anaknya, Nik Abduh, Nik Aziz berlepas jam 9:00 pagi tadi dari lapangan terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa dan dijangka berlepas ke Makkah petang ini.

Turut sama bersama Tok Guru ialah isterinya, Tuan Sabariah Ishak serta dua orang pegawainya.

Nik Aziz akan berada di sana selama dua minggu dan dijangka kembali pada 21 April. Beliau tidak hadir pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 17 April nanti. Bagaimana pun dipercaya Menteri Besar Kelantan itu akan turun sehari atau dua hari menjelang hari mengundi.

Kepada Tok Guru diucapkan selamat mengerjakan umrah semoga diberikan Allah kesihatan dan kesenangan sepanjang berada di Tanah Haram. Salam.
[wm.kl. 1:020 pm 05/04/10]

1 comment:

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Rasanya itulah yang terbaik buat Tok Guru pada masa ini setelah beliau berhadapan dengan pelbagai ujian dan mehnah dalam perjuangannya yang suci. Moga Tok Guru akan beroleh ketenangan, kebahagiaan, kerihatan dan kegembiraan hakiki di samping Rabnya. Sesungguhnya kita mengharap yang terbaik buat Tok Guru dan yang terbaik itu hanyalah apa yang datang dari Allah.